Dari KELANTAN: Kisah 51
Ditulis pada 9:16 am, 29/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh
Tajuk: "Impian Baru"
Seingat saya impian baru ini Allah ilhamkan kepada saya pada 22/12/2012. Ya, Kira-kira 4 bulan yang lalu.
Ideanya adalah ingin menerbitkan majalah sendiri. Majalah yang unik dan simple. Ia tentang kisah-kisah benar.
Yakni orang-orang terpilih yang meraih sukses dengan prinsip-prinsip
sebagaimana yang terdapat di dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.
Dan saya percaya terdapat ramai orang yang bergitu di sekeliling kita.
Alangkah bagusnya jika kisah mereka dapat dikongsikan dengan kita
semua.
Barangkali beliau seorang:
- Doktor
- Pelajar
- Usahawan
- Ustaz
- Surirumah
- Ibu tunggal
- Isteri kedua
- Pesakit kronik
- Pendatang
Subhanallah. Senarai ini akan menjadi sangat panjang!
Mereka adalah orang-orang biasa (seperti kita) yang mempunyai kisah luar biasa. Kisah yang unik dan penuh pengajaran.
Barangkali kisah itu tentang perjuangan, pengorbanan, ketekunan,
ketabahan, keikhlasan, kesabaran.....dan sekali lagi senarai ini juga
akan menjadi sangat panjang!
Ya, ia tidak terhad kepada kisah si miskin menjadi kaya. Atau kisah si kaya kembali miskin.
Boleh jadi si pesakit kronik sembuh dari sakitnya. Ini juga rezeki yang besar.
Boleh jadi pasangan yang bercerai kembali bersama. Subhanallah!
Barangkali si anak yang tidak taat kembali jadi anak yang soleh. Allahuakbar!
Boleh jadi, si jahi jadi Alim. Masya-Allah!
Ya, sekali lagi, senarai ini akan menjadi lebih panjang lagi.
Baik, untuk meringkaskan kata, mari kita jadikan impian itu jadi nyata.
Ya, maksud saya ia adalah impian kita bersama. Kita, akan jadikan ia nyata.
Sungguh, saya tiada pengalaman langsung menerbitkan majalah. Namun ia
bukanlah penghalangnya. Kerana saya yakin, asal niat baik untuk memberi
manfaat kepada umat, bantuan Allah pasti ada.
Oleh itu, saya
menjemput saudara pembaca untuk mula memikirkan hal ini. Lontarkan idea
bagaimana majalah itu nanti boleh jadi majalah yang paling menarik.
Paling disukai oleh pembaca.
Saya difahamkan, dan melalui
maklumat yang saya ada, edaran tertinggi majalah di Malaysia adalah
sekitar 140,000 naskah sebulan.
Nah, sudah tentu kita mahu
mengatasi semua angka yang ada. Nah, sudah tentu kita perlukan team yang
luar biasa cara fikir dan cara kerjanya.
Melalui ruangan komen
di bawah, sila nyatakan apa saja yang saudara rasa tentang impian ini.
Dan jangan tertinggal idea dan cadangannya.
Saya faham, kita perlukan wartawan, editor, designer, team pemasaran, dan pelbagai lagi yang berkaitan.
Dan saya percaya mereka semua ada di sekeliling kita.
Nah, sekarang satu pertanyaan dari saya. Sanggupkah saudara bergabung dengan kami?. Kerana ia bukanlah impian yang biasa-biasa.
Sekali lagi, tuliskan apa yang saudara rasa pada ruangan komen di bawah Insya-Allah.
Atau mahu berhubung terus dengan saya? Silakan....012-9876 717
Monday, 29 April 2013
Sunday, 28 April 2013
Kisah 50 : Solat Hajat 5 kali sehari
Dari KELANTAN: Kisah 50
Ditulis pada 11:06 pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh
Tajuk: 'Solat Hajat 5 kali sehari'
Buku di atas, 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah dicetak sebanyak 9 kali. Manakala jumlah cetakan terkumpul adalah 50,000 naskah. Buku tersebut dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lepas, 2012. Tepatnya pada 1/5/2012.
Kesannya saya menerima email, sms dan telefon dari pembaca yang tidak putus-putus. Walaupun saya sudah melantik seorang manager dan nombornya ada terpampang di buku, email, sms dan panggilan masih belum surut.
Sudah tentu, aktiviti harian turut berubah. Tugas menulis, membaca, bermusafir, bermesyuarat, berprogram dan pelbagai "ber" lagi perlu dirancang dengan serius.
Apabila saya pulang ke rumah dari musafir yang agak panjang, Si Abu Bakar As-Siddiq akan saya terpa, peluk dan cium.
Setelah itu, Si Abu Bakar yang berusia 3 tahun itu pun akan berlari-lari mendapatkan ibunya dan berkata...
" Umi..., ayah cium Abu Bakar umi...."
Aduhai...syahdunya hati si Ayah.
Dan bila pulang dari musafir pun bukanlah masa mutlak bersama keluarga. Email, sms dan telefon tetap bertali-arus.
Dan salah satu pemanggilnya baru-baru ini adalah seorang wanita dari Utara. Setelah beliau meluahkan masalah yang ditanggung, saya akan memberi pendapat yang standard, iaitu:
Puan/Tuan solatlah hajat..... 5 kali sehari.
Ada yang teruja dan tidak kurang yang terkejut dengan idea itu.
Pun begitu, selang beberapa hari saya mendapat sms dari pengadu itu. Begini bunyinya:\
" Syukur sangat-sangat. Ada orang telefon hutang saya disedekahkan balik kepada saya. Seperti yang ustaz kata, kalau ada sesuatu berlaku beritahu ustaz. Ini agak besarlah bagi saya. Jazakallah di atas bimbingan panduan daripada ustaz"
Begitulah...
Bukan susah mana pun, cuma lebihkan sujud saja. Lima kali solat hajat itu adalah pada waktu berikut:
Selepas sunat sunat tahajud, selepas solat sunat dhuha, selepas zuhur, selepas maghrib dan selepas isyak.
Selepas solat hajat, ditambah lagi dengan zikir yang terdapat pada kisah 47. Zikir itu diijazahkan oleh Cikgu Husin dan beliau belajar dari seorang guru yang bukan calang-calang orangnya. Beliau juga sudah amalkan. Alhamdulillah mujarab.
Kini, tiba giliran kita pula untuk mencubanya...insya-Allah.
Benar, ilmu yang best itu tidak semestinya sukar untuk diamalkan.

Kisah 49 : Tadbir Ringgit
Dari KELANTAN: Kisah 49
Ditulis pada 10:22pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh
Tajuk: 'Tadbir Ringgit'
Empat hari lepas, iaitu pada 25/4, saya bertandang ke pejabat seorang trainer yang menghkusus dalam bidang terapi. Pejabat beliau di Senawang , Negeri Sembilan.
Pulang saja dari pejabat beliau, saya mendapat satu panggilan telefon.
Antara percaya dengan tidak saya mengatakan "Ya".
Natijahnya, dalam keadaan keletihan, setelah bermusafir sejak 4:30 pagi dari UUM Kedah, di sambung lagi dengan beberapa siri perjumpaan; saya terpaksa pula mengunjungi Giant.
Apa tidaknya. Baju-baju semua sudah dipakai, dan belum berbasuh. Walhal jemputan shooting itu adalah pagi esoknya. Maka Giantlah jawabnya.
Alhamdulillah, kopiah pun ada.
" Cik Puan Shazwani yang dirahmati Allah, mohon penampilan saya esok dimaklumkan sebagai penulis buku ya dan bukan seorang ustaz." bisik saya perlahan melalui telefon.
Beliaulah yang menelefon saya pada petang itu. Beliau adalah penolong penerbit sebuah produksi.
Dikhabarkan ia merupakan sebuah program baru yang akan disiarkan di TV al-hijrah.
Esoknya. Pengalaman baru dicipta....
Panel jemputan yang turut memeriahkan segmen itu adalah naib presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI). Subhanallah. Sungguh ia merupakan rezeki yang menarik.
Kami sempat berkenalan dan berbual-bual. Dan di antara kata-kata beliau yang terngiang diingatan saya adalah ini...
" Tujuh tahun saya mencari....alhamdulillah alhirnya berjumpa..
"
Apa yang beliau cari ? dan apa pula yang beliau jumpa?
Pertanyaan itu bermain di fikiran saya.
Rupa-rupanya, ia sangat signifikan dengan buku yang baru saya beli dan baca, iaitu:
"Mengenal Diri" dan "Mengenal Allah"
Dua buah buku berkulit tebal itu berwarna hijau dan merah.Harganya RM200 termasuk satu set VCD. Penulisnya adalah anak murid sebenar kepada Tok Kenali. Saya beli di masjid Bangi.
Buku itu menarik, dan lebih menarik lagi bila dapat berguru. Ia tentang ilmu mengenal diri dan ilmu mengenal Allah.
" Insya-Allah, saya akan kenalkan dengan guru saya...." kata beliau.
Subhanallah. Apa lagi yang mahu saya katakan.... alhamdulillah.
Pertemuan di Prince Hotel itu, bukan sekadar mencipta pengalaman baru. Ia juga mencipta kawan baru dan insya-Allah guru baru.
Kepada saudara yang mahu menonton program baru berkaitan bisnes dan ringgit, insya-Allah, khabarnya akan ke udara pada bulan Jun 2013.

Kisah 48 : Di balas dalam tempoh 15 minit?
Dari KELANTAN: Kisah 48
Ditulis pada 9:44pm, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Di balas dalam tempoh 15 minit?
" Abang di mana?" tanya si isteri
" Masih di Kubang Kerian dan menuju ke rumah" sms dibalas.
" Ok. Kami tunggu di bawah pokok rambutan depan rumah, pukul 5 nanti. Insya-Allah" sms dibalas lagi.
Jam 5 petang tepat saya tiba di halaman rumah.
Beberapa minit kemudian Si Abu Bakar As-Siddiq dan ibunya muncul. Keduanya kelihatan riang. Maklumlah, bukan selalu dapat bersantai di pantai.
Saya memang penat setelah seharian memandu ke sana kemari. Dan kalau diikutkan hati memang tidak sanggup memandu ke sana. Bukannya dekat. Hampir sejam juga. Ditambah lagi bila memandu itu pula bukanlah kegemaran saya.
Pun begitu, bila mengingatkan keluarga yang selalu ditinggal-tinggalkan, saya gagahkan juga. Niat sedekah....menyampaikan hajat orang. Begitulah...
Pantai, angin petang dan gelagat pengunjung menjadi satu. Kami menikmati suasana petang di Pantai Bukit Kluang, Besut.
Abu Bakar galak. Si ibu tenteram.
Hampir maghrib kami bertolak pulang. Singgah di masjid Hadhari, Jerteh.
Saf sudah terbentuk ketika saya memasuki dewan solat. Namun mata saya tertumpu kepada sebuah tabung yang tertulis:
" Derma untuk membuat tempat letak motorsikal..."
Saya memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. Kemudian terus menyertai saf solat maghrib.
Usai solat saya segera menuju ke kereta. Kelihatan seorang rakan lama perkir berhampiran. Kami berbual dan tiba-tiba beliau bertanya...
"Ada buku?"
"Ada"
"Mahu berapa"
" Berilah 20 naskah"
Buku diberi dan bayaran saya terima.
Untungnya ?
Tepat!
Iaitu 10 kali ganda dari jumlah yang saya masukkan 15 minit yang lepas. Subhanallah!. Begitulah matematik Allah.
Ternyata 1-1 = 10
Hal ini ada ditulis pada muka surat 89 buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Insya-Allah.
Dan setiap dari kita boleh mempelajari dan mengamalkannya. Kerana ia sangat mudah, mudah, dan mudah....

Kisah 47 : Amalan ketika terdesak?
Dari KELANTAN: Kisah 47
Ditulis pada 9:16, 28/4/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Amalan ketika terdesak?
"Ustaz, kami jemput ke majlis makan malam. Anjuran kelab volvo di Kota Bharu. Nanti kami maklumkan tarikhnya. Mungkin 1 atau 2 Mei" sapa salah seorang pengunjung bengkel kereta di kawasan berek 12 Kota Bharu.
Saya tersenyum dan mengangguk.Di dalam kepala cuba mengingati di manakah jadual saya pada tarikh tersebut. Dan pada masa yang sama tidak habis fikir tentang bil yang baru diserahkan kepada saya.
Kali ini sudah masuk kali ke-2 bertandang ke bengkel itu. Dikatakan beliau seorang pakar volvo. Namun, alahai....masalahnya belum selesai. Dan bilnya terus bertambah...
Seorang lagi pengunjung menyapa.
"Ustaz dari mana? Mengajar di mana?"
Lalu saya ambil buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' dan serahkan kepada beliau.
"Ini hadiah dari ambo" kata saya.
Beliau membelek buku itu dan terus berkata,
" Saya memang peminat buku dan setiap bulan saya membeli buku. Terima kasih banyak-banyak ustaz!" kata beliau girang.
Saya tersenyum, dan senyuman itu terhenti tiba-tiba bila beliau menyambung kata...
" Sedekah memang jadi amalan saya sejak kecil ustaz. Alhamdulillah janji Allah adalah benar. Begitu juga dengan ibadah kurban. Setiap tahun saya tidak pernah miss"
Cuma pada satu tahun itu...., saya terlupa menabung dan benar-benar tidak ada wang. Padahal duit kurban perlu diserahkan esok paginya.
Hanya Tuhan yang tahu betapa terdesaknya saya. Mahu meminjam dengan orang saya malu. Lalu saya teringatkan pesan guru saya."
Kata guru saya, jika kita sedang terdesak, bacalah sebanyak 313 kali zikir di bawah:

Subscribe to:
Posts (Atom)