Dari KELANTAN: Kisah 407
Ditulis pada 7:20 Pagi, Ahad, 22/9/2013
16 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal,Pasir Puteh
Tajuk: Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)
Assalamualaikum sahabatku yang baik budinya. Didoakan pagi ini kita
diberi kesihatan, keriangan dan kebahagiaan yang disyukuri. Amin
Sahabatku yang dirahmat Allah,
Di antara strategi yang mudah dan boleh dilakukan serta-merta pada pagi
ini ialah sedekah. Menariknya, yang dinamakan sedekah itu bukanlah
kepada duit dan barang-barang sahaja.
Apa sahaja yang (baik)
dan diniatkan sedekah akan menjadi sedekah. Menyebarkan info di bawah
agar orang lain mendapat manfaat juga merupakan sedekah.
*****************
Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :
22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm
Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.
**************
Sahabatku yang baik hatinya,
Belumpun saya selesai menulis ayat ini, kedengaran seseorang memberi salam. Di tangannya terlihat satu bungkusan. Buah dokong.
Buah dokong diserahkan dan disusuli dengan ayat ini...
" Jom sarapan di rumah..."
" Saya sedang menulis..." jawab saya
" Berhentilah dulu menulis...jom!"
Sahabatku,...begitulah rezeki!
Baru berbuat sedikit kebajikan, sudah pun Allah balas..
**************
Mohon maaf ya sahabat, tulisan ini perlu disambung, kerana meraikan permintaan tetamu yang bertandang tadi.
**************
Oh ya, jangan lupa tentang program tersebut:
Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :
22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm
Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.
************
Boleh berhubung terus dengan beliau. Insya-Allah.
https://www.facebook.com/rosz.mohd?hc_location=timeline
No comments:
Post a Comment