Dari KELANTAN: Kisah 33
Ditulis pada 8:38am, 6/3/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: Pesan Dari Langit- Tentang Iman
Pagi semalam saya bertemu dengan seorang pembaca buku di atas. Beliau
berminat untuk menjadi dealer di negeri Kelantan. Jadi kami bertemu
membuat temujanji di Masjid Kok Lanas.
Jam menunjuk ke angka 7:15 pagi bilamana saya tiba di masjid tersebut. Binaan masjid ini unik. Empat menaranya
berwarna puteh dan dipuncaknya terpacak kon berwarna hijau. Saya
difahamkan masjid ini dibiayai oleh orang persendirian, Tan Sri
Abdullah, khabarnya.
Subhanallah, terus saya teringatkan masjid
Al-Hussain (masjid terapung) di Kuala Perlis. Kosnya dikatakan RM12
juta. Ia juga ditaja oleh orang persendirian.
Benarlah kata
Nabi, kekayaan sebenar adalah kekayaan hati. Bila seluruh keperluan
jasmani kita dapat dipenuhi dek kerana banyaknya harta. Rupa-rupanya
rohani (jiwa) kekal miskin.
Dan ia boleh dipuaskan dengan hanya
memberi, memberi dan memberi. Jiwa hanya boleh dikayakan bila kita mula
memandang rupa-rupanya keperluan kita sebenarnya cuma sedikit.Keinginan
kitalah yang tiada hadnya.
Kerana itulah baik Islam atau
tidak, akhirnya mereka akan memberi semula kekayaan mereka kepada
masyarakat. Yakni dalam bentuknya yang pelbagai. Membina masjid salah
satunya.
Mengapa tidak, malah dengan amalan ini semakin
bertambah pula harta mereka berbanding sebelumnya. Inilah janji Allah.
Yakni setiap kebajikan pasti dibalas.
Cuma, balasan syurga
hanya untuk yang beriman kepada-Nya. Selainnya, bertambahlah harta
mereka di dunia, namun diakhirat nanti tetaplah menjadi orang yang rugi.
**************
" Tuan, mari kita ke kedai makan di seberang jalan sana" ajak saya.
Kelihatan meja-meja lain sudah penuh.
Saya mula mengeluarkan bisnes kad dan berkata kepada bakal dealer Kelantan.
" Tuan, apa yang kita buat ini bukanlah kerana duit dan bisnes sahaja.
Kita perlu melakukannya dengan sungguh-sungguh, kerana ada mesej yang
perlu kita sampaikan"
Kemudian saya bangun dan memberikan
setiap orang yang berada di kedai makan itu, tiga keping bisnes kad
seorang. Saya katakan kepada mereka,
" Abang, saya sedang buat promosi buku ini. Mohon abang sampaikan kad ini kepada kawan-kawan abang boleh?"
Setakat ini tidak ada seorang pun yang berkata " tidak" dengan permintaan seperti itu. Sudah berpuluh ribu kad bisnes dicetak.
***************
Dan dua minggu lepas, saya diizinkan Allah bertemu dengan seorang peniaga kismis. Saya bertemu beliau di Pulau Pnang.
Menurut beliau setiap 3 bulan beliau mencetak di antara 200,000 hingga
300,000 kad yang mengandungi kata-kata hikmat dan dimasukkan ke dalam
kotak kismisnya. Setiap kotak kismis kecil itu berharga RM1.
Menurut beliau, mulai cetakan ceterusnya akan ditukar kad itu dengan kad bisnes saya dengan sedikit ubah suai. Subhanallah.
Apalagi yang mahu saya katakan...? Saya sekadar memulkan dan kemudian
datanglah bantuan Allah. Begitulah lazimnya. Asalkan kita sentiasa
menjaga niat.
******************
Saya menyambung,
"Apa yang tuan perhatikan tadi, ibarat kita menanam benih. Dan yang
menumbuhkan adalah Allah. Sama ada mereka beli atau tidak itu bukan
urusan kita.
Kerja kita cuma buat saja. Sampaikan buku ini
kepada seramai mungkin dengan cara yang paling pantas dan berkesan.
Kemudian kita serahkan hasilnya kepada Allah.
"Dik, mari makcik nak tengok buku itu?" tiba-tiba tauke kedai makan menyapa kami.
" Tuan tengoklah, bukankah sudah ada respon? Sama ada mak cik ini beli
atau tidak ia bukan urusan kita." kata saya kepada bakal dealer Kelantan
ini.
"Begini tuan, hari ini saya serahkan dulu 5 naskah kepada
tuan. Cuba tuan kenalkan kepada sesiapa pun yang tuan jumpa. Sama ada
kenal atau pun tidak kenal. Dan lihatlah hasilnya."
Tambah
saya lagi, " Tuan, apa yang tuan akan lakukan ini, sudahpun saya
lakukan. Insya-Allah tuan hanya perlu bertemu dengan 10 orang dan
lihatlah hasilnya."
********************
Kami berpisah. Beliau mula menjalankan aktivitinya dan saya memandu pulang ke rumah. Dari Kok Lanas ke Pasir Puteh.
Dalam perjalanan hp bergetar. Saya perhatikan nombornya. Oh, dari bakal dealer Kelantan rupanya.
" Tuan , 5 naskah buku tadi sudah habis" kedengaran suara beliau girang.
Saya tersenyum.
" Alhamdulillah, sungguh ia motivasi dari Allah untuk beliau." bisik hati saya.
" Terima kasih Allah, kerana menghantar seorang lagi hamba-Mu untuk
membantu misi ini. Yakni menyampaikan mesej buku 'Mudahnya Menjemput
Rezeki' kepada sejuta jiwa, pada 1/5/2015." bisik hati lagi.
Hari ini cetakan buku ini sudah 37,000 naskah. Benar ia sudah banyak
jika dipandang dari sudut jumlah. Namun, jika pawaiannya adalah sejuta
jiwa. Ia baru mencecah 3.7 peratus sahaja.
"Sungguh, banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Insya-Allah" bisik hati.
Dan saya teringatkan kata-kata Dato' Chef Li (Penulis buku menjejak
jutawan senyap). Yakni semasa saya bertandang ke pejabat beliau di Kota
Damansara. Pada masa itu, cetakan buku ini masa yang pertama.
"
Kalau engkau nak jual sejuta naskah boleh. Status bestseller buku di
Malaysia adalah terjual sebanyak 10,000 naskah sahaja. Sanggupkah engkau
menempuh 100 kali ganda kesusahan untuk mencapainya? tanya Dato'
Kami agak mesra sebab itu Dato' selesa ber 'Aku' dan 'Engkau' saya bila kami berbual.
" Insya-Allah. Saya sanggup Dato'" begitulah jawapan saya. Biarpun tidak saya zahirkan.
Dan benar, mahu mencapai status bestseller 10,000 naskah pun ujiannya
bukan kepalang. Apatah lagi bagi seorang penulis baru dan tidak ada nama
ini.
Namun, tekad dan niat di hatilah yang membuat saya terus bersemangat bekerja,bekerja dan berkerja.
Sunguh, semangat itu pun sudah merupakan rezeki. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment