Dari Kuala Lumpur: Kisah 66
ditulis pada 7:42 pagi, 14/5/2013, Kg Padang Balang.
Tajuk: 'Majalah MMR-Cerita kita untuk kita'
Alhamdulillah. Pada saat ini, impian menerbitkan majalah tersebut rasanya dimudahkan Allah.
Semalam saya diizin Allah bertemu salah seorang di antara mereka yang
menjadi pengasas Majalah Solusi, terbitan Telaga Biru, Dato' Haji
Zakaria. Beliau berbesar hati untuk membantu.
Malah majalah kita itu nanti, disasarkan untuk berada di tangan kita semua pada awal Ramadhan. Insya-Allah.
Subhanallah, sungguh ia di luar imaginasi saya. Alhamdulillah.Amin, amin, amin ya Allah.
Insya-Allah, majalah MMR kita itu nanti akan kita jadikan sangat unik dan seumpamanya di Malaysia, kerana:
1) Mempunyai 1000 orang penulis tamu.
2) Terdiri dari 40 kolum/ruangan, yang mewakili, 40 cerita pelbagai lapisan masyarakat.
3) Penulisnya bukanlah terdiri dari orang terkenal atau
berpengaruh(sahaja) seperti lazimnya sebuah majalah. Penulisnya boleh
saja terdiri dari kita-kita asal saja mempunyai cerita untuk dikongsi.
Nah, apa maksudnya ini? Ya, Inilah peluang kita untuk mencapai impian menulis dan berkongsi sesuatu dengan masyarakat.
4) Majalah MMR adalah majalah cerita. Ya, cerita kita untuk kita.
Rupa-rupanya dalam cerita itu, ada pengajaran yang boleh kita ambil.
Begitulah...
5) Nah, pun begitu, kita mempunyai masa yang
sangat terhad. Kita perlu bekerja dengan cepat dan tepat kerana majalah
MMR kita itu nanti mahu diterbitkan sebulan dari sekarang. Lalu, kepada
saudara pembaca yang mahu mula berlatih, mulalah menulis dan berkongsi
cerita...
6) Tulislah minimum 1 mukasurat A4 atau maksimum 2
mukasurat A4. Font Times New Roman size 12 dan hantarkan ke:
fathuri72@yahoo.com.
Mohon cepat-cepat ya saudara/ri, kerana
saya perlu mengumpul dan menilai cerita-cerita itu dengan kadar yang
sangat segera, Iaitu sebelum atau pada 20/5/2013 (Selasa depan )
7) Majalah MMR disasarkan mempunyai 40 kolum. Kolumnya kekal, tetapi
penulisnya boleh berubah-ubah. Inilah di antara keunikan majalah MMR. Ia
membuka ruang seluas-luasnya kepada kita untuk menulis, dan kongsikan
cerita.
8) Kerana itulah kami mensasarkan 1,000 penulis. Siri
buku yang sangat terkenal di dunia, Chiken soup for the soul, juga hidup
dengan idea yang sama. Yakni siri cerita-cerita, yang disumbangkan oleh
7,000 penulis. Setelah 15 tahun, siri buku itu sudah terjual lebih dari
100 juta naskah dan dialih bahasa ke 40 bahasa di dunia.
sila layari www.chikensoup.com
9) Subhanalallah!, bolehkan kita memasang impian yang sama? Agar
majalan MMR kita ini nanti merupakan majalah yang mengandungi cerita
kita untuk kita, dan setiap bulan 1 juta jiwa mendapat manfaatnya?
Bolehkah? Beranikah? Sanggupkah kita...?
10) Berikut adalah 40 senarai kolum (cadangan ). Maka sesiapa sahaja
yang memang berkerja dalam bidang tersebut, atau ada cerita tentangnya.
Tulis dan kongsikanlah dengang kami. Manalah tahu, ia terpilih untuk
diterbitkan....Maka, dapatlah saudara pangkat baru..., iaitu sebagai
'kolumnis majalah MMR ' insya-Allah.
11) Kami memerlukan cerita-cerita berikut:
1) Cerita pemandu teksi
2) Cerita dari sekolah
3) Cerita tentang buku
4) Cerita dari dapur
5) Cerita zaman sekolah
6) Cerita pengantin baru
7) Cerita pesara
8) Cerita jururawat
9) Cerita seorang posmen
10) Cerita dari YB
11) Cerita tauke kilang
12) Cerita tentang penulis
13) Cerita-cerita artis
14) Cerita seram
15) Cerita bisnes
16) Cerita tentang buah
17) Cerita tentang herba
18) Cerita dari penjara
19) Cerita tentang zakat
20) Cerita orang sakit
21) Cerita dari Mekah
22) Cerita dari Palestin
23) Cerita tentang duit
23) Cerita dari ladang/kebun
24) Cerita tentang kucing
25) Cerita dari Pak Long
26) Cerita nikmat syurga
26) Cerita tentang malaikat
27) Cerita azab neraka
28) Cerita tentang cinta
29) Cerita tentang syaitan
30) Cerita tentang sedekah
31) Cerita-cerita wali
32) Cerita-cerita sahabat
33) Cerita budak U
34) Cerita dari kubur
35) Cerita luar negara
36) Cerita kelakar
37) Cerita dari Mahkamah
38) Cerita Tuan Imam
39) Cerita Ibu tunggal
40) Cerita orang susah
Nah, begitulah, agaknya isi majalah MMR. Ia sebuah majalah cerita.
Cerita kita untuk kita. Jangan lupa, 40 kolum itu sekadar cadangan.
saudara pun boleh hantarkan cerita dan cadangan kolum lain.
Silalah menulis dan emailkan: fathuri72@yahoo.com
Mahu penjelasan lanjut? Hubungi terus 012-9876 717 (Penulis buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki). Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment