Dari KELANTAN: Kisah 297
Ditulis pada 7:10 pagi, 24/6/2013, Pasir Puteh.
Tajuk: Sebenarnya mudah saja...
Kepada semua para peserta aktiviti mengembangkan duit. Yakni dari RM100
jadi RM1,000, apa khabarmu wahai sahabatku yang dirahmati Allah...?
Hari ini sudah masuk hari yang ke-15.
Saya percaya , tentu ramai di antara kita yang sudah menikmati apa yang dinamakan 'Mudahnya Menjemput Rezeki'
Jika kita masih ingat, sepanjang 15 hari yang lepas, perasan atau tidak, kita sudah berlatih untuk sering:
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah
Kepada mereka yang benar-benar mengikuti langkah itu, pasti dan pasti
sudah menikmati hasilnya. Saya sudah mula dihujani sms dan pelbagai
cerita yang menarik.
Di antaranya berbunyi begini:
"Alhamdulillah tuan, saya akan diberikan RM5K dan bantuan yang saya
perlukan oleh seseorang yang mahu melihat bisnes saya berkembang
semudah-mudahnya...tidak sampai 40 hari ustaz...Alhamdulillah semoga
mudahnya menjemput rezeki berjaya."
Begitulah...jika Allah mahu gandakan sehingga RM5K alhamdulillah, walaupun target kita adalah RM1K sahaja.
Rezeki setiap kita unik. Dan rezeki itu pun macam-macam. Dan duit
hanyalah salah satu bentuk rezeki. Pendeknya, asal saja kita sanggup:
" buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka"
Petang semalam, dalam sebuah program, formula ini terbukti lagi. Dalam
setiap program saya akan membuat satu ujikaji realtime bagaimana
mudahnya menjemput rezeki.
Ya, sudah berpuluh kali ujikaji ini
dilakukan. Di sekolah, di pejabat, di masjid, di hotel, di mana-mana
sekalipun, hasilnya terbukti benar.
Yakni, orang yang mudah menjemput rezeki itu, adalah orang yang ada amalan tertentu.
Semalam, beliau mengatakannnya begini:
" Walaupun saya tidak pergi solat Jumaat, tetapi setiap kali hari
Jumaat saya tidak pernah lupa untuk bersedekah. Saya akan beri wang itu
kepada suami dan minta tolong dimasukkan ke dalam tabung masjid "
Begitulah....dan sebab itulah rezeki beliau aduhai, mudah,mudah,mudah....
Justeru, kepada para peserta aktiviti dari RM100 jadi RM1,000 teruslah
beramal. Untuk 25 hari berikutnya, teruskan dengan amal-amal berikut.
Yakni sering:
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Mendoakan orang lain
- Bersedekah
**********************
Info:
'Tawaran Pekej Istimewa MMR ' sudah ditutup tengah malam tadi (Jam 12 malam 23/6/2013 ). Sila rujuk Kisah 296.
Mulai esok mereka yang membuat tempahan ( 83 orang ) akan mula menerima
pekej tersebut. Insya-Allah. (Sila rujuk Kisah 287). Senarai nama dan
alamat di ruangan komentar Kisah 287 akan didelete sebaik pekej dipos.
Di antara tawaran di dalam Pekej Istimewa MMR adalah khidmat nasihat
percuma. Dengan tawaran ini peserta boleh menghubungi penulis untuk
mendapatkan khidmat nasihat percuma bagaimana mengembangkan RM100 jadi
RM1,000.
Penulis boleh dihubungi melalui talian ini: 012-9876 717.
Sebaiknya telefon terus, janganlah sms-sms..., kerana banyak sms yang
masuk dan penulis tidak mampu menjawabnya dalam kadar segera.
Jika, panggilan tidak dijawab, itu bermakna sedang ada urusan. Insya-Allah penulis akan menghubungi kembali dalam kadar segera.
Masa yang sesuai untuk menelefon adalah di antara solat Subuh dan
Zuhur. Juga di antara Asar dan Maghrib. Selepas Isya' juga boleh.
Alahai...seperti semua masa adalah sesuai bukan...?
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment