Dari KELANTAN: Kisah 47
Ditulis pada 9:16, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Amalan ketika terdesak?
"Ustaz, kami jemput ke majlis makan malam. Anjuran kelab volvo di Kota
Bharu. Nanti kami maklumkan tarikhnya. Mungkin 1 atau 2 Mei" sapa salah seorang pengunjung bengkel kereta di kawasan berek 12 Kota Bharu.
Saya tersenyum dan mengangguk.Di dalam kepala cuba mengingati di
manakah jadual saya pada tarikh tersebut. Dan pada masa yang sama tidak
habis fikir tentang bil yang baru diserahkan kepada saya.
Kali
ini sudah masuk kali ke-2 bertandang ke bengkel itu. Dikatakan beliau
seorang pakar volvo. Namun, alahai....masalahnya belum selesai. Dan
bilnya terus bertambah...
Seorang lagi pengunjung menyapa.
"Ustaz dari mana? Mengajar di mana?"
Lalu saya ambil buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' dan serahkan kepada beliau.
"Ini hadiah dari ambo" kata saya.
Beliau membelek buku itu dan terus berkata,
" Saya memang peminat buku dan setiap bulan saya membeli buku. Terima kasih banyak-banyak ustaz!" kata beliau girang.
Saya tersenyum, dan senyuman itu terhenti tiba-tiba bila beliau menyambung kata...
" Sedekah memang jadi amalan saya sejak kecil ustaz. Alhamdulillah
janji Allah adalah benar. Begitu juga dengan ibadah kurban. Setiap tahun
saya tidak pernah miss"
Cuma pada satu tahun itu...., saya
terlupa menabung dan benar-benar tidak ada wang. Padahal duit kurban
perlu diserahkan esok paginya.
Hanya Tuhan yang tahu betapa terdesaknya saya. Mahu meminjam dengan orang saya malu. Lalu saya teringatkan pesan guru saya."
Kata guru saya, jika kita sedang terdesak, bacalah sebanyak 313 kali zikir di bawah:
No comments:
Post a Comment