Tuesday 25 June 2013

Kisah 301 : Baiklah, saya akan berhenti sekarang...

Dari KELANTAN: Kisah 301
Ditulis pada 11:39 pagi, 25/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Baiklah, saya akan berhenti sekarang...

" Assalamualaikum. Bagaimana hari ini, ada sms masuk? Ada order baru?" sms saya kepada Ustazah Rohani.

" Ya, Allah!, sms tidak berhenti-henti masuk...tet,tet,tet,tet..... boleh tak berhenti dari buat promosi sekejap ?" jawab beliau.

Baiklah. Saya akan berhenti (dari buat promosi sekejap ) sekarang.

*************

Kepada saudara yang baru bertandang ke mari, dan masih tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku di sini?

Mohon bacalah Kisah-kisah sebelum ini perlahan-lahan. Ada banyak yang dikongsikan di sini. Ada yang tersurat dan tersirat. Insya-Allah.

Dan kepada yang berbisnes.Jangan lupa singgah di Kisah 300. Terdapat ruang dan peluang untuk memperkenalkan bisnes, produk dan apa saja perkhidmatan saudara kepada warga MMR di sini.

Kita jadikan ia sebuah Kedai Serbanika MMR.

"Macam-macam ada ".

Insya-Allah.

*************
Info:

1) Penulis akan berada di Kuala Lumpur pada 28hb Jun

2) Penulis akan berada di Kedah pada 29 & 30 Jun

3) Penulis merancang untuk berehat dari bermusafir sepanjang bulan Julai, kerana mahu membaca,membaca dan membaca.

4) Kerana mahu menulis, menulis dan menulis.

5) Penulis boleh dihubungi melalui talian ini: 012-9876 717

6) Juga melalui email: fathuri72@yahoo.com

7) Urusan menjadi dealer buku MMR boleh hubungi: 014-5450888

Urusan menjadi trainer MMR boleh hubungi : 012-3973 206

9) Urusan buku mini MMR boleh hubungi : 013-2225 762

10) Urusan jemputan ceramah, bedah buku, tazkirah, seminar atau bengkel (selepas hari raya Aidil Fitri nanti) boleh hubungi: 012-3973 206

***************

Insya-Allah, selepas ini (Mulai Kisah 302) saya akan kongsikan lebih banyak kisah-kisah 'Mudahnya Menjemput Rezeki' yang saya dengar dan kumpul dari para pembaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Kisah 299 : Cukuplah. Penat....

Dari KELANTAN: Kisah 299
Ditulis pada: 7:48 pagi, 25/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Cukuplah. Penat....

Sejak beberapa hari lepas, tempahan buku MMR menderu masuk. Saya dikhabarkan sampul pos laju di Pejabat Pos Pasir Puteh, sampai habis. Dan Ustazah Rohani terpaksa berkejar ke Kota Bharu semata-mata untuk mendapatkan sampul pos laju.

Dan apabila beliau membeli beratus-ratus unit sampul pos laju, hal ini sudah menarik perhatian kerani kaunter pejabat itu.

" Puan jual apa , sampaikan membeli sampul pos laju begini banyak?"

" Saya jual buku saja"

" Buku apa puan" soal kerani itu lagi.

Natijahnya...?, kerani kaunter Pos itu pun membeli buku MMR!

Begitulah...ia semudah itu. Bila Allah mahu mudahkan.

**********

Nah, saya percaya tentu saudara pembaca mahu tahu apakah amalan ustazah rohani sehingga diberi sales yang begitu banyak oleh Allah.

Sehingga beliau mengadu. Cukuplah. Penat...

Apa yang ustazah amalkan semuanya ada di dalam fanpage ini. Carilah. Ia ada di sini.

Amalan itu tidaklah sukar, kerana yang sukar adalah untuk istiqamah beramal.

Dan istiqamah itu pun rezeki.

************

Apa yang saya mahu sampaikan kepada saudara?

Begini...

" Mengejar dunia adalah ujian. Dikejar dunia juga ujian..."

Justeru, mohonlah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk meluruskan niat.

Niat perlu dijaga di tiga tempat.

1) Sebelum melakukan
2) Sedang melakukan
3) Selepas melakukan

Insya-Allah. Selamat.

Monday 24 June 2013

Kisah 297 : Sebenarnya mudah saja...

Dari KELANTAN: Kisah 297
Ditulis pada 7:10 pagi, 24/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Sebenarnya mudah saja...

Kepada semua para peserta aktiviti mengembangkan duit. Yakni dari RM100 jadi RM1,000, apa khabarmu wahai sahabatku yang dirahmati Allah...?

Hari ini sudah masuk hari yang ke-15.

Saya percaya , tentu ramai di antara kita yang sudah menikmati apa yang dinamakan 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Jika kita masih ingat, sepanjang 15 hari yang lepas, perasan atau tidak, kita sudah berlatih untuk sering:
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah

Kepada mereka yang benar-benar mengikuti langkah itu, pasti dan pasti sudah menikmati hasilnya. Saya sudah mula dihujani sms dan pelbagai cerita yang menarik.

Di antaranya berbunyi begini:

"Alhamdulillah tuan, saya akan diberikan RM5K dan bantuan yang saya perlukan oleh seseorang yang mahu melihat bisnes saya berkembang semudah-mudahnya...tidak sampai 40 hari ustaz...Alhamdulillah semoga mudahnya menjemput rezeki berjaya."

Begitulah...jika Allah mahu gandakan sehingga RM5K alhamdulillah, walaupun target kita adalah RM1K sahaja.

Rezeki setiap kita unik. Dan rezeki itu pun macam-macam. Dan duit hanyalah salah satu bentuk rezeki. Pendeknya, asal saja kita sanggup:

" buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka"

Petang semalam, dalam sebuah program, formula ini terbukti lagi. Dalam setiap program saya akan membuat satu ujikaji realtime bagaimana mudahnya menjemput rezeki.

Ya, sudah berpuluh kali ujikaji ini dilakukan. Di sekolah, di pejabat, di masjid, di hotel, di mana-mana sekalipun, hasilnya terbukti benar.

Yakni, orang yang mudah menjemput rezeki itu, adalah orang yang ada amalan tertentu.

Semalam, beliau mengatakannnya begini:

" Walaupun saya tidak pergi solat Jumaat, tetapi setiap kali hari Jumaat saya tidak pernah lupa untuk bersedekah. Saya akan beri wang itu kepada suami dan minta tolong dimasukkan ke dalam tabung masjid "

Begitulah....dan sebab itulah rezeki beliau aduhai, mudah,mudah,mudah....

Justeru, kepada para peserta aktiviti dari RM100 jadi RM1,000 teruslah beramal. Untuk 25 hari berikutnya, teruskan dengan amal-amal berikut. Yakni sering:

- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah

**********************

Info:
'Tawaran Pekej Istimewa MMR ' sudah ditutup tengah malam tadi (Jam 12 malam 23/6/2013 ). Sila rujuk Kisah 296.

Mulai esok mereka yang membuat tempahan ( 83 orang ) akan mula menerima pekej tersebut. Insya-Allah. (Sila rujuk Kisah 287). Senarai nama dan alamat di ruangan komentar Kisah 287 akan didelete sebaik pekej dipos.

Di antara tawaran di dalam Pekej Istimewa MMR adalah khidmat nasihat percuma. Dengan tawaran ini peserta boleh menghubungi penulis untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma bagaimana mengembangkan RM100 jadi RM1,000.

Penulis boleh dihubungi melalui talian ini: 012-9876 717.

Sebaiknya telefon terus, janganlah sms-sms..., kerana banyak sms yang masuk dan penulis tidak mampu menjawabnya dalam kadar segera.

Jika, panggilan tidak dijawab, itu bermakna sedang ada urusan. Insya-Allah penulis akan menghubungi kembali dalam kadar segera.

Masa yang sesuai untuk menelefon adalah di antara solat Subuh dan Zuhur. Juga di antara Asar dan Maghrib. Selepas Isya' juga boleh.

Alahai...seperti semua masa adalah sesuai bukan...?

Insya-Allah.

Friday 21 June 2013

Kisah 292 : Buku Mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Dari KELANTAN: Kisah 292
Ditulis pada 3: 20 petang, 21/6/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: Buku Mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki'



Alhamdulillah, impian ini sudahpun Allah izinkan jadi nyata.

Kisah ini pernah saya tulis di status (Kisah 117).

Buku Mini MMR dirancang untuk memudahkan kita untuk berbuat kebajikan sambil memperkenalkan, bisnes dan produk masing-masing.

Ya, buku mini MMR boleh dijadikan 'marketing tool' bisnes saudara/ri.

Idea ini menarik, baru dan segar.... dan insya-Allah, berkesan.

Dan sekali lagi, rasanya inilah buku versi mini pertama di Malaysia!

Sehingga hari ini, Buku MMR sudah ada:
1) Versi audio
2) Versi mini
3) Lagu MMR
4) Seminar MMR
5) Tazkirah MMR
6) Bengkel MMR
7) MMR Training Center/ Akademi MMR
Drama Radio bersiri MMR (dalam perancangan)
9) Program TV MMR bersiri (dalam perancangan)
10) Majalah MMR (dalam perancangan )
11) Forum MMR ( Insya-Allah pada 28/6/2013 anjuran Radio IKIM )
12) Cenderahati MMR (peluang masih dibuka kepada siapa mahu bekerjasama)
13) Filem MMR (juga masih terbuka )
14) Novel MMR (Sedang dalam angan-angan untuk ditulis. Pendapat , nasihat dan panduan dari saudara/ri amat dihargani; agar novel MMR itu nanti disukai oleh ramai pembaca )


Kepada yang berhajat kepada buku Mini MMR, boleh PM beliau. Tanyakan juga harga pukal. Yakni untuk 100 naskah dan 1000 naskah. Saya difahamkan harganya..., aduhai....menarik!

Kisah 290 : Selagi tidak habis jangan balik . Inilah orangnya...

Dari KELANTAN: Kisah 290
Ditulis pada 12:37 tengahari, 21/6/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: " Selagi tidak habis jangan balik". Inilah orangnya...

Masih ingat kisah 271?

Sila scroll ke bawah sehingga berjumpa status di Kisah 271.

Beliau boleh dihubungi untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran tersebut. Insya -Allah

Tel: 011-294 924 98 En. Zawawi

Insya-Allah beliau akan berkongsi dengan lebih lanjut di Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki di Alor Setar, Kedah pada 29/6/2013.

Tentang seminar boleh hubungi: 013-2225 762

Sunday 16 June 2013

Kisah 282 : Hari ini hari ke-7

Dari KELANTAN: Kisah 282
Ditulis pada 7:5 pagi, 16/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Hari ini hari ke-7.

Begitulah putaran masa. Sebentar saja, sudah seminggu berlalu. Aktiviti mengembangkan duit RM100 menjadi RM1,000 sudah pun masuk hari ke-7.

Baik, kepada saudara yang mengambil bahagian, sudah bertambahkah modalnya? Atau masih kelal RM100?

Tidak perlu bimbang dan tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa kerana rezeki setiap kita adalah unik:

Apa yang pasti:

1) Rezeki tidak pernah salah alamat
2) Rezeki tidak pernah salah tuan
3) Rezeki tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat.

Sesiapa yang sudah melakukan tindakan 3. Tunggu sajalah saatnya.

Sesiapa yang sudah melakukan tindakan 4, juga begitu, tunggu sajalah rezeki yang tidak disangka-sangka itu . Ia tidak mungkin akan terlambat atau tercepat walau sesaat!

Jadi agar penantian itu tidak dirasakan panjang, teruslah berbuat kebaikan. Teruslah berbuat banyak-banyak apa yang Allah suka. Ia seperti menabur benih, semakin banyak benih yang ditabur/ditanam.

Maka semakin banyaklah harapan; semakin besarlah harapan bahawa pasti ada benih yang akan tumbuh dan memberi kita hasil.

Kalau mahu diringkaskan menjadi satu ayat, bunyinya begini:

" Banyak-banyaklah berbuat kebaikan, sehingga kita terlupa kebaikan itu pernah kita buat..."

Insya-Allah jadi!

Thursday 13 June 2013

Kisah 277 : Bisnes tanpa modal.

Dari KELANTAN: Kisah 277

Tajuk: Bisnes tanpa modal.

Baiklah, kepada saudara pembaca dan peserta aktiviti RM100 jadi RM1,000 yang belum ada bisnes dan ingin cuba berbisnes, saya buka peluang ini.

Iaitu berbisnes tanpa modal dengan memperkenalkan buku MMR kepada orang yang kita kenal.

Caranya:

1) Telefon atau jumpa dan katakan ayat ini:

" Pernah dengar tak buku yang tajuknya 'Mudahnya Menjemput Rezeki?"

Seterusnya terangkahlah apa-apa yang saudara/ri tahu tentang manfaat memiliki buku MMR kepadanya.Dan jika dia mahu membeli terus lakukan langkah 2.

2) Mohon sms nama & alamat pembeli itu kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577. dan ditambah ( Sales dari ..........(tuliskan nama saudara/ri )

Contoh sms:

Mohon hantar 1 naskah buku MMR kepada
Mawar bin Merah
PS 42 , Kg Gaal, 16000
Pasir Puteh, Kelantan
(Sales dari:...........(nama saudara/ri )

3) Ustazah rohani akan menghantar buku itu kepada pembeli itu. Bayaran hanya dibuat setelah buku diterima.

4) Bayaran bolehlah dibayar kepada saudara/ri .Apabila bayaran sudah diterima, ( RM18 + kos pos laju RM6 = RM24 ) Kemudian ambilah komisyen RM7 dan selebihnya bank-in semua kepada Ustazah Rohani.

5) Melalui kaedah ini, sudah ramai yang sudah merasa duit komisyen (yang lumayan ) walaupun belum sampai sebulan berbisnes (tanpa modal ).

Keterangan lanjut ,boleh hubungi terus Ustazah Rohani: 012-2621 577

Kerja berjemaah sunnah nabi. Insya-Allah jadi.

Sunday 9 June 2013

Kisah 266 : Kawan semakin ramai

Dari KELANTAN: Kisah 266
Ditulis pada 9:28 malam, 9/6/2013 Pasir Puteh.

Tajuk: Kawan semakin ramai

Sejak beberapa hari yang lepas, ramai dari kalangan pembaca fanpage ini yang sudah mula menjalin silaturrahim dengan penulis buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ).

Ada yang berkata,

" Sudah lama saya ikuti status tuan di facebook, tetapi baru hari ini diberi kekuatan untuk menelefon "

Aduhai....janganlah begitu, jangalah jadi silent reader lama-lama. Tidak bagus untuk menjemput rezeki...

Kenalkan diri, ambil bahagian, beri komentar, dan bersilaturrahim.

Bukan untuk dinilai betul atau salah.

Ternyata lebih seronok bila kita saling mengenal.

Saya bayangkan begini.., katakan setiap hari saya mengenali 10 orang baru, dalam tempoh sebulan sudah 300 orang. Jika setahun...?

Sungguh, bila ramai kawan,banyak kerja menjadi mudah. Mana-mana bidang yang bukan kepakaran kita, boleh kita bertanya kepada mereka.

Yang mana kita tahu boleh dikongsikan.

Contohnya seperti sahabat kita yang ini; bolehlah kita tolong war-awarkan bisnes beliau.
https://www.facebook.com/feez.hafizah?hc_location=timeline

Akhiarnya setiap dari kita akan dapat manfaat.

Jadi, marilah kita bersilaturrahim...

Kisah 262 : Tanya

Dari KELANTAN: Kisah 262
Ditulis pada: 8:39 pagi, 9/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Tanya

Apakah soalan yang saudara/ri ingin saya jawab?

Satu orang satu soalan. Insya-Allah.

Saturday 8 June 2013

Kisah 247 : Like, like, like

Dari KELANTAN: Kisah 247
Ditulis pada 10:15 malam, 8/6/2013, Pasir Puteh.


Tajuk: Like, like, like

Mahu bantu saya tambah like di sini?

Kita genapkan jadi 12,000 boleh?

Insya-Allah.

Tuesday 4 June 2013

Kisah 223 : Wanita Dambaan Syurga


Dari KELANTAN: Kisah 223
Ditulis pada 11:55 pagi, 4/6/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Tajuk: Wanita Dambaan Syurga

Buku ini menarik. Juga menjawab banyak persoalan hukum tentang dunia wanita. Sebuah buku yang berkonsep majalah. Pengurus Pemasarannya, Ustaz Amirol juga baik orangnya.

Orangnya lembut dan mudah bertolak ansur. Buku sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi dan hantaran kahwin.

Mahu bertanya lanjut tentang buku bagus itu?

Boleh terus hubungi Ustaz Amirol: 019-341 8975

Katakan dapat nombor telefon itu dari penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Moohn kirim salam ambo padanya...

Kisah 115 : Apakah amalan menjemput rezeki pada waktu ini?

Dari KELANTAN: Kisah 115
Ditulis pada: 8:56 pagi, 4/6/2013

Tajuk: Apakah amalan menjemput rezeki pada waktu ini?

1) Cari jalan agar dapat solat dhuha (4 rakaat)
2) Cari jalan agar dapat bersedekah

Kisah 114: Siapa belum bersedekah hari ini?

Dari KELANTAN: Kisah 114
Ditulis pada 8:49 pagi, 4/6/2013

Tajuk: Siapa belum bersedekah hari ini?

Segera buka dompet dan keluarkan wang . Bukan soal berapa jumlahnya. Ia soal manfaatnya.

Sedekah hari ini dan nikmati manfaat berikut:

1) Memudahkan rezeki
2) Menolak bala
3) Menyembuhkan penyakit
4) Dan banyak lagi...

Kisah 113: Jangan baca surat khabar?

Dari KELANTAN: Kisah 113
Ditulis pada: 8:34 pagi, 4/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Jangan baca surat khabar?

Jika mahu kekal positif,

1) Kurangkan baca surat khabar.

2) Kurangkan menonton TV

Jika tidak....maka terbacalah kita cerita yang aduhai...sakit kepala kita dibuatnya.

Petikan dari Harian Metro (online):

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.

“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat.

“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka..

Monday 3 June 2013

Kisah 112: Bagaimana mendapat tambahan pendapatan RM1000 sebulan?

Dari KELANTAN: Kisah 112
Ditulis pada 11:05 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana mendapat tambahan pendapatan RM1000 sebulan?

1) Dapatkan modal RM300

2) Beli 20 naskah buku MMR dengan harga RM14 senaskah. Hubungi Ustazah Rohani: 012-2621 577 untuk tempahan.

3) Tiru idea dalam kisah 110

4) Ulang-ulang strategi itu selama sebulan.

5) Insya-Allah jadi.

6) Jika tidak jadi hubungi saya ( 012-9876 717 ). Saya beri coaching percuma. Insya-Allah

Kisah 111: Bagaimana mahu mendapatkan buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) dengan percuma?

Dari KELANTAN: Kisah 111
Ditulis pada 10:56 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Bagaimana mahu mendapatkan buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) dengan percuma?

1) Pergi ke kisah 63. Baca dan fahamkan.

2) Ambil hp dan hantar sms seperti yang dicontohkan.

Kisah 110: Bagaimana Saya Menjual Buku MMR ( Mudahnya Menjemput Rezeki ) dengan mudah?

Dari KELANTAN: Kisah 110
Ditulis pada 10:48 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Bagaimana Saya Menjual Buku MMR ( Mudahnya Menjemput Rezeki ) dengan mudah?

1) Tanya pernahkan dengar tajuk buku itu?

2) Pinjamkan buku itu. Beri baca percuma dalam tempoh 24 jam.

3) Esoknya tanya soalan berikut.

4) Mahu beli atau mahu pulangkan?

5) Lakukan hal ini kepada 10 orang serentak. Insya-Allah 5 orang akan membeli.

Kisah 109: Bagaimana berceramah dengan berkesan ?

Dari KELANTAN: Kisah 109
Ditulis pada: 10:40 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Bagaimana berceramah dengan berkesan ?

1) Gunakan bahasa biasa-biasa

2) Gunakan bahasa badan

3) Gunakan contoh-contoh mudah.

4) Jangalah sampai TER mengata atau mengumpat.

Kisah 108: Bagaimana cara mengkritik yang berkesan?

Dari KELANTAN: Kisah 108
Ditulis pada: 10:37 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana cara mengkritik yang berkesan?

1) Ingatkan burger

2) Atas roti, tengah daging, bawah roti

3) Mulakan dengan dipuji, kritik apa yang salah, pujilah lagi yang mana baik.

Kisah 107 : Bagaimana cara berunding yang berkesan?

Dari KELANTAN: Kisah 107
Ditulis pada: 10:25 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana cara berunding yang berkesan?

1) Fikirkan manfaat orang yang diajak berunding.

2) Dengar untuk memahami.

3) Bertolak-ansurlah.

Kisah 106: Bagaimana menjual?

Dari KELANTAN: Kisah 106
Ditulis pada: 10:19 malam, 3/6/2013

Tajuk: Bagaimana menjual?

1) Tanya keperluan prospek

2) Tanya kemampuan prospek

3) Tanya, " mahu beli sekarang?"

Kisah 105 : Bagaimana memenangi hati kawan?

Dari KELANTAN: Kisah 105
Ditulis pada 10:18 malam, 3/6/2013

Tajuk: Bagaimana memenangi hati kawan?

1) Jangan bohongi kawan

2) Jangan jadi "yes man"

3) Jangan tunjuk pandai

4) Jangan jadikan tempat bergantung.

Kisah 104 : Bagaimana memiliki hati yang tenang?

Dari KELANTAN: Kisah 104
Ditulis pada 10:14 malam, 3/6/2013

Tajuk: Bagaimana memiliki hati yang tenang?

1) Kurangkan bercakap

2) Banyakkan berzikir

3) Ulang perkara 1 & 2 setiap hari.

Kisah 103 : Bagaimana supaya kekal bermotivasi ?

Dari KELANTAN: Kisah 103
Ditulis pada 10:10 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana supaya kekal bermotivasi ?

1) Jangan banyak menonton TV

2) Jangan banyak membaca surat khabar

3) Banyakkan membaca al-Quran dan al-Hadis

4) Ulang perkara 1 hingga 3 setiap hari.

Kisah 102 : Bagaimana memikat hati isteri?

Dari KELANTAN: Kisah 102
Ditulis pada 10:02 malam, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana memikat hati isteri?

1) Banyakkan puji.

2) Banyakkan memberi (hadiah yang kecil-kecil )

3) Banyakkan mendengar (jangan sampuk atau beri nasihat )

4) Ulang perkara 1 hingga 3 setiap hari.

Kisah 101 : Bagaimana cara memikat hati suami?

Dari KELANTAN: Kisah 101
Ditulis pada 10.00 malam, 3/6/2013, Pasir puteh.

Tajuk: Bagaimana cara memikat hati suami?

1) Jangan banyak tanya

2) Jangan banyak cakap.

3) Jangan banyak komplen.

4) Banyakkan taat.

KIsah 100 : Bagaimana memikat hati ibu?

Dari KELANTAN: Kisah 100
Ditulis pada 9:51 malam, 3/6/2013

Tajuk: Bagaimana memikat hati ibu?

1) Jangan agak-agak apa yang ibu suka. Tanya.

2) Buat

3) Ulang perkara 1 & 2.

Kisah 99 : Bagaimana berhadapan dengan ujian?

Dari KELANTAN: Kisah 99
Ditulis pada 9:50 malam, 3//6/2013

Tajuk: Bagaimana berhadapan dengan ujian?

1) Jangan bising-bising atau kecoh-kecoh

2) Senyap-senyap sujud dan pujuk rayu Allah.

Kisah 98 : Bagaimana menjemput rezeki?

Dari KELANTAN: Kisah 98
Ditulis pada 9:48 malam, 3/6/2013,Pasir Puteh.

Tajuk: Bagaimana menjemput rezeki?

1) Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka.

2) Susahkan diri tinggalkan apa yang Allah benci; nescaya mudah-mudah saja Allah kabulkan hajat di hati.

Kisah 97: Duit

Dari KELANTAN: Kisah 97
Ditulis pada 2: 47 petang, 3/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Duit

Dalam program, tazkirah atau seminar MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) tidak boleh tidak saya harus bercerita bagaimana caranya mendapat banyak duit.

Aduhai....matematiknya sama sebagaimana mahu mendapat:

1) Banyak kawan
2) Banyak musuh
3) Banyak ditolong orang
4) Banyak dipuji orang
5) Banyak dicela orang.
6) Banyak hutang
7) Senarai ini boleh menjadi sangat panjang...

Formulanya?

Banyakkan memberi...

Banyakkan memberi wang akan dapat banyak wang
Banyakkan mencela orang akan dapat banyak celaan
Banyakkan berhutang akan banyak hutang
Banyakkan menolong akan dapat banyak pertolongan

Mudahnya....mudahnya, mudahnya....

Bila dibaca dan faham dapatlah faham.

Bila faham dan bertindak dapatlah hasil.

Semasa di Sabah , saya sempat berkenalan dengan seorang pengurus Pusat Penjagaan Anak Yatim. Iaitu Pusat Jagaan Anak Yatim Putera Harapan. Terdapat 20 orang anak yatim di sana. Semuanya lelaki.

Nama beliau En. Sabri, dan ini no telefon beliau: 019-899 3315

Jika mahu mula berlatih, bagaimana mendapat banyak wang; mulalah memberi hari ini. Ya, hari ini!

Telefonlah beliau dan mulalah membantu beliau mendapatkan dana. Pusat ini perlukan sekurang-kurangnya RM13,000 setiap bulan .

Masih ingat janji Allah bukan?

Yakni setiap kebajikan yang kita buat akan dibalas 10 kali ganda.

Masih kurang yakin? Nah, di bawah ini janji tersebut:

" Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan. (Al-A'am: 160)

Bayangkan jika terdapat 130 orang pembaca halaman ini, yang komited memberi sebanyak RM100 setiap bulan....ringanlah sedikit kerja En. Sabri kita itu.

Dan sebagai balasan dari Allah, setiap bulan kita akan dapat tambahan duit sebanyak RM1,000 . Dan tidak mustahil sehingga RM70,000 .Ya, ini semua urusan Allah.

Jangan difikir bagaimana, bila dan melalui apa atau siapa....

Cubalah. Janji Allah adalah benar!

Kisah 96 : Mohon bertanya

Dari KELANTAN: Kisah 96
Ditulis pada 8:40 pagi, Pasir Puteh.

Tajuk: Mohon bertanya

Ya, begitulah...

Pada hari ini saya mohon bertanya kepada saudara pembaca yang budiman. Bagaimana dan di manakah agaknya cara dan tempat yang sesuai untuk memberitahu tentang wujudnya buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' ?

Ya, maksud saya untuk membuat sedikit pengiklanan; sama ada dalam bentuk, review atau hebahan secara online.

Ya, tempat yang sesuai itu mungkin di:

1) fanpage
2) blog
3) saudara cadangkan.

Atau mungkin juga saudara mahu bekerjasama dengan saya...?

T & C boleh kita bincangkan. Niat saya agar buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' ini tersebar dengan luas dan pantas!

Ya, dengan sangat pantas! sepantas-pantasnya. Teramat pantas!

Oh ya, seperkara lagi, biarlah kerjasama itu nanti lebih menguntungkan pihak saudara berbanding saya. Tidak semestinya win-win.

Insya-Allah.

Kisah 95: Ini kisah Jodoh & Umrah

Dari KELANTAN: Kisah 95
Ditulis pada 6:30 pagi, Pasir Puteh.

Tajuk: Ini kisah Jodoh & Umrah

Malam tadi, saya menerima sms ini dari seorang sahabat. Beliau berada di Mekah menunaikan umrah.

" Assalamualakum. Semoga sahabat sekelian dalam lindungan dan rahmat Allah. Saya mendoakan tuan/puan dari tanah suci ini. Mudah-mudahan dikurniakan kita semua dengan kasih sayang-Nya.

Dengan ketakwaan dan iman. Diberi kejayaan dunia dan akhirat....dan diberi kesempatan untuk bersama-sama kita ke tanah suci. Amin"

Semasa di KLIA sebelum bertolak ke Sabah, beberapa hari lepas, saya diizin Allah bertemu sahabat-sahabat yang mahu ke sana. Juga ada yang sudah kembali.

Pada bulan ini, memang ramai ke sana. Ada yang sudah berkahwin dan ada pula yang masih bujang.

Bila difikir-fikir jelaslah ini semua rezeki Allah. Ada yang dapat rezeki ke tanah suci dulu, sebelum dapat rezeki berumah-tangga. Ada pula yang sebaliknya.

Jelas, ia bukanlah kehendak kita semata-mata. Ia adalah rezeki Allah.

Ada yang begitu bersungguh-sungguh mahu bernikah. Dirinya sudah pun bersedia. Namun, rezeki jodoh belumlah tiba.

Begitu juga dengan ibadat umrah. Ada yang tidak terfikir pun mahu ke sana. Namun, tiba-tiba boleh pula ke sana dua kali setahun!. Subhanallah...

Begitulah rezeki Allah...

Kadang-kadang datang seperti yang dirancang. Kadang-kadang tidak.

Sungguh, ia akan kekal misteri dan ghaib. Sebagaimana pesan dari langit:

" Sesungguhnya Dia memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya." (Al-Imran: 37)

Begitulah..., ia tidak terikat langsung dengan logik dan apa yang kita fikirkan.

Hal-hal ghaib ini, ternyata lebih mudah dijemput berbanding dicari-cari.

Bagaimanakah cara menjemputnya?

" Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah sahaja Allah beri apa yang kita suka"

Oh ya, saya ada beberapa nama, (lelaki dan wanita) yang mahu segera bernikah. Insya-Allah, mereka ini sudah membaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Insya-Allah mereka ini dari kalangan mereka yang baik-baik. Jika ada di kalangan pembaca yang juga mempunyai hasrat begitu, yakni mahu bernikah dalam kadar segera; bolehlah berhubung dengan saya: 012-9876 717

Bolehlah saya aturkan pertemuan agar boleh saling mengenal. Ehem...

Insya-Allah.

Sunday 2 June 2013

Kisah 94 : Hadiah

Dari KELANTAN: Kisah 94
Ditulis pada 10:29 malam, Pasir Puteh.

Tajuk: Hadiah

Pada hari ini, saya menerima dua panggilan yang bertanyakan berapakah harga buku di atas jika mahu membeli untuk tujuan hadiah?

Alhamdulillah, dengan izin Allah buku Mudahnya Menjemput Rezeki menjadi pilihan pembaca untuk dijadikan hadiah. Malah ada yang membeli sehingga 400 naskah untuk dijadikan hadiah semata-mata.

Sungguh, mempunyai hati yang pemurah itu juga merupakan rezeki.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan buku MMR kepada para banduan.

Ada yang menghadiahkan kepada downline, bagi yang berbisnes MLM atau Networking.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan kepada customer katanya.

Pihak sekolah membeli untuk dihadiahkan kepada para guru pada hari guru.

Ada yang membeli untuk diwakafkan di masjid-masjid dan mahaad tahfiz.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, adik beradik dan saudara mara.

Untuk pembelian minimum 100 naskah dan semata-mata mahu dijadikan hadiah, kami ada menawarkan harga istimewa. Ya, ia lebih rendah dari harga dealer (untuk dijual).

Pun begitu, saya tidak bertanggung jawab kepada mereka yang cuba berbohong. Contohnya mereka menyatakan untuk dijadikan hadiah namun sebaliknya dijual . Saya serahkan hal ini kepada Allah.

Kepada saudara yang mahu membeli untuk dijadiakan hadiah mohon sms nama dan alamat kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577. Harga istimewa itu, untuk pembelian minimum 100 naskah. Kos penghantaran percuma.

Dapat buku baru bayar. Insya-Allah.

Didoakan saudara yang mempunyai hati yang pemurah kekal begitu hingga ke akhir hayat. Apatah lagi bila kita , renung-renungkan janji Allah di bawah:

" Sesiapa berbuat kebajikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). Surah Al-An'am: Ayat 160

Oh ya...., kepada yang mahu mendapatkan buku Mudahnya Menjemput rezeki secara percuma, (untuk tujuan review dan berkongsi dengan orang lain ) peluang itu masih terbuka. Maklumat tersebut berada di kisah:63

Insya-Allah.

Kisah 93 : Mendoakan Orang Lain

Dari KELANTAN: Kisah 93
Ditulis pada 9:47 malam, Pasir Puteh.

Tajuk: Mendoakan Orang Lain

Salah satu, jemputan program 'Mudahnya Menjemput Rezeki' bertempat di sebuah masjid di Pasir Puteh, Putatan , Kota Kinabalu, Sabah. Oh, rupa-rupanya nama Pasir Puteh, itu juga terdapat di Sabah. Malah di Johor juga khabarnya ada tempat yang bernama Pasir Puteh.

Di negeri-negeri lain ada juga barkah?. Kepada saudara pembaca yang tahu tempatnya, mohon berkongsi ya.

Semasa di sana, jadual program agak ketat. Adakalanya sampai 4 kali sehari. Di antaranya adalah: Tazkirah zuhur, tazkirah Asar, Tazkirah Maghrib, Tazkirah Jumaat dan Seminar.

Bila kembali ke Pasir Puteh, Kelantan, baru saya perasan, strategi yang satu ini tidak pernah saya sentuh langsung!. Walhal ia sangat ampuh.

Hal ini, mengusik fikiran saya bila pagi tadi, saya menerima sms ini:

" Assalamualaikum, isteri kepada Muhammad Azlin iaitu Noor Nazatun Naim Binti Mohd Yusof kini di Wad ICU katil 12, Tingkat 2, Ampang Puteri Specialist Hospital. Sakit jangkitan kuman pada paru-paru.

Sekarang bergantung kepada alat pernafasan. Saya mohon kepada semua jika ada kesempatan masa untuk membuat solat hajat dan mendoakan isterinya cepat sembuh. Amin...

Mohon doa Tuan Fathuri Salehuddin penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki mendoakan akan anak saudara saya di dalam peliharaan Allah dan begitu juga suaminya tabah dengan ujian Allah ini dan mohon tuan forward sms ini pada kenalan tuan untuk didoakan bersama...

Semoga Allah merahmati tuan. Mohon tuan. Amin."

Penghantar sms ini saya kenal. Beliau merupakan salah seorang peserta seminar Mudahnya Menjemput Rezeki, yang pernah diadakan di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi.

Astagfirullahal'azim...astagfirullahal'azim...astagfirullahal'azim...

Sungguh, kerap benar kita lupa kepada yang sedang derita bilamana kita diberi sedikit kesenangan.

Mohon saudara pembaca sama-sama doakan sabahat kita yang sedang diuji ini agar, terus kuat untuk terus bersabar dalam menjalani ujian Allah ini.

Kalaulah ujian itu ibarat hujan, sungguh, hanya Allah yang akan buat keputusan bila hujan itu akan berhenti. Sebelum saat itu tiba, bersabarlah, bersabarlah , bersabarlah...

Dan mendoakan orang lain itu sesungguhnya merupakan teknik menjemput rezeki yang amat berkesan. Hal ini ada dikupas pada muka surat 83, di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Dan kemampuan mendoakan orang lain itu, hanya boleh terbit dari hati yang jernih dan bersih.

Sebuah hadis berbunyi begini:

" Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. berkata,

Seseorang datang kepada Baginda SAW dan berkata: 'Ya Rasulullah, aku mempunyai keluarga yang aku hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan denganku.

Aku baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan aku membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku,

apakah boleh aku membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?

Jawab Baginda SAW: Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka kamu sama dengan mereka, tetapi hendaknya kamu tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu kamu akan mendapat bantuan dari Allah selama kamu berbuat demikian."

Begitulah..., Ramadan sudah tidak lama, hari raya juga begitu. Nah, kepada saudara yang masih belum jernih hubungan silaturrahimnya, apatah lagi dengan darah daging sendiri, didoakan hadis di atas boleh melembutkan hati kita.

Insya-Allah

Dan didoakan juga, kita diberi kekuatan untuk saling mendoakan . Amin.

Kisah 92 : Tarzan Of North Borneo

Dari KELANTAN: Kisah 92
Ditulis pada 9:15 malam, Pasir Puteh.

Tajuk: Tarzan Of North Borneo

Alhamdulillah. Musafir selama 5 hari ke negeri Sabah dimudahkan Allah.

Tiba di sana jam 9:30 malam pada 28/5/2013, dan kembali ke Kelantan petang tadi, jam 6: 30 petang, 2/6/2013.

Di antara peristiwa yang melekat di ingatan ialah pertemuan dengan seorang yang luar biasa. Beliau Allah pertemukan di sebuah masjid di Kota Kinabalu, sesusai solat subuh.

Beliau yang saya maksudkan adalah anak kepada Lagenda 'Tarzan Of North Borneo' Mr Mahrup.

Ya, Mr Mahrup, mewarisi kebolehan luar biasa ayah beliau. Iaitu mempunyai kelebihan menundukkan haiwan liar dan berbisa. Malah beliau boleh berenang bersama buaya!

Sedikit tentang beliau boleh dibaca di sini.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/68620

Rupa-rupanya beliau bukan sahaja mempunyai keistimewaan itu, malah berbakat menyanyi dan berlakon. Ya, sebut saja nama Jamal Abdillah ataupun Rosyam Nor, merupakan kawan bellau.

Subuh itu, saya hadiahkan beliau buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Dan saya mohon beliau membaca keselurusan isinya, sebelum solat hajat dua rakaat dan mulalah menggubah lagu khas yang berjudul 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Petang semalam, sebelum pulang, kami sempat bertemu lagi. Draf dua rangkap lirik lagu Mudahnya Menjemput Rezeki sudah beliau siapkan. Lalu saya mohon beliau dapatkan tempoh dan melodinya.

Sepontan idea muncul dan lagu itu pun didendangkan....

Dan mata beliau turut merah dan basah....Subhanallah.

"Mohon, tuan solatlah hajat setiap kali mahu menggubah lagu itu. Moga-moga lagu itu menjadi lagu yang indah dan memberi kesan kepada hati...." bisik saya.

Lalu kami berpelukan, dan berakhirlah sebuah pertemuan yang tidak disangka-sangka.

Alhamdulillah.