Monday, 29 April 2013

Kisah 51 : Impian Baru

Dari KELANTAN: Kisah 51
Ditulis pada 9:16 am, 29/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: "Impian Baru"

Seingat saya impian baru ini Allah ilhamkan kepada saya pada 22/12/2012. Ya, Kira-kira 4 bulan yang lalu.

Ideanya adalah ingin menerbitkan majalah sendiri. Majalah yang unik dan simple. Ia tentang kisah-kisah benar.

Yakni orang-orang terpilih yang meraih sukses dengan prinsip-prinsip sebagaimana yang terdapat di dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.

Dan saya percaya terdapat ramai orang yang bergitu di sekeliling kita. Alangkah bagusnya jika kisah mereka dapat dikongsikan dengan kita semua.

Barangkali beliau seorang:

- Doktor
- Pelajar
- Usahawan
- Ustaz
- Surirumah
- Ibu tunggal
- Isteri kedua
- Pesakit kronik
- Pendatang

Subhanallah. Senarai ini akan menjadi sangat panjang!

Mereka adalah orang-orang biasa (seperti kita) yang mempunyai kisah luar biasa. Kisah yang unik dan penuh pengajaran.

Barangkali kisah itu tentang perjuangan, pengorbanan, ketekunan, ketabahan, keikhlasan, kesabaran.....dan sekali lagi senarai ini juga akan menjadi sangat panjang!

Ya, ia tidak terhad kepada kisah si miskin menjadi kaya. Atau kisah si kaya kembali miskin.

Boleh jadi si pesakit kronik sembuh dari sakitnya. Ini juga rezeki yang besar.

Boleh jadi pasangan yang bercerai kembali bersama. Subhanallah!

Barangkali si anak yang tidak taat kembali jadi anak yang soleh. Allahuakbar!

Boleh jadi, si jahi jadi Alim. Masya-Allah!

Ya, sekali lagi, senarai ini akan menjadi lebih panjang lagi.

Baik, untuk meringkaskan kata, mari kita jadikan impian itu jadi nyata.

Ya, maksud saya ia adalah impian kita bersama. Kita, akan jadikan ia nyata.

Sungguh, saya tiada pengalaman langsung menerbitkan majalah. Namun ia bukanlah penghalangnya. Kerana saya yakin, asal niat baik untuk memberi manfaat kepada umat, bantuan Allah pasti ada.

Oleh itu, saya menjemput saudara pembaca untuk mula memikirkan hal ini. Lontarkan idea bagaimana majalah itu nanti boleh jadi majalah yang paling menarik. Paling disukai oleh pembaca.

Saya difahamkan, dan melalui maklumat yang saya ada, edaran tertinggi majalah di Malaysia adalah sekitar 140,000 naskah sebulan.

Nah, sudah tentu kita mahu mengatasi semua angka yang ada. Nah, sudah tentu kita perlukan team yang luar biasa cara fikir dan cara kerjanya.

Melalui ruangan komen di bawah, sila nyatakan apa saja yang saudara rasa tentang impian ini. Dan jangan tertinggal idea dan cadangannya.

Saya faham, kita perlukan wartawan, editor, designer, team pemasaran, dan pelbagai lagi yang berkaitan.

Dan saya percaya mereka semua ada di sekeliling kita.

Nah, sekarang satu pertanyaan dari saya. Sanggupkah saudara bergabung dengan kami?. Kerana ia bukanlah impian yang biasa-biasa.

Sekali lagi, tuliskan apa yang saudara rasa pada ruangan komen di bawah Insya-Allah.

Atau mahu berhubung terus dengan saya? Silakan....012-9876 717

No comments:

Post a Comment