Dari KELANTAN: Kisah 81
Ditulis pada 1:46 petang, 22/5/2013 Pasir Puteh.
Tajuk: MPH
Saya mendapat ini khabar sebelum zuhur tadi:
Saya dikhabarkan oleh En. Wizan bahawa beliau baru sahaja selesai
bertemu wakil kedai buku MPH. Minggu sebelumnya MPH sudah menelefon dan
mahu membeli 1,000 naskah buku MMR.
Pun begitu setelah diberitahu bahawa pihak kami berurusan secara tunai sahaja; urusniaga itu terhenti sebentar. Diberitakan oleh pihak MPH bahawa sudah ramai yang bertanyakan buku MMR di kebanyakan outlet mereka.
Kebanyakan outlet MPH dan Popular serta kedai-kedai buku utama sudah
kehabisan stok,kerana mulai cetakan ke-6, kami menggunakan 100 peratus
jentera pemasaran kami sendiri.
Ada sebab mengapa kami mahu
menongkah arus. Secara tradisinya, kedai buku membeli buku secara
hutang. Dan pihak penerbit pun ramai yang berhutang dengan pencetak
buku.
Kami memilih untuk memecah tradisi ini. Justeru, semua urusan adalah secara tunai. Dan ia bersebab.
Dikhabarkan idea membeli buku MMR secara tunai ini akan dimesyuaratkan
oleh mereka. Kita lihat bagaimana ketentuan Allah nanti. Jika mereka
faham dan sanggup, buku MMR akan kelihatan sekali lagi di rak-rak buku
MPH. Insya-Allah.
Apa yang jelas, kami akan terus bertahan
dengan prinsip ini. Dan ia bersebab. En. Wizan, yang bertindak sebagai
pengurus kepada MD (Master Dealer ) buku MMR di seluruh Malaysia
sudahpun menerangkan sebab-sebabnya kepada mereka.
Kepada saudara yang mahu menjadi dealer , inilah masanya. Buku MMR sedang hot. Ia mendapat permintaan dan sedang dicari-cari.
Statistiknya kekal tinggi. Iaitu setiap 10 orang yang memegang buku
ini, dan melihat kandungannya, insya-Allah akan ada yang mahu membeli.
Data ini saya perhatikan konsisten sejak cetakan pertama lagi.
Kini, buku MMR sudah masuk cetakan ke-10 (dalam tempoh 1 tahun ). Cetakan terkumpul adalah 60,000 naskah.
Impiannya adalah agar sampai ia (dimiliki) oleh sejuta jiwa pada 1/5/2015. Iaitu dalam tempoh 3 tahun (1/5/2012- 1/5/2015)
Untuk maksud itu, jika saudara/ri mahu keterangan lanjut tentang utusan
menjadi dealer boleh terus berhubung dengan beliau: 014-5450 888
(En.Wizan)
Begitulah...
No comments:
Post a Comment