Sunday, 2 June 2013

Kisah 94 : Hadiah

Dari KELANTAN: Kisah 94
Ditulis pada 10:29 malam, Pasir Puteh.

Tajuk: Hadiah

Pada hari ini, saya menerima dua panggilan yang bertanyakan berapakah harga buku di atas jika mahu membeli untuk tujuan hadiah?

Alhamdulillah, dengan izin Allah buku Mudahnya Menjemput Rezeki menjadi pilihan pembaca untuk dijadikan hadiah. Malah ada yang membeli sehingga 400 naskah untuk dijadikan hadiah semata-mata.

Sungguh, mempunyai hati yang pemurah itu juga merupakan rezeki.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan buku MMR kepada para banduan.

Ada yang menghadiahkan kepada downline, bagi yang berbisnes MLM atau Networking.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan kepada customer katanya.

Pihak sekolah membeli untuk dihadiahkan kepada para guru pada hari guru.

Ada yang membeli untuk diwakafkan di masjid-masjid dan mahaad tahfiz.

Ada yang membeli untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, adik beradik dan saudara mara.

Untuk pembelian minimum 100 naskah dan semata-mata mahu dijadikan hadiah, kami ada menawarkan harga istimewa. Ya, ia lebih rendah dari harga dealer (untuk dijual).

Pun begitu, saya tidak bertanggung jawab kepada mereka yang cuba berbohong. Contohnya mereka menyatakan untuk dijadikan hadiah namun sebaliknya dijual . Saya serahkan hal ini kepada Allah.

Kepada saudara yang mahu membeli untuk dijadiakan hadiah mohon sms nama dan alamat kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577. Harga istimewa itu, untuk pembelian minimum 100 naskah. Kos penghantaran percuma.

Dapat buku baru bayar. Insya-Allah.

Didoakan saudara yang mempunyai hati yang pemurah kekal begitu hingga ke akhir hayat. Apatah lagi bila kita , renung-renungkan janji Allah di bawah:

" Sesiapa berbuat kebajikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). Surah Al-An'am: Ayat 160

Oh ya...., kepada yang mahu mendapatkan buku Mudahnya Menjemput rezeki secara percuma, (untuk tujuan review dan berkongsi dengan orang lain ) peluang itu masih terbuka. Maklumat tersebut berada di kisah:63

Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment