Dari KELANTAN: Kisah 356
Ditulis pada 6:20 petang, 25/7/2013, Pasir Puteh
Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 14
Dua hari lepas, 23/7/2013, Selasa saya menerima sms ini dari seorang
pembaca yang kemudiannya menjadi keluarga MMR di Kelantan.
"
Allah telah makbulkan hajat kita. Buku sudah dihadiahkan kepada Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Yang 30 biji di infak kepada mudir Maahad
Darul Anuar , Ustaz Nik Omar, anak tuan guru. Tok guru senyum tengok nama tuan. 2-3 kali tanya saya, nama pena ke nama betul"
**********
Hampir 24 jam selepas menerima sms itu, saya menelefon beliau. Nah,
sekali lagi, pelbagai kisah-kisah istimewa keluar dari mulutnya.
Beliau pernah bermusafir 2 kali bersama saya untuk menghayati prinsip-prinsip Mudahnya Menjemput Rezeki.
Dan diakhir ayat beliau berkata.
" Tuan, isteri saya menangis..."
"Kenapa?" tanya saya
" Dalam akaun bank kami tiba-tiba ada RM10,000 "
Saya senyum bila mengenangkan beliau hanya mempunyai RM10 pada kali pertama kami bertemu.
Lalu saya membalas begini:
" Begitulah baiknya Allah. Dia tahu bila mahu beri. Teruskan beramal dan sedekahkan sebahagiannya kepada mereka yang terdesak"
" Sudah fahamkan prinsip-prinsip MMR?" tanya saya lagi.
Dan kali ini, saya tidak perlu menunggu jawapan dari beliau....
No comments:
Post a Comment