Dari KELANTAN: Kisah 36
Ditulis pada 6:59am, 13/3/2013, Kg. Gaal Pasir Puteh.
Tajuk: Holy Water
" Sudah hampir pukul 8:30 malam tuan. Mari kita solat di masjid?" ajak saya kepada seorang rakan.
Pada ketika itu kami baru chek ini di sebuah hotel. Sebelumnya sudah
seharian di bilik kuliah. Sampai saja di bumi Selangor terus memasuki
bilik kuliah. Kelelahan memandu hampir sepuluh jam dari Kelantan ke Kuala Lumpur belumpun hilang.
Ini kisah 4 hari yang lepas; di Bandar Kinrara, Puchong.
Dek kerana terlalu letih kami mengambil keputusan untuk mentakhirkan
solat Maghrib. Justeru, jarak antara Maghrib dan Isyak bolehlah
merebahkan badan sebentar.
Tiba di perkarangan masjid saya
seorang anak mudah tergesa-gesa datang ke arah kereta kami. Sebaik pintu
kereta dibuka saya disapa.
" Abang boleh tolong saya bang, adik saya terminum holy water."
" Holy water?" tanya saya mahu kepastian.
" Sekarang dia ada di dalam kereta. Perangai dia lain. Dia macam sudah tidak kenal dirinya" sambung dia lagi.
Saya memmerhati ke dalam masjid. Saf sudah dibentuk dan solat Isyak akan dimulakan bila-bila masa.
"Kita solat dulu ya. Insya-Allah bila kita dulukan Allah, pasti Allah mudahkan semua urusan kita" jawab saya.
Dia berpaling ke keretanya. Saya mengekori. Dia masuk ke dalam kereta
dan menutup pintu. Kelihatan dia berkata sesuatu kepada adik
perempuannya yang saya perhatikan tidak henti-henti mencium al-Quran.
" Minta adik istigfar banyak-banyak. Ajarkan dia istigfar" pinta saya.
Dia melakukannya sebagaimana yang saya suruh. Kemudian kelihatan si abang memberitahu si adik yang dia mahu solat dahulu.
" Tak boleh!" jawab si adik.
Saya menghampiri mereka. Bulu roma sudah meremang.
Si abang memujuk lagi.
" Cepat sikit!!!" jawab si adik. Dan saya pasti ia bukan suara seorang gadis.
Pintu kereta segera dikunci. Kami berlari masuk ke dalam masjid untuk menyertai solat Isyak...(bersambung)
No comments:
Post a Comment