Dari KELANTAN: Kisah 370
Ditulis pada 7:46 pagi, Ahad 4/8 , Pasir Puteh.
Tajuk: Aku dan pesan dari langit- Siri 26
Assalamualaikum para sahabat FBku yang baik hati. Didoakan sihat sejahtera, ceria bahagia. Amin.
Sahabatku..., didoakan juga hajat dan impian sahabat-sahabatku pada
hari ini khususnya; dimudahkan Allah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah.
Amin.
Sahabat..., kita masih fokus kepada membaca al-Quran. Berikut adalah senarai nama, yang sudah menghantar nama dan alamat penuh.
1) Wan Rosmaniza bt Wan Abdullah- Kulim Kedah (2 kali )
2) Rosedi Bin Abdul Ghani- Puchong Selangor
3) Zahidah Binti Zakaria - Pokok Sena Kedah
4) Suriati Sulong - Bachok Kelantan
5) Norlida Binti Mokhetar- Jerteh, Terengganu
6) Maizura Binti Osman- Kajang Selangor
7) Azizah Bt Lias @ Ahmad- Ketereh Kelantan
Shahrun Fahmi Bin M. Yusof- Jelebu Negeri Sembilan
9) Noriza Abdul Rahman - Arau Perlis
10) Kamaliah Muda - Kajang , Selangor
11) Fadzlina Bt Md . Fadzilah - Alor Setar, Kedah.
12) Zurahanim Fasha Binti Anual- Subang Jaya, Selangor
13) Asmah Bin Ismail, Kota Kinabalu, Sabah
14) Mohd Azman Ahmad,- Seri Kembangan, Selangor
15) Ahmad Abqari B. Mohd Zaki-Jengka , Pahang
16) Suriati Bt.Zakaria – Jengka, Pahang.
17) Su Khairiah Bt. Mohamad Azman – Lenggong , Perak
18) Siti Hamidah- Jelebu, Negeri Sembilan
19) Siti Syazawani- Dungun , Terengganu
20) Wan Kamalia Bt Ramli- tanjung ipoh, Negeri Sembilan
21) Muhd Khalaf- Dungun , Terengganu
22) Hanim Bt Abd Malik – Ipoh Perak
23) Zainun Abd Karim- Kemasik
24) Asyikin Mohaiyidin- Shah Alam , Selangor
25) Firdaus Hakim Bin Mohammad Nopiah- Ipoh Perak
26) Anis Bt Abd Majid – Shah Alam, Selangor
27) Ahmad Zainuddin Bin Zakaria- Kulim, Kedah
28) Nur Munirah Musa- Alor Star, Kedah
29) Haslna Mohamad- Serdang, Selangor
30) Shatriah Hanim Bt Shafie- Alor Setar, Kedah
31) Safiyyah Munirah Md Tahir – Ipoh , Perak
32) Mohd Fadzely- Kota Tinggi, Johor
33) Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir- Ampang, Selangor
34) Mohd Hafiz Bin Che Mahasam – Rantau Panjang, Kelantan
35) Ahmad Fadzli Fauzi- Jerteh, Terengganu
36) Nurzahwani Mohd Nor- Merlimau, Melaka.
***********
Saya percaya masih ramai lagi yang sedang membaca dan terus membacanya
dengan tekun. Biarpun belum khatam 30 juz tetapi, sudah Allah beri
rezeki yang jauh lebih bernilai.
Sebagaimana sms yang diterima pagi ini:
" Assalamualaikum ustaz. Moga ustaz sihat selalu. Dah lama saya tidak
sms dan telefon. Pagi ini saya baca status MMR. Saya pernah plan nak
khatam bulan puasa, sehingga kini saya masih juzuk 6 sambil -sambil baca
di hospital.
Ustaz, saya dah lama tidak baca quran, saya baca
surah tertentu contoh surah al-Waqiah. Mula-mula saya sahut saranan
ustaz sebab ganjaran buku MMR. Tapi sekarang saya tak kisah kalau tak
dapat buku sebab saya sedar dan rasa nikmat lain yakni baca al-Quran.
Walaupun saya tak dapat khatam (walaupun masih mencuba) insya-Allah saya akan teruskan membaca dan cuba memahami.
Tq ustaz sebab apa yang ustaz saran memang berkesan di hati saya. Alhamdulillah"
***********
Ada juga sms yang berbunyi begini:
" Assalamualaikum Ustaz, setakat ini saya sudah baca 16 juzuk al-Quran untuk pusingan kedua bermula 28/7 . Alhamdulillah."
***********
Dan yang berbunyi begini pun ada:
"Assalamualaikum Ustaz...Alhamdulillah...pagi 25 ramadhan yang
indah...saya khatam 30 juzuk...tahun lepas dapat 27 juzuk. Tahun ini
alhamdulillah..."
**********
Baiklah, apa maksudnya ini?
Setiap kita diberi ruang dan peluang yang sama. Dan tanda-tanda masa
yang berkat adalah dihabiskan kepada perkara-perkara yang memberi
manfaat di dunia dan akhirat kita.
Kata seorang ustaz, membaca
al-Quran dalam solat dapat ganjaran 70 pahala pada setiap hurufnya. Nah,
baca "Alif, Lam, Mim...." sahaja dalam solat sudah dapat 210 pahala!.
Fahamlah kita mengapa Nabi baca surah yang panjang-panjang dalam solat malam.
Fahamlah kita mengapa para Ulama khatam berpuluh kali dalam bulan
ramadhan berbanding bulan lain. Imam As-Syafie misalnya khatam 60 kali
dalam bulan ramadhan.
***********
Siapa yang ada tekad. Allah pasti bantu. Allah pasti mudahkan. Pasti!.
***********
Masa masih ada. Tutup FB, buka al-Quran dan teruslah membacanya, baris demi baris...,juz demi juz....
Kemudian sebelum masuk waktu zuhur nanti, bolehlah sms nama dan alamat
ke nombor ini: 012-9876 717. Berapapun yang sahabat khatam akan dapat
hadiah.
Khatam 1 juz akan dapat hadiah 1 naskah buku MMR.
Khatam 10 juz dapat 10 naskah.
Khatam 30 juz dapat 30 naskah.
Khatam 30 juz 2 kali dapat 60 naskah. (sudah ada beberapa orang yang berjaya. Alhamdulillah)
Begitulah. Mohon maaf kerana tidak mampu kami memproses sms yang diterima selepas zuhur. Dan bermakna tidaklah dapat hadiah.
*************
Selepas Zuhur nanti semua senarai nama (terbaru ) akan dipaparkan di
sini. Ya, sms yang kami terima sebelum waktu zuhur sahaja . Insya-Allah.
Didoakan Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus membaca dan membaca al-Quran. Amin.
***********
Nota: Siapa yang mahu menaja kos penghantaran juga masih terbuka sehingga waktu zuhur sahaja.
Taja 1 orang = RM30
Taja 30 orang = RM900
* Kos pos laju untuk 30 naskah buku MMR adalah RM30.
Untuk maksud ini :Boleh bank ini ke akaun ini:
Maybank: 1642 2128 7382. Rohani Abdul Rahman
Kemudian disusuli dengan sms. Contoh:
"Saya sudah bank in RM10 untuk tajaan kos penghantaran (Fathuri Salehuddin)" Dan send ke kepada: Ustazah Rohani: 012-2621 577
Ya, berapa pun jumlahnya tidak penting. Kerana Allah yang akan
membalasnya . Apapun balasannya akan kembali kepada pelakunya.
Insya-Allah.
Setakat baris ini ditulis sudah ada 36 orang berjaya khatam al-Quran. Alhamdulillah.
Begitulah....
************
Sekali lagi, semua sms yang kami terima (sebelum zuhur ) akan kami
paparkan di sini . Yakni selepas semua hadiah diposkan. Dijangka selepas
Isyak nanti. Insya-Allah.
************
Dan ini berita terkini:
Mengikut ustazah Rohani juga, semua pembelian buku yang diterima sebelum zuhur (hari ini) juga akan dihantar pada petang ini.
Tempahan untuk membeli buku yang diterima selepas zuhur dan selepas
hari ini (Ahad, 4/8) akan dihantar pada 13/8. Iaitu pada hari Selasa
minggu depan. Insya-Allah.
Untuk menempah buku boleh ziarah di sini dulu: www.jemputrezeki.com.
Bayaran setelah buku diterima. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment