Dari KELANTAN: Kisah 37
Ditulis pada 7:41am, 13/2/2012, Kg. Gaal Pasir Puteh
Tajuk: Impian miliki seribu cawangan menjual buku Mudahnya Menjemput Rezeki
" Assalamualaikum Tuan. Saya sudah buat temujanji dengan pembuat rak"
" Pukul berapa kita boleh jumpa?"
" Insya-Allah selepas solat Zuhur"
************
Selepas Zuhur kami tiba dibengkel yang dimaksudkan. Baru beberapa ayat berbual, kami dipelawa ke di gerai berhampiran.
Subhanallah. Pandai sungguh pemilik bengkel besi ini mengambil hati.
Usai makan tengahari kami kembali ke bengkel beliau yang terletak di
seberang jalan. Yakni bertentang dengan gerai itu. Gerai dan bengkel
dipisahkan oleh sebatang jalan besar. Kereta berdesup-desup.
"
Mohon tuan design untuk kami sebuah rak buku yang boleh diletakkan di
atas kaunter pembayaran. Ia tidak perlu besar. Cukuplah jika boleh
mengisi 7 naskah buku ini. " pinta saya.
Setelah beberapa minit
berlalu, keluarlah satu cadangan yang saya fikir agak unik. Rak buku
itu nanti berbentuk seperti sarang lebah dan tingkat kedua pula
berbentuk V. Ia boleh menempatkan senaskan buku dan risalah.
Ini bermakna setiap rak buku boleh mengisi 7 naskah buku dan ada ruang
untuk menyipan risalah. Enam naskah di bahagian bawah, manakala 1 naskah
menjulang di atas. Jadilah ia ruang mengiklan pula.
Rak buku ini nanti akan ditempatkan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang. Satu lokasi terdiri dari 7 buah buku.
Ideanya begini:
Seorang dealer akan dilantik untuk mencari lokasi yang tepat dan
berunding dengan pemilik kedai tersebut untuk menempatkan rak buku.
Setiap rak buku terdapat padanya 7 naskah buku.
Selain, rak
buku, beberapa tool marketing turut disediakan. Seperti kad bisnes,
pemplet dan banting. Pemilik kedai tidak rugi apa-apa malah mendapat
untung darinya.
Tugas seterusnya adalah mengunjungi lokasi
tersebut setiap minggu. Iaitu untuk mengutip bayaran bagi setiap naskah
buku yang terjual. Dengan design rak buku yang begitu, mudah saja bagi
dealer untuk mengira berapa naskah buku yang terjual pada minggu
tersebut.
Dengan strategi ini, kami mengandaikan setiap lokasi
mampu untuk menjual 2-3 naskah setiap minggu. Atau secara puratanya 10
naskah sebulan.
Mengikut rekod dan pengalaman, jika betul
caranya seorang dealer mampu menjual 10-40 naskah sehari. Buku di atas
memang mudah dijual. Alhamdulillah.
Pun begitu, untuk strategi ini, kami bermula dengan sasaran 2-3 naskah seminggu. Benar, ia sangat munasabah.
Dengan 1,000 lokasi yang menjual 10 naskah setiap bulan. Sasarannya
adalah 10,000 naskah sebulan. Atau 100,000 naskah setahun. Jika margin
keuntungan dealer adalah RM5 senaskah; beliau mampu mengumpul RM500,000
setahun. Insya-Allah.
Harga buku adalah RM18
Harga dealer adalah RM12 (minimum 100 naskah )
Keuntungan kepada pemilik lokasi adalah RM3
Keuntungan dealer adalah RM5 senaskah.
1) Jika setahun menjual 100,000 naskah untungnya RM500,000
2) Jika setahun menjual 10,000 naskah untungnya RM50,000
Untuk perkara no 1 kita andaikan setiap lokasi menjual 10 naskah setiap bulan selama 10 bulan.
Untuk perkara no 2 kita andaikan setiap lokasi menjual 1 naskah setiap bulan selama 10 bulan.
Nah, apa maksudnya ini?
Ini hanyalah idea. Ya sekadar idea. Namun, hasilnya boleh diperoleh dengan bertindak.
Boleh jadikah? Jadi atau tidak memang seronok untuk dibahas.
Dan lebih seronok lagi bila mendapat hasilnya. Dan untuk mendapat hasilnya tiada jalan lain selain bertindak. Action!
Dan inilah yang sedang diusahakan oleh beliau. Yakni salah seorang dealer di Kelantan.
Beliau boleh dihubungi di talian ini: 011-294 2498
Orangnya sangat baik dan suka berkongsi. Hari pertama menjadi dealer
beliau sudah menjual 7 naskah. Justeru sasaran 2-3 naskah seminggu pada
beliau adalah masuk akal dan sangat praktikal. Begitulah fikir beliau.
Kepada saudara yang melhat peluang sepertimana yang beliau lihat;
jalinkanlah silaturrahim. Sungguh, pada silaturrahim ituada janji
bertambahnya rezeki dan panjang umur.
No comments:
Post a Comment