Dari Kelantan: Kisah 52
Ditulis pada 9:23am, 6/5/2013, Kg Gaal. Pasir Puteh.
Tajuk: Zikir Asmaulhusna
Pada PBAKL 2013 yang lepas, saya diizin Allah bertemu dengan para pembaca buku di atas.
Alhamdulillah, banyak yang saya berlajar dari mereka. Insya-Allah akan saya kongsikan satu persatu di sini.
Salah satu daripadanya adalah seorang pembaca yang khabarnya berniaga secara online. Kami bertemu di PWTC.
Apa yang menarik tentang beliau adalah orangnya sangat simple dan
merendah diri. Suaminya juga begitu. Walhal jika dikira dari segi
income, subhanallah!
Lebih menarik lagi, zakat yang beliau
bayar bermula dari RM200 sahaja. Semakin bertambah jumlah pendapatan,
semakin bertambahlah jumlah zakatnya.
Mudahnya begini,
berapakah agaknya income beliau jika zakat yang dibayar adalah sebanyak
RM90,000? Dan kita sama-sama faham zakat yang dibayar adalah 2.5% dari
jumlah pendapatan.
Dan tentu kita boleh anggarkan jumlah
income beliau. Dan beliau juga membeli 400 naskah buku di atas hanya
untuk dijadikan hadiah. Subhanallah, begitulah pemurahnya beliau.
Baik, yang ingin saya kongsikan di sini adalah amalan beliau. Beliau
sangat menitik beratkan zikir. Pada beliau zikir itu adalah tabungan.
Semakin banyak zikir semakin banyaklah tabungan. Dan dengannya mudahlah
untuk memohon sesuatu kepada Allah.
Mudahnya begini, katakan
kita mempunyai tabungan sebanyak RM1,000. Jadi, bilamana kita berhajat
kepada sesuatu yang harganya RM100, tentu kita boleh mendapatkannya
dengan cepat dan mudah; kerana tabungan yang ada cukup.
Dan hal
ini tidak mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai banyak tabungan
atau tiada tabungan langsung. Jadilah segala hajat kita susah dan lambat
diperoleh.
Apa maksudnya ini?
Jika kita mahu hajat
dan impian kita dimudahkan Allah, banyaklah berzikir. Semakin banyak
tabungan zikirnya, semakin mudah dan cepatlah Allah mengabulkan hajat
kita.
Inilah yang saya faham dari apa yang beliau kongsikan.
Dan zikir yang dimaksudkan adalah :
"Ya Wahhab"
"Yang Maha Pemberi"
Zikirkan banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 1,000 kali sehari.
Oh, ya mohon dikongsikan info ini ya.
Semoga ada yang beramal dan dapatlah kita kongsikan pahalanya.
Insya-Allah.
Dan jika mahu perinciannya, terus saja berhubung dengan saya: 012-9876 717
insyaallah nak cuba amalkan...mdh2an
ReplyDelete