Dari KELANTAN: Kisah 31
Ditulis pada 7:40am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk : Pesan Dari Langit-Tentang Iman.
Petang semalam (selepas Asar) saya bersama seorang kawan bertolak ke
Kota Bharu. Agendanya mahu bertemu seorang ustaz yang bukan main laju
membuka cawangan bisnesnya.
Pada sebelah paginya saya singgah di Masjid Ketereh bertemu dengan dua orang sahabat. Di sanalah saya ditemukan dengan ustaz itu.
Pada pagi itu saya perhatikan beliau sedang mengisi rak besi dengan
botol-botol air mineral. Pada ketika itulah saya meyapa dan berkenalan
dengan beliau.
Rupa-rupanya rak besi yang bersusun dengan air mineral dengan konsep layan diri itu kepunyaan beliau. Lalu saya bertanya..
"Berapa banyak outlet ustaz?"
"150"
" Macamana ustaz servis ?"
" Semua saya buat sendiri. Top up air, kutip duit semua saya buat sendiri. "
Tanya saya lagi. " Satu hari paling kurang berapa tempat ustaz kena servis?"
" 10 tempat"
Saya perhatikan di Majid Ketereh itu saja sudah ada 3 autlet
" Tuan,berapa harga satu rak besi ini?" tanya saya.
"RM400, sebab saya buat gunakan besi yang tebal"
" Pernahkah orang ambil air tidak bayar tuan? Maklumlah konsep layan diri.." saya menduga .
"Biasalah. Tapi kita dapat cover ."
Saya mula mencongak. Jika satu outlet modalnya RM400. Kalau didarab
dengan 150? Wah besar juga modalnya. Jika tidak untung manakan mampu
berpanjangan.
" Berapa botol air mineral anggaran setiap satu outlet terjual tuan?" saya mengorek lagi.
" Sekitar 20 botol sehari. Itu purata"
" Wah, jika 20 botol kali dan 50 sen untung sebotol; di darab dengan 150 outlet, sudah berapa..?" bisik hati saya.
Tidak hairanlah jika beliau mampu berkereta besar..
************
Jadi tujuan pertemuan kami pada malam semalam adalah untuk
bersilaturrahim. Dan pada masa yang sama saya juga mahu memperkenalkan
seorang tauke air mineral kepada beliau. Manalah tahu boleh jadi bisnes
matching pula.
Jika jadi, kedua-dua pihak dapat manfaat. Dan aktiviti begini memang menjadi kegemaran saya.
Bukankah bila kita menyampaikan hajat orang lain, Allah akan memudahkan hajat-hajat kita pula? Inilah yang saya pegang.
*************
Selepas Maghrib kami diizin Allah bertemu. Kami bertemu di sebuah surau.
Rupa-rupanya beliau imam di surau itu. Lebih menarik lagi, beliau
akan pastikan dirinya berada di surau itu 5 kali sehari. Menjadi imam.
Manakala selepas Isyak mengajar murid mengaji.
Subhanallah. Apa
lagi yang mahu saya katakan. Benarlah janji Allah , apabila kita
mengutamakan agama, rezeki akan mudah-mudah sahaja datangnya.
**************
"Saya tidak kisah, sesiappun boleh supply air kepada saya. Jika tuan
boleh beri harga yang sesuai insya-Allah kita boleh terus ikat kontrak"
kata ustaz.
Saya tersenyum memandang tauke air mineral di sebelah.
Dalam perjalanan pulang si tauke air mineral berkata.
"Tuan, kita perlu brandingkan air mineral yang mahu dibekalkan kepada ustaz itu nanti"
"Menarik juga . Tapi kita mahu letak nama apa tuan?" tanya saya pula.
" Bagaimana dengan nama 'Air Mineral Ustaz" " balas beliau.
Saya tersenyum dan mula membayangkan logonya adalah kulit buku di atas...
Lalu saya membalas,
"Bagaimana jika kita namakan saya 'Air mineral ustaz rezeki'"
Ketawa kami berderai....
Tapi hati saya berbisik...
" Why not...?"
" Segalanya mungkin dengan izin Allah.."
No comments:
Post a Comment