Sunday, 16 June 2013

Kisah 282 : Hari ini hari ke-7

Dari KELANTAN: Kisah 282
Ditulis pada 7:5 pagi, 16/6/2013, Pasir Puteh.

Tajuk: Hari ini hari ke-7.

Begitulah putaran masa. Sebentar saja, sudah seminggu berlalu. Aktiviti mengembangkan duit RM100 menjadi RM1,000 sudah pun masuk hari ke-7.

Baik, kepada saudara yang mengambil bahagian, sudah bertambahkah modalnya? Atau masih kelal RM100?

Tidak perlu bimbang dan tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa kerana rezeki setiap kita adalah unik:

Apa yang pasti:

1) Rezeki tidak pernah salah alamat
2) Rezeki tidak pernah salah tuan
3) Rezeki tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat.

Sesiapa yang sudah melakukan tindakan 3. Tunggu sajalah saatnya.

Sesiapa yang sudah melakukan tindakan 4, juga begitu, tunggu sajalah rezeki yang tidak disangka-sangka itu . Ia tidak mungkin akan terlambat atau tercepat walau sesaat!

Jadi agar penantian itu tidak dirasakan panjang, teruslah berbuat kebaikan. Teruslah berbuat banyak-banyak apa yang Allah suka. Ia seperti menabur benih, semakin banyak benih yang ditabur/ditanam.

Maka semakin banyaklah harapan; semakin besarlah harapan bahawa pasti ada benih yang akan tumbuh dan memberi kita hasil.

Kalau mahu diringkaskan menjadi satu ayat, bunyinya begini:

" Banyak-banyaklah berbuat kebaikan, sehingga kita terlupa kebaikan itu pernah kita buat..."

Insya-Allah jadi!

No comments:

Post a Comment