Dari KELANTAN: Kisah 83
Ditulis pada 7:45 pagi, 25/5/2013, Pasir Puteh.
Tajuk:' Ujian, oh ujian'
Semasa menulis baris ini, pancaran matahari sudah meriah. Bunyi burung
juga begitu. Cuma dedaun yang masih kaku. Tidak berkutik. Kelihatannya
pagi ini sang angin seperti menyambut cuti sekolah juga. Turut bercuti
barangkali.
Aku teringatkan kepada beberapa sms yang diterima semalam; malah minggu-minggu sebelumnya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga. Mengapa boleh jadi begini...?
Kelihatannya mereka ok ,ok saja. Malah tidak kelihatan pun tanda-tanda
susah. Apatah lagi bila dinilai dari kata dan gayanya. Tiba-tiba... eh,
....menghantar sms mahu meminjam wang. Sedang emergency katanya...
Mereka itu, ada yang sangat aku kenal dan ada yang tidak aku kenali langsung.
Benarlah ' ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'.
Inilah kehidupan di dunia. Tiada yang kekal. Kaya tidak kekal. Miskin tidak kekal. Sihat tidak kekal. Sakit pun tidak kekal.
Bahagia tidak kekal, derita tidak kekal. Yang kekal adalah perubahan.
Kita akan terus barubah dari satu emosi kepada emosi lainnya. Kita akan
beruba dari satu situasi kepada situasi yang lain.
Ujian juga begitu. Masa lapang adalah ujian. Masa sibuk adalah ujian.
Kekayaan adalah ujian, kemiskinan adalah ujian. Berduit ujian, tidak berduit juga ujian.
Mereka yang faham, akan diam dan terus bertahan menunggu bantuan Allah. Solat dan sabar adalah kuncinya.
Jika tidak....satu dunia akan kita beritahu kita yang kita sedang
diuji, kita sedang susah, kita sedang menderita. Kita sedang sesak, kita
perlukan bantuan...
Alahai....mereka yang diberitahu itupun belumlah dapat membantu tanpa izin-Nya.
Dan beruntunglah orang-orang yang memahami ini.
No comments:
Post a Comment