Monday 25 March 2013

KIsah 46 : Holy Water (Sambungan dari kisah 36 )

Dari KELANTAN: Kisah 46
Ditulis pada 8:06, 25/3/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Holy Water (Sambungan dari kisah 36 )

Pagi ini saya menerima PM dari salah seorang pembaca page ini. Baru saya teringat kisah 36 yang belum disambung.

Petikan sebelumnya:

Saya menghampiri mereka. Bulu roma sudah meremang.

Si abang memujuk lagi.

" Cepat sikit!!!" jawab si adik. Dan saya pasti ia bukan suara seorang gadis.

Pintu kereta segera dikunci. Kami berlari masuk ke dalam masjid untuk menyertai solat Isyak...(bersambung)

Selesai solat Isyak dan hajat saya meninjau pemuda tadi. Kelihatan beliau bersama beberapa orang duduk di ruang solat bahagian belakang.

Seorang lelaki yang agak berumur sedang menekan ibu jari si adik. Mulutnya kelihatan berkumat-kamit.

Suara si adik kadang-kadang bertukar garau. Kadang-kadang halus.

Saya dan seorang rakan turut mengambil bahagian dengan membaca surah Yasin ke atas beberapa botol air zam-zam.

Apabiula air itu diminum sahaja si gadis itu pun termuntah.

Aduhai, rawatan itu rupanya tidak sebentar. Sekitar sejam juga kami memerhatikan sesi rawatan itu.

Kemudian kami pergi mengalas perut yang sudah lapar di sebuah kedai berhampiran.

Tidak lama, selepas itu kedengaran jeritan si gadis dari arah masjid tadi. Subhanallah, meremang bulu roma.

Kedai makan itu terletak di dalam kawasan masjid. Iaitu sekitar 100 meter sahaja.

Beberap minit selepas jeritan itu, si gadis di bawa ke gerai tempat kami makan.

" Sudah OK ke Pak Cik?"tanya saya kepada si perawat

" Ada lagi sedikit. Tapi mesti dikeluarkan semua"

Si gadis yang tadinya duduk dengan tenang mula merepek. Butir bicaranya pun lain macam.

Dan saya yakin suara dan bait-bait ayat yang keluar itu bukanlah asli milk si gadis.

Kali ini Si Perawat dibantu oleh beberapa orang lelaki.

Aduhai, seorang gadis kecil dikerumuni oleh beberapa orang lelaki.

Keadaan itu berlanjutan hampir sejam juga; bila saya naik mengantuk dari bergegas pulang ke hotel.

Kemudian saya membuat carian di internet tentang holy water.

Saya juga membaca beberapa buah buku tentang jin dan alamnya.

Nah, akhirnya saya membuat kesimpulan....

Terdapat kesangsian tentang apa yang saya dengar dari mulut perawat tentang holy water.

Terdapat kesangsian tentang kaedah rawatan si perawat dan pembantunya bila berhadapan dengan makhluk halus ini.

Pun begitu, pada saya apa yang lebih penting adalah, setiap dari kita perlu mempunyai ilmu terhadap gangguan makhluk halus ini.

Di antara cara yang saya amalkan adalah seperti di bawah:

1) Baca Bismillahirrahmanirrahim bila mahu melakukan sesuatu. Dan Alhamdulillah bila selesai.

2) Termasuk bila mahu tidur (dibaca 21 kali)

3) Lazimkan diri membaca ayat Kursi bila mahu keluar rumah atau naik kenderaan.

4) Lazimkan memberi salam bila masuk ke dalam rumah dan diikuti dengan membaca surah al-ikhlas ( Qulhuallahuahad ) 3 kali.

5) Bila kita buka al-Quran, selepas surah al-fatihah di muka surat sebelahnya ada surah al-Baqarah ( ayat 1-5 ). Nabi kata jika kita baca 5 ayat itu, syaitan tidak masuk rumah kita 3 hari.

Ada banyak cara lain. Saya suka memilih yang ringkas.
Ada ramai orang yang pakar dalam bidang ini.

Kita boleh bertanya dan mulalah beramal hari ini.

Insya-Allah

Insya-Allah.

Sunday 24 March 2013

Kisah 45 : Soalan Tentang Rezeki

Dari KELANTAN: Kisah 45
Ditulis pada 6:35am, 24/3/2012, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Soalan Tentang Rezeki

Dalam sebuah program bersama pelajar IPT saya berkata begini:

Baiklah, masa yang berbaki cuma tinggal 15 minit sahaja. Pada merelaka yang ada soalan (tentang rezeki) boleh hantarkan melalui sms. Saya akan menjawabnya sekadar masa yang ada.

Maka hp saya pun didatangi sms bertalu-talu. Saya merasa mahu berkongsi sebahagian soalan itu di sini. Didoakan saudara pembaca diberi ilham oleh Allah untuk menyumbang jawapan.

Moga-moga adik-adik kita ini mendapatkan apa yang dicarinya...

Atau mungkin saudara boleh share posting ini agar boleh sampai kepada mereka yang pakar.

Didoakan kebaikan yang saudara pembaca buat diiktiraf oleh Allah sebagai satu kebaikan yang bernilai pahala. Amin.

Berikut adalah beberapa soalannya. Ya, kalau kita amati , ia sebenarnya bukan sekadar soalan. Pada saya ia mewakili jiwa mereka.

Ternyata terdapat rongga-rongga hati yang masih kosong ; dan menanti untuk diisi dengan embun-embun tarbiah rohani dari saudara pembaca.

Silalah mengambil bahagian...

1)Macamana hendak mensyukuri rezeki yang kita dapat dari Allah?

2)Saya mahu bertanya, andai kita mengerjakan solat cukup 5 waktu, tetapi tidak menutup aurat, adakah pintu rezeki masih terbuka untuk kita?

3) Adakah mendoakan orang yang kita sayang (bukan muhrim) boleh mendapatkan rezeki walaupun dia melukakan hati kita?

4) Macamana hendak menghindari perasaan tamak?

5) Assalamualaikum. Adakah rezeki setiap manusia itu telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi?

6) Assalamualaikum...mereka pakaian dan fesyen yang tidak menutup aurat memberi rezeki halal atau tidak?Apakah dosanya berterusan?

7) Assalamualaikum ustaz, bagaimana kita hendak menambahkan rezeki tanpa ragu ianya halal ataupun haram ?

Salam. Encik . Tadi encik kata, rajin kerah mata itu satu rezeki. Saya selalu macam itu. Kerah mata nak siapkan assignment. Tapi kerja saya tu tidak siapa pun. Tergantung tengah jalan je. Mengadap kerja sampai ke pagi, tapi resultnya tidak seperti yang diinginkan.

9) Macamana nak hilangkan rasa give up untuk cari rezeki?

10) Bagaimana caranya ingin nikmat rezeki?

11) Assalamualaikum ustaz...usataz saya nak tanya bagaimanakah untuk mendapatkan ketenangan jika dalam haid...sedangkan saya tidak boleh solat.

12 Rezeki juga satu bentuk ujian bukan?

13) Betulkah kata orang tua-tua, kalau bangun lambat pintu rezeki tak dibuka?

14) Saya nak tanya, kalau kita melakukan dosa besar, adakah doa dan kebaikan kita diterima Allah?

15) Jika kita tidak menutup aurat, adakah Allah akan permudahkan perjalanan kita untuk berjaya?

16) Assalamualaikum ustaz, saya telah mula menghafaz al-Quran, bagaimanakah cara untuk mengelak kita dari lupa ayat-ayat yang dihafaz itu?

17) Bagaimana kita nak ikhlas kerana memberi, tanpa kita merungut...contoh, rang meminta pertolongan, kita buat apa yang disuruh, tetapi dalam masa yang sama kita merungut kemarahan.

18) Assalamualakum...ilmu itu rezeki, tapi bagaimana kalau ilmu itu tidak diredhai?

19) Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu adakah rezeki dari ilmu khurafat itu berkat?

20) Assalamualaikum ustaz, sya nak tanya macamana nak mendapatkan rezeki yang diredhai oleh Allah swt?

21) Bagaimana nak tahu Allah redha dengan kita sebagai hamba?

22) Macamana nak ajak kawan yang malas solat untuk solat...

23) Assalamualaikum ustaz, saya mahu bertanya jika kita terjumpa sesuatu yang berharga contohnya emas, adakah itu satu rezeki? Perlukah diambil atau dibiarkan sahaja?

24) Baca dalam hati...macamana nak dapatkan jodoh yang baik?

25) Apakah bezanya rahman dan rezeki?

26) Salam...bagaimanakah ingin menjadi sahabat yang baik dan apakah petanda ilmu kita diberkati?

27) Bagaimana nak memperolehi 1,000 kebajikan pada setiap hari?

28) Hehe..ustaz, macamana nak dapat duit yang banyak?

29) Salam ustaz, saya nak tanya bagaimana ingin melembutkan hati pensyarah supaya kerja kita tidak direject?

30) Assalamualaikum, bagaimana mahu melupakan kisah hitam kita?

31) Assalamualaikum ustaz, bolehkah kita ketika solat mata kita ditutup dan tidak melihat sejadah?

32) Salam ustaz, adakah jodoh itu rezeki? Adakah sahabat itu rezeki?

33) Macamana ingin menjadi seorang yang berjaya...sukses selalu.

34) Adakah mendapat kawan yang membuat kita stress itu adalah rezeki kita untuk mendapat pahala? walaupun mengajar dia dengan cara yang tidak ikhlas?

35) Kenapa kadang-kadang saya rasa diri saya kosong. Maksudnya macama satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan fikiran. Mungkin hidup saya tidak diberkati Tuhan?

36) Adakah solat tidak khusyuk bermaksud rezeki saya tidak berkat?

Begitulah...

Saturday 23 March 2013

Kisah 44 : Solat Hajat

Dari KELANTAN: Kisah 44
Ditulis pada 8:13am, 23/3/2013, Kg Gaal.

Tajuk: Solat Hajat

Semalam.

Dari Pasir Gudang, Johor kami memecut pulang ke Kuala Lumpur. Berhenti solat Maghrib di hentian Air Keroh, Melaka.

Pada arah jalan yang bertentangan kereta sudah mula bertali-arus, dan lampu-lampu kereta kelihatan seperti mutiara yang bertaburan. Indah.

Saya segera faham, yang cuti sekolah sudah bermula. Situasi ini adalah lazim.

Jalan menghala ke Kuala Lumpur tidak kurang sesaknya. Jam sudah menunjuk ke angka 9:05 malam bila, kesesakan jalan raya membuat saya mula berbisik.

" Ya Allah, boleh sampai ke tidak ni..?"

Walhal bas ekspress dijangka bertolak pada jam 9:30 malam.

Sampai di selekoh berhampiran Hentian Putra, si pemandu tersalah jalan pula. Kelihatan juga bas ekspress Darul Naim sudah terpancul di jalan keluar stesen bas itu. Jam sudah menunjuk ke angka 9:25 malam. Lima minit berbaki.

Kawan yang membelikan tiket sudah berkali-kali menelefon. Barangkali bimbangkan kami akan ketinggalan bas. Kelihatan bas akan segera bertolak.

" Tidak mengapa tuan, bukankah tadi kita sudah solat hajat...? Insya-Allah, apa pun yang akan berlaku adalah baik." kata saya yang sebenarnya mententeramkan hati sendiri.

Kemudian dengan izin Allah, kami tiba tempat yang dituju. Tiket diserahkan dan saya menaiki bas. Tempat duduk paling belakang.

Tidak lama selepas itu, bas pun mula bertolak.

Dalam hati saya berbisik,

" Barangkali Allah sengaja membuat kami salah jalan, dan dengannya saya sampai sejurus sebelum bas bertolak. Dengannya tidaklah letih saya berdiri menunggu bas. Dan itulah lazimnya berlaku.... Alhamdulillah."

Tiba-tiba penumpang di sebelah saya pula bersuara.

" Abang tidak bawa baju lain ke..?"

" Kenapa.." soal saya.

" Air-cond bas ini sejuk bang. Jika abang tidak bawa baju lain, saya ada selimut ekstra ni..." katanya sambil mengeluarkan selimut yang dimaksudkan.

" Ya, Allah...begitu sekali bantuan-Mu Ya, Allah.. Terima kasih Ya Allah." bisik hati saya lagi.

Thursday 21 March 2013

Kisah 43 : PT Widuri juga dealer MMR?

Dari JOHOR: Kisah 43
Ditulis pada 3:37pm, 22/3/2013, Pasir Gudang.

Judul: PT Widuri juga dealer MMR?

Semalam 21/3/2013 saya diizin Allah bertandang ke pejabat PT Widuri. Subhanallah sebuah pejabat yang mewah. Barangkali sesuai dengan volum bisnesnya yang kini mencecah RM3.5 juta sebulan.

Kami berbual hampir 3 jam. Hampir Asar baru kami bubar. Subhanallah sungguh tawaduk bos PT Widuri ini. Demi mengejar peluang solat Asar berjemaah di masjid, beliau sanggup menunggang sebuah kapcai. Selamba...

Lebih membuat saya terharu bila beliau juga membeli 100 naskah buku di atas. Tunai. Ya, kini PT Widuri sah sebagai dealer MMR. Mahu bantu capai sasaran kata beliau. Subhanallah.

Berikut adalah nasihat Drs. Tuan Haji Syahrul bila saya minta buah fikiran bagaimana mahu mencapai sasaran sejuta jiwa buku di atas:

1) Ambil serius tentang kuasa pengiklanan. Berani berbelanja besar untuk iklan bilamana potensi pulangannya juga besar.

2) Jangan bergantung kepada rangkaian kedai-kedai besar. Ciptalah rangkaian pengedaran sendiri.

Subhanallah, sungguh, mempunyai seorang yang berpengalaman untuk memberi nasihat juga merupakan rezeki yang besar.

Alhamdulillah.

Kemudian kami terus memecut ke Pasir Gudang untuk berprogram di Politeknik Ibrahim Sultan.

Jam 10:30 pm kami tiba di sana.

**********************
Info: Esok saya akan berprogram di Besut. Insya-Allah.

Wednesday 20 March 2013

Kisah 42 : Pesan Dari Langit.

Dari KELANTAN: Kisah 42
Ditulis pada 5:58am, 20/3/2013, Pasir Puteh.

Judul: Pesan Dari Langit.

Judul di atas, asalnya diilhamkan Allah untuk dijadikan judul sebuah buku.

Pada masa yang lain, judul itu seperti sesuai untuk digarap menjadi sebuah novel.

Pun begitu, sebentar tadi saya baru menerima satu email yang memungkinkan ia menjadi sebuah artikel bersiri .

Ya begitulah agaknya takdir Allah.

Email tersebut berbunyi begini:

Tawaran sebagai kolumnis majalah 'MUKMINAH'...

Artikel 1 sudah selesai diemail sebentar tadi.

Dikhabarkan lagi, saya diberi dua kolum setiap bulan:

1) Pesan dari langit

2) Mudahnya Menjemput Rezeki

Ayuh, mari kita sama-sama doakan agar majalah MUSLIMAH diizin Allah untuk segera terbit dengan mudah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. AMin.

Baik,kepada saudara yang bercita-cita menulis di majalah boleh mula berlatih menulis sebuah artikel yang panjangnya sekitar 400-500 patah perkataan. Saiz 12 point , font Arial jarak 1.5.

Menariknya kita boleh mulakan di sini. Ya , di facebook.

Kita boleh berlatih menulis, hal-hal yang dekat dekan diri. Contohnya peristiwa yang terjadi setiap hari. Dan boleh diambil pelajaran darinya.

Lebih bagus lagi bila terus berlatih menulis menggunakan ejaan yang betul.

Begitulah...

Jika mahu tambahan info tentangnya, boleh berhubung terus dengan saya. Insya-Allah: 012-9876 717

Kisah 41 : 4 K

Dari KELANTAN: Kisah 41
Ditulis pada 7:07am, 20/3/2013, Kg Gaal Pasir Puteh.

Tajuk: 4 K

Ya, tajuk kali ini adalah '4K'. Apa maksudnya ini?

Kisahnya begini.

Pada 17/3/2013, saya mendapat jemputan menghadiri majlis perasmian sebuah kedai herba. Kedai tersebut adalah milik salah seorang sahabat saya. Nama beliau Ustaz Osman.

Pada majlis tersebut, mentor ustaz Osman yang juga pemilik perusahan PT Widuri telah dijemput menyampaikan ucapan dan membuat perasmian. Nama beliau Tn Hj Sharul.

Saya dikhabarkan beliau mula membina perniagaannya bermula pada tahun 1992. Pada hari ini, kejayaan beliau subhanallah!.

Apa yang menarik perhatian saya, beliau bukan sahaja sangat sukses dalam bidang yang ditekuni. Lebih dari itu adalah prinsip 4K yang dibekalkan oleh orang tua beliau sewaktu berhijrah ke bumi Malaysia.Beliau berasal dari Aceh.

Menurut Tuan Hj Sharul, datangnya beliau ke mari, cuma berbekalkan keperluan hidup untuk seminggu. Selebihnya adalah prinsip ' 4 K' itu.

Dan dengan mengamalkan prinsip tersebut, beliau dapat bertahan,berkembang dan terus maju. Subhanallah. Kekayaan harta yang melimpah ruah tidak sedikitpun mengubah sifat merendah diri.

Kata beliau, " Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah beri dapatlah saya menyara keluarga."

Kata beliau lagi, " Jika saudara-saudari amalkan prinsip 4 K, insya-Allah akan dimudahkan segala hajat saudara-saudari"

Mendengar kisah beliau..., melihat kejayaan beliau..., dan menghayati kata-kata beliau..., membuatkan saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca apakah prinsip 4 K yang dimaksudkan.

Prinsip 4 K

1) Ketakwaan
2) Kejujuran
3) Kesungguhan
4) Keikhlasan.

Dengan izin Allah, semalam saya mendapat panggilan dari ustaz Osman. Ustaz mengatakan, bos PT Widuri, Tuan Hj Sharul, yang selesa merendah diri ini mahu bertemu dengan penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Subhanallah. Semoga ada lagi pengalaman mahal dan prinsip hidup mahupun prinsip berniaga yang dapat beliau kongsikan. Insya-Allah akan saya kongsikan lagi di sini.

****************

Info:
1) Esok saya akan bertolak dan berprogram di JB.

2) Atas keperluan mendesak, cetakan ke-6 perlu ditambah 3,000 naskah lagi. Ini bermaksud jumlah cetakan terkumpul genap 40,000 naskah.

3) Insya-Allah cetakan ke-7 dalam proses penambahbaikan. Ada 4 halaman ekstra.

4) Pertanyaan tentang Master Dealer (Modal RM9,000 ) boleh berhubung dengan En.Wizan 014-5450 888. Negeri yang masih kosong adalah:

1) Perlis
2) Perak
3) Melaka
4) Negeri Sembilan
5) Johor

* Setiap negeri sudah ada yang berminat , cuma belum ada yang beri komitmen. Justeru, saya memilih untuk mengatakan ia masih lagi terbuka. Siapa cepat dia dapat. Isnya-Allah.

5) Pertayaan tentang dealer (Modal RM1200 ) boleh berhubung dengan En Zawawi: 011-294 924 98

6) Pembelian secara pos boleh sms nama dan alamat kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577.Bayaran boleh dibuat setelah buku diterima.

7) Pertanyaan tentan jemputan ceramah & latihan 'Mudahnya Menjemput Rezeki' boleh berhubung terus dengan saya. Insya-Allah. 012-9876 717.

Friday 15 March 2013

KIsah 40 : Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

Dari KUALA LUMPUR: Kisah 40
Ditulis pada 5:30pm, 15/3/2012, Hotel Batu Caves.

Tajuk: Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

Subhanallah. Harinya sudah sangat hampir. Rupa-rupanya esok saya akan bertemu dengan peserta seminar di atas.

Sungguh, seminar MMR pernah berlegar-legar di minda saya sejak tahun lepas. Beberapa orang pernah cuba untuk mengadakan seminar sedemikian.

Namun, rupa-rupanya ia rezeki Si Hazim. Beliau sudah Allah pilih untuk mencipta sejarah . Yakni menjadi penganjur seminar MMR yang pertama. Yakni seminar sehari.

Menariknya beliau bukanlah orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Pun begitu ia tidak menghalang beliau untuk memburu impiannya.

Justeru, saya juga bertekad agar setiap peserta boleh pulang membawa teknik dan strategi untuk memburu impian masing-masing.

Mereka yang Allah izin datang esok juga sangat bertuah. Mengapa?

Saya akan berkongsi bagaimana cara paling mudah untuk mencapai hajat di hati. iaitu teknik dan strateginya. Ya, teknik dan strategi yang saya gunakan sendiri.

Saya juga suka untuk menyatakan, saya suka untuk terus membimbing mereka sepanjang tahun ini. Insya-Allah.

Lebih menarik lagi, saya turut mengundang seseorang yang mempunyai kisah menarik bagaimana satu persatu hajat beliau dimakbulkan Allah.

Ya, semuanya berpusat kepada latihan membina keyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa saja.

Apabila keyakinan ini sudah terbina di dalam hati, jadilah kita seorang yang sentiasa berlapang dada. Segalanya menjadi mudah kerana Allah mahukan ia mudah.

Begitulah...

Kepada mereka yang berhajat menimba ilmu 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Teknik dan Strategi. boleh berhubung terus dengan penganjur.Insya-Allah.

En. Hazim: 013-5025160

Thursday 14 March 2013

Kisah 39 : Benihnya sudah ditanam.

Dari KELANTAN: Kisah 39
Ditulis pada 11:27am, 14/3/2012, Kg. Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Benihnya sudah ditanam.

Sekitar jam 9 pagi tadi, kami pergi melihat sample rak buku yang ditempah semalam.

Subhanallah! Idea yang berlegar-legar difikiran selama ini sudahpun menjadi nyata. Rak itu berbentuk sarang lebah; segi enam dan mempunyai menara yang menempatkan pamplet. Rak tersebut boleh menempatkan 7 naskah buku beserta ruangan untuk menyimpan pamplet.

Rak ini insya-Allah akan saya bawa ke Kuala Lumpur . Kami akan bertolak ke sana petang nanti.

Kepada saudara yang mahu melihat contoh rak boleh berhubung terus dengan En. Zawawi .

Kepada saudara yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang ' Idea bagaimana mencipta pendapatan RM50,000 hingga RM500,000 pada tahun 2013 juga boleh berhubung dengan beliau melalui no di bawah:

Yakni idea memasarkan buku di atas dengan strategi membuka 1,000 outlet.

En. Zawawi Hp: 011-294 924 98

Pada pagi tadi, sebaik kami meletakkan sample rak buku di kedai makan seorang pelanggan datang bertanya. Dan akhirnya beliau membeli.

Subhanallah. Idea jualan satu hingga 3 naskah setiap minggu bagi setiap outlet ternyata munasabah.

Benihnya sudah ditanam. Bila dan bagaimana ia akan tumbuh itu urusan Allah.

Impian 1,000 outlet menjual buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' bakal jadi nyata. Insya-Allah.

Sekali lagi,kepada saudara yang mahu penerangan bagaimana mencipta pendapatan menarik dengan memasarkan buku di atas dengan cara melantik outlet bolehlah berhubung dengan En. Zawawi Hp: 011-294 924 98

Manakala kepada saudara yang berhajat menjadi Master Dealer (MD), Negeri-negeri berikut masih kosong.

1) Johor
2) Perlis
3) Perak
4) Melaka
5) Negeri Sembilan

Keterangan lanjut bolehlah berurusan dengan En. Wizan:

HP : 014-5450 888

Manakala kepada saudara yang mahu menempah buku secara pos boleh terus sms nama dan alamat ke hp Ustazah Rohani:

012-2621 577. (Bayaran boleh dibuat setelah buku selamat di terima )

Insya-Allah saya akan berada di Kuala Lumpur mulai malam ini hingga hari Isnin 18/3/2013.

Sebagaimana biasa saya suka mengisi di celah-celah aktiviti rasmi dengan pertemuan tidak rasmi. Ya, dengan saudara pembaca buku di atas dan saudara bakal pembaca. Seperti biasa cuma perlu hubungi saya.

Kita boleh minum-minum dan makan-makan. Saya belanja. Insya-Allah"

012-9876 717

Begitulah kisahnya...

Wednesday 13 March 2013

Kisah 38 : MMR Sebagai Hantaran Kahwin

Dari KELANTAN: Kisah 38
Ditulis pada 10:34pm, 13/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: MMR Sebagai Hantaran Kahwin

Pada bulan Disember 2012, saya menghadiahkan 5 naskah buku di atas kepada seseorang. Alhamdulillah, ia sudah menempa sejarah duduk di atas par hantaran perkahwinan.

Menjadikan buku sebagai hantaran sudah menjadi budaya. Maklumlah, sudah berpuluh tahun asyik yang itu-itu juga yang berada di atas par. Yakni:

1) Kek
2) Kasut
3) Sejadah
4) Coklat
5) al-Quran
6) Telekong
7) Buah-buahan
Kueh mueh
9) Kereta
10) Rumah
11) Hp
12) Lap Top
13) Handbag
14) Lain-lain

Bayangkan 3 naskah buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' dibungkus cantik. Dihadiahkan kepada keluarga si dia. Aduhai...tentu ada yang akan mendapat manfaatnya.

Moga-moga ada hati yang terusik lantas bertekad untuk berubah. Jika sudah baik bertambah baiknya. Jika sudah solat dhuha ditambah rakaatnya. Sungguh, tangan yang menyampaikan pun tidak kurang pahalanya.

Untuk maksud itu, MD (Master Dealer) Kelantan berbesar hati untuk membuat tawaran istimewa.

Ustazah menawarkan harga istimewa untuk tiga naskah buku di atas. Iaitu RM50 untuk tiga naskah (termasuk kos penghantaran). Harga asal adalah 64 ringgit termasuk kos penghantaran. jimat RM14.

Caranya saudara cuma perlu sms nama penuh dan alamat kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577

Saya tidak pasti berapa lama tawaran istimewa ini akan dibuka. Pun begitu, saya percaya ia bukan untuk selama-lamanya.

Kepada yang sudah biasa berurusan dengan Ustazah Rohani tentu faham dengan style beliau berbisnes.

Iaitu, dapat buku baru bayar. Insya-Allah.

Tawaran ini juga sesuai kepada mereka yang mahu berjinak-jinak menjadi dealer. Mulakan dulu dengan modal RM50. Dapatkan 3 naskah buku dan perkenalkan kepada kawan-kawan terdekat. Dan lihatlah respon mereka.

Buku, 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah dikupas kandungannya di tempat-tempat berikut:

1) Masjid-masjid besar ( Masjid Shah Alam, Masjid Negara )
2) Masjid-masjid kecil
3) MRSM
4) IMTIAZ
5) Sekolah-sekolah menengah
6) Sekola-sekolah rendah
7) Klinik-klinik kesihatan
Syarikat-syarikat swasta
9) Majlis-majlis perbandaran
10) Surau-surau
11) Universiti
12) Politeknik

Setakat hari ini sambutannya alhamdulillah. Cetakan ke-7 sedang dalam persediaan. Saya bercadang mencetak sebanyak 13,000 naskah untuk menggenapkan jumlah cetakan terkumpul menjadi 50,000 naskah.

Ya, selepas ini rekodnya berbunyi begini:
" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ' sudah dicetak sebanyak 7 kali dalam tempoh 10 bulan. Jumlah cetakan terkumpul adalah sebanyak 50,000 naskah.

Saya bercadang untuk menambah beberapa mukasurat lagi. Yakni tentang amalan-amalan khusus menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan khusus.

Contohnya:

1) Amalan untuk mencari barang hilang
2) Ayat pengasih
3) Ayat penunduk
4) Aduhai.....tidak boleh panjang-panjang nanti ada yang teruja.

Contohnya seperti sms yang saya terima petang tadi:

" Utz...syukur Alhamdulillah dah jumpe balik handset tu...pas solat maghrib akak buat solat hajat tu...sukee.." (Aduhai...lihatlah perkataannya )

Sms di atas saya terima selepas Isyak . Yakni beberapa jam selepas sms yang pertama beliau hantar. Beliau bertanyakan amalan untuk mencari barang hilang.

Selepas itu singgah lagi sms dari orang yang sama.

" Anak akak yang umur 11 thn selalu demam...kadang2 2 minggu tak g sekolah...akak bace surah al-fatihah macam dlm buku utz. Esok nye sihat. seronok sgt. alhamdulillah.."

Begitulah...

Sungguh, solat hajat itu senjata yang tidak ada pada orang lain, selain pada orang Islam ( yang beriman ).

Dengannya segala hajat di dunia dan diakhirat boleh dicapai. Insya-Allah.

Kisah 37 : Impian miliki seribu cawangan menjual buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Dari KELANTAN: Kisah 37
Ditulis pada 7:41am, 13/2/2012, Kg. Gaal Pasir Puteh

Tajuk: Impian miliki seribu cawangan menjual buku Mudahnya Menjemput Rezeki

" Assalamualaikum Tuan. Saya sudah buat temujanji dengan pembuat rak"

" Pukul berapa kita boleh jumpa?"

" Insya-Allah selepas solat Zuhur"

************

Selepas Zuhur kami tiba dibengkel yang dimaksudkan. Baru beberapa ayat berbual, kami dipelawa ke di gerai berhampiran.

Subhanallah. Pandai sungguh pemilik bengkel besi ini mengambil hati.

Usai makan tengahari kami kembali ke bengkel beliau yang terletak di seberang jalan. Yakni bertentang dengan gerai itu. Gerai dan bengkel dipisahkan oleh sebatang jalan besar. Kereta berdesup-desup.

" Mohon tuan design untuk kami sebuah rak buku yang boleh diletakkan di atas kaunter pembayaran. Ia tidak perlu besar. Cukuplah jika boleh mengisi 7 naskah buku ini. " pinta saya.

Setelah beberapa minit berlalu, keluarlah satu cadangan yang saya fikir agak unik. Rak buku itu nanti berbentuk seperti sarang lebah dan tingkat kedua pula berbentuk V. Ia boleh menempatkan senaskan buku dan risalah.

Ini bermakna setiap rak buku boleh mengisi 7 naskah buku dan ada ruang untuk menyipan risalah. Enam naskah di bahagian bawah, manakala 1 naskah menjulang di atas. Jadilah ia ruang mengiklan pula.

Rak buku ini nanti akan ditempatkan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang. Satu lokasi terdiri dari 7 buah buku.

Ideanya begini:

Seorang dealer akan dilantik untuk mencari lokasi yang tepat dan berunding dengan pemilik kedai tersebut untuk menempatkan rak buku. Setiap rak buku terdapat padanya 7 naskah buku.

Selain, rak buku, beberapa tool marketing turut disediakan. Seperti kad bisnes, pemplet dan banting. Pemilik kedai tidak rugi apa-apa malah mendapat untung darinya.

Tugas seterusnya adalah mengunjungi lokasi tersebut setiap minggu. Iaitu untuk mengutip bayaran bagi setiap naskah buku yang terjual. Dengan design rak buku yang begitu, mudah saja bagi dealer untuk mengira berapa naskah buku yang terjual pada minggu tersebut.

Dengan strategi ini, kami mengandaikan setiap lokasi mampu untuk menjual 2-3 naskah setiap minggu. Atau secara puratanya 10 naskah sebulan.

Mengikut rekod dan pengalaman, jika betul caranya seorang dealer mampu menjual 10-40 naskah sehari. Buku di atas memang mudah dijual. Alhamdulillah.

Pun begitu, untuk strategi ini, kami bermula dengan sasaran 2-3 naskah seminggu. Benar, ia sangat munasabah.

Dengan 1,000 lokasi yang menjual 10 naskah setiap bulan. Sasarannya adalah 10,000 naskah sebulan. Atau 100,000 naskah setahun. Jika margin keuntungan dealer adalah RM5 senaskah; beliau mampu mengumpul RM500,000 setahun. Insya-Allah.

Harga buku adalah RM18
Harga dealer adalah RM12 (minimum 100 naskah )
Keuntungan kepada pemilik lokasi adalah RM3
Keuntungan dealer adalah RM5 senaskah.

1) Jika setahun menjual 100,000 naskah untungnya RM500,000

2) Jika setahun menjual 10,000 naskah untungnya RM50,000

Untuk perkara no 1 kita andaikan setiap lokasi menjual 10 naskah setiap bulan selama 10 bulan.

Untuk perkara no 2 kita andaikan setiap lokasi menjual 1 naskah setiap bulan selama 10 bulan.

Nah, apa maksudnya ini?

Ini hanyalah idea. Ya sekadar idea. Namun, hasilnya boleh diperoleh dengan bertindak.

Boleh jadikah? Jadi atau tidak memang seronok untuk dibahas.

Dan lebih seronok lagi bila mendapat hasilnya. Dan untuk mendapat hasilnya tiada jalan lain selain bertindak. Action!

Dan inilah yang sedang diusahakan oleh beliau. Yakni salah seorang dealer di Kelantan.

Beliau boleh dihubungi di talian ini: 011-294 2498

Orangnya sangat baik dan suka berkongsi. Hari pertama menjadi dealer beliau sudah menjual 7 naskah. Justeru sasaran 2-3 naskah seminggu pada beliau adalah masuk akal dan sangat praktikal. Begitulah fikir beliau.

Kepada saudara yang melhat peluang sepertimana yang beliau lihat; jalinkanlah silaturrahim. Sungguh, pada silaturrahim ituada janji bertambahnya rezeki dan panjang umur.

Kisah 36 : Holy Water

Dari KELANTAN: Kisah 36
Ditulis pada 6:59am, 13/3/2013, Kg. Gaal Pasir Puteh.

Tajuk: Holy Water

" Sudah hampir pukul 8:30 malam tuan. Mari kita solat di masjid?" ajak saya kepada seorang rakan.

Pada ketika itu kami baru chek ini di sebuah hotel. Sebelumnya sudah seharian di bilik kuliah. Sampai saja di bumi Selangor terus memasuki bilik kuliah. Kelelahan memandu hampir sepuluh jam dari Kelantan ke Kuala Lumpur belumpun hilang.

Ini kisah 4 hari yang lepas; di Bandar Kinrara, Puchong.

Dek kerana terlalu letih kami mengambil keputusan untuk mentakhirkan solat Maghrib. Justeru, jarak antara Maghrib dan Isyak bolehlah merebahkan badan sebentar.

Tiba di perkarangan masjid saya seorang anak mudah tergesa-gesa datang ke arah kereta kami. Sebaik pintu kereta dibuka saya disapa.

" Abang boleh tolong saya bang, adik saya terminum holy water."

" Holy water?" tanya saya mahu kepastian.

" Sekarang dia ada di dalam kereta. Perangai dia lain. Dia macam sudah tidak kenal dirinya" sambung dia lagi.

Saya memmerhati ke dalam masjid. Saf sudah dibentuk dan solat Isyak akan dimulakan bila-bila masa.

"Kita solat dulu ya. Insya-Allah bila kita dulukan Allah, pasti Allah mudahkan semua urusan kita" jawab saya.

Dia berpaling ke keretanya. Saya mengekori. Dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Kelihatan dia berkata sesuatu kepada adik perempuannya yang saya perhatikan tidak henti-henti mencium al-Quran.

" Minta adik istigfar banyak-banyak. Ajarkan dia istigfar" pinta saya.

Dia melakukannya sebagaimana yang saya suruh. Kemudian kelihatan si abang memberitahu si adik yang dia mahu solat dahulu.

" Tak boleh!" jawab si adik.

Saya menghampiri mereka. Bulu roma sudah meremang.

Si abang memujuk lagi.

" Cepat sikit!!!" jawab si adik. Dan saya pasti ia bukan suara seorang gadis.

Pintu kereta segera dikunci. Kami berlari masuk ke dalam masjid untuk menyertai solat Isyak...(bersambung)

Tuesday 12 March 2013

Kisah 35 : Bermula kemudian percaya VS Percaya baru bermula.

Dari KELANTAN: Kisah 35
Ditulis pada 9:01pm, 12/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Bermula kemudian percaya VS Percaya baru bermula.

Subhanallah! sudah 6 hari saya tidak menulis. Ini bermakna saya perlu menulis 6 artikel untuk qada' hari-hari yang tertinggal.

Saya pernah berlatih menulis selama 2 tahun penuh tanpa gagal walau sehari. Jika tertinggal atas alasan apa pun pasti saya ganti (qada'). Latihan ini saya lakukan sebelum menulis buku di atas. Hasilnya, kini saya rasakan menulis adalah semudah bercakap. Alhamdulillah.

Saya fikir, ini boleh jadi jawapan kepada sms yang saya terima dua hari lepas.

" Saya bercita2 nok berdahwah melalui tulisan tetapi x tahu cam ner nok mulakan...leh ke bagi nasihat dan bimbingan..."

Apabila kita perhatikan sms di atas, kita sama-sama faham ada beberapa perkara asas yang boleh dilatih. Pada saya senarai berikut merupakan latihan asasnya:

1) Mula berlatih menulis menggunakan ejaan yang betul walaupun ketika bersms.

Contohnya: Mulakan dengan ejaan 'Assalamualaikum' ketika bersms; berbanding 'Akum' atau 'salam'

2) Begitu juga ketika bercakap. Sebaiknya gunakan bahasa dan ayat yang betul. Memang agak janggal pada mulanya.
Saya juga sudah melalui fasa tersebut. Hasilnya, bercakap menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi) ketika dalam ceramah dan ketika berbual-bual sama saja.

Tidak lagi berasa janggal. Malah hal ini sudah pun dimaklumi oleh rakan-rakan dan keluarga.

Kita boleh bermula hari ini , biarpun buku yang kita tulis belum lagi terbit. Manalah tahu satu hari nanti kita diminta mengupas buku kita di hadapan pelbagai lapisan masyarakat.. Hal ini sudah pun berlaku kepada saya.

Buku di atas telah membawa saya bercakap di pelbagai tempat dan pelbagai peringkat umur.

Contohnya seperti video di bawah ini.



http://www.youtube.com/watch?v=_duelW2MLvw

3) Sebaiknya mula berlatih menulis hari ini. Ya, tulislah saja. Jangan difikir sangat betul dan salahnya. Berlatih menulis sehari satu muka A4 sudah cukup bagus. Satu muka A4 apabila dipindah ke format buku boleh jadi hampir dua muka surat. Dan ia sudah pun boleh menjadi 1 bab. Begitulah...

Ya, ringkasnya mulakan saja dan kepercayaan akan terbina sedikit demi sedikit.

Ramai yang tidak percaya dirinya boleh menulis kerana tidak pernah menulis.

Jadi, apakah yang boleh kita simpulkan?

Mulakan dulu atau percaya dulu?

Pada pendapat saya, mulakan saja dulu. Kita boleh bermula dengan menulis di ruangan komentar di bawah.

Pendapat yang terbaik ingin saya hadiahkan senaskah buku di atas. Insya-Allah. Silalah...

Wednesday 6 March 2013

Kisah 34 : Pesan Dari Langit - Tentang Iman

Dari KELANTAN: Kisah 34
Ditulis pada 12:21pm, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Pesan Dari Langit - Tentang Iman

Malam nanti saya akan kembali lagi berkelana di bumi Kuala Lumpur. Rasanya baru sebentar bersama keluarga. Rumput di halaman pun masih belum sempat diurus.

Aduhai...masa oh masa.

Pernah beberapa orang kawan mencadangkan agar saya meletakkan gambar dan video di sini.Yakni setiap kali saya menulis di facebook. Ia benar. Saya tidak nafikan ia boleh menambah minat dan tarikan kepada pembaca.

Pun begitu, ternyata, kini.... bukanlah itu maksud saya menulis. Yakni untuk mendapatkan populariti atau tarikan; sehingga jumlah like dan pengikut menjadi begitu dan begini. Saya berlindung dari Allah agar tetap dipelihara oleh-Nya.

Sungguh saya ingin berkongsi strategi yang lebih mudah untuk mencapai hajat dan impian. Yakni dengan mendahulukan hal-hal yang Allah suka. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi kita SAW.

Benar, ada ramai orang di luar sana yang alim dan warak. Malah senyap-senyap mereka telah berbuat kebajikan yang banyak.

Dan saya juga tidak mahu ketinggalan. Untuk membina rezeki di negeri akhirat nanti. Dan sekadar inilah yang saya mampu.

Menulis dan menyampaikan apa yang saya rasa dan saya alamai. Moga-moga ada jiwa yang akan tergugah dan turut beramal. Sungguh, itulah yang saya harapkan.

Yakni menjadi sebab kepada seseorang untuk berubah. Berubah menjadi lebih sayangkan solat. Berubah menjadi lebih peka kepada ruang dan peluang untuk sujud dan memuji-muji Allah. Dan dengannya menjadi sebab kita lebih hampir kepada Allah.

Natijahnya?

Mudahlah hidup kita....
Mudahlah rezeki kita....
Mudah segala-galanya...

Sungguh, perasaan ini tidak boleh dipindahkan. Ia tidak boleh dikongskan. Ia hanya boleh diperoleh dan dimiliki bila seseorang mula berbuat. Melakukan...Action!

Begitulah.

Dan untuk maksud itu, pada 8,9 & 10/3 nanti, saya perlu kembali belajar bagaimana seharusnya mesej itu disampaikan dengan cara yang paling berkesan.

Pada tarikh tersebut saya akan menyertai program PLF . Insya-Allah.

**************

Info:
Kepada mereka yang tinggal di negeri Perak, dan kawasan yang berhampiran. Buku di atas boleh didapati dari seorang salah seorang dealer di sana.

Beliau boleh dihubungi di: 012-5876 977. Saya juga dikhabarkan beliau juga bercita-cita untuk mendapatkan status MD (Master Dealer) untuk Negeri Perak yang masih lagi kosong.

Ya , modalnya RM10,000 ( RM1,000 bajet promosi + RM9000 untuk 1,000 naskha buku. Beliau perlukan RM10,000 untuk mencapai impian itu.

Pagi tadi saya terima sms ini dari beliau:

" Assalamualakum Ustaz. Memang plan saya untuk jadi MD Perak. Saya ikut semua strategi buku Mudahnya Menjemput Rezeki untuk memudahkan usaha saya ini. Minggu depan insya-Allah saya nak jumpa ustaz di seminar"

Subhanallah. Saya suka dengan semangat anak muda ini. Saya percaya jika beliau terus beramal dengan apa yang sedang beliau amalkan sekarang, impian itu mudah-mudah saja jadi nyata.

Barangkali ada di kalangan pembaca di sini yang sedang mencari rakan kongsi bisnes. Justeru, bolehlah berkenalan.

Masanya akan tiba.....insya-Allah.

Mari kita pakat-pakat doakan beliau deh...Amin.

Kisah 33 : Pesan Dari Langit- Tentang Iman

Dari KELANTAN: Kisah 33
Ditulis pada 8:38am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Pesan Dari Langit- Tentang Iman

Pagi semalam saya bertemu dengan seorang pembaca buku di atas. Beliau berminat untuk menjadi dealer di negeri Kelantan. Jadi kami bertemu membuat temujanji di Masjid Kok Lanas.

Jam menunjuk ke angka 7:15 pagi bilamana saya tiba di masjid tersebut. Binaan masjid ini unik. Empat menaranya berwarna puteh dan dipuncaknya terpacak kon berwarna hijau. Saya difahamkan masjid ini dibiayai oleh orang persendirian, Tan Sri Abdullah, khabarnya.

Subhanallah, terus saya teringatkan masjid Al-Hussain (masjid terapung) di Kuala Perlis. Kosnya dikatakan RM12 juta. Ia juga ditaja oleh orang persendirian.

Benarlah kata Nabi, kekayaan sebenar adalah kekayaan hati. Bila seluruh keperluan jasmani kita dapat dipenuhi dek kerana banyaknya harta. Rupa-rupanya rohani (jiwa) kekal miskin.

Dan ia boleh dipuaskan dengan hanya memberi, memberi dan memberi. Jiwa hanya boleh dikayakan bila kita mula memandang rupa-rupanya keperluan kita sebenarnya cuma sedikit.Keinginan kitalah yang tiada hadnya.

Kerana itulah baik Islam atau tidak, akhirnya mereka akan memberi semula kekayaan mereka kepada masyarakat. Yakni dalam bentuknya yang pelbagai. Membina masjid salah satunya.

Mengapa tidak, malah dengan amalan ini semakin bertambah pula harta mereka berbanding sebelumnya. Inilah janji Allah. Yakni setiap kebajikan pasti dibalas.

Cuma, balasan syurga hanya untuk yang beriman kepada-Nya. Selainnya, bertambahlah harta mereka di dunia, namun diakhirat nanti tetaplah menjadi orang yang rugi.

**************
" Tuan, mari kita ke kedai makan di seberang jalan sana" ajak saya.

Kelihatan meja-meja lain sudah penuh.

Saya mula mengeluarkan bisnes kad dan berkata kepada bakal dealer Kelantan.

" Tuan, apa yang kita buat ini bukanlah kerana duit dan bisnes sahaja. Kita perlu melakukannya dengan sungguh-sungguh, kerana ada mesej yang perlu kita sampaikan"

Kemudian saya bangun dan memberikan setiap orang yang berada di kedai makan itu, tiga keping bisnes kad seorang. Saya katakan kepada mereka,

" Abang, saya sedang buat promosi buku ini. Mohon abang sampaikan kad ini kepada kawan-kawan abang boleh?"

Setakat ini tidak ada seorang pun yang berkata " tidak" dengan permintaan seperti itu. Sudah berpuluh ribu kad bisnes dicetak.

***************

Dan dua minggu lepas, saya diizinkan Allah bertemu dengan seorang peniaga kismis. Saya bertemu beliau di Pulau Pnang.

Menurut beliau setiap 3 bulan beliau mencetak di antara 200,000 hingga 300,000 kad yang mengandungi kata-kata hikmat dan dimasukkan ke dalam kotak kismisnya. Setiap kotak kismis kecil itu berharga RM1.

Menurut beliau, mulai cetakan ceterusnya akan ditukar kad itu dengan kad bisnes saya dengan sedikit ubah suai. Subhanallah.

Apalagi yang mahu saya katakan...? Saya sekadar memulkan dan kemudian datanglah bantuan Allah. Begitulah lazimnya. Asalkan kita sentiasa menjaga niat.

******************

Saya menyambung,

"Apa yang tuan perhatikan tadi, ibarat kita menanam benih. Dan yang menumbuhkan adalah Allah. Sama ada mereka beli atau tidak itu bukan urusan kita.

Kerja kita cuma buat saja. Sampaikan buku ini kepada seramai mungkin dengan cara yang paling pantas dan berkesan. Kemudian kita serahkan hasilnya kepada Allah.

"Dik, mari makcik nak tengok buku itu?" tiba-tiba tauke kedai makan menyapa kami.

" Tuan tengoklah, bukankah sudah ada respon? Sama ada mak cik ini beli atau tidak ia bukan urusan kita." kata saya kepada bakal dealer Kelantan ini.

"Begini tuan, hari ini saya serahkan dulu 5 naskah kepada tuan. Cuba tuan kenalkan kepada sesiapa pun yang tuan jumpa. Sama ada kenal atau pun tidak kenal. Dan lihatlah hasilnya."

Tambah saya lagi, " Tuan, apa yang tuan akan lakukan ini, sudahpun saya lakukan. Insya-Allah tuan hanya perlu bertemu dengan 10 orang dan lihatlah hasilnya."

********************

Kami berpisah. Beliau mula menjalankan aktivitinya dan saya memandu pulang ke rumah. Dari Kok Lanas ke Pasir Puteh.

Dalam perjalanan hp bergetar. Saya perhatikan nombornya. Oh, dari bakal dealer Kelantan rupanya.

" Tuan , 5 naskah buku tadi sudah habis" kedengaran suara beliau girang.

Saya tersenyum.

" Alhamdulillah, sungguh ia motivasi dari Allah untuk beliau." bisik hati saya.

" Terima kasih Allah, kerana menghantar seorang lagi hamba-Mu untuk membantu misi ini. Yakni menyampaikan mesej buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' kepada sejuta jiwa, pada 1/5/2015." bisik hati lagi.

Hari ini cetakan buku ini sudah 37,000 naskah. Benar ia sudah banyak jika dipandang dari sudut jumlah. Namun, jika pawaiannya adalah sejuta jiwa. Ia baru mencecah 3.7 peratus sahaja.

"Sungguh, banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Insya-Allah" bisik hati.

Dan saya teringatkan kata-kata Dato' Chef Li (Penulis buku menjejak jutawan senyap). Yakni semasa saya bertandang ke pejabat beliau di Kota Damansara. Pada masa itu, cetakan buku ini masa yang pertama.

" Kalau engkau nak jual sejuta naskah boleh. Status bestseller buku di Malaysia adalah terjual sebanyak 10,000 naskah sahaja. Sanggupkah engkau menempuh 100 kali ganda kesusahan untuk mencapainya? tanya Dato'

Kami agak mesra sebab itu Dato' selesa ber 'Aku' dan 'Engkau' saya bila kami berbual.

" Insya-Allah. Saya sanggup Dato'" begitulah jawapan saya. Biarpun tidak saya zahirkan.

Dan benar, mahu mencapai status bestseller 10,000 naskah pun ujiannya bukan kepalang. Apatah lagi bagi seorang penulis baru dan tidak ada nama ini.

Namun, tekad dan niat di hatilah yang membuat saya terus bersemangat bekerja,bekerja dan berkerja.

Sunguh, semangat itu pun sudah merupakan rezeki. Alhamdulillah.

Kisah 32 : Pesan Dari Langit- Tentang Iman

Dari KELANTAN: Kisah 32
Ditulis pada 8: 23am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Pesan Dari Langit- Tentang Iman

(sambungan dari kisah 30)

" Selamat petang Mr. Ravi. Apa khabar?" saya membalas/

" Boleh kita bercakap beberapa minit?" sambung saya.

" Boleh ustaz. Ustaz di mana?"

"Saya di Pasir Puteh, Kelantan."

Kami pun mula berkenalan dan dicelah-celah perbualan, Mr. Ravi bertanya..

"Bolehkah saya jumpa ustaz di Kelantan?. Saya ada banyak perkara mahu cerita dan mahu tanya dengan ustaz."

" Saya nak tanya tentang Tuhan. Saya sudah banyak baca. Saya juga sudah berpuasa. Bila saya ingat tentang Tuhan saya akan rasa sedih...."

Suara Mr. Ravi semakin perlahan dan kemudian bertukar dengan esakan yang semakin menguat.

Saya biarkan beliau melayan perasaannya.

" Ustaz, saya sudah banyak belajar dan baca, cuma saya belum masuk Islam saja. " sambung beliau.

Saya masih senyap dan memberi ruang kepada beliau meluahkan rasa hati...(bersambung)

Kisah 31 : Pesan Dari Langit-Tentang Iman

Dari KELANTAN: Kisah 31
Ditulis pada 7:40am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk : Pesan Dari Langit-Tentang Iman.

Petang semalam (selepas Asar) saya bersama seorang kawan bertolak ke Kota Bharu. Agendanya mahu bertemu seorang ustaz yang bukan main laju membuka cawangan bisnesnya.

Pada sebelah paginya saya singgah di Masjid Ketereh bertemu dengan dua orang sahabat. Di sanalah saya ditemukan dengan ustaz itu.

Pada pagi itu saya perhatikan beliau sedang mengisi rak besi dengan botol-botol air mineral. Pada ketika itulah saya meyapa dan berkenalan dengan beliau.

Rupa-rupanya rak besi yang bersusun dengan air mineral dengan konsep layan diri itu kepunyaan beliau. Lalu saya bertanya..

"Berapa banyak outlet ustaz?"

"150"

" Macamana ustaz servis ?"

" Semua saya buat sendiri. Top up air, kutip duit semua saya buat sendiri. "

Tanya saya lagi. " Satu hari paling kurang berapa tempat ustaz kena servis?"

" 10 tempat"

Saya perhatikan di Majid Ketereh itu saja sudah ada 3 autlet

" Tuan,berapa harga satu rak besi ini?" tanya saya.

"RM400, sebab saya buat gunakan besi yang tebal"

" Pernahkah orang ambil air tidak bayar tuan? Maklumlah konsep layan diri.." saya menduga .

"Biasalah. Tapi kita dapat cover ."

Saya mula mencongak. Jika satu outlet modalnya RM400. Kalau didarab dengan 150? Wah besar juga modalnya. Jika tidak untung manakan mampu berpanjangan.

" Berapa botol air mineral anggaran setiap satu outlet terjual tuan?" saya mengorek lagi.

" Sekitar 20 botol sehari. Itu purata"

" Wah, jika 20 botol kali dan 50 sen untung sebotol; di darab dengan 150 outlet, sudah berapa..?" bisik hati saya.

Tidak hairanlah jika beliau mampu berkereta besar..

************

Jadi tujuan pertemuan kami pada malam semalam adalah untuk bersilaturrahim. Dan pada masa yang sama saya juga mahu memperkenalkan seorang tauke air mineral kepada beliau. Manalah tahu boleh jadi bisnes matching pula.

Jika jadi, kedua-dua pihak dapat manfaat. Dan aktiviti begini memang menjadi kegemaran saya.

Bukankah bila kita menyampaikan hajat orang lain, Allah akan memudahkan hajat-hajat kita pula? Inilah yang saya pegang.

*************

Selepas Maghrib kami diizin Allah bertemu. Kami bertemu di sebuah surau.

Rupa-rupanya beliau imam di surau itu. Lebih menarik lagi, beliau akan pastikan dirinya berada di surau itu 5 kali sehari. Menjadi imam. Manakala selepas Isyak mengajar murid mengaji.

Subhanallah. Apa lagi yang mahu saya katakan. Benarlah janji Allah , apabila kita mengutamakan agama, rezeki akan mudah-mudah sahaja datangnya.

**************

"Saya tidak kisah, sesiappun boleh supply air kepada saya. Jika tuan boleh beri harga yang sesuai insya-Allah kita boleh terus ikat kontrak" kata ustaz.

Saya tersenyum memandang tauke air mineral di sebelah.

Dalam perjalanan pulang si tauke air mineral berkata.

"Tuan, kita perlu brandingkan air mineral yang mahu dibekalkan kepada ustaz itu nanti"

"Menarik juga . Tapi kita mahu letak nama apa tuan?" tanya saya pula.

" Bagaimana dengan nama 'Air Mineral Ustaz" " balas beliau.

Saya tersenyum dan mula membayangkan logonya adalah kulit buku di atas...

Lalu saya membalas,

"Bagaimana jika kita namakan saya 'Air mineral ustaz rezeki'"

Ketawa kami berderai....

Tapi hati saya berbisik...

" Why not...?"

" Segalanya mungkin dengan izin Allah.."

Kisah 30 : Pesan Dari Langit- Tentang Iman

Dari KELANTAN: Kisah 30
Ditulis pada 7:22am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk : Pesan Dari Langit- Tentang Iman

Petang semalam, saya dihubungi oleh Master Dealer Kedah. Beliau berkata, " Ustaz, ada tampal iklan di sebuh kedai tentang seminar yang akan kita buat bulan empat nanti. Seorang bukan Islam telefon dan beritahu mahu join seminar itu"

" Umurnya 40 tahun. Dia berbangsa India. Lelaki " sambung beliau.

" Oh, silakan. Al-Quran untuk semua" balas saya.

Beliau membalas lagi, " Tapi Mr Ravi kata, mahu bertemu ustaz sebelum seminar itu nanti."

" Boleh-boleh, mohon puan sms no telefon Mr. Ravi. Saya akan hubungi beliau sebentar lagi. Insya-Allah"

" Bagus ustaz. Tentu dia rasa seronok bila ustaz hubungi nanti" balasnya lagi.

**************

Sms singgah. No telefon Mr Ravi sudah di tangan.

Saya mula memikirkan apakah agaknya kata-kata yang sesuai untuk menyapanya.

Dan apakah pula yang perlu saya sampaikan pada perkenalan pertama ini?

Nombor hp Mr Ravi saya dail...

" Assalamualaikum Ustaz Fathuri...." sapa beliau di hujung talian..."

Saya tergamam...(bersambung)

Sunday 3 March 2013

Kisah 29 : Pesan Dari Langit- Tentang "Alhamdulillah

Dari TERENGGANU: Kisah 29
Ditulis pada 6:43, 3/3/2013, Batu Rakit View Chalet

Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang "Alhamdulillah"

Saya pernah berada di satu fasa kehidupan yang asyik memerhati kejadian dan peristiwa yang berlaku; khususnya kepada diri sendiri. Pada saat itu, hati selalu berbisik;

" Mengapa jadi begini...?"

" Bagaimana jika jadi begini...?"

Saya juga pernah asyik dengan buku -buku dan idea dari motivator-motivator barat. Yang sangat menekankan perihal kerja keras dan kekuatan minda. Lalu saya pun pernah beramal dengan dengan 'zikir-zikir' seperti berikut...

" If I want to be its up to me..."

" I am unstopable..."

Kemudian disusuli pula dengan kaedah pernafasan, meditasi dan imaginasi.

Nah, bila difikir-fikir aktiviti itu pun tidak mudah. Ia masih perlukan masa khusus. Ia juga perlu dilakukan dengan kerap, dan istiqamah. Menariknya ramai yang sanggup melakukannya.

Apa maksudnya ini?

Strategi menjemput rezeki dengan meningkatkan ibadat juga tidak mudah. Ia perlukan masa khusus. Ia perlu dilakukan dengan istiqamah. Menariknya, ramai yang masih tidak sanggup melakukannya.

Mengapa?

Barangkali kerana ia tidak glamour. Atau mungkin tidak popular. Maklumlah, modalnya sedikit cuma. Sekadar sehelai sejadah dan air sembahyang. Atau paling tidak pun berulang-alik ke masjid 5 kali sehari.

Strategi popular pula memerlukan belanja yang besar. Ada yang yurannya melebihi RM10,000. Dibuat di hotel yang mahal-mahal. Duduk di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin yang mewah dan selesa.

Namun, apabila saya perhatikan kedua-dua strategi mencipta kejayaan itu tadi; jelas ia tetap memerlukan pengorbanan.

Menariknya, kaedah barat, moden dan mahal tadi sangat sesuai dengan nafsu. Manakala kaedah 'tradisional' pula tidak. Maklumlah duduk bersendirian di atas sejadah, di kala orang sedang nyenyak tidur siapalah yang suka.

Namun itulah amalan Nabi kita Muhammad SAW. Baginda solat tahajud 8 rakaat, solat witir 3 rakaat. Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat dua rakaat sebelum solat Subuh.

Saya pernah dizin Allah bertemu dengan seorang ustaz yang beramal dengan idea meningkatkan ibadat untuk meraih kejayaan. Dan kejayaan beliau sudahpun terbukti.

Saya pernah tanyakan kepada beliau tentang hal ini. Yakni apakah mindset beliau dengan melakukan solat tahajud 8 rakaat. Walhal 2 rakaat pun sudah memadai.

Saudara yang mengikuti tulisan ini tentu maklum siapakah yang saya maksudkan. Semalam saya ada berhubung dengan beliau. Alhamdulillah beliau hantar sms di bawah agar kita semua dapat pencerahannya.

Di bawah ini adalah mindset beliau mengapa melakukan 8 rakaat solat tahajud.

Kata ustaz,

" 2 rakaat yang pertama, hadir dalam solat sebagai tanda syukur kepada Allah atas segala kesempatan dan nikmat sebelum kita dijanjikan pula nikmat di ukhrawi.

" 2 rakaat yang ke-2, hadir sebagai hamba dengan penuh tazallulla, khauf' dan ro'ja atas segala dosa yang sedar dan tidak sedar; juga segala perasaan terlalu selesa akan nikmat dengan mohon ampunan Allah serta nur Muhammad.

" 2 rakaat yang ke-3 hadir dengan penuh keinginan,kehambaan, kelazatan dalam solat tersebut. Dalam erti kata lain bercinta dengan Allah."

" 2 rakaat yang akhir, dengan penuh ro'ja, yakin dan mengaku kita hamba-Nya maka pintalah apa jua semahunya daripada Allah SWT."

Dan kemudian singgah lagi satu sms dari ustaz:

" Namun bagi mereka yang hidupnya berjaya perolehi Al Huda Allah maka pada 2 rakaat akhir ini kita pasti malu untuk "meminta" daripada-Nya. Tingkatan ini di mana seorang hamba boleh dikatakan sebagai "membeli" Syurga dengan menjual dunia"

Begitulah,

Sebagaimana saudara , bukan semua kata-kata beliau itu saya faham. Pun begitu saya faham apa yang perlu dilakukan.

Beliau merupakan salah seorang dealer buku di atas. Subhanallah, dalam masa kurang 48 jam, beliau membeli 210 naskah.

Yang asalnya cuma bermula dengan 10 naskah... Insya-Allah saya berdoa agar Allah buka hati beliau untuk mengisi ruang kosong MD(Master Dealar ) yang masih ada.

Sungguh, saya sangat beruntung bila Allah hadirkan hamba-Nya yang baik-baik dan alim untuk membantu impian tersebut. Yakni menyampaikan mesej buku di atas kepada sejuta jiwa. Targetnya pada 1/5/2015. Insya-Allah. Manakala sasaran pada tahun ini, 2013 adalah 300,000 jiwa.

Sungguh ia merupakan rezeki yang besar. Alhamdulillah.

****************
Sayyid Qutb,menukilkan di dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran begini:

"Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mukmin sebaik teringat kepada Allah."

Sambung beliau lagi,

" ..kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah nikmat kurniaan ilahi..."

" Setiap kelipan mata dan detik waktu, dan disetiap langkah Allah melimpahkan nikmat dan rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia..."

"...kerana itu mengucapkan Alhamdulillah di awal dan diakhir merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung."

Firman Allah:

"Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulanglah kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir." (al-Qasas: 70)

**************

Nah, sambungan dari amalan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" semalam, kita boleh terus beramal dengan membaca "Alhamdulillah" pula. Ya, di setiap memula dan di akhir aktiviti.

Baik, sekarang saya mahu kongsikan satu kata-kata pujian kepada Allah yang membuat para malaikat bingung bagaimana mahu mencatatkan pahalanya.

" Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulanglah kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran-Mu"

Kata-kata di atas apabila kita ucapkan akan membuat kedua-dua malaikat pencatat amalan terpaksa bertanya kepada Allah bagaimana sepatutnya ia di catat.

Maka jawab Allah,
" Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba-Ku sehingga ia menemui Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya." ( Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar r.a )

Sungguh dasyat kata-kata di atas. Pahalanya luar biasa .

Sayyid Qutb menyatakan begini:

"...kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hamba-Nya yang mukmin adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata, " Alhamdulillah".

Nah, mulai hari ini, masukkan pujian ini ke dalam doa kita. Apabila saudara mula beramal, Si Pengarang tafsir akan dapat manfaat, saya yang menyampaikan pula juga dapat bahagian. Insya-Allah.

Justeru, mari kita saling menyampaikan pesan-pesan dari langit ini; supaya kita semua mendapat manfaatnya.

" Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulanglah kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran-Mu"

Lafaz bahasa Arabnya boleh saudara ketahui dengan menelefon saya. Insya-Allah:

012-9876 717

KIsah 28 : Pesan Dari Langit - Tentang Bismillahirrahmanirahim

Dari TERENGGANU: Kisah 28
Ditulis pada 12.01, 3/3/2013, Batu Rakit View Chalet

Tajuk: 'Pesan Dari Langit - Tentang Bismillahirrahmanirahim'

Di antara impian saya adalah membaca tafsir Fi Zilalil Quran dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan. Sungguh, tafsir 17 jilid itu benar-benar memikat hati.

Pertama kerana ia ditulis oleh seorang yang hidup membaca selama 40 tahun. Justeru, saya fikir dengan menghadam tafsir ini berupaya memendekkan pengalaman membaca dan menyedut segala khazanahnya.

Kemudian, mutiara-mutiara kehidupan yang saya kutip dari tafsir itu nanti mahu saya kongsikan di sini. Kerana memang tiada lagi yang lebih asli dan lebih berkesan selain formula yang diberikan oleh al-Quran. Yakni bagaimana untuk sukses dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Dan pada masa yang sama berjaya mendapat redha Allah.

Namun, impian itu rupa-rupanya tidak semudah yang dirancang. Ada saja kekangan yang menghalang saya dari bermula. Jika dulu barangkali kerana belum mampu memiliki tafsir itu.

Maklumlah harganya adalah RM5000. Namun kini sudah tidak boleh beralasan lagi bila harganya sudah turun menjadi RM1500. Dan ia sudahpun diizin Allah memilikinya.

Semalam, saya membaca sebuah buku karangan Dato' Ismail Kamus berkenaan dunia jin. Subhanallah, sungguh ia merupakan sebuah buku yang bagus. Dengannya saya mendapat motivasi.

Setiap dari kita memang diberi Allah seekor Jin bernama Qarin . Kerjanya tidak lain selain mendorong kita menjadi jahat, tidak produktif.

Maka sejak itu saya berazam untuk tidak kalah dengan Si Qarin ini. Langkah pertama ada memulakan penulisan travelog Fi Zilalil Quran yang saya namakan 'Pesan Dari Langit'.

***************

" Bismillahirahmanirahim- Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Saya ada beberapa amalan tentang ayat ini. Ada yang saya pelajari dari guru dan ada yang melalui pembacaan. Pada satu peringkat saya pernah ghairah mencari amalan. Yakni amalan itu dan ini.

Kadang-kadang sesuatu amalan itu memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Akhirnya saya akur tidak mampu untuk istiqamah dengan amalan begitu.

Ternyata, amalan membaca Bismillahirrahmanirahim dapat saya amalkan dengan berterusan kerana ianya ringkas dan mudah. Alhamdulillah.

1) Sewaktu mahu tidur membaca "Bismillahirrahmanirrahim" sebanyak 21 kali dapat perlindungan Allah dari:

- Perompak/Pencuri
-Sihir
-Rumah terbakar
-Mati ketika tidur. Insya-Allah

2) Semasa berhadapan dengan orang jahat, orang garang, orang berpengaruh atau orang yang berkuasa bacalah "Bismillahirrahmanirrahim" sebanyak 50 kali.

- Ia dapat melembutkan hati mereka. Insya-Allah

3) Membaca " Bismillahirrahmanirrahim" setiap kali memulakan kerja.
- Memudahkan segala urusan dan dapat pahala dengan mudah-mudah sahaja. Insya-Allah

*************
Saya membuka halaman tafsir Fi Zalil Quran dan mata laju mencari tafsir ayat "Bismillahirrahamanirrahim" ini...

Berikut adalah beberapa perkara yang saya kira menarik untuk dikongsikan:

- Bismillahirrahmanirrahim merupakan satu ayat di dalam surah al-Fatihah. Jadi jumlah ayat al-Fatihah adalah tujuh. Inilah pendapat yang terkuat (arjah).

Hal ini saya kongsikan di sini kerana dikatakan memang ada perbezaan pendapat tentang kedudukan Bismillahirrahmanirrahim ini.

Ada pendapat yang mengatakan ia merupakan satu ayat dalam setiap surah. Ada pula pendapat yang menyatakan ia merupakan satu ayat al-Quran yang dibaca ketika membaca setiap surah.

Dan menurut tafsir ini, - Bismillahirrahmanirrahim merupakan satu ayat di dalam surah al-Fatihah. Jadi jumlah ayat al-Fatihah adalah tujuh. Inilah pendapat yang terkuat (arjah).

Dan ini dalilnya:
" Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Quran yang agung." (Surah al-Hijr: 87 )

****************

Baik, sekarang mari kita kupas tentang amalan no -3 di atas. Iaitu memulakan setiap aktiviti dengan bacaan "Bismillahirrahmanirrahim"

Sayyid Qutb menyatakan begini;
" Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung, yang menganggap Allah bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin.

Seterusnya beliau menyatakan begini pula;

"...kerana itu amatlah wajar segala permulaan, segala harakat dan segala tindakan dan segala tujuan itu dimulakan dengan nama-Nya"

*****************

Wah, saudara yang membaca tulisan ini sudah tidak perlu membuka tafsir lagi. Terus sahaja beramal ya...

Yakni mulai hari ini, kita mulakan setiap pergerakan dengan bacaan " Bismillahirrahmanirrahim"

Oh ya, dengan mengamalkan ini Jin yang bernama Qarin itu, tidak berpeluang menyertai kita dalam makan dan minum. Maka kuruslah dia. Maka lemahlah dia.

Natijahnya, ringan dan senang saja untuk melakukan ibadah.

Jika tidak gemuklah dia. Dan kuatlah dia...maka diganyangnya kita sehingga lemah untuk beribadah dan membuat kebajikan.

Pada buku di atas juga ada dikongsikan 10 cara yang bila kita lakukan boleh memudahkan kita beribadah di samping mudah datangnya rezeki.