Dari KELANTAN: Kisah 55
Ditulis pada: 7:55am, 7/5/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh, Kelantan.
Tajuk: 'Rasa tenang adalah rezeki '
Matahari mula memancar. Titis-titis embun berkilau-kilau bila disimbah cahaya sang mentari.
Paling enak, pada waktu ini bila dapat duduk di halaman rumah. Berkaki
ayam..., bersandar dikerusi dan menghirup udara pagi yang segar.
Tidak jauh dari halaman yang menghijau ini, merupakan jalan besar. Kedengaran berdesup-desup bunyi kereta, lori dan motorsikal.
Ah, jangan ditanya haluan mereka. Memangnya sebahagian besar dari
mereka sedang meredah rutin yang tidak mereka gemari. Aku juga begitu.
Dulu....malah, bertahun-tahun begitu.
Kini..., impian itu sudah
jadi nyata. Menyonsang kebiasaan. Dikala mereka terpaksa bergegas ke
tempat kerja. Dan dengan hati yang tidak rela. Aku, mampu
bersenang-senang..., di atas sejadah; kalau mahu.
Juga, mendengar kicauan burung dan membiarkan diri disimbah cahaya mentari; yang kata orang pandai kaya vitamin D?
Sungguh, hidup ini merupakan pilihan. Ya, kita ada pilihan.
Dan aku sudah pun membuat pilihan.
Alhamdulillah.
Sungguh, rasa tenang itu merupakah rezeki yang besar.
Tidak semestinya menunggu pendapatan yang besar; untuk meraih rasa tenang itu.
Ia boleh diraih oleh sesiapapun yang mahu; yang berhajat.
Kerana rasa tenang itu adalah rezeki.
Mohonlah rezeki 'rasa tenang ' dari pemilik-Nya.
Melalui 'Zikrullah'.
Ucapkan, "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...."
Biarpun, apa yang kita ada sekarang belumlah apa yang dihajatkan.
Bukankah Allah ada berjanji, siapa yang bersyukur akan ditambah nikmat.
Nah, kerana itu kita mula berlatih bersyukur, walau apapun keadaan kita saat ini.
Ucapkan, " Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..."
Insya-Allah, akan tiba waktunya...
Rezeki tenang itu, kita akan peroleh.
No comments:
Post a Comment