Dari KELANTAN: Kisah 375
Ditulis pada 11:29 malam, Khamis, 8/8/2013, Gombak
Tajuk: Jangalah hari pertama pun sudah kalah... (hari 1/365 )
Kurang lebih begitulah,mesej yang mahu disampaikan melalui kutbah hari raya pagi tadi.
" Kita mahu jadi graduan ramadhan yang cemerlang. Jadi janganlah, kita kalah pada hari pertama." kata Khatib.
Lalu saya teringatkan sms yang diterima petang tadi.
"Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah sempat khatam al-Quran sebelum
subuh tadi. Walaupun sudah masuk Syawal. Ia kemenangan terindah saya.
Buku pun sudah selamat sampai hari Selasa lepas beralamat di kampung. Tepat hari saya sampai di kampung.
Malu juga dengan emak sebab emak khatam 4 kali. Saya hadiahkan juga
buku-buku pada emak dan ayah untuk diberikan kepada rakan-rakannya.
Alhamdulillah syukur. Terima kasih ustaz. Selamat Hari Raya.
TakabbalAllahu minnalwa minkum."
**************
Alllahuakhbar!. Itu yang dinamakan tekad.
Apabila ada tekad yang kuat maka terbukalah semua jalan. Dan bantuan Allah pun tiba.
Justeru, kepada sahabat yang belum khatam, Ayuh! kita boleh sebenarnya. Percayalah. Kita memang boleh!.
Ingat, orang yang berjaya tidak buat kerja separuh jalan.
Biarpun lambat, akhirnya sampai.
It's better late than never...
***************
Para sahabat FBku yang dirahmati Allah. Sebenarnya hari ini saya sangat
letih. Namun kerana tekad saya bangun juga dan mengadap laptop untuk
menaip bait-bait ini.
Para sahabatku yang bejiwa besar; mari kita namakan hari ini sebagai hari 1/365.
Apa maksudnya ini?
Ya, dalam tempoh setahun akan datang (365 hari ). Kita akan ubah 3 perkara ini.
1) Keadaan kewangan kita
2) Keadaan kesihatan kita
3) Keadaan ibadat kita.
Baiklah, kepada yang mahu ambil bahagian sila tuliskan " saya " pada ruangan komen di bawah.
Insya-Allah mereka yang ambil bahagian untuk mengubah 3 perkara itu, terus kita serap sebagai keluarga MMR.
Saudara semua boleh 'save' nombor ini dihp masing-masing: 012-9876 717.
Kemudian hantar sms kepada nombor tersebut sebagai pengesahan.
Contoh sms:
Nama saya Fathuri Salehuddin. Dari Kelantan. Saya mahu jadi keluarga MMR.
Dan send ke: 012-9876 717.
1) No hp saudara juga akan saya save . Saya akan tandakan sebagai "Keluarga MMR Fathuri Salehuddin, Kelantan."
2) saudara boleh hubungi saya setiap kali ada hal yang mahu ditanya; juga untuk mendapatkan tips dan pandangan. Insya-Allah.
3) Ya, kita akan berkongsi kisah kita memburu impian itu selama setahun. Mulai hari ini.
*************
Kesimpulan:
Jika saudara mahu menjadi keluarga MMR dan mahu mengubah 3 perkara di atas dalam tempoh setahun:
1) Tuliskan " saya" pada ruangan komen di bawah
2) Hantar sms seperti contoh di atas ke nombor ini: 012-9876 717
************
Dan jangan lupa, hari ini adalah hari 1/365.
Ayuh, kita mulakan lagi bacaan al-Quran dan tekad untuk khatam setiap bulan. Insya-Allah.
Sasaran pertama khatam 30 juz pada bulan syawal ini.
***********
Sekali lagi. Kepada yang berhajat untuk mendapat personal coaching .
Yakni dalam tempoh setahun untuk mengubah 3 perkara di atas mohon
lakukan 2 perkara tersebut, sekarang.
No comments:
Post a Comment