Dari KELANTAN: Kisah 97
Ditulis pada 2: 47 petang, 3/6/2013, Pasir Puteh.
Tajuk: Duit
Dalam program, tazkirah atau seminar MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)
tidak boleh tidak saya harus bercerita bagaimana caranya mendapat banyak
duit.
Aduhai....matematiknya sama sebagaimana mahu mendapat:
1) Banyak kawan
2) Banyak musuh
3) Banyak ditolong orang
4) Banyak dipuji orang
5) Banyak dicela orang.
6) Banyak hutang
7) Senarai ini boleh menjadi sangat panjang...
Formulanya?
Banyakkan memberi...
Banyakkan memberi wang akan dapat banyak wang
Banyakkan mencela orang akan dapat banyak celaan
Banyakkan berhutang akan banyak hutang
Banyakkan menolong akan dapat banyak pertolongan
Mudahnya....mudahnya, mudahnya....
Bila dibaca dan faham dapatlah faham.
Bila faham dan bertindak dapatlah hasil.
Semasa di Sabah , saya sempat berkenalan dengan seorang pengurus Pusat
Penjagaan Anak Yatim. Iaitu Pusat Jagaan Anak Yatim Putera Harapan.
Terdapat 20 orang anak yatim di sana. Semuanya lelaki.
Nama beliau En. Sabri, dan ini no telefon beliau: 019-899 3315
Jika mahu mula berlatih, bagaimana mendapat banyak wang; mulalah memberi hari ini. Ya, hari ini!
Telefonlah beliau dan mulalah membantu beliau mendapatkan dana. Pusat ini perlukan sekurang-kurangnya RM13,000 setiap bulan .
Masih ingat janji Allah bukan?
Yakni setiap kebajikan yang kita buat akan dibalas 10 kali ganda.
Masih kurang yakin? Nah, di bawah ini janji tersebut:
" Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan
sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka
sedikit pun tidak dirugikan. (Al-A'am: 160)
Bayangkan jika
terdapat 130 orang pembaca halaman ini, yang komited memberi sebanyak
RM100 setiap bulan....ringanlah sedikit kerja En. Sabri kita itu.
Dan sebagai balasan dari Allah, setiap bulan kita akan dapat tambahan
duit sebanyak RM1,000 . Dan tidak mustahil sehingga RM70,000 .Ya, ini
semua urusan Allah.
Jangan difikir bagaimana, bila dan melalui apa atau siapa....
Cubalah. Janji Allah adalah benar!
No comments:
Post a Comment