Dari Kelantan: Kisah 54
Ditulis pada : 10:27pm, 6/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Inilah kehidupan.
Sms, email dan panggilan telefon dari para pembaca adalah lumrah kepada
seorang penulis. Apatah lagi, jika buku itu menjadi bestseller.
Dengan izin Allah, buku di atas sudah masuk cetakan ke-10. Dan jumlah cetakan terkumpul adalah sebanyak 60,000 naskah.
Sms di bawah baru saja diterima:
" Salam buat saudara. Saya baru selesai membaca buku saudara. MMR
adalah antara buku terbaik buat saya dan amat-amat bermanfaat kepada
insan-insan yang seperti saya.
Terima kasih kerana sudi
berkongsi ilmu dan mohn dihalalkan ilmu untk manfaat saya. Sekali lagi
terima kasih dari saya. (nama sengaja ditiadakan). Sg Petani. Kedah."
Petang tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari KL (menaiki bas ) sms di bawah diterima:
" Assalamualaikum. Allah sedang menguji saya. Saya adalah masalah
rumah-tangga. Saya buntu dan hilang arah memikirkan melihat isteri asyik
menangis. Di saat ini apa yang patut saya buat?"
Begitulah kehidupan. Ia ibarat roda . Ada kalannya di atas dan ada kalanya di bawah.
Ada masa gembira dan ada masa sedih .
Seperti cuaca, ada panas dan ada hujan.
Pun begitu, bila kita tahu kuncinya; atas atau bawah itu sama saja.
Hujan atau panas pun sama. Hidup mesti diteruskan.
Bukan semua orang tahu kuncinya. Kepada yang sudah tahu alhamdulillah.
Kepada yang belum tahu, milikilah buku di atas. Ya, harganya cuma RM24 termasuk belanja pos. (RM18 + RM6 )
Saudara boleh sms nama dan alamat kepada ustazah Rohani: 012-2621 577. Bayaran setelah buku diterima.
Semasa saya berada PBAKL2013 , ramai yang mengatakan sudah memiliki buku di atas. Dan saya pun segera mengatakan begini:
" Cik Puan belilah satu, dua atau sepuluh naskah lagi. Hadiahkan kepada
orang-orang yang kita sayang. Insya-Allah 1-1=10 bukan kosong . Hal ini
dinyatakan pada mukasurat 89"
"Setiap kebajikan yang kita buat pasti Allah balas. Bukan insya-Allah. Kerana janji Allah adalah benar..." sambung saya.
Dan kesannya sebanyak 290 naskah terjual...!
Dalam sebuah seminar, saya pernah menjual senaskah buku di atas dengan harga RM180. Ya, 10 kali ganda!.
Apabila saya tanya, mengapa tuan sanggup membeli buku itu dengan harga begitu?
Jawab beliau,
" Saya membeli nilai...."
Saya percaya, jika apa yang akan kita dapat melalui buku itu boleh menyelesaikan masalah kita..,
boleh memudahkan datangnya rezeki...,
boleh memberi idea bagaimana untuk hidup tenang dan bahagia...
Setiap dari kita pasti ingin memiliki buku itu. Kerana ia memberi kita sesuatu yang bernilai.
Dan memang inilah impian saya.
Kerana itu, saya sangat serius untuk mencapai sasaran ini:
Iaitu agar setiap mata yang pernah memandang al-Quran, diberi peluang memandang buku itu.
Dalam seminar , biasanya saya akan beri mereka baca percuma. Beli atau tidak bukan persoalan.
Kepada saudara pembaca yang mahu menjadi dealer, dan bergabung bersama
kami menyampaikan mesej buku di atas. Sila berhubung terus dengan saya:
012-9876 717.
Insya-Allah, harganya dijamin istimewa. Dan saya
sedia berkongsi amalan-amalan lain yang tidak saya kongsikan di sini.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment