Sunday 2 June 2013

Kisah 92 : Tarzan Of North Borneo

Dari KELANTAN: Kisah 92
Ditulis pada 9:15 malam, Pasir Puteh.

Tajuk: Tarzan Of North Borneo

Alhamdulillah. Musafir selama 5 hari ke negeri Sabah dimudahkan Allah.

Tiba di sana jam 9:30 malam pada 28/5/2013, dan kembali ke Kelantan petang tadi, jam 6: 30 petang, 2/6/2013.

Di antara peristiwa yang melekat di ingatan ialah pertemuan dengan seorang yang luar biasa. Beliau Allah pertemukan di sebuah masjid di Kota Kinabalu, sesusai solat subuh.

Beliau yang saya maksudkan adalah anak kepada Lagenda 'Tarzan Of North Borneo' Mr Mahrup.

Ya, Mr Mahrup, mewarisi kebolehan luar biasa ayah beliau. Iaitu mempunyai kelebihan menundukkan haiwan liar dan berbisa. Malah beliau boleh berenang bersama buaya!

Sedikit tentang beliau boleh dibaca di sini.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/68620

Rupa-rupanya beliau bukan sahaja mempunyai keistimewaan itu, malah berbakat menyanyi dan berlakon. Ya, sebut saja nama Jamal Abdillah ataupun Rosyam Nor, merupakan kawan bellau.

Subuh itu, saya hadiahkan beliau buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Dan saya mohon beliau membaca keselurusan isinya, sebelum solat hajat dua rakaat dan mulalah menggubah lagu khas yang berjudul 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Petang semalam, sebelum pulang, kami sempat bertemu lagi. Draf dua rangkap lirik lagu Mudahnya Menjemput Rezeki sudah beliau siapkan. Lalu saya mohon beliau dapatkan tempoh dan melodinya.

Sepontan idea muncul dan lagu itu pun didendangkan....

Dan mata beliau turut merah dan basah....Subhanallah.

"Mohon, tuan solatlah hajat setiap kali mahu menggubah lagu itu. Moga-moga lagu itu menjadi lagu yang indah dan memberi kesan kepada hati...." bisik saya.

Lalu kami berpelukan, dan berakhirlah sebuah pertemuan yang tidak disangka-sangka.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment