Dari KELANTAN: Kisah 387
Ditulis pada 12:09 malam, Ahad, 25/8/2013
18 Syawal, 1434H
Pasir Puteh.
Tajuk: Ruang dan peluang sentiasa ada.... (Hari ke-18/365)
Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua sahabatku yang baik hatinya. Baik akhlaknya, pemurah dan suka mendoakan orang lain.
Didoakan segala rancangan yang dirancang sepanjang hari ini khususnya dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. Amin.
Dan memang begitulah janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.
" Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah menjadikan segala urusannya mudah kepadanya." (At-Talaq:4)
Dan sekarang fahamlah kita mengapa orang-orang yang hampir dengan
Allah, hidupnya tenang-tenang sahaja; dan rezekinya pun mudah-mudah
sahaja.
**********
Sahabatku yang dikasihi Allah...,
Moga-moga kita semua tidak lupa.
Hari sudah 18 Syawal. Dan ini juga bermakna sudah 18 hari berlalu
berbanding 365 hari yang kita sasarkan untuk membaiki tiga perkara di
bawah.
1) Ibadat
2) Kesihatan
3) Kewangan
Cepatnya masa berlalu. Beruntungnya mereka yang istiqamah membaca al-Quran setiap hari. Sudah dapat 18 juz agaknya...
Untungnya mereka yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa enam hari di bulan Syawal pun sudah selesai agaknya...
Untungnya mereka yang hatinya selalu rindu untuk bersedekah. Tentu rezeki mereka pun tidak putus-putus, siang dan malam.
*********
Sahabatku, pada saya ruang dan peluang untuk menambah ibadat,
memperbaiki kesihatan, dan kewangan sentiasa terbuka . Ia berada di
sekeliling kita. Ia terlalu banyak.
Bezanya, ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Kerana yang beri nampak adalah Allah.
Walaupun kita berada di persekitaran yang sama, bekerja dalam bidang
yang sama, mempunyai pendapatan yang sama, namun , kesan kepada tiga
perkara di atas tidaklah sama.
Keadaan Ibadat, Kesihatan dan Kewangan tidaklah sama.
Sebab itu ada yang suka dengan kehidupannya. Ada juga yang sedang dukacita terhadap diri dan kehidupannya.
Pun begitu, hakikatnya kita semua boleh memilih kehidupan yang kita impikan. Atau dalam bahasa mudahnya,
" Kita boleh design kehidupan kita. Insya-Allah"
*********
Baiklah, dalam ruang dan peluang ini, saya ingin berkongsi pengalaman
(dari diri sendiri dan orang lain) bagaimana untuk mencipta kehidupan
yang kita mahu.
Pun begitu, ia mesti dimulakan dengan soalan.
Nah, apa maksudnya ini?
Setiap mata yang sedang membaca ayat ini, bolehlah bertanya satu(1) soalan kepada saya.
Yang mana saya boleh jawab , akan dijawab. Manakala yang tidak mampu
saya jawab akan ditanyakan kepada orang yang mampu jawab. Insya-Allah.
Tujuannya?
Saya mahu berkongsi maklumat, tips dan amalan MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)
Silakan...tulis di ruangan komen di bawah.
Dan jika mahu bertanya terus juga boleh. Sila save dan dail nombor ini bilamana saudara/ri mahu bertanya: 012-9876 717.
Benar, tidak semestinya bertanya pada hari ini. Pada hari lain juga boleh.
Cuma , saya mahu berpesan:
Mohon telefon terus, jangan sms. Sungguh, saya tidak mampu untuk membalasnya pada kadar segera.
**********
Silakan....Setiap seorang boleh tanya satu (1) soalan.
Bismillah...
No comments:
Post a Comment