Dari KELANTAN: Kisah 68
Ditulis pada : 6:47 pagi, 16/5/2013
Tajuk: ' 1 Aspirasi 1 Agenda '
Begitulah tema hari guru pada tahun ini, 2013.
Dua hari lepas, saya menerima surat yang berbunyi seperti di bawah:
"Tuan,
" Jemputan ceramah sempena sambutan hari guru peringkat SK Alor Lintah 2013
Tarikh: 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa: 11:30 am -12.45 th
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Alor Lintah
Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua guru dan kakitangan sekolah
ini ingin menjemput tuan untuk memberi ceramah/mesej ilmu demi
kecemerlangan guru-guru dan kakitangan sekolah ini semasa menjalankan
tugas dan amanah masing-masing."
Begitulah, di antara isi kandungan surat yang diterima .
Baik, apa yang mahu dikongsikan di sini adalah, buku di atas menjadi
sebab penulis buku MMR (Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ) mendapat ruang
dan peluang menyampaikan mesej ilmu.
Nah, apa maksudnya ini? Bagi saudara yang belum mula menulis, mulalah menulis...
Majalah MMR, memberikan ruang dan peluang yang luas kepada saudara untuk mula menulis dan menyampakan mesej kepada masyarakat.
Majalah MMR adalah majalah cerita. Ya, "cerita kita untuk kita"
begitulah niatnya. Saudara hanya perlu menulis cerita. Cerita yang
pernah saudara alami sendiri. Sudah tentu cerita begitu mengandungi
mesej yang bagus dan menarik untuk dikongsi.
Majalah MMR
mengandungi 40 kolum/ruangan yang mewakili 40 cerita pelbagai lapisan
masyarakat. Uniknya, kolum/ruangannya kekal, yang silih berganti adalah
penulisnya.
Nah, kini dengan adanya majalah MMR, sesiapa sahaja yang mahu dan ada cerita boleh jadi kolumnis majalah!
Sila rujuk 'Kisah 66' di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan majalah
MMR kita ini; yang dicita-citakan terbit selewatnya pada minggu pertama
bulan Ramadhan. Insya-Allah.
Mohon doa saudara dan,
Selamat Menyambut Hari Guru.
No comments:
Post a Comment