Sunday, 28 April 2013

Kisah 48 : Di balas dalam tempoh 15 minit?

Dari KELANTAN: Kisah 48
Ditulis pada 9:44pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.

Tajuk: Di balas dalam tempoh 15 minit?

" Abang di mana?" tanya si isteri

" Masih di Kubang Kerian dan menuju ke rumah" sms dibalas.

" Ok. Kami tunggu di bawah pokok rambutan depan rumah, pukul 5 nanti. Insya-Allah" sms dibalas lagi.

Jam 5 petang tepat saya tiba di halaman rumah.

Beberapa minit kemudian Si Abu Bakar As-Siddiq dan ibunya muncul. Keduanya kelihatan riang. Maklumlah, bukan selalu dapat bersantai di pantai.

Saya memang penat setelah seharian memandu ke sana kemari. Dan kalau diikutkan hati memang tidak sanggup memandu ke sana. Bukannya dekat. Hampir sejam juga. Ditambah lagi bila memandu itu pula bukanlah kegemaran saya.

Pun begitu, bila mengingatkan keluarga yang selalu ditinggal-tinggalkan, saya gagahkan juga. Niat sedekah....menyampaikan hajat orang. Begitulah...

Pantai, angin petang dan gelagat pengunjung menjadi satu. Kami menikmati suasana petang di Pantai Bukit Kluang, Besut.

Abu Bakar galak. Si ibu tenteram.

Hampir maghrib kami bertolak pulang. Singgah di masjid Hadhari, Jerteh.

Saf sudah terbentuk ketika saya memasuki dewan solat. Namun mata saya tertumpu kepada sebuah tabung yang tertulis:

" Derma untuk membuat tempat letak motorsikal..."

Saya memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. Kemudian terus menyertai saf solat maghrib.

Usai solat saya segera menuju ke kereta. Kelihatan seorang rakan lama perkir berhampiran. Kami berbual dan tiba-tiba beliau bertanya...

"Ada buku?"

"Ada"

"Mahu berapa"

" Berilah 20 naskah"

Buku diberi dan bayaran saya terima.

Untungnya ?

Tepat!

Iaitu 10 kali ganda dari jumlah yang saya masukkan 15 minit yang lepas. Subhanallah!. Begitulah matematik Allah.

Ternyata 1-1 = 10

Hal ini ada ditulis pada muka surat 89 buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Insya-Allah.

Dan setiap dari kita boleh mempelajari dan mengamalkannya. Kerana ia sangat mudah, mudah, dan mudah....

No comments:

Post a Comment