Dari KELANTAN: Kisah 41
Ditulis pada 7:07am, 20/3/2013, Kg Gaal Pasir Puteh.
Tajuk: 4 K
Ya, tajuk kali ini adalah '4K'. Apa maksudnya ini?
Kisahnya begini.
Pada 17/3/2013, saya mendapat jemputan menghadiri majlis perasmian
sebuah kedai herba. Kedai tersebut adalah milik salah seorang sahabat
saya. Nama beliau Ustaz Osman.
Pada majlis tersebut, mentor ustaz Osman yang juga pemilik perusahan PT
Widuri telah dijemput menyampaikan ucapan dan membuat perasmian. Nama
beliau Tn Hj Sharul.
Saya dikhabarkan beliau mula membina perniagaannya bermula pada tahun 1992. Pada hari ini, kejayaan beliau subhanallah!.
Apa yang menarik perhatian saya, beliau bukan sahaja sangat sukses
dalam bidang yang ditekuni. Lebih dari itu adalah prinsip 4K yang
dibekalkan oleh orang tua beliau sewaktu berhijrah ke bumi
Malaysia.Beliau berasal dari Aceh.
Menurut Tuan Hj Sharul,
datangnya beliau ke mari, cuma berbekalkan keperluan hidup untuk
seminggu. Selebihnya adalah prinsip ' 4 K' itu.
Dan dengan
mengamalkan prinsip tersebut, beliau dapat bertahan,berkembang dan terus
maju. Subhanallah. Kekayaan harta yang melimpah ruah tidak sedikitpun
mengubah sifat merendah diri.
Kata beliau, " Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah beri dapatlah saya menyara keluarga."
Kata beliau lagi, " Jika saudara-saudari amalkan prinsip 4 K, insya-Allah akan dimudahkan segala hajat saudara-saudari"
Mendengar kisah beliau..., melihat kejayaan beliau..., dan menghayati
kata-kata beliau..., membuatkan saya rasa terpanggil untuk berkongsi
dengan para pembaca apakah prinsip 4 K yang dimaksudkan.
Prinsip 4 K
1) Ketakwaan
2) Kejujuran
3) Kesungguhan
4) Keikhlasan.
Dengan izin Allah, semalam saya mendapat panggilan dari ustaz Osman.
Ustaz mengatakan, bos PT Widuri, Tuan Hj Sharul, yang selesa merendah
diri ini mahu bertemu dengan penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'.
Subhanallah. Semoga ada lagi pengalaman mahal dan prinsip hidup mahupun
prinsip berniaga yang dapat beliau kongsikan. Insya-Allah akan saya
kongsikan lagi di sini.
****************
Info:
1) Esok saya akan bertolak dan berprogram di JB.
2) Atas keperluan mendesak, cetakan ke-6 perlu ditambah 3,000 naskah
lagi. Ini bermaksud jumlah cetakan terkumpul genap 40,000 naskah.
3) Insya-Allah cetakan ke-7 dalam proses penambahbaikan. Ada 4 halaman ekstra.
4) Pertanyaan tentang Master Dealer (Modal RM9,000 ) boleh berhubung
dengan En.Wizan 014-5450 888. Negeri yang masih kosong adalah:
1) Perlis
2) Perak
3) Melaka
4) Negeri Sembilan
5) Johor
* Setiap negeri sudah ada yang berminat , cuma belum ada yang beri
komitmen. Justeru, saya memilih untuk mengatakan ia masih lagi terbuka.
Siapa cepat dia dapat. Isnya-Allah.
5) Pertayaan tentang dealer (Modal RM1200 ) boleh berhubung dengan En Zawawi: 011-294 924 98
6) Pembelian secara pos boleh sms nama dan alamat kepada Ustazah
Rohani: 012-2621 577.Bayaran boleh dibuat setelah buku diterima.
7) Pertanyaan tentan jemputan ceramah & latihan 'Mudahnya Menjemput
Rezeki' boleh berhubung terus dengan saya. Insya-Allah. 012-9876 717.
No comments:
Post a Comment