Dari KELANTAN: Kisah 71
Ditulis pada 7:45pagi, 19/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Tajuk: ' Ada tanda-tandanya'
Baik, pada pagi ini saya mahu berkongsi pengalaman mengesan hujan. Apakah tanda-tandanya apabila hujan akan turun?
Ya, angin akan bertiup kencang dan awan pun gelap. Benar, tidak
semestinya hujan akan segera turun; namun biasanya begitulah
tanda-tandanya.
Apa maksudnya ini?
Orang yang tidak boleh dipercayai juga begitu. Ada tanda-tandanya.
Apabila dia berjanji dia tidak tepati. Paling senang uji dengan
temujanji. Kalau sudah sampai tiga kali, asyik kita saya yang tunggu
dia, maka berhati-hatilah.
Kalau mahu diteruskan lagi, uji dengan sedikit tugas, perhatikan bagaimana dia mengurusnya dan janji-janjinya.
Kalau mahu dilanjutkan lagi, uji lagi dengan duit.
Alahai....
Lazimnya, orang begini hanya pandai mencipta alasan. Hasilnya tiada.
Apa ertinya ini? Jika ada tanda-tanda mahu hujan sediakanlah payung.
Jika ada kawan yang perangainya begitu, berhati-hatilah. Biarpun wajahnya nampak baik, dan tutur katanya tersusun indah.
Kerana bila sudah terkena, nasi sudah menjadi bubur...
Bolehlah jika mahu menyalahkan itu dan ini. Namun, perkara sudah pun
berlaku. Ibarat susu yang tumpah ke tanah. Apa yang mahu dikatakan
lagi..,?
Jadikanlah musibah itu sebagai muhasabah.
Kerana bila kita tidak sanggup bersikap seperti itu, samalah halnya menyalahkan hujan!
Hujan tetaplah akan turun. Apakah kita sanggup lencun sekali lagi?
Perangai orang sukar untuk diubah. Apakah kita sanggup terkena sekali lagi?
Justeru, dalam posting di bawah (kisah 65) ada 'amalah pagar diri'
Mulakanlah beramal hari ini.....insya-Allah selamat.
No comments:
Post a Comment