Dari KELANTAN: Kisah 89
Ditulis pada 11:20 pagi, 26/5/2013, Pasir Puteh.
Tajuk: Surat Berantai
Salah satu, strategi menjual adalah menggunakan risalah. Pun begitu,
dengan sedikit kreativiti, risalah yang biasa menjadi luar biasa
(kesannya).
Dengan izin Allah, risalah buku MMR (Mudahnya
Menjemput Rezeki), yang terdiri dari empat muka surat A4 sudah pun
menjalankan tugasnya.
Risalah empat muka surat
itu, boleh saja jadi surat berantai-rantai yang tidak berpenghujung.
Kita tidak tahu, mata rantai yang mana satu bakal menghasilkan jualan.
Pun begitu, ia menarik utuk dicuba. Dan mereka yang sudah mencubanya sudah pun beroleh hasil. Alhamdulillah.
Dikhabarkan dengannya ada yang mendapat 4 sales sehari. Ada pula yang
mendapat RM500 sehari. Ada yang tidak mendapat apa-apa sales dalam
sehari pun ada. Benar, rezeki masing-masing, kita tinggal melakukan
sahaja.
Kepada saudara yang mahu tahu bagaimanakah agaknya
rupa kandungan risalah 4 mukasurat itu, boleh tinggalkan email di
ruangan komen di bawah. Insya-Allah saya boleh email contohnya.
Manalah tahu, dari suka-suka mengedar risalah tersebut boleh pula jadi sales.Dan ada ganjaran menanti. RM7/naskah.
Barangkali ada orang yang melihat peluang di sini...
No comments:
Post a Comment