Tuesday 22 October 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya dah dapat cara untuk mendapatkan kandungan artikel terdahulu. Kini saya sudah siapkan sehingga kisah 115. Artikel terkini di laman web ialah Kisah 411. Ada 300 kisah lagi untuk ditulis.

Semoga saya ada kesempatan untuk melakukannya.

Friday 27 September 2013

Kisah 411 : Mohon Maaf Dan Mohon Doamu Sahabatku...(Hari 50/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 411
Ditulis pada 12:01 malam, Jumaat, 27/9/2013
21 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Mohon Maaf Dan Mohon Doamu Sahabatku...(Hari 50/365 )

Assalamualaikum wahai sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan kita semua sentiasa di bawah kasih dan sayang Allah. Amin.

Didoakan juga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk beramal dengan amalan-amalan khusus pada hari Jumaat ini. Amin

***************

Sahabatku yang disayangi Allah, semasa menulis ayat ini saya agak sebak. Terlalu banyak nikmat-Nya, sedang amal tidaklah seberapa.

Sahabatku, 3 hari lagi, saya akan bermusafir agak jauh; 8 jam menaiki kapalterbang.

Sahabatku, 3 hari lagi, kita akan terpisah buat sementara; 45 hari insya-Allah.

Setelah pulang dari Mekah, akan disambung dengan musafir keluar di jalan Allah (berdakwah) selama 40 hari pula. Insya-Allah.

Begitulah, perancangan yang ada; pun begitu perancangan Allahlah yang muktamad.

Sahabatku, saya mohon maaf banyak-banyak di atas segala salah dan silap sepanjang kita dipertemukan Allah. Baik secara maya atau fizikal.

Maafkan saya.

**************

Sahabatku yang budiman,
Sepanjang tempoh itu, saya tinggalkan sahabat dengan 3 buah video di bawah:

Video ini merupakan proposal sebuah program TV 'Mudahnya Menjemput Rezeki' (52 episod) yang akan diserah kepada kepada pihak MARA dalam masa terdekat.

Proposal ini merupakan hasil karya salah seorang keluarga MMR juga; melalui syarikat produksi beliau, MONAJ EXCEL SDN BHD. Beliau yang dimaksudkan ialah En Mohd Najib Hj Jaafar : 012-2160 203 .

Sama-samalah kita berdoa agar MMR dapat bersiaran di TV pula; bilamana proposal ini MARA luluskan kelak. Amin

Saya mohon doa sahabat-sahabatku agar usaha ini dimudahkan Allah. Amin, amin , amin ya Allah.

Part1

http://youtu.be/GQ4k7Qdr8LE

Part2

http://youtu.be/MlpCvrKdYsM

****************

Sahabatku yang mulia hatinya,

Manakala video di bawah ini pula adalah kupasan buku MMR 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Video ini khas kepada sahabat yang belum berpeluang bertemu penulis dan belum dapat berpeluang menghadiri seminar MMR.

https://www.youtube.com/watch?v=_duelW2MLvw

**************

Sahabatku,

Sekali lagi, saya mohon maaf banyak-banyak atas salah dan silap sepanjang kita kenal.

Dan saya juga mohon banyak-banyak doa sahabat-sahabatku.

Sepanjang ketiadaan saya, empat orang pengurus MMR boleh terus dihubungi untuk maksud:

1) Tips dan pendapat
2) Buku MMR (Buku mini dan versi penuh)
3) Projek Khas-MMR Training Centre

Projek Khas-MMR Training Centre' sedang hangat diperkatakan oleh keluarga MMR.

Sila rujuk link di bawah:

Boleh rujuk di link ini: (Kisah 394)

https://www.facebook.com/JemputRezeki/posts/578977448825252

************

Zon Utara (Perlis, Penang, Kedah, Perak: Cik Nadiah: 013-222 5762

Zon Selatan (Seremban, Melaka, Johor ) ; Puan Areena: 012-3973 296

Zon Tengah ( KL, Selangor ): En Wizan: 014-5450 888

Zon Timur (Pahang,Terengganu, Kelantan: En Firdaus: 012-9081 847

*************

Sahabatku yang baik budi...,

3 hari lagi, kita akan terpisah buat sementara; 45 hari insya-Allah.

Setelah pulang dari sana, akan disambung pula dengan musafir keluar di jalan Allah (berdakwah ) selama 40 hari pula. Insya-Allah.

Begitulah, perancangan yang ada; pun begitu perancangan Allahlah yang muktamad.

Sahabatku,

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi,

Assalamualaikum.

***********

Labaik Allahuma Labaik....

" Aku datang menyahut panggilan-Mu.."

************

Monday 23 September 2013

Kisah 410 : Keluarga MMR.....(Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 410
Ditulis pada 6:53 pagi, Isnin, 23/9/2013
17 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Keluarga MMR.....(Hari 46/365)

Assalamualaikum diucapkan kepada sahabatku yang pemurah orangnya; yang hatinya selalu rindu untuk menyampaikan hajat orang lain.

Didoakan pada pagi ini kita sudah mampu bersyukur. Biarpun hajat di hati belumlah terlaksana, namun dek kerana amalan bersyukur, penantian itu menjadi indah. Amin.

Didoakan juga pada pagi ini kita sudah pun mampu bersedekah; kerana yang dipandang Allah itu bukanlah jumlah sedekahnya; melainkan niat di hatinya. Amin.

Didoakan juga pada pagi ini kita sudah mampu memaaf dan melupakan salah dan silap orang. Apalah sangat untuk disimpan-simpan; kerana kita juga pun begitu, tidaklah sunyi dari silap dan salah. Amin

Didoakan juga pada pagi ini kita pantang mendengar susah dan masalah orang; cepat sahaja hati terusik untuk membantu; setidak-tidaknya mendoakan dari jauh. Amin.

**************

Sahabatku yang mulia hatinya...,

Bayangkah setiap kita mempunyai hati yang begitu, dapatkah dibayangkan indahnya hidup di dunia ini?

*************

Sahabatku yang pemaaf orangnya...,

Inilah maksud mengapa komuniti MMR dibina. Lebih mesra lagi bila disebut sebagai keluarga MMR.

Tidak lain dan tidak bukan kita mahu menjadikan impian itu jadi nyata. Iaitu membina sebuah komuniti (keluarga) yang hatinya selalu bercita-cita membuat kebajikan. Yang matlamatnya adalah Allah, Allah, Allah...; kerana yakin hatinya pada janji-janji Allah.

***********

Sahabatku yang lembut tutur katanya...,

Berbisnes gaya MMR juga begitu. Memang matlamat berbines mahu untung; namun tidaklah sampai menghalalkan yang haram.Tidaklah perlu melampau batas.

Berbisnes gaya MMR, biarpun nampak bersahaja, namun hasilnya bukan kepalang. Memudahkan hajat orang lain rupa-rupanya memudahkan hajat kita juga. Begitulah...yang kami percaya.

Dan lebih menarik lagi, hal ini sudah pun terbukti, dan akan kekal begitu. Selama mana kita kekal beramal dengan hal-hal yang Allah suka; sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi kita, Muhammad SAW.

*************

Sahabatku yang kuat semangatnya..,

Pada kesempatan kali ini, saya kongsikan email dan PM yang diterima semalam. Barangkali boleh mencetus motivasi untuk segera bertindak.Ya, untuk segera bergabung dengan kami.
Membina keluarga MMR . Iaitu sebuah :

Keluarga yang bagus ibadatnya.
Keluarga yang bagus kesihatannya.
Keluarga yang bagus kewangannya.

**************

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbt ustaz. Nama saya Azah dari Kuantan. Subhanallah, saya rasa amat, amat, amat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati saya untuk memiliki buku ini pada awal tahun 2013 yang lalu. MasyaaAllah buku ini memang amat sukar untuk di dapati di Kuantan.

Saya amat tertarik pada tajuk buku itu sebelum saya menelaahnya satu persatu. Bila saya dah beli buku tu saya tak terus membacanya ustaz, saya mula tengok isi kandungan je dulu...pastu tutup. Bila bukak FB, ada kawan-kawan dalam FB saya sana sini memperkatakan tentang buku tu... rasa ingin tahu tiba-tiba datang.. apa yang menarik sangat dengan buku ini.

Saya mula membaca dari satu bahagian ke bab... dari satu bab ke satu bab... MasyaaAllah!! memang sangat terkesan di hati saya.

Kemudian Allah gerakkan hati saya untuk ambil stok buku mini MMR pula dengan Cik Nadiah. Saya mula ambil stok sebanyak 200naskah sahaja untuk buku mini... Subhanallah! sambutan memang saya tak sangka.... dalam masa 2 hari sahaja buku mini MMR saya terjual...

Niat saya agar mereka dapat memBERI kepada kenalan-kenalan mereka sebagai cenderahati, saya sebarkan tentang buku Mini MMR ini sebagai pre-reading kepada mereka yang belum pernah membaca buku ini.

Kemudian saya repeat order 250 buku mini dan 20 naskah buku MMR full Version. Alhamdulillah, rata-rata yang mendapatkan buku mini MMR dari saya akan datang kembali untuk mendapatkan buku MMR Full Version.

Saya ada terbaca posting Ustaz di FB tentang Training MMR. Saya sangat berharap agar saya dapat bersama keluarga MMR. Dengan izin Allah jua Ustaz ada sertakan sekali phone number En.Firdaus. Dan saya terus sms beliau bertanyakan cara-caranya.

Sungguh saya rasa kelainan bila mendapat penerangan dari En.Firdaus, tapi saya panggil beliau Ustaz Firdaus. Ustaz Firdaus terangkan satu persatu langkah yang perlu saya buat. dan langkah pertama saya ialah memilih nama untuk saya daftarkan sebagai syarikat untuk bersama MMR.

Saya memberitahu kepada Ustaz Firdaus bahawa saya telahpun ada perniagaan dan telahpun mendaftar. Perniagaan yang saya daftarkan sekarang ialah sebagai Event Management dan speaker.

Tapi untuk bersama MMR saya daftarkan satu lagi syarikat iaitu MMR Bazaar Twenty Seven. Alhamdulillah Ustaz, saya rasa bersyukur sebab dapat bersama keluarga MMR dan menjalankan perniagaan cara MMR. Suubhanallah!!

Semoga Ustaz dapat doakan kejayaan saya serta suami saya di dunia dan akhirat.

sekian dahulu ustaz. Wassalam.

(Nota: Keluarga MMR di Pantai Timur - Kelantan/ Terengganu dan Pahang diselia pengurus Zon Timur. Iaitu oleh En. Firdaus Bin Dato' Abdul Razak . Beliau mempunyai pengalaman yang rencam dalam bisnes . Mempunyai pelbagai lesen produk kawalan (Minyak, tepung, gula...dan lain-lain termasuk lesen kapal laut dalam. Memang berbaloi untuk bersilaturrahim dengan beliau.)

En. Firdaus: 012-9081 847

****************

Sahabatku yang baik hatinya...,

Kemudian mari kita hayati perkongsian yang ini pula:

Assalamualaikum.
Tarikh 190913, nurul telah buka ssm untk berdaftarkan MMR OUTLET SEVENTY SEVEN. SA0272672-W.
Nurul dah maklumkan kat En Wizan. Dah bertemu dengan dia banyak kali. Alhamdulillah. Dh hampir 200 buah buku terjual untk xsmpai 2 buln ni. Nurul sngt2 suka join venture dengan MMR. Dan nurul sangat2 suka berniaga. Terima kasih sudi terima nurul dalam keluarga MMR.

Boleh hubungi nurul untuk tempahan buku kwsn shh alam atau untuk bertanya bgaimana nak dftr dan sebagainya. Nurul suka berkongsi. Terima kasih ustaz.

Nama diberi CIK NURUL HIDAYAH AB RAHMAN.
No tel 013-7599513

*************

Sahabatku yang baik hatinya, jika beliau tidak yakin dengan janji-janji Allah, bahawa setiap kebajikan yang dibuat akan dibalas berganda-ganda, mana mungkin beliau membuat tawaran begitu...?

*************

Sahabatku yang baik budinya...,

Hal ini ada dikupas di dalam buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki - muka surat 89 )

Nah, bukankah ini namanya menjemput rezeki? Allah hadirkan beliau untuk membantu kita membuat langkah pertama.

Mengikut struktur Projek Khas-MMR Training Centre, sasaran kita cuma berlatih menjual 30 naskah pada bulan pertama. Manakala pada bulan ke dua adalah berlatih menjual 2 naskah sehari atau 60 naskah sebulan.

Seterusnya terus berlatih dan menambah ilmu agar pada bulan ke-12 setiap outlet tahu bagaimana menjual 12 naskah sehari. Jika ini dilakukan dengan betul, setahun akan datang kita akan dapat melihat wang simpanan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 di dalam akaun kita.

Boleh rujuk di link ini: (Kisah 394)

https://www.facebook.com/JemputRezeki/posts/578977448825252

***************

Begitulah....

Mereka yang berada di Zon Tengah (KL & Selangor ) boleh berhubung dengan Pengurus Zon Tengah , En. Wizan: 014-5450 888.

******************

Sahabatku, sebentar lagi saya akan bermusafir ke Kuala Lumpur. Ada beberapa agenda di sana. Semua pengurus Zon juga akan hadir.

Zon Utara: Cik Nadiah: 013-222 5762
Zon Selatan: Puan Areena: 012-3973 206
Zon Tengah: En Wizan: 014-5450 888
Zon Timur: En. Firdaus: 012- 9081 847

Jika ada ruang dan peluang jemputlah datang. Kita boleh bincang-bincang sambil makan-makan. Insya-Allah saya belanja.

Boleh rujuk kisah 405 atau klik link di bawah:

http://www.kud.my/utama.html

********************

Sahabatku yang dirahmati Allah,

Selamat berpuasa (sunat Isnin) kepada yang berpuasa. Mohon doakan keluarga MMR terus berkembang dengan bagus. Doa orang berpuasa mustajab.

******************

Dimaklumkan juga, mulai 29/9/2013 (Hari Ahad) saya akan bermusafir agak jauh dan agak lama (di luar Malaysia). Justeru, memang elok sangat jika dapat bersilaturrahim dengan pengurus - penguru Zon tersebut.

Mereka semua ada pengalaman bisnes yang baik dan bertekad melihat Projek Khas-MMR Training Centre sukses!

Insya-Allah

********************

Silakan....

Sunday 22 September 2013

Kisah 407 : Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 407
Ditulis pada 7:20 Pagi, Ahad, 22/9/2013
16 Zulkaedah, 1434H
Kg Gaal,Pasir Puteh


Tajuk: Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)


Assalamualaikum sahabatku yang baik budinya. Didoakan pagi ini kita diberi kesihatan, keriangan dan kebahagiaan yang disyukuri. Amin

Sahabatku yang dirahmat Allah,

Di antara strategi yang mudah dan boleh dilakukan serta-merta pada pagi ini ialah sedekah. Menariknya, yang dinamakan sedekah itu bukanlah kepada duit dan barang-barang sahaja.

Apa sahaja yang (baik) dan diniatkan sedekah akan menjadi sedekah. Menyebarkan info di bawah agar orang lain mendapat manfaat juga merupakan sedekah.

*****************

Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :

22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm

Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.


**************

Sahabatku yang baik hatinya,

Belumpun saya selesai menulis ayat ini, kedengaran seseorang memberi salam. Di tangannya terlihat satu bungkusan. Buah dokong.

Buah dokong diserahkan dan disusuli dengan ayat ini...

" Jom sarapan di rumah..."

" Saya sedang menulis..." jawab saya

" Berhentilah dulu menulis...jom!"


Sahabatku,...begitulah rezeki!

Baru berbuat sedikit kebajikan, sudah pun Allah balas..


**************

Mohon maaf ya sahabat, tulisan ini perlu disambung, kerana meraikan permintaan tetamu yang bertandang tadi.


**************

Oh ya, jangan lupa tentang program tersebut:

Program Ikhtiar Rohani 1/2013 akan dilaksanakan :

22 September 2013 (AHAD)
No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
9.00-3.00pm

Dijemput sahabatku yang ingin bersama-sama di program ini, hadir terus ke lokasi atau hubungi saya di talian 010 366 4769.

************
Boleh berhubung terus dengan beliau. Insya-Allah.

https://www.facebook.com/rosz.mohd?hc_location=timeline

Kisah 409 : Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Dari KELANTAN: Kisah 409
Ditulis pada 12:20 tengahari, Ahad, 22/9/2013
16 Zulkaedah , 1434H
Kg Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: Jodoh adalah rezeki....( Hari 46/365)

Assalamualaikum sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan sihat sejahtera, ceria dan bahagia. Amin.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambung tulisan pagi tadi.

*************

Sahabatku yang baik hatinya,

Tajuk di atas bertitik tolak dari panggilan yang saya terima semalam, kemudian disusuli dengan email berikut:

************

Assalammualaikum...

ustaz fathuri...

Berikut ada 2 keping gambar semasa kami (......)

Ustaz,kawan2 sy cantik2...kalau ada jodoh yg baik utk mereka dipersilakan...mereka ibu tunggal
* yang pakai baju putih : nama (......) ijazah engineering..
* yang pakai baju oren nama (.......)- ada ijazah perbankan..


Saya yang baju warna (... )duk d tgh2...biasa2 saja..cermin mata terbubuh uv sbb tu warna mcm tu...
Saya pulak takut nak kawen...sampai mak marah2...

Nama saya : (............) ada (.............)

**harap2 adalah lelaki2 soleh yang sudi memimpin kami...wanita2 yg baru belajar...
amin...

************

Kepada sahabatku (lelaki) yang belum bernikah, (dan berhajat untuk bernikah) baca sekali lagi ayat tersebut...

**harap2 adalah lelaki2 soleh yang sudi memimpin kami...wanita2 yg baru belajar...

amin...

**********

Sahabatku...,

Bukankah ini namanya 'Menjemput Rezeki(jodoh)?"

Hubungi saya untuk mendapatkan nombor telefon mereka: 012-9876 717.

Insya-Allah.

*************

Sahabatku yang baik hatinya..,

Jodoh adalah rezeki. Justeru, mencari jodoh sama saja seperti mencari rezeki. Dan lebih menarik lagi, sudah tentu 'Menjemput jodoh' lebih mudah dari 'Mencari Jodoh'.

Caranya?

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah at-Thalaq: 2 -3)

**********

Baiklah, jika diperhatikan kata kuncinya adalah:

1) Bertaqwa

2) Bertawakkal

************

Kemudian kita sambung lagi ayat seterusnya dalam surah yang sama:

" Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
(Surah at-thalaq: 4)

*************

Subhanallah, bukankah 'password' kepada segala hajat ada di sana?

**************

Justeru, bilamana kita berhajat agar segala hajat kita mudah-mudah sahaja dikabulkan Allah, kita sudah tahu 'password'nya. Iaitu

1) Takwa
2) Tawakkal

**************

Samalah halnya bilamana kita berhajat (jalan keluar ) kepada masalah yang sedang dihadapi, kita pun sudah tahu 'Password'nya. Iaitu :

'Takwa'

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar" (Surah at-thalaq: 2)

*************

Nah, maka fahamlah kita bahawa, hidup ini mudah bilamana kita mendahulukan apa yang Allah suruh dan suka. Yakni pada setiap masa, lokasi dan situasi.

************

Baiklah, sekarang pukul 12:37 tengahari. Apakah agak-agaknya yang Allah suruh dan suka pada ketika ini?

***********

Gunakan ruangan komen di bawah untuk melontarkan idea sahabat.

Silakan...

**********

Jangan lupa, ada ramai silent readers di sini . Dan tidak mustahil idea yang sahabat lontarkan itu, terkesan di hatinya. Dan beliau pun mengamalkannya senyap-senyap. Alhamdulillah.

***********

Silakan...

Sunday 25 August 2013

Kisah- Kisah Yang Hilang

Assalamualaikum,

Saya harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
 Maaf Zahir dan Batin.

Pastinya ucapan maaf itu saya harus dahulukan kerana saya sudah jauh tersasar dari target. Saya pasti ada yang berkunjung disini merasa kecewa kerana prosesnya terlalu lambat.

Buat masa sekarang nampaknya saya hanya dapat update seminggu sekali sahaja iaitu pada hujung minggu.  Jadi, hari ini dapatlah saya update lagi blog ini.

Sehingga hari ini saya hanya sempat update sehingga kisah ke 375 sahaja. Wah , Nampak seperti saya pantas bekerja tetapi sebenarnya saya sangat kecewa dengan "kepantasan" ini. Ia adalah disebabkan kerana terlalu banyak kisah yang hilang dari Timeline JemputRezeki.

Pada mulanya saya ingat, hanya untuk kisah 63,64, 65, 66, 67 sahaja, tetapi ia berlanjutan kepada ratusan kisah lain. Sangat sedih tetapi ini mungkin ujian untuk blog ini. Pada firasat saya, pihak Facebook mungkin ingin menjimatkan ruang server mereka dengan hanya memaparkan status terkini dan popular sahaja. Ia sekadar andaian.

Namun begitu, saya ada menghubungi Tuan Fathuri untuk bantuan dan jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya pasti para pembaca juga ada yang kecewa seperti saya.


Marilah kita sama-sama doakan agar blog ini dapat mencapai objektifnya. Aminnn.

Lagi satu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik blog ini dan ini kerana berkongsi url blog ini disidebar anda. Jika ada rakan lain yang rasakan blog ini bermanfaat untuk dikongsi, jemput letakkan link http://ceritamurahrezeki.blogspot.com ini di blog anda juga.

Semoga sedikit usaha kecil ini dihitung sebagai satu kebaikan. InsyaAllah


Kisah 387 : Ruang dan peluang sentiasa ada.... (Hari ke-18/365)

Dari KELANTAN: Kisah 387
Ditulis pada 12:09 malam, Ahad, 25/8/2013
18 Syawal, 1434H
Pasir Puteh.

Tajuk: Ruang dan peluang sentiasa ada.... (Hari ke-18/365)

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua sahabatku yang baik hatinya. Baik akhlaknya, pemurah dan suka mendoakan orang lain.

Didoakan segala rancangan yang dirancang sepanjang hari ini khususnya dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.

Dan memang begitulah janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.

" Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan segala urusannya mudah kepadanya." (At-Talaq:4)

Dan sekarang fahamlah kita mengapa orang-orang yang hampir dengan Allah, hidupnya tenang-tenang sahaja; dan rezekinya pun mudah-mudah sahaja.

**********

Sahabatku yang dikasihi Allah...,

Moga-moga kita semua tidak lupa.

Hari sudah 18 Syawal. Dan ini juga bermakna sudah 18 hari berlalu berbanding 365 hari yang kita sasarkan untuk membaiki tiga perkara di bawah.

1) Ibadat
2) Kesihatan
3) Kewangan

Cepatnya masa berlalu. Beruntungnya mereka yang istiqamah membaca al-Quran setiap hari. Sudah dapat 18 juz agaknya...

Untungnya mereka yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa enam hari di bulan Syawal pun sudah selesai agaknya...

Untungnya mereka yang hatinya selalu rindu untuk bersedekah. Tentu rezeki mereka pun tidak putus-putus, siang dan malam.

*********

Sahabatku, pada saya ruang dan peluang untuk menambah ibadat, memperbaiki kesihatan, dan kewangan sentiasa terbuka . Ia berada di sekeliling kita. Ia terlalu banyak.

Bezanya, ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Kerana yang beri nampak adalah Allah.

Walaupun kita berada di persekitaran yang sama, bekerja dalam bidang yang sama, mempunyai pendapatan yang sama, namun , kesan kepada tiga perkara di atas tidaklah sama.

Keadaan Ibadat, Kesihatan dan Kewangan tidaklah sama.

Sebab itu ada yang suka dengan kehidupannya. Ada juga yang sedang dukacita terhadap diri dan kehidupannya.

Pun begitu, hakikatnya kita semua boleh memilih kehidupan yang kita impikan. Atau dalam bahasa mudahnya,

" Kita boleh design kehidupan kita. Insya-Allah"

*********

Baiklah, dalam ruang dan peluang ini, saya ingin berkongsi pengalaman (dari diri sendiri dan orang lain) bagaimana untuk mencipta kehidupan yang kita mahu.

Pun begitu, ia mesti dimulakan dengan soalan.

Nah, apa maksudnya ini?

Setiap mata yang sedang membaca ayat ini, bolehlah bertanya satu(1) soalan kepada saya.

Yang mana saya boleh jawab , akan dijawab. Manakala yang tidak mampu saya jawab akan ditanyakan kepada orang yang mampu jawab. Insya-Allah.

Tujuannya?

Saya mahu berkongsi maklumat, tips dan amalan MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)

Silakan...tulis di ruangan komen di bawah.

Dan jika mahu bertanya terus juga boleh. Sila save dan dail nombor ini bilamana saudara/ri mahu bertanya: 012-9876 717.

Benar, tidak semestinya bertanya pada hari ini. Pada hari lain juga boleh.

Cuma , saya mahu berpesan:

Mohon telefon terus, jangan sms. Sungguh, saya tidak mampu untuk membalasnya pada kadar segera.

**********

Silakan....Setiap seorang boleh tanya satu (1) soalan.

Bismillah...

Saturday 24 August 2013

Kisah 386 : Bertindak....... (Hari ke-17/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 386
Ditulis pada 6:38 pagi, Sabtu, 24/8/2013,
17 Syawal, 1434H,
Pasir Puteh

Tajuk: Bertindak.......(Hari ke-17/365 )

Assalamualaikum kepada semua para sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan semuanya sihat sejahtera, ceria dan bahagia, Amin.

Didoakan juga segala rancangan dan impian pada hari ini, menjadi lebih mudah dan indah berbanding semalam. Amin.

Sahabatku,

Mari kita hayati kata-kata di bawah:

" Tidak tahu membaca, dan tidak membaca, sama sahaja; iaitu tidak dapat apa-apa"

Nah, sekarang saya mohon sahabat komen apa maksud kata-kata itu, dan kemudian kaitkan dengan kehidupan harian kita.

**************

Baiklah, saya mulakan dahulu.

" Orang yang tahu kepentingan menjaga kesihatan, tetapi tidak BERTINDAK menjaga kesihatan; sama saja dengan orang yang tidak tahu. Dua-dua akan berpenyakit."

Bagaimana pula komen sahabat?

Silakan...

Thursday 8 August 2013

Kisah 375 : Jangalah hari pertama pun sudah kalah... (hari 1/365 )

Dari KELANTAN: Kisah 375
Ditulis pada 11:29 malam, Khamis, 8/8/2013, Gombak

Tajuk: Jangalah hari pertama pun sudah kalah... (hari 1/365 )

Kurang lebih begitulah,mesej yang mahu disampaikan melalui kutbah hari raya pagi tadi.

" Kita mahu jadi graduan ramadhan yang cemerlang. Jadi janganlah, kita kalah pada hari pertama." kata Khatib.

Lalu saya teringatkan sms yang diterima petang tadi.

"Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah sempat khatam al-Quran sebelum subuh tadi. Walaupun sudah masuk Syawal. Ia kemenangan terindah saya.

Buku pun sudah selamat sampai hari Selasa lepas beralamat di kampung. Tepat hari saya sampai di kampung.

Malu juga dengan emak sebab emak khatam 4 kali. Saya hadiahkan juga buku-buku pada emak dan ayah untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

Alhamdulillah syukur. Terima kasih ustaz. Selamat Hari Raya.

TakabbalAllahu minnalwa minkum."

**************

Alllahuakhbar!. Itu yang dinamakan tekad.

Apabila ada tekad yang kuat maka terbukalah semua jalan. Dan bantuan Allah pun tiba.

Justeru, kepada sahabat yang belum khatam, Ayuh! kita boleh sebenarnya. Percayalah. Kita memang boleh!.

Ingat, orang yang berjaya tidak buat kerja separuh jalan.

Biarpun lambat, akhirnya sampai.

It's better late than never...

***************
Para sahabat FBku yang dirahmati Allah. Sebenarnya hari ini saya sangat letih. Namun kerana tekad saya bangun juga dan mengadap laptop untuk menaip bait-bait ini.

Para sahabatku yang bejiwa besar; mari kita namakan hari ini sebagai hari 1/365.

Apa maksudnya ini?

Ya, dalam tempoh setahun akan datang (365 hari ). Kita akan ubah 3 perkara ini.

1) Keadaan kewangan kita
2) Keadaan kesihatan kita
3) Keadaan ibadat kita.

Baiklah, kepada yang mahu ambil bahagian sila tuliskan " saya " pada ruangan komen di bawah.

Insya-Allah mereka yang ambil bahagian untuk mengubah 3 perkara itu, terus kita serap sebagai keluarga MMR.

Saudara semua boleh 'save' nombor ini dihp masing-masing: 012-9876 717.

Kemudian hantar sms kepada nombor tersebut sebagai pengesahan.

Contoh sms:

Nama saya Fathuri Salehuddin. Dari Kelantan. Saya mahu jadi keluarga MMR.

Dan send ke: 012-9876 717.

1) No hp saudara juga akan saya save . Saya akan tandakan sebagai "Keluarga MMR Fathuri Salehuddin, Kelantan."

2) saudara boleh hubungi saya setiap kali ada hal yang mahu ditanya; juga untuk mendapatkan tips dan pandangan. Insya-Allah.

3) Ya, kita akan berkongsi kisah kita memburu impian itu selama setahun. Mulai hari ini.

*************

Kesimpulan:

Jika saudara mahu menjadi keluarga MMR dan mahu mengubah 3 perkara di atas dalam tempoh setahun:

1) Tuliskan " saya" pada ruangan komen di bawah

2) Hantar sms seperti contoh di atas ke nombor ini: 012-9876 717

************

Dan jangan lupa, hari ini adalah hari 1/365.

Ayuh, kita mulakan lagi bacaan al-Quran dan tekad untuk khatam setiap bulan. Insya-Allah.

Sasaran pertama khatam 30 juz pada bulan syawal ini.

***********

Sekali lagi. Kepada yang berhajat untuk mendapat personal coaching . Yakni dalam tempoh setahun untuk mengubah 3 perkara di atas mohon lakukan 2 perkara tersebut, sekarang.

Wednesday 7 August 2013

Kisah 374 : Aku dan pesan dari langit- Siri 29

Dari KELANTAN: Kisah 374
Ditulis pada 4:57 pagi, Rabu, 7/8/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 29

Hampir jam 4 pagi aku terjaga dek satu 'miss call'.

Baru teringat yang malam tadi sengaja tidur di atas lantai agar tidurnya tidaklah terlalu lena.

Selepas miss call itu, disusuli oleh satu sms.

" Subhanallah! Ya Akhi doakan ana juga"

*********

Aku bergegas ke bilik air. Cepat-cepat keluar dan berpesan kepada isteri.

" Abang mahu ke masjid dan akan pulang bersahur.Insya-Allah"

Turun dari rumah aku perhatikan langit. Gelap

Dan tiba-tiba sebak tidak dapat ditahan-tahan. Aku menangis semahunya di dalam kereta.

" Ya Allah, engkau Maha Pengampun, dan suka mengampunkan, ampunilah aku ya Allah..."

Entahlah...mengapa jadi begini.

Sampai di masjid sebaris saf sudah mula solat tasbih.

*********

Aku cuba membangunkan beberapa nama yang terlintas di hati.

Inilah malam terakhir ramadhan tahun ini. Dan malam ini sangat istimewa.

**********

Aku bergegas pulang ke rumah untuk menaip baris -baris ini. Moga-moga ada yang Allah pilih . Dan dapatlah beramal . Masih berbaki sejam lagi sebelum Subuh terakhir ramadhan meninggalkan kita.

***********
Kemudian, aku mencari email yang dihantar oleh Ustaz Abdul Rahman.

"Di antara hikmah tidak diberitahukannya malam yang pasti tentang Lailatul Qadar adalah untuk memotivasi umat agar terus beribadah, mencari rahmat dan redha Allah bila saja dan di mana saja, tanpa harus terpaku pada satu hari saja.

Jika malam Lailatul Qadar ini diberitahukan malam kepastiannya, maka orang akan beribadah sebanyak-banyaknya hanya pada malam tersebut dan tidak giat lagi beribadah ketika malam tersebut sudah terlepas.

Umat Islam hanya ditunjukkan tanda-tanda kehadirannya. Di antara tanda-tanda datangnya Lailatul Qadar adalah:

1. Pada hari itu matahari bersinar tidak terlalu panas dengan cuaca sangat sejuk, sebagaimana hadits riwayat Imam Muslim.

2. Pada malam harinya langit nampak bersih, tidak nampak awan sedikit pun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas. Hal ini berdasarkan hadits riwayat Imam Ahmad.

Dalam kitab Mu'jam at- Thabari al-Kabir disebutkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas."

Amalan-amalan untuk Mendapatkan Lailatul Qadar
Para ulama kita mengajarkan, agar mendapatkan keutamaan Lailatul Qadar, maka hendaknya kita memperbanyak ibadah selama bulan Ramadhan, di antaranya:
1. Senantiasa solat fardhu lima waktu berjama'ah.
2. Mendirikan solat malam atau qiyamul lail (solat tarawih, tahajud, dll)
3. Membaca Al-Qur'an sebanyak-banyaknya dengan tartil.
4. Memperbanyak zikir, istighfar dan berdoa.
5. Memperbanyak membaca do’a:
اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, senang pada ampunan, maka ampunilah kami, wahai Yang Maha Pemurah.

(Terima kasih kepada Ustaz Abdul Rahman yang bersungguh-sungguh menyiapkan artikel ini atas permintaan. Beliau boleh dihubungi di sini: 014-2289708)

************
Sahabatku..., pagi ini saya sekeluarga akan bertolak pulang ke Gombak (dengan bas).

Dan insya-Allah akan kembali ke Pasir Puteh pada 11/8/2013 (hari Ahad).

Jemputlah datang ke rumah.

**************

Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf andai ada yang tersalah tersilap sepanjang kita kenal . Sama ada secara maya atau realiti.

Saya doakan semoga kita semua dapat terus beramal sungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi.

************

Saya ucapkan selamat menggunakan detik-detik terakhir ramadhan dengan berhemat.

Kepada sahabat yang belum khatam, teruslah membaca baris demi baris , juz demi juz. Insya-Allah bantuan Allah pasti ada.

Dan didoakan kita semua keluar sebagai PEMENANG di pagi syawal yang mulia. Amin.

***********
Saya boleh dihubungi di pagi syawal.

Marilah kita bersilaturrahim: 012-9876 717. Insya-Allah.

Maaf Zahir & Batin

**********

Selamat menyambut hari lebaran, hari kemenangan kita wahai sahabat-sahabatku.

Allahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, walillahilham.