Tuesday 22 October 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya dah dapat cara untuk mendapatkan kandungan artikel terdahulu. Kini saya sudah siapkan sehingga kisah 115. Artikel terkini di laman web ialah Kisah 411. Ada 300 kisah lagi untuk ditulis.

Semoga saya ada kesempatan untuk melakukannya.

Friday 27 September 2013

Kisah 411 : Mohon Maaf Dan Mohon Doamu Sahabatku...(Hari 50/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 411
Ditulis pada 12:01 malam, Jumaat, 27/9/2013
21 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Mohon Maaf Dan Mohon Doamu Sahabatku...(Hari 50/365 )

Assalamualaikum wahai sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan kita semua sentiasa di bawah kasih dan sayang Allah. Amin.

Didoakan juga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk beramal dengan amalan-amalan khusus pada hari Jumaat ini. Amin

***************

Sahabatku yang disayangi Allah, semasa menulis ayat ini saya agak sebak. Terlalu banyak nikmat-Nya, sedang amal tidaklah seberapa.

Sahabatku, 3 hari lagi, saya akan bermusafir agak jauh; 8 jam menaiki kapalterbang.

Sahabatku, 3 hari lagi, kita akan terpisah buat sementara; 45 hari insya-Allah.

Setelah pulang dari Mekah, akan disambung dengan musafir keluar di jalan Allah (berdakwah) selama 40 hari pula. Insya-Allah.

Begitulah, perancangan yang ada; pun begitu perancangan Allahlah yang muktamad.

Sahabatku, saya mohon maaf banyak-banyak di atas segala salah dan silap sepanjang kita dipertemukan Allah. Baik secara maya atau fizikal.

Maafkan saya.

**************

Sahabatku yang budiman,
Sepanjang tempoh itu, saya tinggalkan sahabat dengan 3 buah video di bawah:

Video ini merupakan proposal sebuah program TV 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (52 episod) yang akan diserah kepada kepada pihak MARA dalam masa terdekat.

Proposal ini merupakan hasil karya salah seorang keluarga MMR juga; melalui syarikat produksi beliau, MONAJ EXCEL SDN BHD. Beliau yang dimaksudkan ialah En Mohd Najib Hj Jaafar : 012-2160 203 .

Sama-samalah kita berdoa agar MMR dapat bersiaran di TV pula; bilamana proposal ini MARA luluskan kelak. Amin

Saya mohon doa sahabat-sahabatku agar usaha ini dimudahkan Allah. Amin, amin , amin ya Allah.

Part1

http://youtu.be/GQ4k7Qdr8LE

Part2

http://youtu.be/MlpCvrKdYsM

****************

Sahabatku yang mulia hatinya,

Manakala video di bawah ini pula adalah kupasan buku MMR 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Video ini khas kepada sahabat yang belum berpeluang bertemu penulis dan belum dapat berpeluang menghadiri seminar MMR.

https://www.youtube.com/watch?v=_duelW2MLvw

**************

Sahabatku,

Sekali lagi, saya mohon maaf banyak-banyak atas salah dan silap sepanjang kita kenal.

Dan saya juga mohon banyak-banyak doa sahabat-sahabatku.

Sepanjang ketiadaan saya, empat orang pengurus MMR boleh terus dihubungi untuk maksud:

1) Tips dan pendapat
2) Buku MMR (Buku mini dan versi penuh)
3) Projek Khas-MMR Training Centre

Projek Khas-MMR Training Centre' sedang hangat diperkatakan oleh keluarga MMR.

Sila rujuk link di bawah:

Boleh rujuk di link ini: (Kisah 394)

https://www.facebook.com/JemputRezeki/posts/578977448825252

************

Zon Utara (Perlis, Penang, Kedah, Perak: Cik Nadiah: 013-222 5762

Zon Selatan (Seremban, Melaka, Johor ) ; Puan Areena: 012-3973 296

Zon Tengah ( KL, Selangor ): En Wizan: 014-5450 888

Zon Timur (Pahang,Terengganu, Kelantan: En Firdaus: 012-9081 847

*************

Sahabatku yang baik budi...,

3 hari lagi, kita akan terpisah buat sementara; 45 hari insya-Allah.

Setelah pulang dari sana, akan disambung pula dengan musafir keluar di jalan Allah (berdakwah ) selama 40 hari pula. Insya-Allah.

Begitulah, perancangan yang ada; pun begitu perancangan Allahlah yang muktamad.

Sahabatku,

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi,

Assalamualaikum.

***********

Labaik Allahuma Labaik....

" Aku datang menyahut panggilan-Mu.."

************

Monday 23 September 2013

Kisah 410 : Keluarga MMR.....(Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 410
Ditulis pada 6:53 pagi, Isnin, 23/9/2013
17 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Keluarga MMR.....(Hari 46/365)

Assalamualaikum diucapkan kepada sahabatku yang pemurah orangnya; yang hatinya selalu rindu untuk menyampaikan hajat orang lain.

Didoakan pada pagi ini kita sudah mampu bersyukur. Biarpun hajat di hati belumlah terlaksana, namun dek kerana amalan bersyukur, penantian itu menjadi indah. Amin.

Didoakan juga pada pagi ini kita sudah pun mampu bersedekah; kerana yang dipandang Allah itu bukanlah jumlah sedekahnya; melainkan niat di hatinya. Amin.

Didoakan juga pada pagi ini kita sudah mampu memaaf dan melupakan salah dan silap orang. Apalah sangat untuk disimpan-simpan; kerana kita juga pun begitu, tidaklah sunyi dari silap dan salah. Amin

Didoakan juga pada pagi ini kita pantang mendengar susah dan masalah orang; cepat sahaja hati terusik untuk membantu; setidak-tidaknya mendoakan dari jauh. Amin.

**************

Sahabatku yang mulia hatinya...,

Bayangkah setiap kita mempunyai hati yang begitu, dapatkah dibayangkan indahnya hidup di dunia ini?

*************

Sahabatku yang pemaaf orangnya...,

Inilah maksud mengapa komuniti MMR dibina. Lebih mesra lagi bila disebut sebagai keluarga MMR.

Tidak lain dan tidak bukan kita mahu menjadikan impian itu jadi nyata. Iaitu membina sebuah komuniti (keluarga) yang hatinya selalu bercita-cita membuat kebajikan. Yang matlamatnya adalah Allah, Allah, Allah...; kerana yakin hatinya pada janji-janji Allah.

***********

Sahabatku yang lembut tutur katanya...,

Berbisnes gaya MMR juga begitu. Memang matlamat berbines mahu untung; namun tidaklah sampai menghalalkan yang haram.Tidaklah perlu melampau batas.

Berbisnes gaya MMR, biarpun nampak bersahaja, namun hasilnya bukan kepalang. Memudahkan hajat orang lain rupa-rupanya memudahkan hajat kita juga. Begitulah...yang kami percaya.

Dan lebih menarik lagi, hal ini sudah pun terbukti, dan akan kekal begitu. Selama mana kita kekal beramal dengan hal-hal yang Allah suka; sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi kita, Muhammad SAW.

*************

Sahabatku yang kuat semangatnya..,

Pada kesempatan kali ini, saya kongsikan email dan PM yang diterima semalam. Barangkali boleh mencetus motivasi untuk segera bertindak.Ya, untuk segera bergabung dengan kami.
Membina keluarga MMR . Iaitu sebuah :

Keluarga yang bagus ibadatnya.
Keluarga yang bagus kesihatannya.
Keluarga yang bagus kewangannya.

**************

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbt ustaz. Nama saya Azah dari Kuantan. Subhanallah, saya rasa amat, amat, amat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati saya untuk memiliki buku ini pada awal tahun 2013 yang lalu. MasyaaAllah buku ini memang amat sukar untuk di dapati di Kuantan.

Saya amat tertarik pada tajuk buku itu sebelum saya menelaahnya satu persatu. Bila saya dah beli buku tu saya tak terus membacanya ustaz, saya mula tengok isi kandungan je dulu...pastu tutup. Bila bukak FB, ada kawan-kawan dalam FB saya sana sini memperkatakan tentang buku tu... rasa ingin tahu tiba-tiba datang.. apa yang menarik sangat dengan buku ini.

Saya mula membaca dari satu bahagian ke bab... dari satu bab ke satu bab... MasyaaAllah!! memang sangat terkesan di hati saya.

Kemudian Allah gerakkan hati saya untuk ambil stok buku mini MMR pula dengan Cik Nadiah. Saya mula ambil stok sebanyak 200naskah sahaja untuk buku mini... Subhanallah! sambutan memang saya tak sangka.... dalam masa 2 hari sahaja buku mini MMR saya terjual...

Niat saya agar mereka dapat memBERI kepada kenalan-kenalan mereka sebagai cenderahati, saya sebarkan tentang buku Mini MMR ini sebagai pre-reading kepada mereka yang belum pernah membaca buku ini.

Kemudian saya repeat order 250 buku mini dan 20 naskah buku MMR full Version. Alhamdulillah, rata-rata yang mendapatkan buku mini MMR dari saya akan datang kembali untuk mendapatkan buku MMR Full Version.

Saya ada terbaca posting Ustaz di FB tentang Training MMR. Saya sangat berharap agar saya dapat bersama keluarga MMR. Dengan izin Allah jua Ustaz ada sertakan sekali phone number En.Firdaus. Dan saya terus sms beliau bertanyakan cara-caranya.

Sungguh saya rasa kelainan bila mendapat penerangan dari En.Firdaus, tapi saya panggil beliau Ustaz Firdaus. Ustaz Firdaus terangkan satu persatu langkah yang perlu saya buat. dan langkah pertama saya ialah memilih nama untuk saya daftarkan sebagai syarikat untuk bersama MMR.

Saya memberitahu kepada Ustaz Firdaus bahawa saya telahpun ada perniagaan dan telahpun mendaftar. Perniagaan yang saya daftarkan sekarang ialah sebagai Event Management dan speaker.

Tapi untuk bersama MMR saya daftarkan satu lagi syarikat iaitu MMR Bazaar Twenty Seven. Alhamdulillah Ustaz, saya rasa bersyukur sebab dapat bersama keluarga MMR dan menjalankan perniagaan cara MMR. Suubhanallah!!

Semoga Ustaz dapat doakan kejayaan saya serta suami saya di dunia dan akhirat.

sekian dahulu ustaz. Wassalam.

(Nota: Keluarga MMR di Pantai Timur - Kelantan/ Terengganu dan Pahang diselia pengurus Zon Timur. Iaitu oleh En. Firdaus Bin Dato' Abdul Razak . Beliau mempunyai pengalaman yang rencam dalam bisnes . Mempunyai pelbagai lesen produk kawalan (Minyak, tepung, gula...dan lain-lain termasuk lesen kapal laut dalam. Memang berbaloi untuk bersilaturrahim dengan beliau.)

En. Firdaus: 012-9081 847

****************

Sahabatku yang baik hatinya...,

Kemudian mari kita hayati perkongsian yang ini pula:

Assalamualaikum.
Tarikh 190913, nurul telah buka ssm untk berdaftarkan MMR OUTLET SEVENTY SEVEN. SA0272672-W.
Nurul dah maklumkan kat En Wizan. Dah bertemu dengan dia banyak kali. Alhamdulillah. Dh hampir 200 buah buku terjual untk xsmpai 2 buln ni. Nurul sngt2 suka join venture dengan MMR. Dan nurul sangat2 suka berniaga. Terima kasih sudi terima nurul dalam keluarga MMR.

Boleh hubungi nurul untuk tempahan buku kwsn shh alam atau untuk bertanya bgaimana nak dftr dan sebagainya. Nurul suka berkongsi. Terima kasih ustaz.

Nama diberi CIK NURUL HIDAYAH AB RAHMAN.
No tel 013-7599513

*************

Sahabatku yang baik hatinya, jika beliau tidak yakin dengan janji-janji Allah, bahawa setiap kebajikan yang dibuat akan dibalas berganda-ganda, mana mungkin beliau membuat tawaran begitu...?

*************

Sahabatku yang baik budinya...,

Hal ini ada dikupas di dalam buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki - muka surat 89 )

Nah, bukankah ini namanya menjemput rezeki? Allah hadirkan beliau untuk membantu kita membuat langkah pertama.

Mengikut struktur Projek Khas-MMR Training Centre, sasaran kita cuma berlatih menjual 30 naskah pada bulan pertama. Manakala pada bulan ke dua adalah berlatih menjual 2 naskah sehari atau 60 naskah sebulan.

Seterusnya terus berlatih dan menambah ilmu agar pada bulan ke-12 setiap outlet tahu bagaimana menjual 12 naskah sehari. Jika ini dilakukan dengan betul, setahun akan datang kita akan dapat melihat wang simpanan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 di dalam akaun kita.

Boleh rujuk di link ini: (Kisah 394)

https://www.facebook.com/JemputRezeki/posts/578977448825252

***************

Begitulah....

Mereka yang berada di Zon Tengah (KL & Selangor ) boleh berhubung dengan Pengurus Zon Tengah , En. Wizan: 014-5450 888.

******************

Sahabatku, sebentar lagi saya akan bermusafir ke Kuala Lumpur. Ada beberapa agenda di sana. Semua pengurus Zon juga akan hadir.

Zon Utara: Cik Nadiah: 013-222 5762
Zon Selatan: Puan Areena: 012-3973 206
Zon Tengah: En Wizan: 014-5450 888
Zon Timur: En. Firdaus: 012- 9081 847

Jika ada ruang dan peluang jemputlah datang. Kita boleh bincang-bincang sambil makan-makan. Insya-Allah saya belanja.

Boleh rujuk kisah 405 atau klik link di bawah:

http://www.kud.my/utama.html

********************

Sahabatku yang dirahmati Allah,

Selamat berpuasa (sunat Isnin) kepada yang berpuasa. Mohon doakan keluarga MMR terus berkembang dengan bagus. Doa orang berpuasa mustajab.

******************

Dimaklumkan juga, mulai 29/9/2013 (Hari Ahad) saya akan bermusafir agak jauh dan agak lama (di luar Malaysia). Justeru, memang elok sangat jika dapat bersilaturrahim dengan pengurus - penguru Zon tersebut.

Mereka semua ada pengalaman bisnes yang baik dan bertekad melihat Projek Khas-MMR Training Centre sukses!

Insya-Allah

********************

Silakan....

Sunday 22 September 2013

Kisah 407 : Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 407
Ditulis pada 7:20 Pagi, Ahad, 22/9/2013
16 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal,Pasir Puteh


Tajuk: Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)


Assalamualaikum sahabatku yang baik budinya. Didoakan pagi ini kita diberi kesihatan, keriangan dan kebahagiaan yang disyukuri. Amin

Sahabatku yang dirahmat Allah,

Di antara strategi yang mudah dan boleh dilakukan serta-merta pada pagi ini ialah sedekah. Menariknya, yang dinamakan sedekah itu bukanlah kepada duit dan barang-barang sahaja.

Apa sahaja yang (baik) dan diniatkan sedekah akan menjadi sedekah. Menyebarkan info di bawah agar orang lain mendapat manfaat juga merupakan sedekah.

*****************

Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :

22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm

Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.


**************

Sahabatku yang baik hatinya,

Belumpun saya selesai menulis ayat ini, kedengaran seseorang memberi salam. Di tangannya terlihat satu bungkusan. Buah dokong.

Buah dokong diserahkan dan disusuli dengan ayat ini...

" Jom sarapan di rumah..."

" Saya sedang menulis..." jawab saya

" Berhentilah dulu menulis...jom!"


Sahabatku,...begitulah rezeki!

Baru berbuat sedikit kebajikan, sudah pun Allah balas..


**************

Mohon maaf ya sahabat, tulisan ini perlu disambung, kerana meraikan permintaan tetamu yang bertandang tadi.


**************

Oh ya, jangan lupa tentang program tersebut:

Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :

22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm

Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.

************
Boleh berhubung terus dengan beliau. Insya-Allah.

https://www.facebook.com/rosz.mohd?hc_location=timeline

Kisah 409 : Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 409
Ditulis pada 12:20 tengahari, Ahad, 22/9/2013
16 Zulkaedah , 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Assalamualaikum sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan sihat sejahtera, ceria dan bahagia. Amin.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambung tulisan pagi tadi.

*************

Sahabatku yang baik hatinya,

Tajuk di atas bertitik tolak dari panggilan yang saya terima semalam, kemudian disusuli dengan email berikut:

************

Assalammualaikum...

ustaz fathuri...

Berikut ada 2 keping gambar semasa kami (......)

Ustaz,kawan2 sy cantik2...kalau ada jodoh yg baik utk mereka dipersilakan...mereka ibu tunggal
* yang pakai baju putih : nama (......) ijazah engineering..
* yang pakai baju oren nama (.......)- ada ijazah perbankan..


Saya yang baju warna (... )duk d tgh2...biasa2 saja..cermin mata terbubuh uv sbb tu warna mcm tu...
Saya pulak takut nak kawen...sampai mak marah2...

Nama saya : (............) ada (.............)

**harap2 adalah lelaki2 soleh yang sudi memimpin kami...wanita2 yg baru belajar...
amin...

************

Kepada sahabatku (lelaki) yang belum bernikah, (dan berhajat untuk bernikah) baca sekali lagi ayat tersebut...

**harap2 adalah lelaki2 soleh yang sudi memimpin kami...wanita2 yg baru belajar...

amin...

**********

Sahabatku...,

Bukankah ini namanya 'Menjemput Rezeki(jodoh)?"

Hubungi saya untuk mendapatkan nombor telefon mereka: 012-9876 717.

Insya-Allah.

*************

Sahabatku yang baik hatinya..,

Jodoh adalah rezeki. Justeru, mencari jodoh sama saja seperti mencari rezeki. Dan lebih menarik lagi, sudah tentu 'Menjemput jodoh' lebih mudah dari 'Mencari Jodoh'.

Caranya?

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah at-Thalaq: 2 -3)

**********

Baiklah, jika diperhatikan kata kuncinya adalah:

1) Bertaqwa

2) Bertawakkal

************

Kemudian kita sambung lagi ayat seterusnya dalam surah yang sama:

" Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
(Surah at-thalaq: 4)

*************

Subhanallah, bukankah 'password' kepada segala hajat ada di sana?

**************

Justeru, bilamana kita berhajat agar segala hajat kita mudah-mudah sahaja dikabulkan Allah, kita sudah tahu 'password'nya. Iaitu

1) Takwa
2) Tawakkal

**************

Samalah halnya bilamana kita berhajat (jalan keluar ) kepada masalah yang sedang dihadapi, kita pun sudah tahu 'Password'nya. Iaitu :

'Takwa'

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar" (Surah at-thalaq: 2)

*************

Nah, maka fahamlah kita bahawa, hidup ini mudah bilamana kita mendahulukan apa yang Allah suruh dan suka. Yakni pada setiap masa, lokasi dan situasi.

************

Baiklah, sekarang pukul 12:37 tengahari. Apakah agak-agaknya yang Allah suruh dan suka pada ketika ini?

***********

Gunakan ruangan komen di bawah untuk melontarkan idea sahabat.

Silakan...

**********

Jangan lupa, ada ramai silent readers di sini . Dan tidak mustahil idea yang sahabat lontarkan itu, terkesan di hatinya. Dan beliau pun mengamalkannya senyap-senyap. Alhamdulillah.

***********

Silakan...

Sunday 25 August 2013

Kisah- Kisah Yang Hilang

Assalamualaikum,

Saya harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
 Maaf Zahir dan Batin.

Pastinya ucapan maaf itu saya harus dahulukan kerana saya sudah jauh tersasar dari target. Saya pasti ada yang berkunjung disini merasa kecewa kerana prosesnya terlalu lambat.

Buat masa sekarang nampaknya saya hanya dapat update seminggu sekali sahaja iaitu pada hujung minggu.  Jadi, hari ini dapatlah saya update lagi blog ini.

Sehingga hari ini saya hanya sempat update sehingga kisah ke 375 sahaja. Wah , Nampak seperti saya pantas bekerja tetapi sebenarnya saya sangat kecewa dengan "kepantasan" ini. Ia adalah disebabkan kerana terlalu banyak kisah yang hilang dari Timeline JemputRezeki.

Pada mulanya saya ingat, hanya untuk kisah 63,64, 65, 66, 67 sahaja, tetapi ia berlanjutan kepada ratusan kisah lain. Sangat sedih tetapi ini mungkin ujian untuk blog ini. Pada firasat saya, pihak Facebook mungkin ingin menjimatkan ruang server mereka dengan hanya memaparkan status terkini dan popular sahaja. Ia sekadar andaian.

Namun begitu, saya ada menghubungi Tuan Fathuri untuk bantuan dan jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya pasti para pembaca juga ada yang kecewa seperti saya.


Marilah kita sama-sama doakan agar blog ini dapat mencapai objektifnya. Aminnn.

Lagi satu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik blog ini dan ini kerana berkongsi url blog ini disidebar anda. Jika ada rakan lain yang rasakan blog ini bermanfaat untuk dikongsi, jemput letakkan link http://ceritamurahrezeki.blogspot.com ini di blog anda juga.

Semoga sedikit usaha kecil ini dihitung sebagai satu kebaikan. InsyaAllah


Kisah 387 : Ruang dan peluang sentiasa ada.... (Hari ke-18/365)

Dari KELANTAN: Kisah 387
Ditulis pada 12:09 malam, Ahad, 25/8/2013
18 Syawal, 1434H
Pasir Puteh.

Tajuk: Ruang dan peluang sentiasa ada.... (Hari ke-18/365)

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua sahabatku yang baik hatinya. Baik akhlaknya, pemurah dan suka mendoakan orang lain.

Didoakan segala rancangan yang dirancang sepanjang hari ini khususnya dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Dan memang begitulah janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.

" Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan segala urusannya mudah kepadanya." (At-Talaq:4)

Dan sekarang fahamlah kita mengapa orang-orang yang hampir dengan Allah, hidupnya tenang-tenang sahaja; dan rezekinya pun mudah-mudah sahaja.

**********

Sahabatku yang dikasihi Allah...,

Moga-moga kita semua tidak lupa.

Hari sudah 18 Syawal. Dan ini juga bermakna sudah 18 hari berlalu berbanding 365 hari yang kita sasarkan untuk membaiki tiga perkara di bawah.

1) Ibadat
2) Kesihatan
3) Kewangan

Cepatnya masa berlalu. Beruntungnya mereka yang istiqamah membaca al-Quran setiap hari. Sudah dapat 18 juz agaknya...

Untungnya mereka yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa enam hari di bulan Syawal pun sudah selesai agaknya...

Untungnya mereka yang hatinya selalu rindu untuk bersedekah. Tentu rezeki mereka pun tidak putus-putus, siang dan malam.

*********

Sahabatku, pada saya ruang dan peluang untuk menambah ibadat, memperbaiki kesihatan, dan kewangan sentiasa terbuka . Ia berada di sekeliling kita. Ia terlalu banyak.

Bezanya, ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Kerana yang beri nampak adalah Allah.

Walaupun kita berada di persekitaran yang sama, bekerja dalam bidang yang sama, mempunyai pendapatan yang sama, namun , kesan kepada tiga perkara di atas tidaklah sama.

Keadaan Ibadat, Kesihatan dan Kewangan tidaklah sama.

Sebab itu ada yang suka dengan kehidupannya. Ada juga yang sedang dukacita terhadap diri dan kehidupannya.

Pun begitu, hakikatnya kita semua boleh memilih kehidupan yang kita impikan. Atau dalam bahasa mudahnya,

" Kita boleh design kehidupan kita. Insya-Allah"

*********

Baiklah, dalam ruang dan peluang ini, saya ingin berkongsi pengalaman (dari diri sendiri dan orang lain) bagaimana untuk mencipta kehidupan yang kita mahu.

Pun begitu, ia mesti dimulakan dengan soalan.

Nah, apa maksudnya ini?

Setiap mata yang sedang membaca ayat ini, bolehlah bertanya satu(1) soalan kepada saya.

Yang mana saya boleh jawab , akan dijawab. Manakala yang tidak mampu saya jawab akan ditanyakan kepada orang yang mampu jawab. Insya-Allah.

Tujuannya?

Saya mahu berkongsi maklumat, tips dan amalan MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)

Silakan...tulis di ruangan komen di bawah.

Dan jika mahu bertanya terus juga boleh. Sila save dan dail nombor ini bilamana saudara/ri mahu bertanya: 012-9876 717.

Benar, tidak semestinya bertanya pada hari ini. Pada hari lain juga boleh.

Cuma , saya mahu berpesan:

Mohon telefon terus, jangan sms. Sungguh, saya tidak mampu untuk membalasnya pada kadar segera.

**********

Silakan....Setiap seorang boleh tanya satu (1) soalan.

Bismillah...

Saturday 24 August 2013

Kisah 386 : Bertindak....... (Hari ke-17/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 386
Ditulis pada 6:38 pagi, Sabtu, 24/8/2013,
17 Syawal, 1434H,
Pasir Puteh

Tajuk: Bertindak.......(Hari ke-17/365 )

Assalamualaikum kepada semua para sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan semuanya sihat sejahtera, ceria dan bahagia, Amin.

Didoakan juga segala rancangan dan impian pada hari ini, menjadi lebih mudah dan indah berbanding semalam. Amin.

Sahabatku,

Mari kita hayati kata-kata di bawah:

" Tidak tahu membaca, dan tidak membaca, sama sahaja; iaitu tidak dapat apa-apa"

Nah, sekarang saya mohon sahabat komen apa maksud kata-kata itu, dan kemudian kaitkan dengan kehidupan harian kita.

**************

Baiklah, saya mulakan dahulu.

" Orang yang tahu kepentingan menjaga kesihatan, tetapi tidak BERTINDAK menjaga kesihatan; sama saja dengan orang yang tidak tahu. Dua-dua akan berpenyakit."

Bagaimana pula komen sahabat?

Silakan...

Thursday 8 August 2013

Kisah 375 : Jangalah hari pertama pun sudah kalah... (hari 1/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 375
Ditulis pada 11:29 malam, Khamis, 8/8/2013, Gombak

Tajuk: Jangalah hari pertama pun sudah kalah... (hari 1/365 )

Kurang lebih begitulah,mesej yang mahu disampaikan melalui kutbah hari raya pagi tadi.

" Kita mahu jadi graduan ramadhan yang cemerlang. Jadi janganlah, kita kalah pada hari pertama." kata Khatib.

Lalu saya teringatkan sms yang diterima petang tadi.

"Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah sempat khatam al-Quran sebelum subuh tadi. Walaupun sudah masuk Syawal. Ia kemenangan terindah saya.

Buku pun sudah selamat sampai hari Selasa lepas beralamat di kampung. Tepat hari saya sampai di kampung.

Malu juga dengan emak sebab emak khatam 4 kali. Saya hadiahkan juga buku-buku pada emak dan ayah untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

Alhamdulillah syukur. Terima kasih ustaz. Selamat Hari Raya.

TakabbalAllahu minnalwa minkum."

**************

Alllahuakhbar!. Itu yang dinamakan tekad.

Apabila ada tekad yang kuat maka terbukalah semua jalan. Dan bantuan Allah pun tiba.

Justeru, kepada sahabat yang belum khatam, Ayuh! kita boleh sebenarnya. Percayalah. Kita memang boleh!.

Ingat, orang yang berjaya tidak buat kerja separuh jalan.

Biarpun lambat, akhirnya sampai.

It's better late than never...

***************
Para sahabat FBku yang dirahmati Allah. Sebenarnya hari ini saya sangat letih. Namun kerana tekad saya bangun juga dan mengadap laptop untuk menaip bait-bait ini.

Para sahabatku yang bejiwa besar; mari kita namakan hari ini sebagai hari 1/365.

Apa maksudnya ini?

Ya, dalam tempoh setahun akan datang (365 hari ). Kita akan ubah 3 perkara ini.

1) Keadaan kewangan kita
2) Keadaan kesihatan kita
3) Keadaan ibadat kita.

Baiklah, kepada yang mahu ambil bahagian sila tuliskan " saya " pada ruangan komen di bawah.

Insya-Allah mereka yang ambil bahagian untuk mengubah 3 perkara itu, terus kita serap sebagai keluarga MMR.

Saudara semua boleh 'save' nombor ini dihp masing-masing: 012-9876 717.

Kemudian hantar sms kepada nombor tersebut sebagai pengesahan.

Contoh sms:

Nama saya Fathuri Salehuddin. Dari Kelantan. Saya mahu jadi keluarga MMR.

Dan send ke: 012-9876 717.

1) No hp saudara juga akan saya save . Saya akan tandakan sebagai "Keluarga MMR Fathuri Salehuddin, Kelantan."

2) saudara boleh hubungi saya setiap kali ada hal yang mahu ditanya; juga untuk mendapatkan tips dan pandangan. Insya-Allah.

3) Ya, kita akan berkongsi kisah kita memburu impian itu selama setahun. Mulai hari ini.

*************

Kesimpulan:

Jika saudara mahu menjadi keluarga MMR dan mahu mengubah 3 perkara di atas dalam tempoh setahun:

1) Tuliskan " saya" pada ruangan komen di bawah

2) Hantar sms seperti contoh di atas ke nombor ini: 012-9876 717

************

Dan jangan lupa, hari ini adalah hari 1/365.

Ayuh, kita mulakan lagi bacaan al-Quran dan tekad untuk khatam setiap bulan. Insya-Allah.

Sasaran pertama khatam 30 juz pada bulan syawal ini.

***********

Sekali lagi. Kepada yang berhajat untuk mendapat personal coaching . Yakni dalam tempoh setahun untuk mengubah 3 perkara di atas mohon lakukan 2 perkara tersebut, sekarang.

Wednesday 7 August 2013

Kisah 374 : Aku dan pesan dari langit- Siri 29

Dari KELANTAN: Kisah 374
Ditulis pada 4:57 pagi, Rabu, 7/8/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 29

Hampir jam 4 pagi aku terjaga dek satu 'miss call'.

Baru teringat yang malam tadi sengaja tidur di atas lantai agar tidurnya tidaklah terlalu lena.

Selepas miss call itu, disusuli oleh satu sms.

" Subhanallah! Ya Akhi doakan ana juga"

*********

Aku bergegas ke bilik air. Cepat-cepat keluar dan berpesan kepada isteri.

" Abang mahu ke masjid dan akan pulang bersahur.Insya-Allah"

Turun dari rumah aku perhatikan langit. Gelap

Dan tiba-tiba sebak tidak dapat ditahan-tahan. Aku menangis semahunya di dalam kereta.

" Ya Allah, engkau Maha Pengampun, dan suka mengampunkan, ampunilah aku ya Allah..."

Entahlah...mengapa jadi begini.

Sampai di masjid sebaris saf sudah mula solat tasbih.

*********

Aku cuba membangunkan beberapa nama yang terlintas di hati.

Inilah malam terakhir ramadhan tahun ini. Dan malam ini sangat istimewa.

**********

Aku bergegas pulang ke rumah untuk menaip baris -baris ini. Moga-moga ada yang Allah pilih . Dan dapatlah beramal . Masih berbaki sejam lagi sebelum Subuh terakhir ramadhan meninggalkan kita.

***********
Kemudian, aku mencari email yang dihantar oleh Ustaz Abdul Rahman.

"Di antara hikmah tidak diberitahukannya malam yang pasti tentang Lailatul Qadar adalah untuk memotivasi umat agar terus beribadah, mencari rahmat dan redha Allah bila saja dan di mana saja, tanpa harus terpaku pada satu hari saja.

Jika malam Lailatul Qadar ini diberitahukan malam kepastiannya, maka orang akan beribadah sebanyak-banyaknya hanya pada malam tersebut dan tidak giat lagi beribadah ketika malam tersebut sudah terlepas.

Umat Islam hanya ditunjukkan tanda-tanda kehadirannya. Di antara tanda-tanda datangnya Lailatul Qadar adalah:

1. Pada hari itu matahari bersinar tidak terlalu panas dengan cuaca sangat sejuk, sebagaimana hadits riwayat Imam Muslim.

2. Pada malam harinya langit nampak bersih, tidak nampak awan sedikit pun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas. Hal ini berdasarkan hadits riwayat Imam Ahmad.

Dalam kitab Mu'jam at- Thabari al-Kabir disebutkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas."

Amalan-amalan untuk Mendapatkan Lailatul Qadar
Para ulama kita mengajarkan, agar mendapatkan keutamaan Lailatul Qadar, maka hendaknya kita memperbanyak ibadah selama bulan Ramadhan, di antaranya:
1. Senantiasa solat fardhu lima waktu berjama'ah.
2. Mendirikan solat malam atau qiyamul lail (solat tarawih, tahajud, dll)
3. Membaca Al-Qur'an sebanyak-banyaknya dengan tartil.
4. Memperbanyak zikir, istighfar dan berdoa.
5. Memperbanyak membaca do’a:
اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, senang pada ampunan, maka ampunilah kami, wahai Yang Maha Pemurah.

(Terima kasih kepada Ustaz Abdul Rahman yang bersungguh-sungguh menyiapkan artikel ini atas permintaan. Beliau boleh dihubungi di sini: 014-2289708)

************
Sahabatku..., pagi ini saya sekeluarga akan bertolak pulang ke Gombak (dengan bas).

Dan insya-Allah akan kembali ke Pasir Puteh pada 11/8/2013 (hari Ahad).

Jemputlah datang ke rumah.

**************

Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf andai ada yang tersalah tersilap sepanjang kita kenal . Sama ada secara maya atau realiti.

Saya doakan semoga kita semua dapat terus beramal sungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.

************

Saya ucapkan selamat menggunakan detik-detik terakhir ramadhan dengan berhemat.

Kepada sahabat yang belum khatam, teruslah membaca baris demi baris , juz demi juz. Insya-Allah bantuan Allah pasti ada.

Dan didoakan kita semua keluar sebagai PEMENANG di pagi syawal yang mulia. Amin.

***********
Saya boleh dihubungi di pagi syawal.

Marilah kita bersilaturrahim: 012-9876 717. Insya-Allah.

Maaf Zahir & Batin

**********

Selamat menyambut hari lebaran, hari kemenangan kita wahai sahabat-sahabatku.

Allahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, walillahilham.

Tuesday 6 August 2013

Kisah 373 : Peluang ruang masih ada wahai sahabatku...

Dari KELANTAN: Kisah 373
Ditulis pada 10:57 malam, Selasa, 6/8/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Peluang ruang masih ada wahai sahabatku...

Usai solat fardu maghrib tadi, saya kekal di sana. Bersendirian di masjid Mukim Gaal Pasir Puteh, Kelantan. Suasana yang nyaman, dengan hembusan hawa dingin dari penghawa dingin yang baru (dipasang).

Dan rakaat demi rakaat solat hajat dikerjakan. Tiba-tiba sebak tidak dapat ditahan-tahan. Air mata mengalir pun mengalir.

Ya, Allah....

" Didoakan semua pembaca buku MMR dan bakal-bakal pembaca, dimudahkan segala urusan mereka. Dimudahkan segala hajat-hajat mereka. Dan diselesaikan segala masalah mereka. Amin ya Allah."

Suasana hening. Masih bersendirian.

Tiba-tiba teringatkan kepada seorang rakan yang sudah lama tidak didengar beritanya. Saya segera faham, barangkali dia segan kerana hutang yang masih belum dibayar.

Ya, Allah....

Tiba-tiba Allah diberi kekuatan. Lalu nombor telefonnya didail...

" Sahabat, saya halalkan semua hutang sahabat kepada saya. Saya halalkan dunia dan akhirat. Janganlah difikirkan lagi. Doakan saya sahabat agar diberi rezeki lain yang lebih baik oleh Allah"

Ya, Allah...

Kelegaan apakah ini...? Sungguh sebuah rasa yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Air mata mengalir lagi...

Kali ini, kerana teringatkan sms dari seorang sahabat yang lain...

" Tiada amalan khusus malam raya seperti qiam atau solat hajat. Sunat banyakkan bertakbir hingga solat raya. Keadaan dah kembali seperti hari biasa. Sebaiknya istiqamah dengan puasa enam, qiam dan al-quran, solat jemaah dan lain-lan"

Sungguh, kata-kata yang ini membuat hati sebak...

Iaitu...." Keadaan dah kembali seperti hari biasa..."

Saya segera faham maksud yang tersirat. Ganjaran pahala luar-biasa yang ditawarkan oleh Allah akan berakhir tidak lama lagi. Ia khas pada bulan ramadhan. Dan ramadhan 1434H/2013 akan pergi...sedikit masa lagi.

*************
Pagi tadi ( Kisah 372 ) saya menulis begini:

Info 2:

" Sheikh Daud Al-Fatoni dalam kitabnya berkata bahawa bertahun-tahun dia sentiasa menemui lailatulqadar.

Di antara formulanya ialah:

Apabila puasa jatuh pada hari Rabu dan Ahad, maka lailatulqadar akan berlaku pada malam 29 ramadhan. Sekian "

**********
Dan informasi itu disusuli lagi dengan beberapa hujah yang beliau email.

" Para ulama kemudian berusaha meneliti pengalaman mereka dalam menemukan lailatul qadar, dan di antara ulama yang tegas mengatakan bahwa ada kaedah atau formula untuk mengetahui itu adalah Imam Abu Hamid Al-Ghazali (450 H- 505 H) dan Imam Abu Hasan as-Syadzili. Bahkan dinyatakan dalam sebuah tafsir surat al-Qadr, bahawa Abu Hasan semenjak baligh selalu mendapatkan Lailatul Qadar dan menyesuai dengan kaedah ini.

Menurut Imam Al Ghazali, Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar boleh dilihat dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan :

1. Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan
2. Jika malam pertama jatuh pada malam Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan
3. Jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan
4. Jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan
5. Jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.

Menyetujui kaedah ini, bererti malam Lailatul Qadar jatuh pada malam Rabu, 6 Ogos 2013 atau malam 29 Ramadan 1434 H, kerana awal Ramadhan adalah malam Rabu, 10 Julai 2013. Allahu A'lamu bi Muradihi...

Kaedah ini tercantum dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqah Syafi’iyyah. Rumusan ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; kitab Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah 'Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I'anatuth ThalibinJuz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain halaman 65 karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni

********

Ya, Allah...

Berilah aku kekuatan untuk menghidupkan malam ini dengan sebanyak-banyak ibadat.

Ya, Allah...

Berilah kekuatan yang sama kepada setiap mata yang membaca tulisan ini. Khasnya kepada keluarga MMR (para pembaca dan penyampai mesej buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

*********

Dan kepada yang sudah saya hubungi sejak petang tadi.

Marilah kita saling mendoakan. Agar setiap dari kita beroleh kehidupan yang Allah redha.

*********

Sahabatku yang baik hati.

Mohon doa kalian untuk saya yang daif ini. Agar diberi Allah kekuatan dan istiqamah untuk menyampaikan mesej yang terkandung di dalam buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) dengan sungguh-sungguh. Amin.

*********
Kepada para sahabatku yang belum khatam al-Quran. Janganlah putus asa. Masa dan peluang masih ada.

Teruslah membaca baris demi baris, juz demi juz sehingga khatam 30 juz. Insya-Allah akan datang bantuan Allah , asal saja kita bertekad untuk melakukannya.

Sahabatku yang baik hati.

Saya doakan agar impian itu jadi nyata. Amin

Ayuh, kita tutup dulu FB.....sementara.

Kisah 372 : Aku dan pesan dari langit- Siri 28

Dari KELANTAN: Kisah 372
Ditulis pada 10:20 pagi, Selasa, 6/8/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 28


Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat FBku yang baik hati. Didoakan sihat sejahtera ceria dan bahagia. Amin

Didoakan juga segala hajat-hajat jangka pendek (hajat-hajat hari ini khususnya) dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Sahabatku...,

Di sini ada 2 info baik dan menarik. Dan info-info ini pun disampaikan oleh para ahli keluarga MMR juga. Yakni para pembaca dan kaunselor buku MMR.

Baiklah mari kita hayati dan bertekadlah untuk beramal. Insya-Allah pelakunya akan dapat hasil.
Bila faham dapat faham.

Bila faham dan buat, dapatlah faham dan dapatlah hasil. Begitulah...


**************

Info 1:

" Assalamualaikum ustaz. Saya dapat amalan ini dari kawan saya. Semalam dia bagi dan saya share.

Surah al-Maidah ayat 114. Doa nabi Isa. Ayat pembuka rezeki. Makan tak habis-habis. Amalkan baca setiap kali lepas solat...Ustaz Halim Nasir ijazahkan pada malam ini melalui gurunya di Mekah."


*************

Info 2:

" Sheikh Daud Al-Fatoni dalam kitabnya berkata bahawa bertahun-tahun dia sentiasa menemui lailatulqadar.

Di antara formulanya ialah:

Apabila puasa jatuh pada hari Rabu dan Ahad, maka lailatulqadar akan berlaku pada malam 29 ramadhan. Sekian "

************

Nah, seperti yang disebut di awal tadi, jika kita baca dan faham, maka dapat fahamlah.

Bila kita baca, faham dan diamal;maka dapatlah faham dan dapatlah hasil.

Sekali lagi, buatlah.... dan nikmatilah hasilnya.

Sekian.

*************

Dan berikut merupakan senarai nama terkini beserta tracking no. Mohon disemak nama sahabat kalau-kalau ada yang tertinggal.

1)Wan Rosmaniza bt Wan Abdullah- Kulim Kedah (2 kali )
2) Rosedi Bin Abdul Ghani- Puchong Selangor
3) Zahidah Binti Zakaria - Pokok Sena Kedah
4) Suriati Sulong - Bachok Kelantan (By hand)
5) Norlida Binti Mokhetar- Jerteh, Terengganu (By Hand)
6) Maizura Binti Osman- Kajang Selangor (EM 619045654 MY )
7) Azizah Bt Lias @ Ahmad- Ketereh Kelantan
8) Shahrun Fahmi Bin M. Yusof- Jelebu Negeri Sembilan
9) Noriza Abdul Rahman - Arau Perlis
10) Kamaliah Muda - Kajang , Selangor
11) Fadzlina Bt Md . Fadzilah - Alor Setar, Kedah.
12) Zurahanim Fasha Binti Anual- Subang Jaya, Selangor

*********

13) Asmah Bin Ismail, Kota Kinabalu, Sabah (EM 619048222 MY)
14) Mohd Azman Ahmad,- Seri Kembangan, Selangor (EM 619048219 MY)
15) Ahmad Abqari B. Mohd Zaki-Jengka , Pahang (EM 619048236 MY)
16) Suriati Bt.Zakaria – Jengka, Pahang. ( EM 619045699 MY )
17) Su Khairiah Bt. Mohamad Azman – Lenggong , Perak (EM 619048372 MY)
18) Siti Hamidah- Jelebu, Negeri Sembilan (EM 619048134 MY)
19) Siti Syazawani- Dungun , Terengganu (EM 619048148 MY)
20) Wan Kamalia Bt Ramli- tanjung ipoh, Negeri Sembilan (EM 619048151 MY)
21) Muhd Khalaf- Dungun , Terengganu (EM 619047995 MY)
22) Hanim Bt Abd Malik – Ipoh Perak (EM 619047947 MY)
23) Zainun Abd Karim- Kemasik (EM 619047933 MY)
24) Asyikin Mohaiyidin- Shah Alam , Selangor ( By Hand)
25) Firdaus Hakim Bin Mohammad Nopiah- Ipoh Perak (EM 619047920 MY)
26) Anis Sabirin Bt Abd Majid – Shah Alam, Selangor (EM 619047955 MY)
27) Ahmad Zainuddin Bin Zakaria- Kulim, Kedah (EM 619047978 MY)
28) Nur Munirah Musa- Alor Star, Kedah (EM 619047964 MY)
29) Haslna Mohamad- Serdang, Selangor (EM 619047981 MY)
30) Shatriah Hanim Bt Shafie- Alor Setar, Kedah (EM 619048015 MY)
31) Safiyyah Munirah Md Tahir – Ipoh , Perak (EM 619048001 MY)
32) Mohd Fadzely- Kota Tinggi, Johor ( EM 619048032 MY)
33) Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir- Ampang, Selangor (EM 619048029 MY)
34) Mohd Hafiz Bin Che Mahasam – Rantau Panjang, Kelantan (EM 619048046 MY )
35) Ahmad Fadzli Fauzi- Jerteh, Terengganu (By Hand)
36) Nurzahwani Mohd Nor- Merlimau, Melaka.(EM 619048077 MY)
37) Marzita Mansor- Rawang, Selangor (EM 619045668 MY)
38) Rohayati Abdul Ghani – Ampang , Selangor (EM 619045645 MY)
39) Maisarah Ismail- Gelugur, Pulau Pinang (EM 619045708 MY )
40) Rosimah binti Husain-Pasir Gudang, Johor (EM 619045623 MY)
41) Syukur Bin Wahab- Rawang,Selangor ( EM 619045671 MY)
42) Rosezuwairy Bt Jamaluddin- Ipoh, Perak (EM 61904808 MY)
43) Ahmad Rashidi Abdul Latip – Kajang, Selangor ( EM 619048103 MY)
44) Roslinda Bt Ahmad – Rawang, Selangor ( EM 619048117 MY)
45) Nur Fatimi Damia – Ampang, Kuala Lumpur ( EM 637000243 MY)
46) Mohd Zaki Abdul Latiff – Bdr Pusat Jengka, Pahang ( EM 619045699 MY )
47) Norhani Bt Sharim – Shah Alam , Selangor (EM 619045637 MY)
48) Mohd Idzaney Bin Zakaria- Pontian, Johor (EM 639983425 MY)
49) Sanizan Sardzi – Pandan Utama, KL ( EM 619048094 MY )
50) Suhaibah Bt Ishak – Johor Bahru, Johor. (EM 619048063 MY) (EM 637299377 MY)
51) Nor Adilah Ahmad Shokori – Sg Bakap, Penang (EM 619045155 MY )
52) Mohd Ramli Bin Dermawi – Semanggol , Perak (EM 619045711 MY )
53) Noraslinda Mahfudz – Petaling Jaya, Selangor (EM 619045141 MY )


Dengan adanya tracking no , boleh terus disemak di sini.

http://www.poslaju.com.my/track.aspx


***********

P/S: Janganlah terkejut (jika ada ) yang menerima hadiah 30 naskah buku MMR. Walhal yang khatam cuma 21 juz saja. Itu maknanya sebagai motivasi untuk terus membaca sehingga khatam 30 juz.

***********

Orang-orang yang berjaya, bila buat sesuatu tidak separuh jalan.

Biarpun lambat akhirnya sampai.

Biarpun banyak halangan akhirnya dapat.

...Asal saja tidak berhenti mencuba.


**********

Jadi, apakah maksudnya ini?

Hati-hati dengan malam ini, malam 29 ramadhan.

1) Kita memang boleh jika kita benar-benar mahu.

2) Biasalah, semakin tinggi cita-cita, semakin banyak cabarannya. Biasalah begitu. Tidak mungkin seorang calon Dr ujiannya sama seperti calon UPSR.

3) Eh, faham ketidak? Jika tidak faham boleh telefon terus pemberi amalan ini:

1) 014-228 9708 - Tentang malam lailaturqadar
2) 013-311 8343 - Tentang doa nabi Isa
3) 012-987 6717 - Tentang amalan Mudahnya Menjemput Rezeki

Begitulah...

Monday 5 August 2013

Kisah 371 : Aku dan pesan dari langit - Siri 27

Dari KELANTAN: Kisah 371
Ditulis pada 8:03 pagi, Isnin, 5/8/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Aku dan pesan dari langit - Siri 27

Assalamualaiku pada sahabat FBku yang baik hati. Didoakan hari ini, sihat sejahtera, ceria dan bahagia. Amin.

Dan didoakan juga, pada hari ini (khususnya), segala hajat dan rancangan yang sudah dirancang, dimudahkan Allah, semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Amin.

Nah, untuk maksud itu, bila mahu keluar rumah,ingat Allah. Dan bila kembali ke dalam rumah ingat Allah.

Caranya?

1) Bila keluar rumah, baca ayat Kursi.
2) Bila masuk rumah, beri salam dan baca surah al-ikhlas (Qulhuallahuahad ) 3 kali.

Masya-Allah, dengan mengamalkan strategi yang nombor 2 itupun, mudah-mudah sahaja dapat pahala seperti membaca 30 juz al-Quran. Subhanallah!. Maha Kaya Allah. Maha Pemurah Allah.

Kalau begitu? Bagaimana jika saya baca 30 kali surah al-ikhlas itu?
Wah, dapatlah pahala 10 kali khatam al-Quran!

Mudahnya, mudahnya, mudahnya....

*************

Baiklah sahabatku yang budiman..., sekarang mohon semak senarai nama di bawah. Semalam (jika tidak silap ) saya ada terima lebih dari 50 sms. Ada yang terlepas pandang. Jika sahabatlah orangnya, mohon sms segera ya.

Kami akan usahakan, untuk pos hadiah itu hari ini; dan mengikut pegawai pejabat pos,(jika dipos selepas 4/8) hadiah tersebut akan sampai selepas raya. Justeru, akan dimaklumkan sekali 'tracking no' agar sahabat boleh semak.

Jika tidak, berkali-kalilah saya tersedak dek nama selalu disebut-sebut..(sebab buku tidak sampai-sampai..?)
Aduhai! ( begitulah kata orang tua-tua )

*********

Begitu juga kepada sahabat yang berada di fasa 1. Sepatutnya semua sudah terima hadiah (kecuali yang khatam 2 kali ). Mohon sms juga kepada saya jika masih belum terima hadiah yang khatam kali ke-2 itu.

1)Wan Rosmaniza bt Wan Abdullah- Kulim Kedah (2 kali )
2) Rosedi Bin Abdul Ghani- Puchong Selangor ( 2 kali )
3) Zahidah Binti Zakaria - Pokok Sena Kedah
4) Suriati Sulong - Bachok Kelantan (2 kali)
5) Norlida Binti Mokhetar- Jerteh, Terengganu
6) Maizura Binti Osman- Kajang Selangor ( 2 kali )
7) Azizah Bt Lias @ Ahmad- Ketereh Kelantan
Shahrun Fahmi Bin M. Yusof- Jelebu Negeri Sembilan
9) Noriza Abdul Rahman - Arau Perlis
10) Kamaliah Muda - Kajang , Selangor
11) Fadzlina Bt Md . Fadzilah - Alor Setar, Kedah.
12) Zurahanim Fasha Binti Anual- Subang Jaya, Selangor

( Fasa 1)

*********

(Fasa 2)
13) Asmah Bin Ismail, Kota Kinabalu, Sabah (EM 619048222 MY)
14) Mohd Azman Ahmad,- Seri Kembangan, Selangor (EM 619048219 MY)
15) Ahmad Abqari B. Mohd Zaki-Jengka , Pahang (EM 619048236 MY)
16) Suriati Bt.Zakaria – Jengka, Pahang.
17) Su Khairiah Bt. Mohamad Azman – Lenggong , Perak (EM 619048372 MY)
18) Siti Hamidah- Jelebu, Negeri Sembilan (EM 619048134 MY)
19) Siti Syazawani- Dungun , Terengganu (EM 619048148 MY)
20) Wan Kamalia Bt Ramli- tanjung ipoh, Negeri Sembilan (EM 619048151 MY)
21) Muhd Khalaf- Dungun , Terengganu
22) Hanim Bt Abd Malik – Ipoh Perak (EM 619047947 MY)
23) Zainun Abd Karim- Kemasik (EM 619047933 MY)
24) Asyikin Mohaiyidin- Shah Alam , Selangor
25) Firdaus Hakim Bin Mohammad Nopiah- Ipoh Perak (EM 619047920 MY)
26) Anis Sabirin Bt Abd Majid – Shah Alam, Selangor (EM 619047955 MY)
27) Ahmad Zainuddin Bin Zakaria- Kulim, Kedah (EM 619047978 MY)
28) Nur Munirah Musa- Alor Star, Kedah (EM 619047964 MY)
29) Haslna Mohamad- Serdang, Selangor (EM 619047981 MY)
30) Shatriah Hanim Bt Shafie- Alor Setar, Kedah (EM 619048015 MY)
31) Safiyyah Munirah Md Tahir – Ipoh , Perak (EM 619048001 MY)
32) Mohd Fadzely- Kota Tinggi, Johor ( EM 619048032 MY)
33) Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir- Ampang, Selangor (EM 619048029 MY)
34) Mohd Hafiz Bin Che Mahasam – Rantau Panjang, Kelantan
35) Ahmad Fadzli Fauzi- Jerteh, Terengganu
36) Nurzahwani Mohd Nor- Merlimau, Melaka.
37) Marzita Mansor- Rawang, Selangor (EM 619045668 MY)
38) Rohayati Abdul Ghani – Ampang , Selangor (EM 619045645 MY)
39) Maisarah Ismail- Gelugur, Pulau Pinang (EM 619045708 MY )
40) Rosimah binti Husain-Pasir Gudang, Johor (EM 619045623 MY)
41) Syukur Bin Wahab- Rawang,Selangor ( EM 619045671 MY)
42) Rosezuwairy Bt Jamaluddin- Ipoh, Perak (EM 61904808 MY)
43) Ahmad Rashidi Abdul Latip – Kajang, Selangor ( EM 619048103 MY)
44) Roslinda Bt Ahmad – Rawang, Selangor ( EM 619048117 MY)
45) Nur Fatimi Damia – Ampang, Kuala Lumpur ( EM 637000243 MY)
46) Mohd Zaki Abdul Latiff – Bdr Pusat Jengka, Pahang ( EM 619045699 MY )
47) Norhani Bt Sharim – Shah Alam , Selangor (EM 619045637 MY)

Jika sahabat ada menghantar sms sebelum zuhur semalam, Ahad 4/8; tetapi tiada dalam senarai di atas.Mohon sms sekali lagi ke nombor ini: 012-9876 717.

Insya-Allah senarai nama akan dikemas kini sekali lagi pada malam nanti. Yakni setelah semua hadiah diposkan pada hari ini.

**********

Nota:

Insya-Allah pada malam esok, selasa 6/8, saya akan pulang bercuti raya di Gombak. Kemudian akan beraya di Kelantan pula. Yakni di rumah ibu mertuaku di Bachok pada 10/8 , Sabtu.

Dan...mulai 11/8, hari Ahad, kami kembali ke teratak kami di Pasir Puteh.

Justeru,kepada para sahabat FBku yang mahu beraya di rumah ambo. Silakan, silakan, silakan....

Sambil-sambil makan kueh raya, kita boleh bincang-bincang:

1) Pasal buku
2) Pasal bisnes
3) Pasal peluang kerjasama tulis buku
4) Pasal peluang kerjasama bisnes.
5) Lain-lain pasal.

Amboi-amboi....bukan main lagi kita merancang ya.

***********

Tidak mengapa merancang itu dan ini. Asal saja kita boleh bersabar bila rancangan itu tidak menjadi.

Kerana kita sama-sama sudah faham. Tiada yang namanya kebetulan, mujur dan nasib baik.

Segalanya bersebab.

Justeru, orang beriman cuma ada 2 emosi.

Yakni:

1) Bila rancangan menjadi, SYUKUR (alhamdulillah)
2) Bila rangangan tidak menjadi, SABAR (istigfar )

Begitulah...

*********

Sekali lagi, mohon semak senarai nama dan di atas. Jika nama sahabat tertinggal, cepat-cepat sms ke nombor ini:

012-9876 717.

************
Selamat membaca al-Quran sehingga khatam. Ruang dan peluang kan masih ada.

Kemudian kita bertekad sungguh-sungguh akan terus khatam setiap bulan sehingga bertemu lagi ramadhan tahun hadapan.

Siapa yang mahu bertekad begitu?

Tuliskan "saya " di ruangan komen di bawah.

Dan sahabat yang lain tulislah " Amin".

Sudah fahamkan hebatnya strategi mendoakan orang lain?

Dalam buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) hal ini dikupas dalam bab17, mukasurat 83.

**********

Kesimpulannya?

Tuliskan "saya" sekarang....insya-Allah.

Sunday 4 August 2013

Kisah 370 : Aku dan pesan dari langit- Siri 26

Dari KELANTAN: Kisah 370
Ditulis pada 7:46 pagi, Ahad 4/8 , Pasir Puteh.


Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 26


Assalamualaikum para sahabat FBku yang baik hati. Didoakan sihat sejahtera, ceria bahagia. Amin.

Sahabatku..., didoakan juga hajat dan impian sahabat-sahabatku pada hari ini khususnya; dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Sahabat..., kita masih fokus kepada membaca al-Quran. Berikut adalah senarai nama, yang sudah menghantar nama dan alamat penuh.

1) Wan Rosmaniza bt Wan Abdullah- Kulim Kedah (2 kali )
2) Rosedi Bin Abdul Ghani- Puchong Selangor
3) Zahidah Binti Zakaria - Pokok Sena Kedah
4) Suriati Sulong - Bachok Kelantan
5) Norlida Binti Mokhetar- Jerteh, Terengganu
6) Maizura Binti Osman- Kajang Selangor
7) Azizah Bt Lias @ Ahmad- Ketereh Kelantan
Shahrun Fahmi Bin M. Yusof- Jelebu Negeri Sembilan
9) Noriza Abdul Rahman - Arau Perlis
10) Kamaliah Muda - Kajang , Selangor
11) Fadzlina Bt Md . Fadzilah - Alor Setar, Kedah.
12) Zurahanim Fasha Binti Anual- Subang Jaya, Selangor
13) Asmah Bin Ismail, Kota Kinabalu, Sabah
14) Mohd Azman Ahmad,- Seri Kembangan, Selangor
15) Ahmad Abqari B. Mohd Zaki-Jengka , Pahang
16) Suriati Bt.Zakaria – Jengka, Pahang.
17) Su Khairiah Bt. Mohamad Azman – Lenggong , Perak
18) Siti Hamidah- Jelebu, Negeri Sembilan
19) Siti Syazawani- Dungun , Terengganu
20) Wan Kamalia Bt Ramli- tanjung ipoh, Negeri Sembilan
21) Muhd Khalaf- Dungun , Terengganu
22) Hanim Bt Abd Malik – Ipoh Perak
23) Zainun Abd Karim- Kemasik
24) Asyikin Mohaiyidin- Shah Alam , Selangor
25) Firdaus Hakim Bin Mohammad Nopiah- Ipoh Perak
26) Anis Bt Abd Majid – Shah Alam, Selangor
27) Ahmad Zainuddin Bin Zakaria- Kulim, Kedah
28) Nur Munirah Musa- Alor Star, Kedah
29) Haslna Mohamad- Serdang, Selangor
30) Shatriah Hanim Bt Shafie- Alor Setar, Kedah
31) Safiyyah Munirah Md Tahir – Ipoh , Perak
32) Mohd Fadzely- Kota Tinggi, Johor
33) Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir- Ampang, Selangor
34) Mohd Hafiz Bin Che Mahasam – Rantau Panjang, Kelantan
35) Ahmad Fadzli Fauzi- Jerteh, Terengganu
36) Nurzahwani Mohd Nor- Merlimau, Melaka.

***********

Saya percaya masih ramai lagi yang sedang membaca dan terus membacanya dengan tekun. Biarpun belum khatam 30 juz tetapi, sudah Allah beri rezeki yang jauh lebih bernilai.

Sebagaimana sms yang diterima pagi ini:

" Assalamualaikum ustaz. Moga ustaz sihat selalu. Dah lama saya tidak sms dan telefon. Pagi ini saya baca status MMR. Saya pernah plan nak khatam bulan puasa, sehingga kini saya masih juzuk 6 sambil -sambil baca di hospital.

Ustaz, saya dah lama tidak baca quran, saya baca surah tertentu contoh surah al-Waqiah. Mula-mula saya sahut saranan ustaz sebab ganjaran buku MMR. Tapi sekarang saya tak kisah kalau tak dapat buku sebab saya sedar dan rasa nikmat lain yakni baca al-Quran.

Walaupun saya tak dapat khatam (walaupun masih mencuba) insya-Allah saya akan teruskan membaca dan cuba memahami.

Tq ustaz sebab apa yang ustaz saran memang berkesan di hati saya. Alhamdulillah"

***********
Ada juga sms yang berbunyi begini:

" Assalamualaikum Ustaz, setakat ini saya sudah baca 16 juzuk al-Quran untuk pusingan kedua bermula 28/7 . Alhamdulillah."

***********
Dan yang berbunyi begini pun ada:

"Assalamualaikum Ustaz...Alhamdulillah...pagi 25 ramadhan yang indah...saya khatam 30 juzuk...tahun lepas dapat 27 juzuk. Tahun ini alhamdulillah..."

**********

Baiklah, apa maksudnya ini?

Setiap kita diberi ruang dan peluang yang sama. Dan tanda-tanda masa yang berkat adalah dihabiskan kepada perkara-perkara yang memberi manfaat di dunia dan akhirat kita.

Kata seorang ustaz, membaca al-Quran dalam solat dapat ganjaran 70 pahala pada setiap hurufnya. Nah, baca "Alif, Lam, Mim...." sahaja dalam solat sudah dapat 210 pahala!.

Fahamlah kita mengapa Nabi baca surah yang panjang-panjang dalam solat malam.

Fahamlah kita mengapa para Ulama khatam berpuluh kali dalam bulan ramadhan berbanding bulan lain. Imam As-Syafie misalnya khatam 60 kali dalam bulan ramadhan.

***********

Siapa yang ada tekad. Allah pasti bantu. Allah pasti mudahkan. Pasti!.

***********

Masa masih ada. Tutup FB, buka al-Quran dan teruslah membacanya, baris demi baris...,juz demi juz....

Kemudian sebelum masuk waktu zuhur nanti, bolehlah sms nama dan alamat ke nombor ini: 012-9876 717. Berapapun yang sahabat khatam akan dapat hadiah.

Khatam 1 juz akan dapat hadiah 1 naskah buku MMR.
Khatam 10 juz dapat 10 naskah.
Khatam 30 juz dapat 30 naskah.
Khatam 30 juz 2 kali dapat 60 naskah. (sudah ada beberapa orang yang berjaya. Alhamdulillah)

Begitulah. Mohon maaf kerana tidak mampu kami memproses sms yang diterima selepas zuhur. Dan bermakna tidaklah dapat hadiah.

*************

Selepas Zuhur nanti semua senarai nama (terbaru ) akan dipaparkan di sini. Ya, sms yang kami terima sebelum waktu zuhur sahaja . Insya-Allah.

Didoakan Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus membaca dan membaca al-Quran. Amin.

***********
Nota: Siapa yang mahu menaja kos penghantaran juga masih terbuka sehingga waktu zuhur sahaja.

Taja 1 orang = RM30
Taja 30 orang = RM900

* Kos pos laju untuk 30 naskah buku MMR adalah RM30.

Untuk maksud ini :Boleh bank ini ke akaun ini:
Maybank: 1642 2128 7382. Rohani Abdul Rahman

Kemudian disusuli dengan sms. Contoh:

"Saya sudah bank in RM10 untuk tajaan kos penghantaran (Fathuri Salehuddin)" Dan send ke kepada: Ustazah Rohani: 012-2621 577

Ya, berapa pun jumlahnya tidak penting. Kerana Allah yang akan membalasnya . Apapun balasannya akan kembali kepada pelakunya. Insya-Allah.

Setakat baris ini ditulis sudah ada 36 orang berjaya khatam al-Quran. Alhamdulillah.

Begitulah....

************
Sekali lagi, semua sms yang kami terima (sebelum zuhur ) akan kami paparkan di sini . Yakni selepas semua hadiah diposkan. Dijangka selepas Isyak nanti. Insya-Allah.

************

Dan ini berita terkini:

Mengikut ustazah Rohani juga, semua pembelian buku yang diterima sebelum zuhur (hari ini) juga akan dihantar pada petang ini.

Tempahan untuk membeli buku yang diterima selepas zuhur dan selepas hari ini (Ahad, 4/8) akan dihantar pada 13/8. Iaitu pada hari Selasa minggu depan. Insya-Allah.

Untuk menempah buku boleh ziarah di sini dulu: www.jemputrezeki.com.

Bayaran setelah buku diterima. Insya-Allah.

Kisah 369 : Aku dan pesan dari langit- Siri 25

Dari KELANTAN: Kisah 369
Ditulis pada 6:35 pagi, Ahad, 4/8/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 25

Assalamualaikum para sahabat FBku yang dirahmati Allah. Didoakan sihat sejahtera, ceria bahagia.

Didoakan juga segala hajat dan rancangan pada hari ini khususnya, dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin

Sahabat...,

Alhamdulillah sejak hari Jumaat lepas, sms datang bertali-arus. Ada yang khatam 3 juz, ada yang sudah sampai juz 27. Alhamdulillah. Nampaknya, ramai yang bertekad untuk menjadi lebih baik dari ramadhan tahun lepas.

Yakni membaca lebih al-Quran dari sebelumnya.

**************

Kepada yang belum sms nama dan alamat , silalah hantar sebelum Zuhur pada hari ini. Hari Ahad 4/8/2013.

Contoh sms:

Fathuri Salehuddin
PS 42, Kg Gaal
16800 Pasir Puteh Kelantan
(Khatam 20 juz)

Dan hantarkan sms ini kepada : 012-9876 717. Hadiah 20 naskah buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) akan dipos hari ini.

Mengikut pihak pejabat pos laju. Barang-barang yang dipos pada hari ini dijangka sampai sebelum raya.

Jadi, kami mengambil peluang ini untuk menyelesaikan semua urusan memberi hadiah. Yakni kepada mereka yang berjaya khatam al-Quran, tidak kiralah berapa juz sekalipun.

Sahabat,hanya perlu hantar sms seperti contoh di atas sebelum waktu Zuhur pada hari ini, Ahad 4/8/2013.

Dan selepas Zuhur kami akan melakukan kerja-kerja pembungkusan dan menghantarnya ke pejabat pos laju. Didoakan semua barangan yang dikirim boleh sampai sebelum raya. Insya-Allah.

Begitulah...

Wednesday 31 July 2013

Kisah 356 : Siapakah yang air matanya tidak tumpah bila melihat video ini...?

Dari KELANTAN: Kisah 365
Ditulis pada 2:39 petang, 31/7/2013, Pasir Puteh


Tajuk: Siapakah yang air matanya tidak tumpah bila melihat video ini...?


Assalamualakum wahai sahabat-sahabat FBku yang baik hati. Didoakan sihat sejahtera, ceria bahagia.

Sebentar tadi saya menerima sms dari salah seorang pembaca buku MMR. Beliau ada rancangan, untuk membelikan baju raya untuk dua orang anak yatim.

"Salam...ustaz...baru terima call dari JKM, program beli baju raya hari ini ditunda coz budak tu ada masalah..."

Beberapa minit selepas itu, sms kedua menyusul


" Esok pagi pukul 11 am beli baju raya untuk budak yatim itu."

Dan rupa-rupaya dua orang budak itu, bukanlah anak yatim.

Tetapi anak yatim piatu...tiada ayah dan tiada ibu.

*********

Para sahabat FBku yang baik hati. Dalam bulan baraka ini, carilah anak-anak yatim untuk kita bantu. Biarpun kita sedang susah, memang itulah tekniknya.

Yakni bantu orang yang lebih susah dari kita.

Jika sahabat tiada jumpa orang yang mahu dibantu,hubungi Puan Zai yang akan berbelanja esok. RM10 pun sangat bermakna untuk mereka. Insya-Alllah. 013-983 2217.

*******

Dan tidak mustahil, ada di kalangan kita yang berada di dalam situasi sebagaimana video di bawah.

Carilah, dan bantulah mereka...

Barangkali mereka malu untuk meminta-minta.

Tapi suara hati kita boleh merasainya.....dan mengesan mereka.

Dan barangkali mereka itu, darah daging kita sendiri. Yang sudah lama tidak kita tanya khabar beritanya....

**********

Selamat menghayatinya. Insya-Allah.


https://www.facebook.com/photo.php?v=10201423296002252&set=vb.162186033820555&type=2&theater
More Video : Videomasi.com
Kasut Buruk. Menangis admin tengok video ni :'(

Thursday 25 July 2013

Kisah 356 : Aku dan pesan dari langit- Siri 14

Dari KELANTAN: Kisah 356
Ditulis pada 6:20 petang, 25/7/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 14

Dua hari lepas, 23/7/2013, Selasa saya menerima sms ini dari seorang pembaca yang kemudiannya menjadi keluarga MMR di Kelantan.

" Allah telah makbulkan hajat kita. Buku sudah dihadiahkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Yang 30 biji di infak kepada mudir Maahad Darul Anuar , Ustaz Nik Omar, anak tuan guru. Tok guru senyum tengok nama tuan. 2-3 kali tanya saya, nama pena ke nama betul"

**********

Hampir 24 jam selepas menerima sms itu, saya menelefon beliau. Nah, sekali lagi, pelbagai kisah-kisah istimewa keluar dari mulutnya.

Beliau pernah bermusafir 2 kali bersama saya untuk menghayati prinsip-prinsip Mudahnya Menjemput Rezeki.

Dan diakhir ayat beliau berkata.

" Tuan, isteri saya menangis..."

"Kenapa?" tanya saya

" Dalam akaun bank kami tiba-tiba ada RM10,000 "

Saya senyum bila mengenangkan beliau hanya mempunyai RM10 pada kali pertama kami bertemu.

Lalu saya membalas begini:

" Begitulah baiknya Allah. Dia tahu bila mahu beri. Teruskan beramal dan sedekahkan sebahagiannya kepada mereka yang terdesak"

" Sudah fahamkan prinsip-prinsip MMR?" tanya saya lagi.

Dan kali ini, saya tidak perlu menunggu jawapan dari beliau....

Saturday 20 July 2013

Pengenalan

Blog ini dibangunkan oleh saya sebagai satu medium saya berkongsi dengan lebih ramai orang tentang apa yang ditulis oleh  Ustaz Fathuri di status facebook beliau.

Pada pagi 11 Ramadhan ( 20/7/2013) saya telah diberikan rezeki ilham dari Allah untuk membina blog ini. Dalam blog ini saya akan jadikan tempat saya mengumpulkan koleksi kisah yang ustaz Fathuri tuliskan di facebook beliau. Ini kerana saya pasti ramai yang akan berminat dengan kisah beliau.

Semasa blog ini ditulis, sudah ada 350 kisah yang beliau tuliskan. Saya mencari kisah 1 dan sangat susah untuk scroll oleh sebab ia ditulis di facebook timeline. Jadi, saya telah mendapat ilham untuk membina sebuah blog dimana saya akan copy paste apa yang beliau sudah tulis. Ini akan memudahkan saya membuat rujukan dimasa akan datang.

Insyaallah, saya boleh copy - paste 20 artikel dalam masa 30 minit. Harap ia dapat diselesaikan dengan kadar segera. Semua post akan saya backdate mengikut tarikh sebenar ia di postkan difacebook.

Semoga ilmu yang dapat dikongsi ini dapat dimanfaatkan. InsyaAllah.

Monday 8 July 2013

Dari KELANTAN: Kisah 337
Ditulis pada 12:29 tengahari, 8/7/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Rahsia Rambut Hitam...?

Saya pernah bertanyakan hal ini kepada seorang tukang gunting rambut.

" Apakah amalan pakcik? Rambut kekal hitam walaupun sudah berusia " tanya saya.

Beliau senyum. Tidak segera memberi jawapan.

Setelah wang upah gunting rambut dibayar beliau pun berkata.

" Insya-Allah, mandi sebelum subuh... " kata pakcik bersaja.

********

Begitulah..., uban sedikit pun rezeki juga.

Sungguh, orang yang solat subuh di masjid itu selalu saja untung.

Rezeki mudah, uban pun sedikit.

Subhanallah, Masya-Allah , Allahuakhbar...untung lagi.

*******

Diriwayatkan daripada Ibnu Sirin r.a katanya: Anas bin Malik pernah ditanya: Apakah Rasulullah s.a.w mewarnakan rambut iaitu ubannya? Anas bin Malik menjawab: Sesungguhnya beliau belum pernah melihat uban melainkan sedikit.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 4317

Sunday 7 July 2013

Kisah 332 : Ustazah Rohani kata....

Dari KELANTAN: Kisah 332
Ditulis pada 10:59 pagi, 7/7/2013, Pasir Puteh


Tajuk: Ustazah Rohani kata....


Jualan buku MMR meningkat berganda-ganda sejak beliau mengamalkan amalan tersebut.

Katanya, pernah satu hari beliau demam dek kerana terlalu banyak pesanan.

Manakan tidak, sampai 500 naskah sehari!

Boleh bengkak tangan kerana banyaknya menulis alamat dan resit jualan.

Kata ustazah Rohani lagi, yang sebelum ini cuma belajar-belajar order 10 hingga 30 naskah sudah meningkat 100 hingga 200 naskah.

*********

Kita percaya tiada yang namanya kebetulan.

Jualan naik dan jualan turun berlaku atas izin Allah.

Jualan buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) Ustazah Rohani dan jualan para dealer meningkat bersebab.


********

Mengapa tidak ditanya apakah amalan Ustazah Rohani itu?

Nombornya ada di sini:

Kisah 330 : Ombak Murni?

Dari KELANTAN: Kisah 330
Ditulis pada 8:09 pagi, 7/7/2013, Pasir Puteh


Tajuk: Ombak Murni?


Ombak Murni adalah nama sebuah syarikat. Pemilik syarikat ini merupakan salah seorang pembaca buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki )

Kisah beliau " Budak kutip sampah jadi jutawan" pernah saya tulis di majalah Anis, terbitan bulan Oktober 2012.

Malah kepada yang pernah mendapat bisnes kad MMR, di belakang kad ada tertera nama beliau.

Kepada yang berminat tentang bisnes hartanah, atau mungkin mahu bersilaturrahim dengan beliau, boleh saja bertandang ke sini:

http://www.ombakmurni.net/

Oh ya, mohon sampaikan salam penulis kepada beliau.

Insya-Allah.

Kisah 329 : Berdua lebih baik?

Dari KELANTAN: Kisah 329
Ditulis pada 7:42, 7/7/2013, Pasir Puteh


Tajuk: Berdua lebih baik?

Alahai...bukan dimaksudkan berkahwin dua ya.

Teristimewa kepada yang masih bujang. Buku ini memberikan banyak tips dan strategi di mana dan bagaimana mendapatkan rezeki yang berupa jodoh.

Ya, jodoh adalah rezeki.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pernah memborong 481 naskah buku ini pada tahun lepas.

Siapakah penulisnya?

Kepada mereka yang pernah membeli buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ) secara pos melalui website ini:

www.jemputrezeki.com

Tentu akan perasan....

" Eh,eh..nama penulisnya seperti pernah kudengar..." agak-agaknya begitulah monolognya.

Buku ini bagus untuk dijadikan hadiah kepada anak, kawan atau cucu kita yang belum berdua. Insya-Allah.

Buku ini boleh didapati disemua kedai buku utama. Insya-Allah.

Saturday 6 July 2013

Kisah 326 : Tawaran ini menarik dan terhad

Dari KELANTAN: Kisah 326
Ditulis pada 2:39 petang, 6/7/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Tawaran ini menarik dan terhad.

Kepada sahabat-sahabat FBku yang baik hati. Mohon sampaikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain.

Begini tawarannya.

Saya buka tawaran ini kepada 3 orang sahaja. Yakni sebuah pekerjaan bergaji tetap dan ada komisyen.

1) Gaji ( tetap ) RM1000 sebulan + komisyen.

2) Kerjanya telefon orang yang dikenali dan tidak dikenali. Tujuannya untuk memperkenalkan buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)

3) Senarai nombor telefon akan diberi.

4) Bil telefon ditanggung.

5) Skrip bagaimana membuat panggilan dan bagaimana cara bercakap untuk memperkenalkan buku MMR juga disediakan.

6) Bekerja dari rumah atau dimana saja yang disukai.

7) Sekali lagi , tawaran ini terhad kepada 3 orang sahaja.

*************

Nota: Kepada yang berminat telefon penulis mulai jam 9:30 malam nanti (untuk temuduga)

Waktu temuduga jam 9.30 malam hingga 10:30 malam.

Temuduga melalui telefon . Kepada yang berhajat save nombor telefon ini: 012-9876 717, dan telefon malam nanti .

Insya-Allah.

*************

Didoakan peluang ini dapat sampai kepada mereka yang benar-benar terdesak dan berhajat. Amin.

Friday 5 July 2013

Kisah 316 : Logo MMR?

Dari KELANTAN: Kisah 316
Ditulis pada 7:29 pagi, 5/7/2013, Pasir Puteh


Tajuk: Logo MMR?


Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat FBku yang baik hati. Andainya ini adalah logo MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)...

Apa komen sahabat?

Monday 1 July 2013

KIsah 307 : Siapakah lagi yang mahu berlatih Menjemput Rezeki...?

Dari KELANTAN: Kisah 307
Ditulis pada: 9:46 pagi, 1/7/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: Siapakah lagi yang mahu berlatih Menjemput Rezeki...?


" Assalamualaikum Ustaz, saya sudah dapat pekej istimewa MMR. Saya peserta yang bernombor 30." Begitulah panggilan yang saya terima pagi tadi.

Lalu saya semak siapakah beliau. Oh, rupa-rupanya pemilik bisnes katering Nasi Arab.

Saya di Kelantan, dan beliau di Negeri Sembilan.

Pun begitu, saya teringin untuk menikmati hasil tangan beliau. Apakah mungkin? Kita lihat skrip impian ini...


*Bolehkah Nasi Arab itu dipos melalui bas...?

Setelah beberapa minit berbual, saya katakan begini kepada beliau.

"Puan, bagaimana jika pada hari Khamis ini (4/7/2013 ) saya mahu sponsor juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa pada hari tersebut?"

"Bolehkah puan menyediakan 10 set Nasi Arab kepada mereka?"

Alhamdulillah. Beliau bersetuju.

Nah, kepada sahabat FBku yang berniat untuk berpuasa pada hari Khamis ini, bolehlah telefon beliau untuk mendapatkan nasi Arab tersebut.

Dan jangan lupa, bersilaturrahim itu ada janji Allah tentang rezeki. Didoakan hajat dan impian sahabat-sahabat FBku dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin. Insya-Allah, hubungi Puan Hafizah ya: 017-3727 871

Tuesday 25 June 2013

Kisah 301 : Baiklah, saya akan berhenti sekarang...

Dari KELANTAN: Kisah 301
Ditulis pada 11:39 pagi, 25/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Baiklah, saya akan berhenti sekarang...

" Assalamualaikum. Bagaimana hari ini, ada sms masuk? Ada order baru?" sms saya kepada Ustazah Rohani.

" Ya, Allah!, sms tidak berhenti-henti masuk...tet,tet,tet,tet..... boleh tak berhenti dari buat promosi sekejap ?" jawab beliau.

Baiklah. Saya akan berhenti (dari buat promosi sekejap ) sekarang.

*************

Kepada saudara yang baru bertandang ke mari, dan masih tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di sini?

Mohon bacalah Kisah-kisah sebelum ini perlahan-lahan. Ada banyak yang dikongsikan di sini. Ada yang tersurat dan tersirat. Insya-Allah.

Dan kepada yang berbisnes.Jangan lupa singgah di Kisah 300. Terdapat ruang dan peluang untuk memperkenalkan bisnes, produk dan apa saja perkhidmatan saudara kepada warga MMR di sini.

Kita jadikan ia sebuah Kedai Serbanika MMR.

"Macam-macam ada ".

Insya-Allah.

*************
Info:

1) Penulis akan berada di Kuala Lumpur pada 28hb Jun

2) Penulis akan berada di Kedah pada 29 & 30 Jun

3) Penulis merancang untuk berehat dari bermusafir sepanjang bulan Julai, kerana mahu membaca,membaca dan membaca.

4) Kerana mahu menulis, menulis dan menulis.

5) Penulis boleh dihubungi melalui talian ini: 012-9876 717

6) Juga melalui email: fathuri72@yahoo.com

7) Urusan menjadi dealer buku MMR boleh hubungi: 014-5450888

Urusan menjadi trainer MMR boleh hubungi : 012-3973 206

9) Urusan buku mini MMR boleh hubungi : 013-2225 762

10) Urusan jemputan ceramah, bedah buku, tazkirah, seminar atau bengkel (selepas hari raya Aidil Fitri nanti) boleh hubungi: 012-3973 206

***************

Insya-Allah, selepas ini (Mulai Kisah 302) saya akan kongsikan lebih banyak kisah-kisah 'Mudahnya Menjemput Rezeki' yang saya dengar dan kumpul dari para pembaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Kisah 299 : Cukuplah. Penat....

Dari KELANTAN: Kisah 299
Ditulis pada: 7:48 pagi, 25/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Cukuplah. Penat....

Sejak beberapa hari lepas, tempahan buku MMR menderu masuk. Saya dikhabarkan sampul pos laju di Pejabat Pos Pasir Puteh, sampai habis. Dan Ustazah Rohani terpaksa berkejar ke Kota Bharu semata-mata untuk mendapatkan sampul pos laju.

Dan apabila beliau membeli beratus-ratus unit sampul pos laju, hal ini sudah menarik perhatian kerani kaunter pejabat itu.

" Puan jual apa , sampaikan membeli sampul pos laju begini banyak?"

" Saya jual buku saja"

" Buku apa puan" soal kerani itu lagi.

Natijahnya...?, kerani kaunter Pos itu pun membeli buku MMR!

Begitulah...ia semudah itu. Bila Allah mahu mudahkan.

**********

Nah, saya percaya tentu saudara pembaca mahu tahu apakah amalan ustazah rohani sehingga diberi sales yang begitu banyak oleh Allah.

Sehingga beliau mengadu. Cukuplah. Penat...

Apa yang ustazah amalkan semuanya ada di dalam fanpage ini. Carilah. Ia ada di sini.

Amalan itu tidaklah sukar, kerana yang sukar adalah untuk istiqamah beramal.

Dan istiqamah itu pun rezeki.

************

Apa yang saya mahu sampaikan kepada saudara?

Begini...

" Mengejar dunia adalah ujian. Dikejar dunia juga ujian..."

Justeru, mohonlah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk meluruskan niat.

Niat perlu dijaga di tiga tempat.

1) Sebelum melakukan
2) Sedang melakukan
3) Selepas melakukan

Insya-Allah. Selamat.

Monday 24 June 2013

Kisah 297 : Sebenarnya mudah saja...

Dari KELANTAN: Kisah 297
Ditulis pada 7:10 pagi, 24/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Sebenarnya mudah saja...

Kepada semua para peserta aktiviti mengembangkan duit. Yakni dari RM100 jadi RM1,000, apa khabarmu wahai sahabatku yang dirahmati Allah...?

Hari ini sudah masuk hari yang ke-15.

Saya percaya , tentu ramai di antara kita yang sudah menikmati apa yang dinamakan 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Jika kita masih ingat, sepanjang 15 hari yang lepas, perasan atau tidak, kita sudah berlatih untuk sering:
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah

Kepada mereka yang benar-benar mengikuti langkah itu, pasti dan pasti sudah menikmati hasilnya. Saya sudah mula dihujani sms dan pelbagai cerita yang menarik.

Di antaranya berbunyi begini:

"Alhamdulillah tuan, saya akan diberikan RM5K dan bantuan yang saya perlukan oleh seseorang yang mahu melihat bisnes saya berkembang semudah-mudahnya...tidak sampai 40 hari ustaz...Alhamdulillah semoga mudahnya menjemput rezeki berjaya."

Begitulah...jika Allah mahu gandakan sehingga RM5K alhamdulillah, walaupun target kita adalah RM1K sahaja.

Rezeki setiap kita unik. Dan rezeki itu pun macam-macam. Dan duit hanyalah salah satu bentuk rezeki. Pendeknya, asal saja kita sanggup:

" buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka"

Petang semalam, dalam sebuah program, formula ini terbukti lagi. Dalam setiap program saya akan membuat satu ujikaji realtime bagaimana mudahnya menjemput rezeki.

Ya, sudah berpuluh kali ujikaji ini dilakukan. Di sekolah, di pejabat, di masjid, di hotel, di mana-mana sekalipun, hasilnya terbukti benar.

Yakni, orang yang mudah menjemput rezeki itu, adalah orang yang ada amalan tertentu.

Semalam, beliau mengatakannnya begini:

" Walaupun saya tidak pergi solat Jumaat, tetapi setiap kali hari Jumaat saya tidak pernah lupa untuk bersedekah. Saya akan beri wang itu kepada suami dan minta tolong dimasukkan ke dalam tabung masjid "

Begitulah....dan sebab itulah rezeki beliau aduhai, mudah,mudah,mudah....

Justeru, kepada para peserta aktiviti dari RM100 jadi RM1,000 teruslah beramal. Untuk 25 hari berikutnya, teruskan dengan amal-amal berikut. Yakni sering:

- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah

**********************

Info:
'Tawaran Pekej Istimewa MMR ' sudah ditutup tengah malam tadi (Jam 12 malam 23/6/2013 ). Sila rujuk Kisah 296.

Mulai esok mereka yang membuat tempahan ( 83 orang ) akan mula menerima pekej tersebut. Insya-Allah. (Sila rujuk Kisah 287). Senarai nama dan alamat di ruangan komentar Kisah 287 akan didelete sebaik pekej dipos.

Di antara tawaran di dalam Pekej Istimewa MMR adalah khidmat nasihat percuma. Dengan tawaran ini peserta boleh menghubungi penulis untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma bagaimana mengembangkan RM100 jadi RM1,000.

Penulis boleh dihubungi melalui talian ini: 012-9876 717.

Sebaiknya telefon terus, janganlah sms-sms..., kerana banyak sms yang masuk dan penulis tidak mampu menjawabnya dalam kadar segera.

Jika, panggilan tidak dijawab, itu bermakna sedang ada urusan. Insya-Allah penulis akan menghubungi kembali dalam kadar segera.

Masa yang sesuai untuk menelefon adalah di antara solat Subuh dan Zuhur. Juga di antara Asar dan Maghrib. Selepas Isya' juga boleh.

Alahai...seperti semua masa adalah sesuai bukan...?

Insya-Allah.

Friday 21 June 2013

Kisah 292 : Buku Mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Dari KELANTAN: Kisah 292
Ditulis pada 3: 20 petang, 21/6/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: Buku Mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki'



Alhamdulillah, impian ini sudahpun Allah izinkan jadi nyata.

Kisah ini pernah saya tulis di status (Kisah 117).

Buku Mini MMR dirancang untuk memudahkan kita untuk berbuat kebajikan sambil memperkenalkan, bisnes dan produk masing-masing.

Ya, buku mini MMR boleh dijadikan 'marketing tool' bisnes saudara/ri.

Idea ini menarik, baru dan segar.... dan insya-Allah, berkesan.

Dan sekali lagi, rasanya inilah buku versi mini pertama di Malaysia!

Sehingga hari ini, Buku MMR sudah ada:
1) Versi audio
2) Versi mini
3) Lagu MMR
4) Seminar MMR
5) Tazkirah MMR
6) Bengkel MMR
7) MMR Training Center/ Akademi MMR
Drama Radio bersiri MMR (dalam perancangan)
9) Program TV MMR bersiri (dalam perancangan)
10) Majalah MMR (dalam perancangan )
11) Forum MMR ( Insya-Allah pada 28/6/2013 anjuran Radio IKIM )
12) Cenderahati MMR (peluang masih dibuka kepada siapa mahu bekerjasama)
13) Filem MMR (juga masih terbuka )
14) Novel MMR (Sedang dalam angan-angan untuk ditulis. Pendapat , nasihat dan panduan dari saudara/ri amat dihargani; agar novel MMR itu nanti disukai oleh ramai pembaca )


Kepada yang berhajat kepada buku Mini MMR, boleh PM beliau. Tanyakan juga harga pukal. Yakni untuk 100 naskah dan 1000 naskah. Saya difahamkan harganya..., aduhai....menarik!