Dari KELANTAN: Kisah 45
Ditulis pada 6:35am, 24/3/2012, Kg Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Soalan Tentang Rezeki
Dalam sebuah program bersama pelajar IPT saya berkata begini:
Baiklah, masa yang berbaki cuma tinggal 15 minit sahaja. Pada merelaka
yang ada soalan (tentang rezeki) boleh hantarkan melalui sms. Saya akan
menjawabnya sekadar masa yang ada.
Maka hp saya pun didatangi sms bertalu-talu. Saya
merasa mahu berkongsi sebahagian soalan itu di sini. Didoakan saudara
pembaca diberi ilham oleh Allah untuk menyumbang jawapan.
Moga-moga adik-adik kita ini mendapatkan apa yang dicarinya...
Atau mungkin saudara boleh share posting ini agar boleh sampai kepada mereka yang pakar.
Didoakan kebaikan yang saudara pembaca buat diiktiraf oleh Allah sebagai satu kebaikan yang bernilai pahala. Amin.
Berikut adalah beberapa soalannya. Ya, kalau kita amati , ia sebenarnya
bukan sekadar soalan. Pada saya ia mewakili jiwa mereka.
Ternyata terdapat rongga-rongga hati yang masih kosong ; dan menanti
untuk diisi dengan embun-embun tarbiah rohani dari saudara pembaca.
Silalah mengambil bahagian...
1)Macamana hendak mensyukuri rezeki yang kita dapat dari Allah?
2)Saya mahu bertanya, andai kita mengerjakan solat cukup 5 waktu,
tetapi tidak menutup aurat, adakah pintu rezeki masih terbuka untuk
kita?
3) Adakah mendoakan orang yang kita sayang (bukan muhrim) boleh mendapatkan rezeki walaupun dia melukakan hati kita?
4) Macamana hendak menghindari perasaan tamak?
5) Assalamualaikum. Adakah rezeki setiap manusia itu telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi?
6) Assalamualaikum...mereka pakaian dan fesyen yang tidak menutup aurat
memberi rezeki halal atau tidak?Apakah dosanya berterusan?
7) Assalamualaikum ustaz, bagaimana kita hendak menambahkan rezeki tanpa ragu ianya halal ataupun haram ?
Salam. Encik . Tadi encik kata, rajin kerah mata itu satu rezeki. Saya
selalu macam itu. Kerah mata nak siapkan assignment. Tapi kerja saya tu
tidak siapa pun. Tergantung tengah jalan je. Mengadap kerja sampai ke
pagi, tapi resultnya tidak seperti yang diinginkan.
9) Macamana nak hilangkan rasa give up untuk cari rezeki?
10) Bagaimana caranya ingin nikmat rezeki?
11) Assalamualaikum ustaz...usataz saya nak tanya bagaimanakah untuk
mendapatkan ketenangan jika dalam haid...sedangkan saya tidak boleh
solat.
12 Rezeki juga satu bentuk ujian bukan?
13) Betulkah kata orang tua-tua, kalau bangun lambat pintu rezeki tak dibuka?
14) Saya nak tanya, kalau kita melakukan dosa besar, adakah doa dan kebaikan kita diterima Allah?
15) Jika kita tidak menutup aurat, adakah Allah akan permudahkan perjalanan kita untuk berjaya?
16) Assalamualaikum ustaz, saya telah mula menghafaz al-Quran,
bagaimanakah cara untuk mengelak kita dari lupa ayat-ayat yang dihafaz
itu?
17) Bagaimana kita nak ikhlas kerana memberi, tanpa kita
merungut...contoh, rang meminta pertolongan, kita buat apa yang disuruh,
tetapi dalam masa yang sama kita merungut kemarahan.
18) Assalamualakum...ilmu itu rezeki, tapi bagaimana kalau ilmu itu tidak diredhai?
19) Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu adakah rezeki dari ilmu khurafat itu berkat?
20) Assalamualaikum ustaz, sya nak tanya macamana nak mendapatkan rezeki yang diredhai oleh Allah swt?
21) Bagaimana nak tahu Allah redha dengan kita sebagai hamba?
22) Macamana nak ajak kawan yang malas solat untuk solat...
23) Assalamualaikum ustaz, saya mahu bertanya jika kita terjumpa
sesuatu yang berharga contohnya emas, adakah itu satu rezeki? Perlukah
diambil atau dibiarkan sahaja?
24) Baca dalam hati...macamana nak dapatkan jodoh yang baik?
25) Apakah bezanya rahman dan rezeki?
26) Salam...bagaimanakah ingin menjadi sahabat yang baik dan apakah petanda ilmu kita diberkati?
27) Bagaimana nak memperolehi 1,000 kebajikan pada setiap hari?
28) Hehe..ustaz, macamana nak dapat duit yang banyak?
29) Salam ustaz, saya nak tanya bagaimana ingin melembutkan hati pensyarah supaya kerja kita tidak direject?
30) Assalamualaikum, bagaimana mahu melupakan kisah hitam kita?
31) Assalamualaikum ustaz, bolehkah kita ketika solat mata kita ditutup dan tidak melihat sejadah?
32) Salam ustaz, adakah jodoh itu rezeki? Adakah sahabat itu rezeki?
33) Macamana ingin menjadi seorang yang berjaya...sukses selalu.
34) Adakah mendapat kawan yang membuat kita stress itu adalah rezeki
kita untuk mendapat pahala? walaupun mengajar dia dengan cara yang tidak
ikhlas?
35) Kenapa kadang-kadang saya rasa diri saya kosong.
Maksudnya macama satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan
fikiran. Mungkin hidup saya tidak diberkati Tuhan?
36) Adakah solat tidak khusyuk bermaksud rezeki saya tidak berkat?
Begitulah...
No comments:
Post a Comment