Sunday, 28 April 2013

Kisah 49 : Tadbir Ringgit

Dari KELANTAN: Kisah 49
Ditulis pada 10:22pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh

Tajuk: 'Tadbir Ringgit'

Empat hari lepas, iaitu pada 25/4, saya bertandang ke pejabat seorang trainer yang menghkusus dalam bidang terapi. Pejabat beliau di Senawang , Negeri Sembilan.

Pulang saja dari pejabat beliau, saya mendapat satu panggilan telefon.

Antara percaya dengan tidak saya mengatakan "Ya".

Natijahnya, dalam keadaan keletihan, setelah bermusafir sejak 4:30 pagi dari UUM Kedah, di sambung lagi dengan beberapa siri perjumpaan; saya terpaksa pula mengunjungi Giant.

Apa tidaknya. Baju-baju semua sudah dipakai, dan belum berbasuh. Walhal jemputan shooting itu adalah pagi esoknya. Maka Giantlah jawabnya.

Alhamdulillah, kopiah pun ada.

" Cik Puan Shazwani yang dirahmati Allah, mohon penampilan saya esok dimaklumkan sebagai penulis buku ya dan bukan seorang ustaz." bisik saya perlahan melalui telefon.

Beliaulah yang menelefon saya pada petang itu. Beliau adalah penolong penerbit sebuah produksi.

Dikhabarkan ia merupakan sebuah program baru yang akan disiarkan di TV al-hijrah.

Esoknya. Pengalaman baru dicipta....

Panel jemputan yang turut memeriahkan segmen itu adalah naib presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI). Subhanallah. Sungguh ia merupakan rezeki yang menarik.

Kami sempat berkenalan dan berbual-bual. Dan di antara kata-kata beliau yang terngiang diingatan saya adalah ini...

" Tujuh tahun saya mencari....alhamdulillah alhirnya berjumpa..
"

Apa yang beliau cari ? dan apa pula yang beliau jumpa?

Pertanyaan itu bermain di fikiran saya.

Rupa-rupanya, ia sangat signifikan dengan buku yang baru saya beli dan baca, iaitu:

"Mengenal Diri" dan "Mengenal Allah"

Dua buah buku berkulit tebal itu berwarna hijau dan merah.Harganya RM200 termasuk satu set VCD. Penulisnya adalah anak murid sebenar kepada Tok Kenali. Saya beli di masjid Bangi.

Buku itu menarik, dan lebih menarik lagi bila dapat berguru. Ia tentang ilmu mengenal diri dan ilmu mengenal Allah.

" Insya-Allah, saya akan kenalkan dengan guru saya...." kata beliau.

Subhanallah. Apa lagi yang mahu saya katakan.... alhamdulillah.

Pertemuan di Prince Hotel itu, bukan sekadar mencipta pengalaman baru. Ia juga mencipta kawan baru dan insya-Allah guru baru.

Kepada saudara yang mahu menonton program baru berkaitan bisnes dan ringgit, insya-Allah, khabarnya akan ke udara pada bulan Jun 2013.

No comments:

Post a Comment