Dari KELANTAN: Kisah 42
Ditulis pada 5:58am, 20/3/2013, Pasir Puteh.
Judul: Pesan Dari Langit.
Judul di atas, asalnya diilhamkan Allah untuk dijadikan judul sebuah buku.
Pada masa yang lain, judul itu seperti sesuai untuk digarap menjadi sebuah novel.
Pun begitu, sebentar tadi saya baru menerima satu email yang memungkinkan ia menjadi sebuah artikel bersiri .
Ya begitulah agaknya takdir Allah.
Email tersebut berbunyi begini:
Tawaran sebagai kolumnis majalah 'MUKMINAH'...
Artikel 1 sudah selesai diemail sebentar tadi.
Dikhabarkan lagi, saya diberi dua kolum setiap bulan:
1) Pesan dari langit
2) Mudahnya Menjemput Rezeki
Ayuh, mari kita sama-sama doakan agar majalah MUSLIMAH diizin Allah
untuk segera terbit dengan mudah. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah. AMin.
Baik,kepada saudara yang bercita-cita menulis di majalah boleh mula
berlatih menulis sebuah artikel yang panjangnya sekitar 400-500 patah
perkataan. Saiz 12 point , font Arial jarak 1.5.
Menariknya kita boleh mulakan di sini. Ya , di facebook.
Kita boleh berlatih menulis, hal-hal yang dekat dekan diri. Contohnya
peristiwa yang terjadi setiap hari. Dan boleh diambil pelajaran darinya.
Lebih bagus lagi bila terus berlatih menulis menggunakan ejaan yang betul.
Begitulah...
Jika mahu tambahan info tentangnya, boleh berhubung terus dengan saya. Insya-Allah: 012-9876 717
No comments:
Post a Comment