Dari KELANTAN: Kisah 50
Ditulis pada 11:06 pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh
Tajuk: 'Solat Hajat 5 kali sehari'
Buku di atas, 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah dicetak sebanyak 9 kali. Manakala jumlah cetakan terkumpul adalah 50,000 naskah. Buku tersebut dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lepas, 2012. Tepatnya pada 1/5/2012.
Kesannya saya menerima email, sms dan telefon dari pembaca yang tidak
putus-putus. Walaupun saya sudah melantik seorang manager dan nombornya
ada terpampang di buku, email, sms dan panggilan masih belum surut.
Sudah tentu, aktiviti harian turut berubah. Tugas menulis, membaca,
bermusafir, bermesyuarat, berprogram dan pelbagai "ber" lagi perlu
dirancang dengan serius.
Apabila saya pulang ke rumah dari musafir yang agak panjang, Si Abu Bakar As-Siddiq akan saya terpa, peluk dan cium.
Setelah itu, Si Abu Bakar yang berusia 3 tahun itu pun akan berlari-lari mendapatkan ibunya dan berkata...
" Umi..., ayah cium Abu Bakar umi...."
Aduhai...syahdunya hati si Ayah.
Dan bila pulang dari musafir pun bukanlah masa mutlak bersama keluarga. Email, sms dan telefon tetap bertali-arus.
Dan salah satu pemanggilnya baru-baru ini adalah seorang wanita dari
Utara. Setelah beliau meluahkan masalah yang ditanggung, saya akan
memberi pendapat yang standard, iaitu:
Puan/Tuan solatlah hajat..... 5 kali sehari.
Ada yang teruja dan tidak kurang yang terkejut dengan idea itu.
Pun begitu, selang beberapa hari saya mendapat sms dari pengadu itu. Begini bunyinya:\
" Syukur sangat-sangat. Ada orang telefon hutang saya disedekahkan
balik kepada saya. Seperti yang ustaz kata, kalau ada sesuatu berlaku
beritahu ustaz. Ini agak besarlah bagi saya. Jazakallah di atas
bimbingan panduan daripada ustaz"
Begitulah...
Bukan susah mana pun, cuma lebihkan sujud saja. Lima kali solat hajat itu adalah pada waktu berikut:
Selepas sunat sunat tahajud, selepas solat sunat dhuha, selepas zuhur, selepas maghrib dan selepas isyak.
Selepas solat hajat, ditambah lagi dengan zikir yang terdapat pada
kisah 47. Zikir itu diijazahkan oleh Cikgu Husin dan beliau belajar dari
seorang guru yang bukan calang-calang orangnya. Beliau juga sudah
amalkan. Alhamdulillah mujarab.
Kini, tiba giliran kita pula untuk mencubanya...insya-Allah.
Benar, ilmu yang best itu tidak semestinya sukar untuk diamalkan.
No comments:
Post a Comment