Dari KELANTAN: Kisah 299
Ditulis pada: 7:48 pagi, 25/6/2013, Pasir Puteh
Tajuk: Cukuplah. Penat....
Sejak beberapa hari lepas, tempahan buku MMR menderu masuk. Saya
dikhabarkan sampul pos laju di Pejabat Pos Pasir Puteh, sampai habis.
Dan Ustazah Rohani terpaksa berkejar ke Kota Bharu semata-mata untuk
mendapatkan sampul pos laju.
Dan apabila beliau membeli beratus-ratus unit sampul pos laju, hal ini sudah menarik perhatian kerani kaunter pejabat itu.
" Puan jual apa , sampaikan membeli sampul pos laju begini banyak?"
" Saya jual buku saja"
" Buku apa puan" soal kerani itu lagi.
Natijahnya...?, kerani kaunter Pos itu pun membeli buku MMR!
Begitulah...ia semudah itu. Bila Allah mahu mudahkan.
**********
Nah, saya percaya tentu saudara pembaca mahu tahu apakah amalan ustazah
rohani sehingga diberi sales yang begitu banyak oleh Allah.
Sehingga beliau mengadu. Cukuplah. Penat...
Apa yang ustazah amalkan semuanya ada di dalam fanpage ini. Carilah. Ia ada di sini.
Amalan itu tidaklah sukar, kerana yang sukar adalah untuk istiqamah beramal.
Dan istiqamah itu pun rezeki.
************
Apa yang saya mahu sampaikan kepada saudara?
Begini...
" Mengejar dunia adalah ujian. Dikejar dunia juga ujian..."
Justeru, mohonlah kepada Allah agar terus diberi kekuatan untuk meluruskan niat.
Niat perlu dijaga di tiga tempat.
1) Sebelum melakukan
2) Sedang melakukan
3) Selepas melakukan
Insya-Allah. Selamat.
No comments:
Post a Comment