Sunday 26 May 2013

Kisah 91 : RM3 juta dalam 3 bulan bulan

Dari KELANTAN: Kisah 91
Ditulis pada 10:51 malam, 26/5/2013, Pasir Puteh .

Tajuk: RM3 juta dalam 3 bulan bulan

Wah, hari ini kita cerita hal juta-juta terus yaaaa...

Semasa saya bermusafir di bumi Kuala Lumpur tiga hari lepas, saya sempat menziarahi Dr. Zulkarnain. Sebelumnya, beliau pernah membeli 15 naskah buku di atas. Begitulah silaturrahim ini bermula.

Beliau merupakan CEO IIC ( Islamic International College). Orangnya muda, kacak, rapi dan suka senyum.

Di antara cerita menarik yang sempat beliau kongsikan adalah cerita bagaimana beliau menjual tanah. Dikatakan RM3 juta itu beliau peroleh dalam tempoh 3 bulan sahaja. Dan ia cuma bermula dari mudah.my!

Semakin lama kami berbual, semakin banyak cerita yang dikongsikan. Dan kami rasa teruja. Manakan tidak, kedengaran begitu mudah sahaja beliau menjemput rezeki. Rezeki yang berantai-rantai. Lepas satu,satu.....lepas satu, satu lagi rezeki datang.

Apakah amalan beliau?

Insya-Allah akan dibukukan, dengan judul ' Silaturrahim Marketing '

Ada yang berminat....?

Kisah 90 : Tahun ini rezeki beliau sebanyak RM10 juta

Dari KELANTAN: Kisah 90
Ditulis pada 9:46 malam, 26/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Tahun ini rezeki beliau sebanyak RM10 juta

Siapa yang menerima risalah MMR yang empat muka surat itu, tentu sudah tahu kisah seorang 'budak kutip sampah jadi jutawan'.

Begitulah yang berlaku. Bermula dari -RM50 menjadi RM1 juta dalam tempoh satu tahun.

Kisah tersebut pernah saya tulis di Majalah Anis keluaran Oktober 2012. Sejak itu kami sering bertemu. Malah pada satu pertemuan saya pernah tanyakan soalan ini kepada beliau:

" Sebenarnya berapakah jumlah yang tuan impikan?"

" RM100 juta" kata beliau cepat dan tegas.

" Berapa lama?"

" Dalam tempoh 10 tahun" jawab beliau.

" Atau RM10juta setahun?" tambah saya.

" Ya"

" Baik, bagaimana jika kita mula sasarkan setahun dari sekarang?. Nanti bolehlah saya tuliskan sekali lagi kisah beliau di majalah yang sama." saya menduga.

Beliau tersenyum dan menjawab " Insya-Allah tuan"

Memang style beliau begitu, santai tapi dapat dirasai keazamannya.

Dan semalam saya diizin Allah bertemu beliau sekali lagi. Kami dijemput ke rumah beliau. Ada kenduri kesyukuran. Tiga hari lagi beliau akan berangkat ke Mekah. Menunaikan Umrah.

Amalan yang sama. Bisnes yang sama. Cuma impiannya yang berbeza. Hasilnya....

RM10 juta itu dapat beliau raih pada tahun ini. Malah pada satu transaksi yang bernilai lebih dari RM5 juta, dapat beliau closed dalam tempoh kurang dari 15 minit. Tanpa sehelai kertas pun di tangan (dengan izin Allah ).

Apakah amalan beliau?

Kisah 89 : Surat Berantai

Dari KELANTAN: Kisah 89
Ditulis pada 11:20 pagi, 26/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Surat Berantai

Salah satu, strategi menjual adalah menggunakan risalah. Pun begitu, dengan sedikit kreativiti, risalah yang biasa menjadi luar biasa (kesannya).

Dengan izin Allah, risalah buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki), yang terdiri dari empat muka surat A4 sudah pun menjalankan tugasnya.

Risalah empat muka surat itu, boleh saja jadi surat berantai-rantai yang tidak berpenghujung. Kita tidak tahu, mata rantai yang mana satu bakal menghasilkan jualan.

Pun begitu, ia menarik utuk dicuba. Dan mereka yang sudah mencubanya sudah pun beroleh hasil. Alhamdulillah.

Dikhabarkan dengannya ada yang mendapat 4 sales sehari. Ada pula yang mendapat RM500 sehari. Ada yang tidak mendapat apa-apa sales dalam sehari pun ada. Benar, rezeki masing-masing, kita tinggal melakukan sahaja.

Kepada saudara yang mahu tahu bagaimanakah agaknya rupa kandungan risalah 4 mukasurat itu, boleh tinggalkan email di ruangan komen di bawah. Insya-Allah saya boleh email contohnya.

Manalah tahu, dari suka-suka mengedar risalah tersebut boleh pula jadi sales.Dan ada ganjaran menanti. RM7/naskah.

Barangkali ada orang yang melihat peluang di sini...

Kisah 88 : Kemahiran Menjual

Dari KELANTAN: Kisah 88
Ditulis pada 8:39 pagi, 26/5/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Kemahiran Menjual

Saya pernah mendengar kata-kata ini.

" Kita boleh membaca banyak buku bagaimana belajar berenang. Namun, kita sebenarnya hanya benar-benar belajar berenang bila terjun ke dalam air"

Begitulah halnya dengan kemahiran menjual,

Terdapat banyak buku yang mengajar bagaimana menjual. Pun begitu, kita hanya boleh mendapat kemahiran menjual bilamana mula menjual.

Saya diizin Allah mendapat kemahiran ini kerana tekanan hidup. Pada satu fasa kehidupan, saya sudah tidak mampu memiliki kereta. Lalu saya membeli motorsikal terpakai. Motorsikal itu pun dicuri orang. Lalu saya terpaksa membeli sebuah basikal.

Dengan basikal itulah saya ke sana ke mari menjual itu dan ini. Pada satu hari, basikal itu pun dicuri orang. Maka, saya berpada dengan hanya membetis (kata oranga Singapura). Maksudnya berjalan kaki.

Saya menjual dari meja ke meja. Saya menjual dari pintu ke pintu. Saya menjual secara online. Saya menjual menerusi telefon. Saya menjual dalam seminar. Saya pernah menjual barang-barang murah. Saya juga pernah menjual barang yang mahal, malah sangat mahal.

Dengan kemahiran itulah (dengan izin Allah ), saya berhasil menjual buku di atas dengan banyak.

Saya pernah berazam menjual senaskah buku di atas kepada satu orang, Allah izinkan.

Kemudian saya berazam untuk menjual 10 naskah buku di atas kepada satu orang. Allah izinkan.

Seterusnya saya berazam untuk menjual 100 naskah buku di atas kepada satu orang, juga Allah izinkan.

Lalu saya memasang impian untuk menjual 1000 naskah kepada satu orang, Allah pun izinkan.

Dan menjual 1000 naskah kepada satu orang pun sudah berkali-kali saya lakukan. Lebih dari 15 kali.

Hari ini saya memasang impian untuk menjual 10,000 naskah kepada satu orang pula.

Bolehkah? Bagaimana caranya?

Akhirnya, tentang kemahiran menjual ini, saya suka untuk mengatakan, ia tidaklah susah. Ia menjadi susah kerana kita tidak mahir. Dan kemahiran itu hanya boleh diperoleh dengan berbuat. Buat dan terus buat. Bahasa mudahnya berlatih...

Saya terpanggil untuk menulis hal ini kerana menerima banyak email yang mahukan kerja yang bergaji RM500 itu.

Dalam tempoh 24 jam saya berkelana ke bumi Kuala Lumpur tempohari, saya tidak membuka email. Dan bila dibuka, tidak kurang dari 40 email bertanyakan tentang kerja kosong yang saya tawarkan (kisah 74 & 75 )

Ada yang sanggup merayu dan memberitahu mereka sangat terdesak dan perlukan wang. Saya faham, kerana saya pun pernah berada dalam keadaan begitu.

Baiklah, kepada saudara yang berhajat belajar kemahiran menjual, sambil mendapat gaji sebanyak RM500 itu, bolehlah hubungi saya. Maksud saya telefon terus . Jangan sms atau email. Sungguh, dengan masa yang berbaki ini, saya tidak mampu berbalas email dan sms.

Hubungi saya di talian: 012-9876 717
Saya akan beritahu syaratnya. Tidaklah sukar, tetapi untuk kebaikan kedua belah pihak. Iaitu, pihak saya sebagai majikan dan pihak saudara sebagai pekerja. Jika setuju saudara boleh bermula hari ini. Insya-Allah.

Kisah 87 : Pekerja dan pekerjaan yang luar biasa.

Dari KELANTAN: Kisah 87
Ditulis pada: 7:30 pagi, 26/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Pekerja dan pekerjaan yang luar biasa.

Sebelum saya membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis, saya juga seorang pekerja.

Jawatan terakhir adalah sebagai Branch Manager sebuah syarikat.
Kerja saya adalah menguruskan 36 buah keluarga Rusia. Kebanyakan mereka datang bersama keluarga ke Malaysia . Mereka adalah Warranty Team Jet Sukhoi yang dibeli oleh TUDM. Mereka berada di Malaysia hampir 3 tahun.

Mereka ditempatkan di Pangkalan Udara Gong Kedak. Iaitu terdiri dari 2 buah apartment yang berpagar. Salah satu unitnya merupakan pejabat juga merangkap tempat tinggal saya.

Pada mulanya saya mempunyai team yang lengkap yang terdiri dari pemandu, tukang bersih, juruteknik dan kerani pejabat. Pun begitu, atas sebab tertentu, semua jawatan itu menjadi satu. Dan saya adalah satu-satunya pekerja di situ.

Maka bermulalah era menjadi pekerja yang luar biasa. Seawal jam 7.00 pagi saya sudah membuka pintu pejabat untuk menerima sebarang aduan dari 36 buah keluarga Rusia tadi. Seterusnya mula berfikir, merancang dan mengurus bagaimana untuk menyelesaikannya dalam masa paling pantas (tanpa sebarang alasan.)

Selepas itu, saya terus menukar uniform pejabat kepada pakaian cleaner dan mula menyapu sampah dan membersihkan longkang. Ya, termasuk sesawang yang terdapat di kedua-dua buah apartment itu.

Selesai mandi (kali ke-2), bersarapan dan solat dhuha, saya bergegas ke pekan untuk menyelesaikan urusan berkaitan. Urusan di bank, di pejabat pos, di telekom dan kedai hardware dan lain-lain.

Kemudian bila pulang ke pejabat (merangkap rumah) saya perlu mengadap komputer, menguruskan akaun, mengemaskini bil -bil, menjawab surat/ email serta membuat panggilan telefon kepada pelbagai pihak.

Bila bermesyuarat dengan pihak Kem pula, saya perlu memakai pakaian dan bertingkah sebagai Branch Manager.

Dan memang kerap pula saya dilihat memandu van pregio membawa keluarga Rusia ini ke sana sini.

Tidak cukup dengan itu, saya kerap juga dilihat di ladang Kenaf. Bertopi ala penanam sayur, berbaju kemeja lengan panjang dan berkasut boot. Bersama beberapa warga asing.

Pada masa lain, saya akan kelihatan di tapak pembinaan. Ya, selain memiliki ladang kenaf, majikan saya juga memiliki beberapa projek pembinaan.

Oh, ya kerap juga saya perlu mengeluarkan duit sendiri (bukan sedikit) untuk membayar itu dan ini bilamana peruntukan dari HQ lambat sampai.

Dan mereka tidak pernah tahu akan hal ini, kerana semua urusan berjalan licin dan lancar.

Akhirnya setelah hampir tiga tahun berlalu, kawan-kawan saya kekal bingung dan bertanya.

" Sebenarnya awak kerja sebagai apa di sini...?"

Dan saya sekadar senyum dan berkata di dalam hati.

" Inilah persediaan yang Allah beri kepada saya untuk mengurus perniagaan sendiri..."

Pengajaran: Takdir Allah semuanya baik.

Saturday 25 May 2013

Kisah 86 : Pikat Isteri

Dari KELANTAN: Kisah 86
Ditulis pada 10:19 malam, 25/5/2013

Tajuk: Pikat Isteri

Tips ini saya peroleh dari seorang trainer yang berpengalaman. Kami di pertemukan Allah di sebuah kolej, di Kuala Lumpur. Beliau seorang wanita.

" Isteri suka di puji berbanding di komplen" kata beliau.

Pelajaran: Banyakkan puji dan jangan sesekali komplen.

Kisah 85 : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah

Dari KELANTAN: Kisah 85
Ditulis pada 9:37pagi, 25/5/2013

Tajuk: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah

Dua hari lepas saya menerima panggilan dari seseorang. Apabila ditanya-tanya baru saya faham rupa-rupanya beliau seorang pembaca buku MMR. En Salman membuat panggilan dari Sabah.

Malah lebih dari itu, beliau juga merupakan seorang organiser satu karnival yang akan diadakan di Masjid Bandaraya KK Sabah. Karnival selama 8 hari itu sudah pun bermula semalam 24/5/2013.

Dipendekkan cerita , saya turut dijemput untuk beberapa program di sana. Maka jika tiada aral melintang, terbanglah kami ke KK pada 28/5/2013 nanti. Insya-Allah akan kembali ke bumi Kuala Lumpur pada 1 Jun 2013.

Bila sebut saja Sabah, tidak semena-mena ingatan saya terbang kembali ke zaman persekolahan. Saya mempunyai seorang kawan yang bernama Adam. Beliau merupakan pelajar tajaan Yayasan Sabah. Kami sempat saling mengenal semasa belajar di VI (Victoria Institution)

Adam pandai melukis kartun. Jika berjalan ke Chow Kit misalnya, beliau akan melakarkan apa yang dilihatnya ke atas kertas. Siap dengan dialognya.

Jadi, saya akan segera faham apa yang dialami oleh Adam sepanjang berjalan-jalan di Chow Kit.

Adam seorang yang lucu. Adam bertubuh kecil saja. Kulitnya puteh, rambutnya lurus dan matanya agak sepet. Senyumnya manis. Adam tidak merokok kerana itu bibirnya merah segar.

Apakah kehadiran saya ke Sabah dizin Allah untuk bertemu kembali dengan beliau? Setelah hampir 20 tahun tidak bertemu...

Lebih dari itu, saya sempat juga mempunyai beberapa kenalan yang terhasil dari tulisan di blog sebelum terbitnya buku di atas, juga para pembaca pasca terbitnya MMR.

Mungkinkah kita akan bertemu...?

Kisah 84 : Belajar Tulis Novel

Dari KELANTAN: Kisah 84
Ditulis pada: 9:24 pagi, 25/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Belajar Tulis Novel

Saya mendapat khabar baik.

Yang mana dikhabarkan terdapat satu peluang belajar menulis novel Islami. Dikhabarkan juga yurannya RM750. Ehem, barangkali ada yang mengerutkan dahi.

Pun begitu jika diambil kira, yang kursus itu dijalankan disebuah hotel yang boleh tahan bintangnya. Termasuk bermalam dan makan minumnya, selama dua hari satu malam; rasanya berbaloi.

Kalau diikutkan hati mahu rasanya saya berkursus menulis novel ini. Namun bila memandangkan jadual berprogram, alahai...sudah diisi penuh. Katanya akan diadakan pada bulan depan 22-23 Jun 2013.

Para penyampainya pun bukan calang-calang orangnya. Tentu ramai yang kenal dengan Tuan Hilal Asyraf, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ummu Hani Abu Hassan, Zayu Hisham, Khairy Tajudin dan ramai lagi.

Tuan Zakaria Sungip, pengarah penerbitan buku di Galeri Ilmu menyatakan begini:

Bagi mereka yang merasakan bengkel intensif bersama Hilal Asyraf bakal menjadi platform yang baik untuk itu, silakan hadir. Hubungi Cik Suriati di talian 013-6697992. Anda akan diminta menyediakan sinopsis novel sebelum melangkah ke bengkel. Contoh sinopsis akan die-melkan oleh Cik Suriati.

Didoakan impian calon-calon novelis Islami ini dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Oh ya, suka saya nyatakan bahawa, buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) juga lahir dari kursus yang dianjurkan oleh pihak Galeri Ilmu.

Alhamdulillah.

Kisah 83 : Ujian, oh ujian

Dari KELANTAN: Kisah 83
Ditulis pada 7:45 pagi, 25/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk:' Ujian, oh ujian'

Semasa menulis baris ini, pancaran matahari sudah meriah. Bunyi burung juga begitu. Cuma dedaun yang masih kaku. Tidak berkutik. Kelihatannya pagi ini sang angin seperti menyambut cuti sekolah juga. Turut bercuti barangkali.

Aku teringatkan kepada beberapa sms yang diterima semalam; malah minggu-minggu sebelumnya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga. Mengapa boleh jadi begini...?

Kelihatannya mereka ok ,ok saja. Malah tidak kelihatan pun tanda-tanda susah. Apatah lagi bila dinilai dari kata dan gayanya. Tiba-tiba... eh, ....menghantar sms mahu meminjam wang. Sedang emergency katanya...

Mereka itu, ada yang sangat aku kenal dan ada yang tidak aku kenali langsung.

Benarlah ' ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'.

Inilah kehidupan di dunia. Tiada yang kekal. Kaya tidak kekal. Miskin tidak kekal. Sihat tidak kekal. Sakit pun tidak kekal.

Bahagia tidak kekal, derita tidak kekal. Yang kekal adalah perubahan. Kita akan terus barubah dari satu emosi kepada emosi lainnya. Kita akan beruba dari satu situasi kepada situasi yang lain.

Ujian juga begitu. Masa lapang adalah ujian. Masa sibuk adalah ujian.
Kekayaan adalah ujian, kemiskinan adalah ujian. Berduit ujian, tidak berduit juga ujian.

Mereka yang faham, akan diam dan terus bertahan menunggu bantuan Allah. Solat dan sabar adalah kuncinya.

Jika tidak....satu dunia akan kita beritahu kita yang kita sedang diuji, kita sedang susah, kita sedang menderita. Kita sedang sesak, kita perlukan bantuan...

Alahai....mereka yang diberitahu itupun belumlah dapat membantu tanpa izin-Nya.

Dan beruntunglah orang-orang yang memahami ini.

Friday 24 May 2013

Kisah 82 : Kita raikan takdir Allah

Dari KELANTAN: Kisah 82
Ditulis pada 7:35 pagi, 24/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Kita raikan takdir Allah

Subuh semalam, 23/5/2013 saya tiba di stesen bas Hentian Putra.

Hari ini, subuh 24/5/2013 sudah pun berada di bumi Pasir Puteh. Subhanallah. Sungguh, ia sangat berbeza dari apa yang dirancang. Inilah takdir Allah, yang perlu diraikan:

1) Bersiaran di IKIM pada jam 3.00 petang hari ini (24/5/2013 ) dikatakan ditukar ketarikh lain.

2) Program TV MMR 52 episod, kelihatan semakin terang cahayanya.

3) Begitu juga dengan Majalah MMR, kelihatan semakin mudah jalannya.

4) Akademi Usahawan MMR juga begitu.

Sepanjang 24 jam berada di bumi Kuala Lumpur, saya diizin Allah bertemu dengan 6 orang baru. Mereka ini semua seperti ada kaitan yang rapat dengan impian dan rancangan masa depan MMR.

Alhamdulillah.

Jelas, bukan semua apa yang dirancang menjadi. Pun begitu, setelah segala ikhtiar sudah dibuat, tiadalah yang mahu digundahkan.

Kita raikan sahaja takdir Allah...apa pun ia.

Wednesday 22 May 2013

Kisah 81 : MPH

Dari KELANTAN: Kisah 81
Ditulis pada 1:46 petang, 22/5/2013 Pasir Puteh.

Tajuk: MPH

Saya mendapat ini khabar sebelum zuhur tadi:

Saya dikhabarkan oleh En. Wizan bahawa beliau baru sahaja selesai bertemu wakil kedai buku MPH. Minggu sebelumnya MPH sudah menelefon dan mahu membeli 1,000 naskah buku MMR.

Pun begitu setelah diberitahu bahawa pihak kami berurusan secara tunai sahaja; urusniaga itu terhenti sebentar. Diberitakan oleh pihak MPH bahawa sudah ramai yang bertanyakan buku MMR di kebanyakan outlet mereka.

Kebanyakan outlet MPH dan Popular serta kedai-kedai buku utama sudah kehabisan stok,kerana mulai cetakan ke-6, kami menggunakan 100 peratus jentera pemasaran kami sendiri.

Ada sebab mengapa kami mahu menongkah arus. Secara tradisinya, kedai buku membeli buku secara hutang. Dan pihak penerbit pun ramai yang berhutang dengan pencetak buku.

Kami memilih untuk memecah tradisi ini. Justeru, semua urusan adalah secara tunai. Dan ia bersebab.

Dikhabarkan idea membeli buku MMR secara tunai ini akan dimesyuaratkan oleh mereka. Kita lihat bagaimana ketentuan Allah nanti. Jika mereka faham dan sanggup, buku MMR akan kelihatan sekali lagi di rak-rak buku MPH. Insya-Allah.

Apa yang jelas, kami akan terus bertahan dengan prinsip ini. Dan ia bersebab. En. Wizan, yang bertindak sebagai pengurus kepada MD (Master Dealer ) buku MMR di seluruh Malaysia sudahpun menerangkan sebab-sebabnya kepada mereka.

Kepada saudara yang mahu menjadi dealer , inilah masanya. Buku MMR sedang hot. Ia mendapat permintaan dan sedang dicari-cari.

Statistiknya kekal tinggi. Iaitu setiap 10 orang yang memegang buku ini, dan melihat kandungannya, insya-Allah akan ada yang mahu membeli. Data ini saya perhatikan konsisten sejak cetakan pertama lagi.

Kini, buku MMR sudah masuk cetakan ke-10 (dalam tempoh 1 tahun ). Cetakan terkumpul adalah 60,000 naskah.

Impiannya adalah agar sampai ia (dimiliki) oleh sejuta jiwa pada 1/5/2015. Iaitu dalam tempoh 3 tahun (1/5/2012- 1/5/2015)

Untuk maksud itu, jika saudara/ri mahu keterangan lanjut tentang utusan menjadi dealer boleh terus berhubung dengan beliau: 014-5450 888 (En.Wizan)

Begitulah...

Kisah 80 : Majalah IK

Dari KELANTAN: Kisah 80
Ditulis pada 11:44 pagi, 22/5/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Majalah IK

Insya-Allah, dikhabarkan buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) ada ruang 4 muka surat di Majalah IK (Inspirai Kejayaan) milik ikon Internet Malaysia Dr Irfan Khairi. Iaitu untuk edisi 11

Didoakan ruang dan peluang itu diizin Allah untuk menyentuh hati seseorang dan mendapat manfaat darinya. Amin

Kisah 79 : Program TV MMR

Dari KELANTAN: Kisah 79
Ditulis pada 11:30 pagi, 22/5/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Program TV MMR

Di antara impian yang pernah saya bisikkan kepada Allah adalah mempunyai program TV sendiri.

Alhamdulillah, nampaknya impian itu dimudahkan Allah.

Program 52 episod itu berkos RM1.5 juta.

Penerbitnya sudah Allah hantar.

Beberapa siri rundingan dengan pihak yang berkaitan sedang berjalan.

Didoakan rakan-rakan di sana tidak lekas putus asa menghadapi cabaran memburu impian.

Adatlah...

Semakin tinggi pohon kelapa semakin kuat dipukul angin.

Semakin tinggi impian , semakin besarlah cabarannya.

Namun, apa yang digundahkan.

Kitakan ada Allah.

Allah yang Maha Besar dari segala yang besar.

Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Semua boleh diminta dari Allah.

Kisah 78 :

tidak dijumpai di fb

Kisah 77 : Radio IKIM FM

Dari KELANTAN: Kisah 77
Ditulis pada: 11:24 pagi, 22/5/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Radio IKIM FM

Mengikut kata rakan niaga di Kuala Lumpur, saya dikhabarkan akan bersiaran di Radio IKIM FM lusa . Slot 30 minit itu memberi ruang dan peluang untuk menyampaikan mesej buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) kepada pendengar radio IKIM , insya-Allah.

Alhamdulillah. Didoakan ada yang diizin Allah, mendapat manfaat dan mula beramal. Amin.

Tarikh: 24/5/2013
Hari: Jumaat
Masa: 3 petang.

Kisah 76 : Akademi Usahawan MMR

Dari KELANTAN: Kisah 76
Ditulis pada: 10:37 pagi, 22/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Akademi Usahawan MMR

Alhamdulillah. Pagi ini saya mendapat khabar berita dari rakan niaga di Kuala Lumpur.

Iaitu beberapa siri rundingan dengan pihak MARA kelihatannya dimudahkan Allah. Insya-Allah tidak lama lagi , ramai yang dapat menikmati modul latihan MMR.

Untuk maksud itu, sekarang kami sedang mengumpulkan beberapa (orang yang berminat) untuk menjadi kumpulan awal bagi menjalankan pilot projek Akademi Usahawan MMR.

Modul latihan untuk tempoh sebulan sudah dirangka dan akan dicuba kepada kumpulan awal ini.

Impian kami ialah setiap graduan Akademi Usahawan MMR akan mampu berdikari untuk memulakan dan membina bisnes masing-masing. Iaitu dengan mempelajari kebolehan dan kemahiran menjual.

Kepada yang teruja, sila tempah tempat saudara dengan menghantar sms kepada Puan Areena. T & C akan dimaklumkan kemudian.

Taipkan : Saya berminat untuk menyertai Akademi Usahawan MMR <jarak> nama penuh <jarak>umur <jarak> Lokasi sekarang.

Dan hantarkan ke talian: 012-3973 206

Kisah 75 : Kerja kosong-2, Mengedar Risalah

Dari KELANTAN: Kisah 75
Ditulis pada 9:16 pagi, 22/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Kerja kosong-2, Mengedar Risalah'

Alhamdulillah. Beberapa orang sudah disahkan sebagai 'team telemarketer MMR'.

Elaun RM500 tidaklah banyak, namun tentu ia bermakna, apatah lagi bila ketika ini kita sedang berada dalam keadaan kesukaran kewangan.

Cuba bayangkan keadaan ini; Seorang GM (General Manager) terpaksa menjadi kuli kepada warga asing di sebuah kilang membuat tilam dan bantal. Terpaksa bekerja dalam keadaan berpeluh-peluh pada masa orang lain sedang enak diulit mimpi.Ya, hanya untuk meraih pendapatan tambahan RM3 sejam. Kisah dia ada saya tuliskan dalam bab 12 buku di atas.

Kemudian bayangkan lagi keadaan ini, iaitu seorang trainer yang pernah mengajar orang lain bagaimana mencipta kejayaan tiba-tiba mencari kerja sebagai seorang tukang kebun.

Lalu, bayangkan lagi situasi ini; seorang yang sanggup berjalan kaki beberapa kilometer pergi ke BSN; kerana mahu menutup akaunnya yang berbaki RM10 itu. Mengapa? Kerana disitulah satu-satunya tempat yang difikirkannya ada wang berbaki. Ya, yang RM10 itulah...

Namun, sebaik dia sampai di sana, dia terpaksa berpatah balik dengan tangan kosong, kerana untuk menutup akaun itu pun ada caj yang perlu dibayar. Dia tidak ada wang, maka sekali lagi dia berjalan kaki pulang ke rumah.

Kemudian bayangkan lagi situasi ini; bila nasi goreng yang harganya RM1 sebungkus, ditawarnya agar boleh dibeli dengan harga 60 sen. Biarpun cuma dapat separuh bungkus, namun itulah yang dia mampu. Dan dia perlu tenteram dengan rezeki yang separuh bungkus itu.

Subhanallah, siapakah dia?

Ya, dia adalah saya....

Justeru, saya sangat faham bila ada yang menghantar email memohon kerja yang bergaji RM500 itu, dulunya merupakan pegawai yang bergaji RM5000.

Begitulah, putaran roda kehidupan ini. Ada kalanya kita di atas. Ada ketikanya kita di bawah.

Pun begitu, bersabarlah.... Putaran roda itu ibarat hujan dan panas. Sungguh ia tidak kekal. Hujan dan panas akan silih berganti.

Kesukaran yang dirasakan amat perit ketika ini akan tamat. Cahaya mentari akan muncul dan pelangi pun terbit.

Ya, selepas kesusahan akan ada kemudahan. Ini janji Allah .

Jawatan 'telemarketer ' cuma ada 14 kekosongan. Iaitu cuma seorang bagi setiap negeri.

Namun kerana ada yang memohon kerja dari negeri yang sama, ada satu lagi jawatan kosong . Iaitu sebagai pengedar risalah.

Kerja ini tidak bergaji tetap. Tetapi komisyennya lumayan.
Bagaimanakah kerjanya?

1) Saudara akan dibekalkan melalui email contoh risalah MMR.
2) Tukar gambar dan nombor telefon menjadi gambar dan nombor telefon saudara.
3) Fotostat dan masukkan risalah 4 mukasurat itu ke dalam sampul surat.
4) Kemudian edarkan (secara tangan atau pos ). Malah dengan email pun boleh.
5) Jika ada yang berminat membeli, komisyen saudara adalah RM7 bagi setiap pembeli.
6) Mengikut pengalaman saya, setiap sepuluh orang yang menerima atau membaca risalah ini, sekurang-kurangnya seorang akan membeli. Insya-Allah.

Kepada yang berhajat sila emailkan kepada saya: fathuri72@yahoo.com

Insya-Allah contoh risalah akan saya emailkan segera.

Sekadar inilah yang boleh saya bantu buat masa ini. semoga barakah. Amin.

Ya, situasi itu sudah pernah saya tempuhi.

Tuesday 21 May 2013

Kisah 74 : Kerja Kosong

Dari KELANTAN: Kisah 74
Ditulis pada 9:14 malam, 21/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Kerja Kosong'

Saya pernah bekerja di kilang. Malah dalam buku di atas (bab 12), ada saya ceritakan kisah semasa bekerja di sebuah kilang.

Kini saya sedang memasang impian untuk memiliki kilang.

Kilang apa ya? Entahlah...tapi hati saya pernah berbisik begitu.

Ya, satu hari nanti saya mesti mempunyai sebuah kilang.

Mengapa?

Kerana saya mempunyai impian untuk memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang.

Bekas majikan saya juga begitu. Bermula dari kilang yang kecil, kini sudah memiliki kilang yang besar. Niat asalnya begitulah...

Yakni mahu memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang miskin dan ibu-ibu tunggal yang susah.

Hari ini? Beliau sudah berpangkat Dato' dan menikmati apa yang diimpikan oleh kebanyakan orang. Pun begitu, orangnya masih begitu-begitu...

Masih selesa merendah diri.

Kerana impian mahu memiliki kilang itu masih tidak tahu bila..., saya terus memikirkan; apakah caranya agar saya boleh memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang?

Subhanallah!, pada hari ini, Allah ilhamkan saya sesuatu.

Ya, saya menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Buat permulaan, saya tawarkan ganjaran seperti berikut:

1) Elaun hp- RM500

2) Komisyen jualan- RM5/naskah

3) Sebahagian besar masa bekerja dari rumah.

4) Target minimum ialah 100 naskah sebulan.

5) Jawatan ini namanya 'Telemarketer'. Kerjanya mudah, iaitu menjual buku di atas. Buku itu pun sudah sedia laris. Ya, menjual tanpa bertemu orang, cuma melalui telefon, mungkin facebook atau lain-lain cara yang seumpamanya.

6) Latihan akan saya berikan (personal coaching) melalui hp, dan lain-lain. Insya-Allah berkesan.

7) Boleh pilih mahu menerima komisyen jualan setiap minggu atau sebulan sekali. Manakala elaun hp akan diberi sebulan sekali.

Buat permulaan saya perlukan 14 orang . Seorang bagi setiap negeri.

9) Kepada yang berminat sila hantarkan pengalaman kerja ke: fathuri72@yahoo.com

10) Kepada yang tiada pengalaman tetapi mahu mencari pengalaman juga digalakkan memohon.

11) Jika mahu segera bermula, terus saja telefon saya: 012-9876 717

Sekadar inilah yang boleh saya tawarkan buat masa ini. Insya-Allah. Semoga barakah. Amin.

Sunday 19 May 2013

Kisah 73 : Bismillahirrahmanirrahim

Dari KELANTAN: Kisah 73
Ditulis pada 3:46 petang, 19/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan

Tajuk: 'Bismillahirrahmanirrahim'

Sekali lagi, siapa yang suka beramal dengan kalimat ini,

Bilamana kita perlu mengadap orang yang garang, pemarah atau susah diajak berunding...,

Bacakan 'Bismillahirrahmanirrahim' sebanyak 50 kali.

Baca dalam hati dan berdoalah agar dimudahkan segala urusan.

Bagus untuk si isteri jika suaminya sikapnya begitu.

Cubalah....insya-Allah mujarab.

Kisah 72 : Isteri ke-2

Dari KELANTAN: Kisah 72
Ditulis pada 3:24 petang, 19/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Isteri ke-2'

Saya diizin Allah bertemu dengan seorang isteri ke-2 yang khabarnya sudah 18 tahun hidup bahagia.

Subhanallah, sungguh ia merupakan cerita yang menarik untuk didengar.

Saya percaya, tentu beliau mempunyai mindset yang berbeza.

Saya percaya , tentu beliau mempunyai amalan tertentu.

Apakah ada di kalangan pembaca buku MMR yang merupakan isteri ke-2?

Bagaimana kalau saya tawarkan menulis dan berkongsi cerita di majalah MMR?

Ruangan itu kita namakan: Cerita-cerita isteri ke-2.

Mengapa?

Kerana saya percaya ada ramai isteri ke-2 di luar sana yang belum mengecap kebahagian sebagai isteri ke-2.

Manalah tahu, cerita itu nanti membuka lembaran baru kepada mereka. Cara mereka melihat takdir Allah pun berbeza. Dan mentari kebahagiaan pun mula bersinar....

Begitulah niatnya...

Insya-Allah.

Kisah 71 : Ada tanda-tandanya

Dari KELANTAN: Kisah 71
Ditulis pada 7:45pagi, 19/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: ' Ada tanda-tandanya'

Baik, pada pagi ini saya mahu berkongsi pengalaman mengesan hujan. Apakah tanda-tandanya apabila hujan akan turun?

Ya, angin akan bertiup kencang dan awan pun gelap. Benar, tidak semestinya hujan akan segera turun; namun biasanya begitulah tanda-tandanya.

Apa maksudnya ini?
Orang yang tidak boleh dipercayai juga begitu. Ada tanda-tandanya.

Apabila dia berjanji dia tidak tepati. Paling senang uji dengan temujanji. Kalau sudah sampai tiga kali, asyik kita saya yang tunggu dia, maka berhati-hatilah.

Kalau mahu diteruskan lagi, uji dengan sedikit tugas, perhatikan bagaimana dia mengurusnya dan janji-janjinya.

Kalau mahu dilanjutkan lagi, uji lagi dengan duit.

Alahai....

Lazimnya, orang begini hanya pandai mencipta alasan. Hasilnya tiada.

Apa ertinya ini? Jika ada tanda-tanda mahu hujan sediakanlah payung.

Jika ada kawan yang perangainya begitu, berhati-hatilah. Biarpun wajahnya nampak baik, dan tutur katanya tersusun indah.

Kerana bila sudah terkena, nasi sudah menjadi bubur...

Bolehlah jika mahu menyalahkan itu dan ini. Namun, perkara sudah pun berlaku. Ibarat susu yang tumpah ke tanah. Apa yang mahu dikatakan lagi..,?

Jadikanlah musibah itu sebagai muhasabah.

Kerana bila kita tidak sanggup bersikap seperti itu, samalah halnya menyalahkan hujan!

Hujan tetaplah akan turun. Apakah kita sanggup lencun sekali lagi?

Perangai orang sukar untuk diubah. Apakah kita sanggup terkena sekali lagi?

Justeru, dalam posting di bawah (kisah 65) ada 'amalah pagar diri'

Mulakanlah beramal hari ini.....insya-Allah selamat.

Saturday 18 May 2013

Kisah 70 : Ikhtiar untuk kecemasan kerana luka dan darah mengalir.

Dari KELANTAN: Kisah 70
Ditulis pada 12:47 tengahari, 18/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: Ikhtiar untuk kecemasan kerana luka dan darah mengalir.

Amalan ini sudah saya cuba. Alhamdulillah, sudah dicuba beberapa kali, dan berkesan.

Katakan satu hari nanti kita berada dalam keadaan kecemasan.

Ditakdirkan Allah kita luka (jatuh atau terkena benda tajam) dan darah tidak berhenti mengalir. Bacakan 'Bismillahirrahmanirahim' 7 kali dan ludah ke atas kain yang bersih dan tekupkan ke atas luka tadi. Insya-Allah luka bertaut dan darah berhenti mengalir.

Andai dalam keadaan tertentu, tidak ada kain atau kapas, baca 'Bismillahirrahmanirrahim' 7 kali dan ludahkan ke atas tapak tangan. Kemudian tekupkan ke atas luka tadi.

Insya-Allah, darah akan berhenti mengalir.

Ya, ini namanya ikhtiar kecemasan, sementara menunggu bantuan tiba. Insya-Allah.

Kisah 69 : Bismillahirrahmanirrahim

Dari KELANTAN: Kisah 69
Ditulis pada 8:06 pagi, 18/5/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: 'Bismillahirrahmanirrahim'

" Ustaz, di tempat kami , memang banyak masalah. Kecurian, budak dadah, dan macam-macam lagi. Apakah amalan agar mereka tidak masuk ke rumah saya?" tanya seorang peserta dalam sebuah program.

Saya menjawabnya begini,

" Mohon tuan ajarkan kepada anak-anak amalan ini. Insya-Allah, nabi kata, siapa yang membacanya semasa hendak tidur, dia akan mendapat perlindungan Allah iaitu:

1) Rumahnya tidak dimasuki pencuri ketika tidur
2) Rumahnya tidak terbakar semasa tidur
3) Terhindar dari sihir
4) Tidak mati ketika tidur

Amalannya adalah:

Membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' sebanyak 21 kali semasa hendak tidur"

Thursday 16 May 2013

Kisah 68 : 1 Aspirasi 1 Agenda

Dari KELANTAN: Kisah 68
Ditulis pada : 6:47 pagi, 16/5/2013

Tajuk: ' 1 Aspirasi 1 Agenda '

Begitulah tema hari guru pada tahun ini, 2013.

Dua hari lepas, saya menerima surat yang berbunyi seperti di bawah:

"Tuan,

" Jemputan ceramah sempena sambutan hari guru peringkat SK Alor Lintah 2013

Tarikh: 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 11:30 am -12.45 th
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Alor Lintah

Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua guru dan kakitangan sekolah ini ingin menjemput tuan untuk memberi ceramah/mesej ilmu demi kecemerlangan guru-guru dan kakitangan sekolah ini semasa menjalankan tugas dan amanah masing-masing."

Begitulah, di antara isi kandungan surat yang diterima .

Baik, apa yang mahu dikongsikan di sini adalah, buku di atas menjadi sebab penulis buku MMR (Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ) mendapat ruang dan peluang menyampaikan mesej ilmu.

Nah, apa maksudnya ini? Bagi saudara yang belum mula menulis, mulalah menulis...

Majalah MMR, memberikan ruang dan peluang yang luas kepada saudara untuk mula menulis dan menyampakan mesej kepada masyarakat.

Majalah MMR adalah majalah cerita. Ya, "cerita kita untuk kita" begitulah niatnya. Saudara hanya perlu menulis cerita. Cerita yang pernah saudara alami sendiri. Sudah tentu cerita begitu mengandungi mesej yang bagus dan menarik untuk dikongsi.

Majalah MMR mengandungi 40 kolum/ruangan yang mewakili 40 cerita pelbagai lapisan masyarakat. Uniknya, kolum/ruangannya kekal, yang silih berganti adalah penulisnya.

Nah, kini dengan adanya majalah MMR, sesiapa sahaja yang mahu dan ada cerita boleh jadi kolumnis majalah!

Sila rujuk 'Kisah 66' di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan majalah MMR kita ini; yang dicita-citakan terbit selewatnya pada minggu pertama bulan Ramadhan. Insya-Allah.

Mohon doa saudara dan,

Selamat Menyambut Hari Guru.

Wednesday 15 May 2013

Kisah 67 : Amalan Istigfar

Dari Kuala Lumpur: Kisah 67
ditulis pada 3:34 petang, 15/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: ' Amalan Istigfar'

Amalan ini saya rasa ramai yang sudah tahu. Pun begitu,kisah di bawah ini tentu bagus untuk dihayati agar menjadi motivasi untuk terus beramal.

Pada suatu hari, Imam Hasan al-Bashri sedang duduk di masjid bersama sahabat-sahabatnya. Kemudian datang seseorang menghampiri beliau dan mengeluh tentang hujan yang sudah lama tidak turun.

Beliau menasihati " Beristigfarlah"

Selepas itu, datang pula seseorang yang mengeluh kepada beliau tentang sempitnya rezeki.

Beliau menasihati " Beristigfarlah"

Tidak lama kemudian, datang seorang lagi yang mengadu tentang isterinya yang belum boleh melahirkan anak.

Beliau menasihati " Beristigfarlah"

Para sahabat yang menyaksikan hal itu, jadi hairan dan bertanya kepada Imam Hasan al-Bashri:

" Wahai Tuan Imam, masalahnya berbeza-beza, tetapi mengapa jawapannya sama sahaja?"

Maka, dijawablah oleh beliau,

Cubalah baca janji Allah yang berikut:

'Beristigfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai," Surah Nuh: Ayat 10-12

Subhanallah! Begitulah janji Allah.

Tuesday 14 May 2013

Kisah 66 : Majalah MMR-Cerita kita untuk kita

Dari Kuala Lumpur: Kisah 66
ditulis pada 7:42 pagi, 14/5/2013, Kg Padang Balang.

Tajuk: 'Majalah MMR-Cerita kita untuk kita'

Alhamdulillah. Pada saat ini, impian menerbitkan majalah tersebut rasanya dimudahkan Allah.

Semalam saya diizin Allah bertemu salah seorang di antara mereka yang menjadi pengasas Majalah Solusi, terbitan Telaga Biru, Dato' Haji Zakaria. Beliau berbesar hati untuk membantu.

Malah majalah kita itu nanti, disasarkan untuk berada di tangan kita semua pada awal Ramadhan. Insya-Allah.

Subhanallah, sungguh ia di luar imaginasi saya. Alhamdulillah.Amin, amin, amin ya Allah.

Insya-Allah, majalah MMR kita itu nanti akan kita jadikan sangat unik dan seumpamanya di Malaysia, kerana:

1) Mempunyai 1000 orang penulis tamu.

2) Terdiri dari 40 kolum/ruangan, yang mewakili, 40 cerita pelbagai lapisan masyarakat.

3) Penulisnya bukanlah terdiri dari orang terkenal atau berpengaruh(sahaja) seperti lazimnya sebuah majalah. Penulisnya boleh saja terdiri dari kita-kita asal saja mempunyai cerita untuk dikongsi.

Nah, apa maksudnya ini? Ya, Inilah peluang kita untuk mencapai impian menulis dan berkongsi sesuatu dengan masyarakat.

4) Majalah MMR adalah majalah cerita. Ya, cerita kita untuk kita. Rupa-rupanya dalam cerita itu, ada pengajaran yang boleh kita ambil. Begitulah...

5) Nah, pun begitu, kita mempunyai masa yang sangat terhad. Kita perlu bekerja dengan cepat dan tepat kerana majalah MMR kita itu nanti mahu diterbitkan sebulan dari sekarang. Lalu, kepada saudara pembaca yang mahu mula berlatih, mulalah menulis dan berkongsi cerita...

6) Tulislah minimum 1 mukasurat A4 atau maksimum 2 mukasurat A4. Font Times New Roman size 12 dan hantarkan ke: fathuri72@yahoo.com.

Mohon cepat-cepat ya saudara/ri, kerana saya perlu mengumpul dan menilai cerita-cerita itu dengan kadar yang sangat segera, Iaitu sebelum atau pada 20/5/2013 (Selasa depan )

7) Majalah MMR disasarkan mempunyai 40 kolum. Kolumnya kekal, tetapi penulisnya boleh berubah-ubah. Inilah di antara keunikan majalah MMR. Ia membuka ruang seluas-luasnya kepada kita untuk menulis, dan kongsikan cerita.

8) Kerana itulah kami mensasarkan 1,000 penulis. Siri buku yang sangat terkenal di dunia, Chiken soup for the soul, juga hidup dengan idea yang sama. Yakni siri cerita-cerita, yang disumbangkan oleh 7,000 penulis. Setelah 15 tahun, siri buku itu sudah terjual lebih dari 100 juta naskah dan dialih bahasa ke 40 bahasa di dunia.

sila layari www.chikensoup.com

9) Subhanalallah!, bolehkan kita memasang impian yang sama? Agar majalan MMR kita ini nanti merupakan majalah yang mengandungi cerita kita untuk kita, dan setiap bulan 1 juta jiwa mendapat manfaatnya?

Bolehkah? Beranikah? Sanggupkah kita...?

10) Berikut adalah 40 senarai kolum (cadangan ). Maka sesiapa sahaja yang memang berkerja dalam bidang tersebut, atau ada cerita tentangnya. Tulis dan kongsikanlah dengang kami. Manalah tahu, ia terpilih untuk diterbitkan....Maka, dapatlah saudara pangkat baru..., iaitu sebagai 'kolumnis majalah MMR ' insya-Allah.

11) Kami memerlukan cerita-cerita berikut:

1) Cerita pemandu teksi
2) Cerita dari sekolah
3) Cerita tentang buku
4) Cerita dari dapur
5) Cerita zaman sekolah
6) Cerita pengantin baru
7) Cerita pesara
8) Cerita jururawat
9) Cerita seorang posmen
10) Cerita dari YB
11) Cerita tauke kilang
12) Cerita tentang penulis
13) Cerita-cerita artis
14) Cerita seram
15) Cerita bisnes
16) Cerita tentang buah
17) Cerita tentang herba
18) Cerita dari penjara
19) Cerita tentang zakat
20) Cerita orang sakit
21) Cerita dari Mekah
22) Cerita dari Palestin
23) Cerita tentang duit
23) Cerita dari ladang/kebun
24) Cerita tentang kucing
25) Cerita dari Pak Long
26) Cerita nikmat syurga
26) Cerita tentang malaikat
27) Cerita azab neraka
28) Cerita tentang cinta
29) Cerita tentang syaitan
30) Cerita tentang sedekah
31) Cerita-cerita wali
32) Cerita-cerita sahabat
33) Cerita budak U
34) Cerita dari kubur
35) Cerita luar negara
36) Cerita kelakar
37) Cerita dari Mahkamah
38) Cerita Tuan Imam
39) Cerita Ibu tunggal
40) Cerita orang susah


Nah, begitulah, agaknya isi majalah MMR. Ia sebuah majalah cerita. Cerita kita untuk kita. Jangan lupa, 40 kolum itu sekadar cadangan. saudara pun boleh hantarkan cerita dan cadangan kolum lain.

Silalah menulis dan emailkan: fathuri72@yahoo.com

Mahu penjelasan lanjut? Hubungi terus 012-9876 717 (Penulis buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki). Insya-Allah.

Saturday 11 May 2013

Kisah 65 : Amalan untuk keselamatan diri

Dari KELANTAN: Kisah 65
Ditulis pada 12:05 malam, 11/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan


Tajuk: " Amalan untuk keselamatan diri "

Pagi tadi saya menerima sms ini:

" Assalamualaikum ustaz, saya nak minta pada Allah macam mana nak bayar pinjaman rumah dan nak kena lelong. Kena bayar RM6K minta pandangan ustaz, saya nak bantu suami."

Ya, Allah...sungguh, sms yang begini bukan kali pertama saya terima; juga bukan kali ke-2 dan ke-3.

Rupa-rupanya ramai yang bergelut dengan masalah yang sama.

Kemudian saya terus menghubungi guru dan memohon pendapat beliau.

" Insya-Allah malam nanti saya free, boleh jumpa" kata beliau.

Petangnya saya pulang ke kampung, hampir Maghrib bertolak pulang. Singgah solat di sebuah masjid, dan kemudian hujan pun turun dengan lebatnya.

Jika ikutkan hati, rasanya memang mahu batalkan saja pertemuan malam itu. Penat dan tidak selesa mahu memandu dalam hujan lebat begitu. Tambahan pula anak dan isteri ada bersama.

Namun, demi ilmu, kami gagahkan jua.

Subhanallah, rupa-rupanya si guru juga sudah berkorban dan keluar dari zon selesa. Dikhabarkan jarak yang hampir 100km itu sedang mengalami cuaca yang sama. Hujan turun dengan lebatnya,

Demi menyampaikan ilmu. Kami gagahi juga. Dan akhirnya kami diizin Allah bertemu.

Alhamdulillah, ilmu yang menarik dan sangat berkesan itu sudah diijazahkan kepada saya. Justeru, kepada saudara pembaca yang mempunyai masalah kritikal dan mencemaskan, bolehlah berhubung terus dengan saya. Insya-Allah akan saya kongsikan.

Mohan telefon ya saudara/ri bukan sms. Saya tidak mampu membalas sms yang begitu banyak. Insya-Allah.

Sampai saja di rumah, terus saya dapatkan laptop dan menaip posting ini.

Sebagai permulaan, mari kita amalkan amalan pagar diri ini. Ya, setiap dari kita perlukan amalan untuk keselamatan diri. Kita namakannya sebagai amalan pagar diri.

Yakni untuk pagar diri dari sihir dan apa saja niat tidak baik dari orang yang dengki dan cemburu.

Sangat perlu kepada orang yang berbisnes, apatah lagi yang sering bermusafir dan bertemu dengan ramai orang.

Insya-Allah

Amalan Pagar Diri

Thursday 9 May 2013

Kisah 64 : Seminar MMR


Dari KELANTAN: Kisah 63
Ditulis pada 6:35pm, 9/5/2013, Kg, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: " Terima kasih banyak-banyak"

Hari ini hati saya tergerak untuk menaip ayat "Mudahnya Menjemput Rezeki " di google.

Subhanallah! Terdapat ribuan orang yang berhati mulia mengulas buku ini dengan ikhlas.

Sungguh, kebaikan yang saudara lakukan pasti Allah balas. Inilah keyakinan saya. Kebaikan itu akan dibalas berganda-ganda. Kerana memang itulah janji Allah.

Hal ini terpahat nyata di dalam surah Al-An'am ayat 160.

" Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)"

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dari lubuk hati yang paling dalam.

Kepada saudara yang belum memiliki buku ini, saya dengan rendah diri ingin menghadiahkan senaskah buku di atas buat saudara. Bacalah dan berkongsilah dengan orang lain.

Mahu berkongsi di blog atau di facebook terserah.

Caranya? saudara cuma perlu bayar kos penghantarannya sahaja. RM6 (Pos laju)

Mohon sms nama dan alamat saudara kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577.

Contoh sms:

"Fathuri Salehuddin No 42, Kg Gaal, 16800, Pasir Puteh Kelantan. Mohon hantarkan 1 naskah hadiah untuk saya baca dan kongsikan dengan orang lain. "

Dan hantarkan sms itu kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577

Bayaran pos laju (RM6) boleh dibank in setelah buku diterima. Insya-Allah.

Tawaran ini saya buka kepada 100 orang insya-Allah.

Didoakan juga hajat dan impian saudara dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Amin.
Photo: Dari KELANTAN: Kisah 63
Ditulis pada 6:35pm, 9/5/2013, Kg, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: " Terima kasih banyak-banyak"

Hari ini hati saya tergerak untuk menaip ayat "Mudahnya Menjemput Rezeki " di google.

Subhanallah! Terdapat ribuan orang yang berhati mulia mengulas buku ini dengan ikhlas.

Sungguh, kebaikan yang saudara lakukan pasti Allah balas. Inilah keyakinan saya. Kebaikan itu akan dibalas berganda-ganda. Kerana memang itulah janji Allah.

Hal ini terpahat nyata di dalam surah Al-An'am ayat 160.

" Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)"

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dari lubuk hati yang paling dalam. 

Kepada saudara yang belum memiliki buku ini, saya dengan rendah diri ingin menghadiahkan senaskah buku di atas buat saudara. Bacalah dan berkongsilah dengan orang lain. 

Mahu berkongsi di blog atau di facebook terserah. 

Caranya? saudara cuma perlu bayar kos penghantarannya sahaja. RM6 (Pos laju)

Mohon sms nama dan alamat saudara kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577. 

Contoh sms:

"Fathuri Salehuddin No 42, Kg Gaal, 16800, Pasir Puteh Kelantan. Mohon hantarkan 1 naskah hadiah untuk saya baca dan kongsikan dengan orang lain. "

Dan hantarkan sms itu kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577

Bayaran pos laju (RM6) boleh dibank in setelah buku diterima. Insya-Allah.

Tawaran ini saya buka kepada 100 orang insya-Allah.

Didoakan juga hajat dan impian saudara dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Amin.

Kisah 63 : Terima kasih banyak-banyak

Dari KELANTAN: Kisah 63
Ditulis pada 6:35pm, 9/5/2013, Kg, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: " Terima kasih banyak-banyak"

Hari ini hati saya tergerak untuk menaip ayat "Mudahnya Menjemput Rezeki " di google.

Subhanallah! Terdapat ribuan orang yang berhati mulia mengulas buku ini dengan ikhlas.

Sungguh, kebaikan yang saudara lakukan pasti Allah balas. Inilah keyakinan saya. Kebaikan itu akan dibalas berganda-ganda. Kerana memang itulah janji Allah.

Hal ini terpahat nyata di dalam surah Al-An'am ayat 160.

" Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)"

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dari lubuk hati yang paling dalam.

Kepada saudara yang belum memiliki buku ini, saya dengan rendah diri ingin menghadiahkan senaskah buku di atas buat saudara. Bacalah dan berkongsilah dengan orang lain.

Mahu berkongsi di blog atau di facebook terserah.

Caranya? saudara cuma perlu bayar kos penghantarannya sahaja. RM6 (Pos laju)

Mohon sms nama dan alamat saudara kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577.

Contoh sms:

"Fathuri Salehuddin No 42, Kg Gaal, 16800, Pasir Puteh Kelantan. Mohon hantarkan 1 naskah hadiah untuk saya baca dan kongsikan dengan orang lain. "

Dan hantarkan sms itu kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577

Bayaran pos laju (RM6) boleh dibank in setelah buku diterima. Insya-Allah.

Tawaran ini saya buka kepada 100 orang insya-Allah.

Didoakan juga hajat dan impian saudara dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Amin.

Kisah 62 : Cerita kita untuk kita

Dari KELANTAN: Kisah 62
Ditulis pada 3:13pm, 9/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Cerita kita untuk kita '

Majalah MMR yang bakal kami terbitkan membuka peluang seluas-luasnya kepada saudara pembaca.,

Ya, peluang dan ruang untuk menulis dan berkongsi cerita.

Kami di MMR, menyediakan ruang (kolum). Manakala cerita adalah dari saudara pembaca.

Jika majalah lain, mensasarkan penulis dan orang terkenal sebagai kolumnis, kami di MMR membuat kelainan.

Saudara tidak perlu menjadi orang terkenal, berpengaruh atau ilmuan untuk mula menulis. Asalkan ada cerita yang menarik untuk dikongsi cukuplah syaratnya.

Ya, dengan adanya majalah MMR, kami percaya sesiapa saja 'yang mahu' boleh jadi penulis.

Nah, untuk maksud itu, kami sedang mengumpulkan cerita untuk diterbitkan bagi edisi perdana.

Sekali lagi, kami sediakan 40 ruangan cerita. Ruangannya pun belum ditetapkan, jadi hantarkan saja cerita saudara. Insya-Allah, kepada yang terpilih akan kami maklumkan.

Dan....ada saguhati ya.

Hantarkan ke:

fathuri72@yahoo.com

KIsah 61 : Muzik

Dari KELANTAN: Kisah 61
Ditulis pada 8:50am, 9/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: ' Muzik'

Malam tadi Pak Long ada bertanya...

" Mengapa setiap kereta ada muzik, atau ada alat untuk memainkan muzik...mengapa ?"

" Boleh dikata disetiap keperluan kita ada muzik.."

Di kereta ada muzik, di rumah ada muzik, di sana sini ada muzik..

Sambung Pak Long lagi,

"Tapi ada orang yang serabut dengan muzik "

"Dan ada orang yang serabut bila tidak ada muzik."

Mengapa...?

Saya diam.

Setelah agak lama...Pak Long menyambung,

" Muzik adalah hiburan"

" Setiap kita perlukan hiburan"

" Dan orang yang di hatinya sudah ada hiburan, memang akan rasa serabut dengan hiburan di luar..."

Allahu akhbar. Dalamnya kata-kata Pak Long.

Tentu ada yang arif tentang bahasa-bahasa dalaman ini....

Sila tuliskan pandangan saudara di ruangan komen di bawah.

Silakan...

Kisah 60 : Majalah MMR

Dari KELANTAN: Kisah 60
Ditulis pada , 7:35am, 9/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Majalah MMR'

" Assalamualaikum Ustaz...confirm ya nama tu & tagline tu...saya dalam usaha menyiapkan cover ni..." sms dari designer.

"Majalah MMR-Cerita kita untuk kita " begitulah tagline yang dimaksudkan.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana akhirnya perjalan impian ini. Pun begitu, saya akan terus usahakan sungguh-sungguh agar impian ini jadi nyata. Apabila idea dan konsep majalah ini saya terangkan kepada beberapa orang, ramai yang suka!

Majalah begini belum ada lagi di Malaysia.

Ideanya adalah: Membuka ruang seluas-luasnya kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mula menulis dan berkongsi. Disasarkan Majalah MMR akan mempunyai 100 orang penulis tamu.

Tujuannya pula: Agar setiap dari kita boleh belajar sesuatu (yang baik) melalui cerita. Kita mahu sampaikan mesej dengan cara yang mudah, santai dan menghiburkan.

Konsepnya?: Justeru, konsep majalah MMR adalah cerita,cerita, dan cerita.... Ya, cerita-cerita benar benar.

Untuk maksud itu, majalah MMR akan mempunyai 40 ruangan tetap setiap bulan. 40 ruangan ini memawakili 40 lapisan masyarakat, dan 40 cerita.

Di antaranya adalah:

Ruangan :

1) Cerita dari Pak Imam
2) Cerita pemandu teksi
3) Cerita Mahasiswa
4) Cerita dari sekolah
5) Cerita dari dapur
6) Cerita artis
7) Cerita orang politik
Cerita dari penjara
9) Cerita tentang herba
10) Cerita orang bujang
12) Cerita bisnes
13) Cerita dari Syurga
14) Cerita dari Neraka
15) Cerita dair kubur
16) Cerita kedai kopi
17) Cerita para Sahabat
18) Cerita orang miskin
19) Cerita orang kaya
20) Cerita Pelik
21) Cerita Kelakar
22) Cerita kena tipu
23) Cerita tentang rezeki
24) Cerita dari Pak Long

Nah, majalah ini adalah majalah kita.

"Cerita kita untuk kita."

Barangkali ada yang sudah lama memendam rasa mahu jadi kolumnis majalah. Nah, Mengapa tidak tuangkan idea saudara dan lengkapkan senarai di atas menjadi 40?

Setiap idea yang best dan terpilih akan dihadiahkan senaskah buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ).

Caranya? tuliskan idea saudara di ruangan komen di bawah. Tulis, tulis, tulis dan terus tulis sehingga jumlahnya mencapai 40, malah lebih banyak lebih bagus. Jika sampai 400 pun apa salahnya?

Kita akan pilih 40 idea yang terbaik untuk dijadikan ruangan tetap di majalah kita nanti- Majalah MMR-cerita kita untuk kita.

Silakan....

Wednesday 8 May 2013

Kisah 59 : Tanya, tanya, tanya

Dari KELANTAN: Kisah 59
Ditulis pada, 10:38pm, 8/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk:' Tanya, tanya, tanya'

"Baiklah Pak Long, saya mesti balik sekarang." kata saya sambil melihat jam di hp. Waktu sudah menghampiri pukul 10 malam.

" Insya-Allah, apa yang kita bincangkan ini akan saya tuliskan dan kongsikan di facebook."

Kemudian saya segera bergegas ke kereta, dan memandu pulang. Kelopak mata sudah berat sangat. Sejak Subuh tadi keluar rumah, memandu, memandu dan memandu.

Memandu dari Pasir Puteh,Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan. Kemudian kembali ke Pasir Puteh, Kelantan dan di sambung pula ke Jerteh, Terengganu.

Kepenatan semakin terasa, bila memandu bukanlah kegemaranku.

Namun, bila petang tadi menerima sms dari Pok Long terus saya "iyakan" saja. Demi ilmu.

Pak Long seorang yang berilmu, kerana rajin menuntut ilmu. Pak Long sudah bermusafir ke sana ke mari berguru dengan ramai guru. Pak Long juga diberi kelebihan oleh Allah, pandai merawat orang sakit. Termasuklah orang sakit yang sebenarnya tidak sakit?

Saya memandu hampir 40 KM semata-mata untuk menadah ilmu sekitar 20 minit dengan Pak Long. Alhamdulillah. Ia berbaloi.

Tanya saya, " Pak Long, saya kerap didatangi sms yang mengadu itu dan ini. Masalah rumah-tangga. Masalah duit. Masalah kesihatan. Masalah kucing. Masalah sakit gigi. Masalah bisnes. Masalah kerja. Masalah, masalah, masalah...."

" Pak Long, bukankah Allah kata dalam al-Quran , orang beriman tidak akan rasa sedih?"

"Betul" jawab Pak Long.

" Orang yang beriman, hidupnya gembira. Dan hajatnya mudah-mudah sahaja Allah kabulkan. Betul Pak Long?" tanya saya lagi.

" Betul"

" Tapi kenapa, ada orang yang masalahnya susah sangat nak selesai?. Berbulan-bulan saya perhatikan, hidupnya begitu juga. Masalahnya yang itu-itu juga..."

"Adalah dosa yang dia buat..." jawab Pak Long bersahaja.

" Saya pun hairan Pak Long. Nampak muka macam baik. Dosa apa agaknya yang dia buat? Sampaikan hidupnya asyik susah tak habis-habis..." tanya saya lagi.

" Suruhlah dia tanya, tangan"
" Tanya kaki"
" Tanya hidung"
" Tanya semua anggota.....kecuali mulut" jawab Pak Long.

" Minta dia solat taubat, solat istikharah, dan solat hajat. Kemudian tanya Allah, apa agaknya dosa yang dia buat. Tanya hati..." sambung Pak Long.

" Di akhirat esok, kita pun akan ditanya begitu. Mulut boleh berbohong. Anggota badan tidak boleh berbohong" sambung Pak Long lagi.

Saya terdiam memikirkan idea itu.

" Tanya semua anggota? Kecuali mulut?"

***********

Di doakan saudara pembaca (jika ada) yang sedang bergelut dengan kesusahan hidup; diberik kekuatan untuk beramal dengan idea di atas. Insya-Allah mujarab.

Maklumlah, kadang-kadang kita berbuat dosa kerana kejahilan. Dan ada juga yang berbuat dosa kerana lemahnya iman. Apapun ia, bersegera kembali kepada Allah, adalah jawapannya.

Kerana hidup orang tidak berbuat dosa pastinya ceria bahagia. Tidak ada sebab Allah suka-suka mahu hidup kita susah.

Allah kan baik. Allah sangat baik!

Tuesday 7 May 2013

Kisah 58 : Marah

Dari KELANTAN: Kisah 58
Ditulis pada, 9:51pm, 7/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Marah'

Aduhai, semasa saya sedang menaip baris ini, saya juga sedang marah...

Saya juga pernah marahkan seseorang kerana janji yang tidak ditepati.

Saya juga pernah marahkan seseorang kerana jalan raya yang berlubang-lubang.

Saya juga pernah marahkan seseorang kerana lembabnya membuat kerja.

Saya juga pernah marahkan seseorang kerana itu dan ini...

Alahai..., senarai ini memang tidak akan habis.

Hakikatnya; terlalu banyak perkara, kejadian dan peristiwa yang boleh membuat kita marah, marah, dan marah...!

Hujungnya? Jadilah kita seorang yang pemarah.

Natijahnya? Terkenallah kita dengan sikap pemarah dan panas baran.

Kesimpulannya? Ramailah orang yang tidak suka. Walaupun kita marah kerana bersebab. Bukannya suka-suka mahu marah.

Lalu, bila kita menyemak kehidupan nabi, rupa-rupanya nabi kita juga mempunyai banyak sebab untuk marah.

Namun, baginda memilih untuk tidak marah-marah....kalau marah pun tidak pula keluar kata-kata yang tidak manis.

Alahai...., jika mahu ikut sunnah nabi, rasa-rasanya hal ini memang mencabar.

Apatah lagi bila nabi mengatakan begini:

" Bukanlah orang gagah itu,orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (HR Bukhari dan Muslim)

Dan minggu ini..., ramailah yang terlupa sunnah ini. Walaupun di atas kepala beliau terikat serban yang putih bersih.

Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim...

Kisah 57 : Saya mahu kahwin

Dari KELANTAN: Kisah 57
Ditulis pada , 5:10pm, 7/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh ,Kelantan.

Tajuk: 'Saya mahu kahwin'

Pagi tadi, saya menerima panggilan dari seorang pembaca buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki). Seingat saya sudah lapan bulan kami kenal.

Bermula dari seorang pembaca, menjadi dealer.

Kenal semasa sedang mencari kerja, sekarang bergelar pensyarah.

Hari ini beliau menyatakan hasrat ingin berkhawin. Namun, masih cemas kerana belum cukup wang?

Subhanallah! Sungguh, perasaan ingin berkahwin itu juga merupakan rezeki. Ramai yang ada duit tetapi tidak ada keinginan untuk segera berkahwin.

Samalah halnya mahu ke Mekah. Mahu menunaikan ibadat Haji atau Umrah. Ia bukan soal ada duit atau tidak. Bila Allah sudah mahu beri rezeki ke Haji atau Umrah, diberinya dahulu perasaan ingin ke sana.

Nah, ini yang saya maksudkan perasaan "ingin" itu adalah rezeki.

Ingin kahwin
Ingin berbisnes
Ingin jadi soleh
Ingin jadi Alim
Ingin berubah
Ingin taubat

Ya,ingin..., ingin.., itu ternyata dari Allah jua.

Baik, apa langkah yang perlu diambil?

Langkah 1: Tingkatkan ibadahnya. Kualiti dan kuantitinya. Misalnya, jika solat lima waktu itu selama ini di rumah (bagi lelaki), terus saja usahakan agar dapat solat di masjid.

Jika sudah memang solat di masjid, usahakan pula agar dapat di awal waktu.

Jika memang sudah selalu dapat solat di awal waktu, usahakan lagi agar dapat solat sunat (sebelum dan selepasnya)

Begitulah...

Apa maksudnya ini?

Ternyata, melalui ibadat, hajat memang mudah tercapai...

Jangn difikirkan sangat tentang apa yang tiada.

Fikirkan terus apa yang boleh kita buat dengan apa yang kita ada.

Kita ada masa
Kita ada kesihatan
Kita ada pengalaman
Kita ada kemahiran

Selebihnya, Allah akan bantu apa yang kita tidak ada.

Begitulah caranya. Ini namanya menjemput rezeki...khas bagi yang mahu bernikah. Jodoh itu rezeki.

Kisah 56 : Rasa sedih

Dari KELANTAN: Kisah 56
Ditulis pada: 8:43am, 8/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Rasa sedih'

Sesekali saya akan berkongsi dengan kawan-kawan (yang suka merungut dan mengadu susah itu dan ini )

Saya katakan begini, " Sudah bertahun-tahun kita kenal. Pernahkah tuan lihat saya susah hati atau mengadu itu dan ini?"

"Tidak"

Dan saya menambah lagi, " Tuan..., tidak mungkin selama bertahun-tahun itu saya tidak pernah rasa sedih, kecewa dan susah...betul?"

" Ya..., mustahil" jawabnya.

"Jadi? Mengapa saya tidak memperlihatkan susah hati, dan mengadu itu dan ini kepada tuan? tanya saya pula.

Dia diam.

" Kerana saya yakin itu semua dari Allah. Dan saya menerimanya dengan ikhlas."

"Apa itu ikhlas?" tanya saya lagi.

Dan saya jawab soalan sendiri " Ikhlas adalah syukur dan sabar"

Justeru, orang yang ikhlas hanya ada dua perasaan.

Dia hanya ada dua emosi.

Iaitu, syukur dan sabar.

Dapat nikmat dia syukur.

Dapat musibah dia sabar.

Dan orang yang tidak ikhlas, tidak mampu melakukan itu.

Dapat nikmat dia bangga

Dapat musibah dia kecewa.

Kisah 55 : Rasa tenang adalah rezeki

Dari KELANTAN: Kisah 55
Ditulis pada: 7:55am, 7/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: 'Rasa tenang adalah rezeki '

Matahari mula memancar. Titis-titis embun berkilau-kilau bila disimbah cahaya sang mentari.

Paling enak, pada waktu ini bila dapat duduk di halaman rumah. Berkaki ayam..., bersandar dikerusi dan menghirup udara pagi yang segar.

Tidak jauh dari halaman yang menghijau ini, merupakan jalan besar. Kedengaran berdesup-desup bunyi kereta, lori dan motorsikal.

Ah, jangan ditanya haluan mereka. Memangnya sebahagian besar dari mereka sedang meredah rutin yang tidak mereka gemari. Aku juga begitu. Dulu....malah, bertahun-tahun begitu.

Kini..., impian itu sudah jadi nyata. Menyonsang kebiasaan. Dikala mereka terpaksa bergegas ke tempat kerja. Dan dengan hati yang tidak rela. Aku, mampu bersenang-senang..., di atas sejadah; kalau mahu.

Juga, mendengar kicauan burung dan membiarkan diri disimbah cahaya mentari; yang kata orang pandai kaya vitamin D?

Sungguh, hidup ini merupakan pilihan. Ya, kita ada pilihan.

Dan aku sudah pun membuat pilihan.

Alhamdulillah.

Sungguh, rasa tenang itu merupakah rezeki yang besar.

Tidak semestinya menunggu pendapatan yang besar; untuk meraih rasa tenang itu.

Ia boleh diraih oleh sesiapapun yang mahu; yang berhajat.

Kerana rasa tenang itu adalah rezeki.

Mohonlah rezeki 'rasa tenang ' dari pemilik-Nya.

Melalui 'Zikrullah'.

Ucapkan, "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...."

Biarpun, apa yang kita ada sekarang belumlah apa yang dihajatkan.

Bukankah Allah ada berjanji, siapa yang bersyukur akan ditambah nikmat.

Nah, kerana itu kita mula berlatih bersyukur, walau apapun keadaan kita saat ini.

Ucapkan, " Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..."

Insya-Allah, akan tiba waktunya...

Rezeki tenang itu, kita akan peroleh.

Monday 6 May 2013

Kisah 54 : Inilah kehidupan

Dari Kelantan: Kisah 54
Ditulis pada : 10:27pm, 6/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Inilah kehidupan.

Sms, email dan panggilan telefon dari para pembaca adalah lumrah kepada seorang penulis. Apatah lagi, jika buku itu menjadi bestseller.

Dengan izin Allah, buku di atas sudah masuk cetakan ke-10. Dan jumlah cetakan terkumpul adalah sebanyak 60,000 naskah.

Sms di bawah baru saja diterima:

" Salam buat saudara. Saya baru selesai membaca buku saudara. MMR adalah antara buku terbaik buat saya dan amat-amat bermanfaat kepada insan-insan yang seperti saya.

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan mohn dihalalkan ilmu untk manfaat saya. Sekali lagi terima kasih dari saya. (nama sengaja ditiadakan). Sg Petani. Kedah."

Petang tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari KL (menaiki bas ) sms di bawah diterima:

" Assalamualaikum. Allah sedang menguji saya. Saya adalah masalah rumah-tangga. Saya buntu dan hilang arah memikirkan melihat isteri asyik menangis. Di saat ini apa yang patut saya buat?"

Begitulah kehidupan. Ia ibarat roda . Ada kalannya di atas dan ada kalanya di bawah.

Ada masa gembira dan ada masa sedih .

Seperti cuaca, ada panas dan ada hujan.

Pun begitu, bila kita tahu kuncinya; atas atau bawah itu sama saja.

Hujan atau panas pun sama. Hidup mesti diteruskan.

Bukan semua orang tahu kuncinya. Kepada yang sudah tahu alhamdulillah.

Kepada yang belum tahu, milikilah buku di atas. Ya, harganya cuma RM24 termasuk belanja pos. (RM18 + RM6 )

Saudara boleh sms nama dan alamat kepada ustazah Rohani: 012-2621 577. Bayaran setelah buku diterima.

Semasa saya berada PBAKL2013 , ramai yang mengatakan sudah memiliki buku di atas. Dan saya pun segera mengatakan begini:

" Cik Puan belilah satu, dua atau sepuluh naskah lagi. Hadiahkan kepada orang-orang yang kita sayang. Insya-Allah 1-1=10 bukan kosong . Hal ini dinyatakan pada mukasurat 89"

"Setiap kebajikan yang kita buat pasti Allah balas. Bukan insya-Allah. Kerana janji Allah adalah benar..." sambung saya.

Dan kesannya sebanyak 290 naskah terjual...!

Dalam sebuah seminar, saya pernah menjual senaskah buku di atas dengan harga RM180. Ya, 10 kali ganda!.

Apabila saya tanya, mengapa tuan sanggup membeli buku itu dengan harga begitu?

Jawab beliau,

" Saya membeli nilai...."

Saya percaya, jika apa yang akan kita dapat melalui buku itu boleh menyelesaikan masalah kita..,
boleh memudahkan datangnya rezeki...,
boleh memberi idea bagaimana untuk hidup tenang dan bahagia...

Setiap dari kita pasti ingin memiliki buku itu. Kerana ia memberi kita sesuatu yang bernilai.

Dan memang inilah impian saya.

Kerana itu, saya sangat serius untuk mencapai sasaran ini:

Iaitu agar setiap mata yang pernah memandang al-Quran, diberi peluang memandang buku itu.

Dalam seminar , biasanya saya akan beri mereka baca percuma. Beli atau tidak bukan persoalan.

Kepada saudara pembaca yang mahu menjadi dealer, dan bergabung bersama kami menyampaikan mesej buku di atas. Sila berhubung terus dengan saya: 012-9876 717.

Insya-Allah, harganya dijamin istimewa. Dan saya sedia berkongsi amalan-amalan lain yang tidak saya kongsikan di sini. Insya-Allah.

Kisah 53 : Amalan mendapatkan sales.

Dari Kelantan: Kisah 53
Ditulis pada 9:58pm, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: Amalan mendapatkan sales.

Amalan ini juga saya peroleh dari orang yang sama.

Kata beliau,

" Kami berniaga secara online. Kami tidak kenal siapa mereka. Namun, ramai yang datang membeli begitu saja...seperti mereka mencari kami dan bukan kami yang mencari mereka."

"Kadang-kadang kami juga terperanjat dengan jumlah sales yang ada. Rasanya aktiviti menghantar barang tidaklah banyak mana, namun sales sampai RM100,000 sebulan adalah biasa..."

Dan secara begurau saya pun mencelah,

" Ada amalan untuk buat sales ke puan?"

Dan dengan senang hati beliau kongsikan amalan tersebut.

" Zikirkan surah al-fath , ayat 1-3 setiap hari."

" Biasanya bila saya baca surah ini, sebentar saja akan dapat panggilan dari customer yang mahu membeli.

" Bacalah banyak-banyak..." pesan beliau lagi.

Pulang ke rumah saya semak al-Quran. Ya, ia berada dalam mukasurat 511.

Ayuh, terus di amal ya...!

Insya-Allah mujarab.

Kisah 52 : Zikir Asmaulhusna

Dari Kelantan: Kisah 52
Ditulis pada 9:23am, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.

Tajuk: Zikir Asmaulhusna

Pada PBAKL 2013 yang lepas, saya diizin Allah bertemu dengan para pembaca buku di atas.

Alhamdulillah, banyak yang saya berlajar dari mereka. Insya-Allah akan saya kongsikan satu persatu di sini.

Salah satu daripadanya adalah seorang pembaca yang khabarnya berniaga secara online. Kami bertemu di PWTC.

Apa yang menarik tentang beliau adalah orangnya sangat simple dan merendah diri. Suaminya juga begitu. Walhal jika dikira dari segi income, subhanallah!

Lebih menarik lagi, zakat yang beliau bayar bermula dari RM200 sahaja. Semakin bertambah jumlah pendapatan, semakin bertambahlah jumlah zakatnya.

Mudahnya begini, berapakah agaknya income beliau jika zakat yang dibayar adalah sebanyak RM90,000? Dan kita sama-sama faham zakat yang dibayar adalah 2.5% dari jumlah pendapatan.

Dan tentu kita boleh anggarkan jumlah income beliau. Dan beliau juga membeli 400 naskah buku di atas hanya untuk dijadikan hadiah. Subhanallah, begitulah pemurahnya beliau.

Baik, yang ingin saya kongsikan di sini adalah amalan beliau. Beliau sangat menitik beratkan zikir. Pada beliau zikir itu adalah tabungan. Semakin banyak zikir semakin banyaklah tabungan. Dan dengannya mudahlah untuk memohon sesuatu kepada Allah.

Mudahnya begini, katakan kita mempunyai tabungan sebanyak RM1,000. Jadi, bilamana kita berhajat kepada sesuatu yang harganya RM100, tentu kita boleh mendapatkannya dengan cepat dan mudah; kerana tabungan yang ada cukup.

Dan hal ini tidak mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai banyak tabungan atau tiada tabungan langsung. Jadilah segala hajat kita susah dan lambat diperoleh.

Apa maksudnya ini?

Jika kita mahu hajat dan impian kita dimudahkan Allah, banyaklah berzikir. Semakin banyak tabungan zikirnya, semakin mudah dan cepatlah Allah mengabulkan hajat kita.

Inilah yang saya faham dari apa yang beliau kongsikan.

Dan zikir yang dimaksudkan adalah :

"Ya Wahhab"

"Yang Maha Pemberi"

Zikirkan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari.

Oh, ya mohon dikongsikan info ini ya.

Semoga ada yang beramal dan dapatlah kita kongsikan pahalanya.

Insya-Allah.

Dan jika mahu perinciannya, terus saja berhubung dengan saya: 012-9876 717