Monday, 3 June 2013

Kisah 95: Ini kisah Jodoh & Umrah

Dari KELANTAN: Kisah 95
Ditulis pada 6:30 pagi, Pasir Puteh.

Tajuk: Ini kisah Jodoh & Umrah

Malam tadi, saya menerima sms ini dari seorang sahabat. Beliau berada di Mekah menunaikan umrah.

" Assalamualakum. Semoga sahabat sekelian dalam lindungan dan rahmat Allah. Saya mendoakan tuan/puan dari tanah suci ini. Mudah-mudahan dikurniakan kita semua dengan kasih sayang-Nya.

Dengan ketakwaan dan iman. Diberi kejayaan dunia dan akhirat....dan diberi kesempatan untuk bersama-sama kita ke tanah suci. Amin"

Semasa di KLIA sebelum bertolak ke Sabah, beberapa hari lepas, saya diizin Allah bertemu sahabat-sahabat yang mahu ke sana. Juga ada yang sudah kembali.

Pada bulan ini, memang ramai ke sana. Ada yang sudah berkahwin dan ada pula yang masih bujang.

Bila difikir-fikir jelaslah ini semua rezeki Allah. Ada yang dapat rezeki ke tanah suci dulu, sebelum dapat rezeki berumah-tangga. Ada pula yang sebaliknya.

Jelas, ia bukanlah kehendak kita semata-mata. Ia adalah rezeki Allah.

Ada yang begitu bersungguh-sungguh mahu bernikah. Dirinya sudah pun bersedia. Namun, rezeki jodoh belumlah tiba.

Begitu juga dengan ibadat umrah. Ada yang tidak terfikir pun mahu ke sana. Namun, tiba-tiba boleh pula ke sana dua kali setahun!. Subhanallah...

Begitulah rezeki Allah...

Kadang-kadang datang seperti yang dirancang. Kadang-kadang tidak.

Sungguh, ia akan kekal misteri dan ghaib. Sebagaimana pesan dari langit:

" Sesungguhnya Dia memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya." (Al-Imran: 37)

Begitulah..., ia tidak terikat langsung dengan logik dan apa yang kita fikirkan.

Hal-hal ghaib ini, ternyata lebih mudah dijemput berbanding dicari-cari.

Bagaimanakah cara menjemputnya?

" Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah sahaja Allah beri apa yang kita suka"

Oh ya, saya ada beberapa nama, (lelaki dan wanita) yang mahu segera bernikah. Insya-Allah, mereka ini sudah membaca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Insya-Allah mereka ini dari kalangan mereka yang baik-baik. Jika ada di kalangan pembaca yang juga mempunyai hasrat begitu, yakni mahu bernikah dalam kadar segera; bolehlah berhubung dengan saya: 012-9876 717

Bolehlah saya aturkan pertemuan agar boleh saling mengenal. Ehem...

Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment