Dari JOHOR: Kisah 43
Ditulis pada 3:37pm, 22/3/2013, Pasir Gudang.
Judul: PT Widuri juga dealer MMR?
Semalam 21/3/2013 saya diizin Allah bertandang ke pejabat PT Widuri.
Subhanallah sebuah pejabat yang mewah. Barangkali sesuai dengan volum
bisnesnya yang kini mencecah RM3.5 juta sebulan.
Kami berbual hampir 3 jam. Hampir Asar baru kami bubar. Subhanallah sungguh tawaduk bos PT Widuri ini. Demi mengejar peluang solat Asar berjemaah di masjid, beliau sanggup menunggang sebuah kapcai. Selamba...
Lebih membuat saya terharu bila beliau juga membeli 100 naskah buku di
atas. Tunai. Ya, kini PT Widuri sah sebagai dealer MMR. Mahu bantu capai
sasaran kata beliau. Subhanallah.
Berikut adalah nasihat Drs.
Tuan Haji Syahrul bila saya minta buah fikiran bagaimana mahu mencapai
sasaran sejuta jiwa buku di atas:
1) Ambil serius tentang kuasa pengiklanan. Berani berbelanja besar untuk iklan bilamana potensi pulangannya juga besar.
2) Jangan bergantung kepada rangkaian kedai-kedai besar. Ciptalah rangkaian pengedaran sendiri.
Subhanallah, sungguh, mempunyai seorang yang berpengalaman untuk memberi nasihat juga merupakan rezeki yang besar.
Alhamdulillah.
Kemudian kami terus memecut ke Pasir Gudang untuk berprogram di Politeknik Ibrahim Sultan.
Jam 10:30 pm kami tiba di sana.
**********************
Info: Esok saya akan berprogram di Besut. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment