Dari KELANTAN: Kisah 74
Ditulis pada 9:14 malam, 21/5/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Tajuk: 'Kerja Kosong'
Saya pernah bekerja di kilang. Malah dalam buku di atas (bab 12), ada saya ceritakan kisah semasa bekerja di sebuah kilang.
Kini saya sedang memasang impian untuk memiliki kilang.
Kilang apa ya? Entahlah...tapi hati saya pernah berbisik begitu.
Ya, satu hari nanti saya mesti mempunyai sebuah kilang.
Mengapa?
Kerana saya mempunyai impian untuk memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang.
Bekas majikan saya juga begitu. Bermula dari kilang yang kecil, kini
sudah memiliki kilang yang besar. Niat asalnya begitulah...
Yakni mahu memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang miskin dan ibu-ibu tunggal yang susah.
Hari ini? Beliau sudah berpangkat Dato' dan menikmati apa yang
diimpikan oleh kebanyakan orang. Pun begitu, orangnya masih
begitu-begitu...
Masih selesa merendah diri.
Kerana
impian mahu memiliki kilang itu masih tidak tahu bila..., saya terus
memikirkan; apakah caranya agar saya boleh memberi peluang pekerjaan
kepada ramai orang?
Subhanallah!, pada hari ini, Allah ilhamkan saya sesuatu.
Ya, saya menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.
Buat permulaan, saya tawarkan ganjaran seperti berikut:
1) Elaun hp- RM500
2) Komisyen jualan- RM5/naskah
3) Sebahagian besar masa bekerja dari rumah.
4) Target minimum ialah 100 naskah sebulan.
5) Jawatan ini namanya 'Telemarketer'. Kerjanya mudah, iaitu menjual
buku di atas. Buku itu pun sudah sedia laris. Ya, menjual tanpa bertemu
orang, cuma melalui telefon, mungkin facebook atau lain-lain cara yang
seumpamanya.
6) Latihan akan saya berikan (personal coaching) melalui hp, dan lain-lain. Insya-Allah berkesan.
7) Boleh pilih mahu menerima komisyen jualan setiap minggu atau sebulan sekali. Manakala elaun hp akan diberi sebulan sekali.
Buat permulaan saya perlukan 14 orang . Seorang bagi setiap negeri.
9) Kepada yang berminat sila hantarkan pengalaman kerja ke: fathuri72@yahoo.com
10) Kepada yang tiada pengalaman tetapi mahu mencari pengalaman juga digalakkan memohon.
11) Jika mahu segera bermula, terus saja telefon saya: 012-9876 717
Sekadar inilah yang boleh saya tawarkan buat masa ini. Insya-Allah. Semoga barakah. Amin.
No comments:
Post a Comment