Tuesday, 4 June 2013

Kisah 113: Jangan baca surat khabar?

Dari KELANTAN: Kisah 113
Ditulis pada: 8:34 pagi, 4/6/2013, Pasir Puteh

Tajuk: Jangan baca surat khabar?

Jika mahu kekal positif,

1) Kurangkan baca surat khabar.

2) Kurangkan menonton TV

Jika tidak....maka terbacalah kita cerita yang aduhai...sakit kepala kita dibuatnya.

Petikan dari Harian Metro (online):

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.

“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat.

“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka..

No comments:

Post a Comment