Dari KUALA LUMPUR: Kisah 27
Ditulis pada: 10:13am, 27/2/2013, Hotel Batu Caves
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang rezeki'
Saya teringatkan kisah malam tadi. Saya diizin Allah bertemu seorang pemuda yang bertubuh kecil namun berjiwa besar. Nama beliau Hazim. Beliau merupakan salah seorang pembaca buku di atas.
Pun begitu, beliau bukan setakat membaca buku tersebut. Beliau
melangkah setingkat lagi dengan berlatih menghayati buku tersebut. Apa
yang terzahir?
Beliau diilhamkan Allah untuk mengadakan satu seminar.
Maklumatnya ada di sini:
https://www.facebook.com/pages/Seminar-Mudahnya-Menjemput-Rezeki/346907652087303?notif_t=page_name_change
Tentang seminar itu satu hal. Tentang si Hazim ini pun satu hal lain.
Apa tidaknya, beliau merancang seminar itu dalam keadaan tidak bersedia.
Yakni dengan serba kekurangan.
Pun begitu, kekurangan dan
kelemahan tersebut tidak menghalang beliau bertindak. Beliau benar-benar
beramal dengan apa yang beliau baca.
Yakni, betulkan niat.
Tambah amal ibadat dan seterusnya....buat sajalah. Insya-Allah akan
datanglah bantuan Allah dari segenap penjuru.
Malam tadi, terus saya turunkan ilmu yang baru saya peroleh dari ustaz hebat dari Melaka. Saya katakan kepada Hazim.
" Mulai esok, tuan buat solat Dhuha 8 rakaat dan solat Tahajud 8
rakaat. Lakukan ini dengan istiqamah. Insya-Allah hajat dan rancangan
tuan dimudahkan Allah." kata saya.
Justeru, jika saudara mahu
membatu saudara Hazim kita menjayakan seminar tersebut, mohon berhubung
terus dengan beliau: 013-5025160.
Saudara bantulah mana yang
boleh dibantu. Insya-Allah, dengan membantu menyampaikan hajat saudara
Hazim kit ini. Allah akan memudahkan pula hajat-hajat kita. Begitulah...
Wednesday, 27 February 2013
Kisah 26 : Pesan Dari Langit- Tentang hidup dan kehidupan
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 26
Ditulis pada: 6:58am, 26/2/2013, Hotel Batu Caves
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang hidup dan kehidupan'
(sambungan dari kisah 25)
"Berapa rakaat solat dhuha ustaz?" tanya saya selamba.
" 8 rakaat"
Saya bertanya lagi, " Berapa rakaat solat tahajud ustaz?"
Beliau senyum...diam sebentar, agak lama... dan kemudian menjawab,
" Mohon maaf, biarlah ia menjadi urusan antara ana dan Allah..."
" Saya faham ustaz, maksud saya tidak lain selain mahu berkongsi kepada orang ramai. Yakni bagaimana dengan hanya membetulkan ibadat sahaja, rezeki kita juga turut berubah" saya memujuk.
" Hal inilah yang membuat ramai orang keliru. Ramai yang menyangka dengan bekerja keras, rezeki turut bertambha lebat. Malah kerana itu juga mereka bekerja hingga lewat malam; sehingga lesu....."
" Akhirnya terkulai dan tidak larat untuk membaca al-Quran, berzikir dan ibadat-ibadat lainnya" tambah saya masih lagi memujuk.
**************
Subuh tadi, sebaik keluar dari masjid saya sempat memerhati hidup dan kehidupan di sekeliling.
- Seorang wanita (tidak bertudung) kelihatan sibuk mengeluarkan barangan jualannya dari kereta. Beberap bekas kueh sudah tersusun di gerai yang terletak di tepi jalan itu.
- Pekerja-pekerja sebuah restoran kelihatan mula menyusun kerusi untuk bisnes sesi pagi pula. Walhal malam tadi setelah lewat malam masih beroperasi. Masya-Allah, waktu bilakah rehat dan ibadat mereka?
- Kereta di lebuh raya sudah mula bertali-arus. Berdesup-desup!. Manakala di sebelah petang nanti pula kereta yang sama merangkak-rangkak meredah kesesakan pulang petang. Allahuakhbar. Apakah mereka redha dengan rutin begitu...?
Saya melihat hidup dan kehidupan saya sebelum ini pula. Tidak banyak yang berbeza. Sebagaimana sarapan yang kita makan...
Sungguh, rutin begitu bukanlah saya redha, namun terpaksa...
Lalu, saya segera sedar dan mula berfikir...
Apakah saya ada pilihan di dalam hidup dan kehidupan ini?
Nah, ternyata kehidupan saya hari ini merupakan hasil berfikir tadi. Sungguh, kita semua mampu berfikir dan hidup dalam rutin yang kita pilih.
Biarpun proses dan perjuangan untuk keluar dari rutin kehidupan yang tidak kita redhai itu panjang; namun akhirnya kita menjadi pemenang.
Yakni sesunguhnya, setiap kita mampu untuk mencorak dan membuat pilihan.
Dan ia boleh dimulakan hari ini.
*******************
" Ana solat tahajud 8 rakaat..." sambung ustaz. Kemudian beliau menjelaskan mengapa memilih untuk melakukan 8 rakaat. Berikut adalah alasannya. Sekadar yang saya ingat. Insya-Allah.
" 2 rakaat pertama, kerana saya rasa berdosa kepada Allah. Mohon Allah ampunkan semua dosa saya"
" 2 rakaat lagi kerana rasa bersyukur dengan segala apa yang Allah rezekikan kepada saya"
Aduhai...empat rakaat lagi saya terlupa . Insya-Allah akan saya rujuk semula kepada beliau.
Pun begitu, hasil dari perbincangan tersebut, saya mendapat motivasi untuk beramal dan istiqamah dengan amalan berikut:
Solat Dhuha 8 rakaat.
Solat Tahajud 8 rakaat.
Bukan lagi 4 rakaat Dhuha dan 2 rakaat tahajud.
Insya-Allah.

KIsah 25 : Pesan Dari Langit- Tentang Solat-solat Sunat
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 25
Ditulis pada: 1:17am, 27/2/2013, Hotel Batu Caves
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang Solat-solat Sunat'
Mata sudah sangat mengantuk. Memang enak jika terus melompat ke katil dan zzzzzzzz....
Namun latihan menulis harus diteruskan. Menulis setiap hari merupakan disiplin yang sedang saya jalani. Kerana banyaknya aktiviti, saya sudah tidak menulis beberapa hari. Justeru, ia perlu di qada'.
Disiplin begini tidak boleh diharapkan orang lain untuk membinanya. Sesukar manapun ia perlu dihadapi.
Sebelum menulis buku di atas juga saya sudah melalui disiplin yang sama. Yakni saya menulis setiap hari. Jika tertinggal perlu diqada'. Dan latihan tersebut saya jalani selama 2 tahun.
**************
Hj Ghani ada bercerita kisah bagaimana beliau terselamat dari ditipu oleh seseorang sebanyak RM10,000.
Pada suatu hari beliau didatangi oleh seseorang yang menawarkan peluang perniagaan. Kata-kata orang tersebut sangat meyakinkan sehingga beliau hampir menyerahkan RM10,000 kepadanya.
Pun begitu, kerana mendengar laungan azan, beliau terus berangkat ke masjid. Urusniaga itu akan diteruskan selepas solat nanti. Begitulah ideanya.
Namun, selepas beliau kembali dari masjid didapati orang tadi sudah tiada. Malah dikatakan sempat melobi rakan beliau sehingga menyerahkan RM5,000. Khabarnya lelaki itu berjanji untuk kembali setelah selesai urusannya dengan pihak-pihak tertentu.
Apa yang berlaku? Lelaki yang ditunggu itu tidak muncul sehingga petang. Musibah yang sepatunya melanda Tuan Hj terhindar asbab mengutamakan solat.
***************
Berikut adalah rumusan dan amalan Hj Ghani sebagai strategi menjemput rezeki. Dengan sangat mudah...Insya-Allah.
Berikut adalah amalannya.
1) Solat 5 waktu berjemaah di masjid
2) Memasukkan wang ke dalam tabung setiap kali masuk masjid.
3) Suka belanja orang makan. Walaupun orang tersebut kaya!
4) Menyumbang secara tetap kepada orang susah .
5) Menaja pengajian pelajar miskin dan susah.
*******************
Petang tadi kami ke Melaka dan dapat belajar amalan yang menarik dari seorang ustaz di sana.
Dikhabarkan beliau seorang konsultan. Beliau pernah dicabar oleh seseorang untuk membuktikan sesuatu.Yakni bagaimana mudahnya menjemput rezeki dengan sebab bertambahnya amalan.
Beliau dengan sengaja menjalankan bisnes insuran dan unit trust sekaligus. Perlu diketahui bahawa jadual beliau sangat ketat kerana jemputan berceramah. sehingga hanya punya waktu 2 hingga 4 jam sehari untuk membuat kedua-dua bisnes tersebut.
Lebih menarik lagi, beliau melakukan bisnes itu kerana hanya mahu membuktikan sesuatu. Bukanlah kerana minat dengan bisnes tersebut.
Hasilnya dalam tempoh kurang 3 bulan, beliau berjaya melangkaui target yang ditetapkan oleh orang yang mencabar beliau, iaitu:
Melalui bisnes unit trust beliau dapat membuat jualan lebih dari RM800,000. Begitu juga dengan bisnes insurannya; result yang beliau capai melankaui jauh dari target yang diberi. Setelah target itu dicapai beliau hentikan semua bisnes tersebut.
Lalu saya bertanya, " Apakah amalan ustaz, sehingga begitu berani dan yakin bertindak begitu?; serta mendapat hasil yang sedemikian rupa?"
Setelah dipujuk2 akhirnya beliau mendedahkan...
Setelah mengetahui tentang amalan itu, saya teruja dan memasang azam baru. Dan saya percaya setiap dari kita boleh melakukannya dan menghasilkan result yang istimewa juga.
Apakah amalan itu?......(bersambung)

Kisah 24 : Pesan Dari Langit- Tentang Solat 5 waktu
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 24
Ditulis pada: 12:09am, 27/2/2013, Hotel Batu Caves
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang Solat 5 waktu'
" Boleh Hj kongsikan amalan yang menyebabkan Allah melimpahkan rezeki yang luar biasa kepada hj?" pinta saya.
Saya menyambung, " Insya-Allah, moga-moga ramai yang mendapat manfaat bila saya berpeluang menyampaikannya kepada orang ramai"
Tuan Hj mula bercerita.
" Yang jadi imam Subuh tadi anak saya." kata tuan haji.
"Sejak dari kecil saya akan pastikan dia solat 5 waktu di masjid. Dulu dia duduk di belakang imam. Hari ini dia duduk di depan pula; sebagai imam" sambung tuan haji.
"Pekerja tukang buat air di restoran saya itu pun saya suruh solat di masjid"
Haji menyambung lagi, "Alhamdulillah, itulah amalan saya yang memang saya jaga sangat. Solat lima waktu berjemaah di masjid".
"Malah amalan ini juga telah menyelamatkan saya dari ditipu oleh seseorang. Begini ceritanya...(bersambung)
(Sambungan dari kisah 23)

Tuesday, 26 February 2013
Kisah 23 : Pesan Dari Langit- Solat 5 waktu
Dari WILAYAH PERSEKUTUAN: Kisah 23
Ditulis pada : 7:52am, 26/2/2013, Hotel Adamson, Kuala Lumpur.
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Solat 5 waktu'
"Ustaz, mari sarapan di restoran saya" pelawa Hj Ghani . Beliau merupakan salah seorang jemaah yang hadir pada sesi kuliah Maghrib . Masjid terapung di Kuala Perlis memberi ruang kepada kami untuk saling lebih mengenal.
"Wah, ramainya orang....walhal baru jam 7 pagi. " Bisik saya dalam hati sebaik tiba di restoran beliau.
Dikhabarkan restoran itu beroperasi 24 jam. Ia terletak benar-benar di hadapan jeti Kuala Perlis.
Kami mula berbual dan berbual. Subhanallah. Beliau bukan sahaja memiliki restoran yang sangat maju, beliau juga memiliki bisnes kereta sewa. Beliau memiliki 100 buah kereta sewa!.
Menariknya, beliau turut berkongsi apakah amalan yang menjadi asbab rezeki yang melimpah-ruah itu (bersambung )

Monday, 25 February 2013
Kisah 22 : Pesan Dari Langit- Kata Penterjemah
Dari PERLIS: Kisah 22
Ditulis pada: 5:45am, 25/2/2013, T Hotel, Kuala Perlis.
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Kata Penterjemah'
"Masjid Terapung?" tanya saya.
Akhirnya kami benar-benar sampai ke masjid yang dimaksudkah. Subhanallah. Indahnya masjid ini. Masjid al-Hussain terletak di bibir pantai. Saujana mata memandang kelihatan laut yang terbentang luas.
Binaannya juga unik. Lebih menarik lagi bila dikhabarkan ia disumbangkan oleh seseorang. Ya, masjid ini diwakafkan oleh seseorang.
Kami check in ke hotel, bersiap dan kembali ke masjid. Jaraknya kira-kira 100 meter sahaja. Azan maghrib mula berkumandang. Pun begitu, sebagaimana lazimnya, masih ada di kalangan pengunjung pantai itu yang seperti tidak memahami apakah maksud azan diazankan. Aktiviti tetap rancak....
Usai solat, saya dihampiri oleh seseorang.
"Ustaz, penceramah yang sepatutnya memberi kuliah Maghrib pada malam ini tidak hadir. Ustaz diminta mengisinya...."
Sungguh ia merupakan rezeki yang saya syukuri. Niat asal mahu menziarahi seorang rakan. Namun, begitulah takdir Allah, diberi ruang untuk menyampai pula.
Dan saya segera mampir ke depan dan menyampaikan tazkirah 'Mudahnya Menjemput Rezeki'. Tepat 30 minit saya berhenti. Masih ada 10 minit berbaki sebelum azan Isyak dikumandangkan. Saya hampiri imam masjid dan kami mula berkenalan. Manakala pengurus pemasaran MMR Sales & Marketing , En. Wizan kelihatan sibuk menguruskan penjualan buku.
Selesai solat Isyak, kami dijemput pula ke restoran berhampiran.
"Ustaz makan sotong goreng?" tanya pemilik restoran dan juga salah seorang jemaah yang hadir mendengar tazkirah maghrib tadi.
Akhirnya kami mendapat rezeki sotong goreng yang enak.
Begitulah rezeki Allah. Sungguh, menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki.
Selepas ini, kami akan bertolak ke negeri Pulau Pinang pula. Apakah agaknya takdir Allah di sana?
Tafsir Fi Zilalil Quran saya renung.
Penterjemahnya sudah meninggal dunia. Beliau mengambil masa 11 tahun untuk menterjemahkan tafsir ini. Sungguh ia usaha yang berbaloi.
Yusoff Zaky Hj Yakob sudah meninggalkan dunia ini.
Namun akaun pahalanya masih terbuka selagi tafsir ini memberi manfaat kepada kita.
Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada arwah Dato' Yusoff Zaky. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang mendapat mendapat layanan istimewa dari Allah di alam barzah itu.
Al-Fatihah

Sunday, 24 February 2013
Kisah 21 : Pesan Dari Langit- Mukaddimah
Dari KEDAH: Kisah 21
Ditulis pada: 8:14am, 24/2/2013, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Mukaddimah'
" Bila kita boleh sarapan ustaz?" tanya En Wizan, sebaik melangkah masuk ke dalam pejabat bergerak kami, alpard. Ia merupakan 'mobile office' untuk MMR Sales & Marketing. MMR adalah singkatan Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR).
" Katanya pukul 7 pagi, kita mahu terus ke sana?" soal saya kembali.
Kelihatan beberapa orang sudah mula bersarapan. Wajah-wajah mereka memang meyakinkan; mereka orang Jepun. Beg-beg yang terkandung di dalamnya kayu golf kelihatan di sana-sini. Memang restoran ini mengadap ke padang golf.
Pagi ini saya memilih menu sihat. Iaitu buah dan sayuran . Hijau dan ungu. Air suam adalah mesti.
2 gelas. Selesai...
Hp En. Wizan bergetar.
" Ada orang mahu jadi dealer buku MMR ustaz. Kita perlu hantar 100 naskah pada pagi ini..." katanya.
Kami bergegas ke bilik.
En. Wizan memecah sunyi.
" "Saya mahu solat dhuha, solat hajtr dan baca Yasin dulu ustaz. Saya sudah janji akan hantar pada pukul 9:40 nanti"
Saya tersenyum.
"Begitulah...kita beramal dengan apa yang kita tulis. Insya-Allah mudahlah kita berkongsi bila ada yang bertanya" bisik saya dalam hati.
En. Wizan membentang sejadah. Saya membuka tafsir Fi Zillalil Quran.
Tidak lama kemudian hp saya pula bergetar.
" Ada tempatah 200 naskah lagi tuan, dan perlu dihantar ke Kelantan pagi ini." Kata saya kepada En.Wizan
Kami tersenyum.
Sungguh, menjemput rezeki itu jauh lebih mudah berbanding mencari rezeki.
Saya segera menelefon En. Zamzuri, pegawai logistik kami di Klang untuk menguruskan hal penghantaran.
En. Wizan meneruskan solatnya. Saya kembali ke laptop dan sambung menulis. Kitab tafsir Fi Zilalil Quran berada di sisi.
Mata saya tertumpu pada helaian kata penghantar dari keluarga Qutb. Ia ditulis oleh adik beliau, Muhammad Qutb:
Kata beliau,
" Ianya bukan tafsir dalam ertikata menghurai pengertian lafaz-lafaz, walaupun aspek ini tidak ditinggalkan, dan bukan menghuraikan keindahan dan kemu'jizatan ungkapan-ungkapan di dalam al-Quran al-Karim walaupun aspek ini juga disebutkan,..."
"....tetapi sejak mula lagi ia menitikberatkan tentang cara keimanan itu tumbuh di dalam jiwa,
"... menerangkan pengaruh keimanan di dalam mewujudkan realiti yang dihayati..."
"...menterjemahkan pengertian-pengertian isi kandungan dalam semua aspeknya dengan wahyu al-Quran ini..."
"... dan seterusnya menjadi realti Islam sebenar yang dikehendaki dan disukai Allah serta yang ditakdirkan keunggulan di muka bumi ini."
**************
Subhanallah. Sungguh ia nukilan yang tepat dan mengasyikkan. Memang keluarga Qutb ini sungguh istimewa. Dan kita akan mengetahui apakah yang istimewa itu.
Semalam saya ditakdirkan Allah bertemu dengan Cikgu Anuar, yakni Champion Agency Manager peringkat kebangsaan bagi syarikat MAA Takaful.
Kami sempat berbincang bagaimanakah sepatutnya modul yang perlu dibina untuk membangunkan modal insan. Khususnya untuk keperluan agency beliau.
Malam tadi juga saya diizin Allah bertemu dengan seorang lagi terbilang dalam industri takaful. Beliau dari Singapura.
Tuan Hj Zainuden Hashim merupakan
* Manager Of The Year
* Top Unit Of The Year
* Excel Club- Manager Titanium
Saya sempat menghadiahkan buku di atas serta audionya sekali kepada beliau.
Saya berdoa agar masyarakat di Singapura, khususnya para konsultan insuran mendapat manfaat dari 'pesan-pesan' dari langit ini. Amin.
Masanya akan tiba. Perasaan itu singah dan bertapak di hati....
Ya, masanya akan tiba MMR Training & Consultancy menjadi nyata.
Dan keunikannya adalah sebuah modul yang praktikal dan terbukti berkesan. Yakni sebagaimana generasi pertama menerima al-Quran.
Generasi yang menjadikan al-Quran sebagai tumpuannya. Seterusnya menyerahkan roh dan jiwanya; akal dan mindanya; fitrah dan hati nuraninya; oerasaan dan sentimennya; keinginan dan kecenderungannya adalah al-Quran, al-Quran, al-Quran.....
Dan dengannya membuat akal terpesona.
Manakala perasaannya segar dan peka.
Inilah impian saya....Insya-Allah.

Kisah 20 : Pesan Dari Langit
Dari KEDAH: Kisah 20
Ditulis pada: 6:00am, 24/2/2013, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Pesan Dari Langit '
Sungguh tajuk di atas sudah lama menjelma dalam fikiranku. 'Pesan Dari Langit' merupakan keasyikanku dalam meneliti ayat-ayat Allah. Tafsir Fi Zilalil Quran menjadi pendampingku.
Pesan Dari Langit (PDL) harus menjadi novelkah atau buku tarbiah? Apapun ia, isinya tetap sama, yakni hasil dari penghayatanku terhadap tafsir Fi Zilalil Quran.
Subuh ini, imaginasi itu menjelma menjadi nyata. Ya, kesempurnaan harus dibuang jauh-jauh. Pesan Dari Langit harus segera mendarat ke alam nyata. Apapun ia....
Novelkah atau buku tarbiahkah?
Itu belum utama.
Yang penting tindakan harus dibuat segera.
24/2/2013 akan sentiasa aku kenang. Sebagai hari indah. Hari pertama mengorak langkah.
Langkah meneroka ayat-ayat cinta.
Yakni Pesan Dari Langit.
Keasyikan itu kini bermula.
Membaca, meneliti dan menghayati.
Bagaimana untuk hidup di bawah bayangan al-Quran.

Saturday, 23 February 2013
Kisah 19 : Ekspo Buku Islam di Putra Jaya
Dari KEDAH: Kisah 19
Ditulis pada: 5:46am , Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Ekspo Buku Islam di Putra Jaya'
Beberapa minggu lepas saya diizin bertemu dengan pengurus dan penganjur ekspo tersebut. Iaitu Tuan Zaini, dari Sinergi Ilmu.
Saya masih ingat lagi sebuah ekspo anjuran beliau di KL Sentral , pada tahun lepas. Sudahlah nama saya tidak tersenarai sebagai penulis yang dijemput; dan beliau pun tidak mengenali saya.
Pun begitu, saya datang jauh dari Kelantan dengan belanja sendiri; dan datang berhari-hari ke ekspo tersebut. Di sana saya membawa 10,000 keping bisnes kad. Setiap hari saya sasarkan mengedar 1,000 keping.
Akhirnya pada suatu hari beliau bertemu saya dan mengucapkan terima kasih.
Mengapa? Kerana buku di atas terjual dengan larisnya. Sudah tentu beliau sangat untung.
Bagaimana dengan saya? Bagaimana dengan belanja berhari-hari tinggal di Kuala Lumpur? Ditambah lagi dengan kos-kos bahan promosi yang tidak sedikit?
Kalau saya memikirkan semua ini, sudah tentu saya tidak sanggup melakukannya.
Pun begitu, saya beramal dengan apa yang saya tulis. Yakni yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah pasti balas setiap kebajikan dan kejahatan yang kita buat. Walau sekecil apa pun ia...
Hasilnya, saya dihujani dengan pelbagai sms, email dan kata-kata penghargaan dan terima kasih dari para pembaca.
Sungguh, ia merupakan rezeki yang sangat saya syukuri. Apatah lagi bila mendapat tahu mereka berubah menjadi lebih baik hasil dari membaca buku itu.
Perubahan itu, menurut mereka melibatkan perubahan kewangan, kesihatan dan rohani. Subhanallah.
Sungguh, saya sangat bersyukur kerana dipilih Allah untuk mendapat rezeki ini.
Saya berdoa agar setiap pembaca buku di atas (dan bakal pembacanya juga ) dimudahkan Allah mencapai hajat . Mendapat bantuan Allah dari setiap rancangan yang mahu dijalankan. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah!....Amin
************
Info: Ekspo buku Islam sedang berlangsung di Putra Jaya mulai hari ini. Dan buku di atas boleh didapati di sana. Atau boleh terus berhubung dengan Master Dealer KL ( En Amirol: 019-341 8975 )
Beliau juga boleh saudara hubungi jika saudara berhajat berhajat menjadi dealer di kawasan Kuala Lumpur.Insya-Allah
Jika dalam keadaan tertentu hp beliau tidak dapat dihubungi, bolehlah terus berhubung dengan Pengurus Pemasaran kami, En Wizan: 014-5450 888

Kisah 18 : 10,000 keping bisnes kad
Dari KEDAH: Kisah 18
Ditulis pada: 5:08am , Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: '10,000 keping bisnes kad'
Biasanya saya mencetak tidak kurang dari 10,000 keping bisnes kad pada satu-satu masa. Katakan setiap orang saya berikan tiga keping kad; ini bermakna dengan strategi tersebut saya hanya memerlukan 3,000 orang untuk menyebar luaska bisnes kad tersebut.
Bagaimana pula jika saya mensasarkan 300,000 naskah jualan pada tahun ini?
Begini strateginya:
1) Saya akan cetak sejuta bisnes kad
2) Saya akan sampaikan sejuta bisnes kad itu kepada sejuta orang dengan pelbagai cara.
3) Saya andaikan dari 10 orang yang memiliki bisnes kad itu, 3 orang akan mencari buku tersebut.
4) Kerana itu saya perlu melantik dealer yang ramai agar buku itu mudah diperoleh.
5) Katakan hanya 100,000 orang yang membeli buku tersebut. Ini bermakna daripada 10 orang, hanya seorang yang mencari buku tersebut.
6) Ini bermakna saya perlu menceta 2 juta keping bisnes kad lagi agar mencapai sasaran 300,000 pembeli tadi.
7) Mengapa saya sanggup melakukan strategi ini?Kerana saya difahamkan bahawa:
"Di dalam dunia ini tidak ada satu produk pun yang semua orang mahu. Di dalam dunia ini juga tidak ada satu produk pun yang semua orang tidak mahu."
Justeru, kerja saya adalah mencari "orang yang mahu" sahaja. Dan untuk maksud itu, saya perlu memberitahu kewujudan buku di atas kepada seramai orang yang saya mampu.
Begitulah....
**************
Jika saudara mahu menjadi sebahagian dari keluarga besar kami (dealer), boleh terus berhubung dengan Pengurus Pemasaran kami: En Wizan: 014-5450 888
Manakala jika mahu membeli senaskah buku di atas, boleh terus sms nama dan alamat penghantaran kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577 . Pembayaran boleh dibuat setelah buku selamat saudara terima. Insya-Allah.
Manakala jika mahu menjemput saya mengupas kandungan buku di atas bolehlah berhubung terus dengan saya: Fathuri Salehuddin 012-9876 717 ( Saya tidak perlu dibayar untuk maksud ini dan juga tidak ada jumlah minimum- Dengan syarat peserta juga tidak perlu membayar untuk menghadirinya )
Selainnya kita masih boleh bincangkan . Insya-Allah.

Kisah 17 : Buat saja
Dari KEDAH: Kisah 17
Ditulis pada: 4:19am, Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Buat saja'
Pagi semalam saya bertolak ke sini bersama pengurus pemasaran MMR Sales & Marketing. Sekitar jam 9 pagi kami berhenti di sebuah kedai makan. Seperti biasa, kami akan mencari ruang dan peluang untuk mempromosikan buku di atas.
Cara yang paling santai adalah dengan mengedarkan bisnes kad. Uniknya setiap orang kami tidak beri hanya satu kad; tetapi tiga...
Mengapa?
Kerana kami mencontohi seorang salesman no satu dunia yang mana sehingga hari ini rekod beliau masih kekal utuh.
Beliau merupakan seorang penjual kereta yang paling banyak di dunia. Uniknya beliau menjual secara runcit sahaja; bukanlah dengan cara canggih sebagaimana yang lazim pada hari ini.
Pada hari ini kita melihat ramai ejen penjual kereta melakukan pameran atau road show. Manakala beliau yang saya maksudkan sekadar menggunakan pendekatan dari mulut ke mulut. Setiap pembeli yang berpuas hati akan mencadangkan nama beliau kepada rakan dan keluarganya; jika mahu membeli kereta.
Jadi apakah alat yang beliau gunakan untuk tujuan pengiklanan? Ya, beliau sekadar menggunakan bisnes kad. Uniknya, beliau menggunakannya dengan cara yang luar biasa.
Bagaimana?
Di antara caranya adalah memberi setiap orang dengan tiga keping kad dan bukan satu.
***************
Info:
Nombor Ustazah Rohani adalah seperti berikut: 012-2621 577 dan bukan 012-2126 577. Ustazah Rohani menguruskan pembelian secara online.
Saudara hanya perlu sms nama dan alamat penghantaran kepada nombor tersebut. Setelah buku diterima, bolehlah membuat pembayaran. Insya-Allah.
Saya mohon maaf kepada Cik Puan Maryam Badar kerana terpaksa menanggung kesusahan menjawab banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang buku di atas.

Monday, 18 February 2013
Kisah 16 : Tiga Fasa Pendidikan Anak
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 16, 18/2/2013
Ditulis pada: 10:30pm, Kg Padang Balang, Gombak.
(Sambungan dari kisah 15)
Manakala untuk fasa ke-2 ( Umur 7 tahun - 14 tahun) istilah pendidikan yang digunakan oleh Ibu Wiri adalah ' tawanan perang'.
Saya sempat tertanya-tanya bagaimanakah agaknya mendidik anak sebagaimana yang diistilahkan dengan 'tawanan perang ' itu.
Kata Ibu Wiri, " Pada fasa ini, kita mula bertegas dengan anak-anak. Bertegas ya, bukan marah-marah...."
Pada usia begini, dalam Islam pun sudah disuruh belajar sembahyang.
Pada usia begini anak-anak kita perlu diberitahu dengan tegas mana yang boleh dan mana yang tidak. Anak-anak juga perlu diperkenalkan dengan disiplin.
Sambung Ibu Wiri lagi, " Pada fasa ke-3 pula anak-anak kita sudah anggap sebagai teman. Kita perlu berunding dengan mereka. Memberi pendapat dan meminta pendapatnya"
" Contohnya dalam keluarga kami, anak-anak perlu membuat MoU bilamana kami mampu memiliki televisyen. Yakni bila mahu menonton, dan rancangan apa yang mahu ditonton. Dan saya sendiri sebagai ibu juga perlu mematuhi MoU tersebut" sambung Ibu Wiri lagi.
Maka, dari kupasan Ibu Wiri itu, saya dapat simpulkan begini:
Umur 1 hari hingga 7 tahun: Perlakukan anak seperti 'raja' bermaksud tumpahkan kasih sayang sebanyak-banyaknya. Rangsang agar anak berani berkreatif dan jangan diancam dan dimarah-marah. Apatah lagi saat mereka melakukan kesalahan atau kesilapan.
Umur 7 hingga 14 tahun: Perlakukan anak seperti seorang 'tawanan perang' memberi maksud memperkenalkan peraturan. Anak-anak perlu dilatih agar berdisiplin. Ibu-bapa pula perlu bertegas melaksanakan peraturan dan disiplin tersebut.
Umur 14- 21 tahun: Perlakukan anak-anak sebagaimana 'teman'. Dan ini memang jelas. Mereka sudah remaja dan menginjak dewasa. Mereka sudah ada buah fikiran dan perlu diraikan. Yakni agar ibu bapa selalu berbincang dengan anak-anak. Anak-anak lebih suka diajak berunding berbanding kuasa Veto atau paksaan.
Mengikut Ibu Wiri, fasa satu merupakan 'golden age'. Ia ternyata sangat penting agar tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Ibu Wiri sedaya upaya akan mengisi fasa istimewa itu dengan strategi yang terbukti berkesan.
Ingatan saya terus terbang kepada Abu Bakar di kampung. Biarpun di rumah kami tiada tv,namun Abu Bakar mampu melakukan aksi-aksi yang ultraman lakukan.
Di manakah anak itu mempelajarinya? Masya-Allah , sungguh aku perlu lebih serius mendidik anak...

Kisah 15 : Tiga Fasa Pendidikan Anak
Dari KELANTAN: Kisah 15/Februari 2013
Ditulis pada 6:59am, 18/2/2013, Kg Padang Balang, Gombak.
Tajuk: ' Tiga Fasa Pendidikan Anak'
Jam sudah melepasi pukul 10.00 malam ketika saya bangun dan mengajukan pertanyaan.
Pada malam itu, ruang PICC, Putrajaya masih penuh. Ternyata penampilan Ibu Wirianingsih benar-benar memukau. Di sebalik kesibukan aktiviti dakwah beliau, beliau berjaya mendidik kesemua anaknya untuk menjadi penghafaz al-Quran. Saya difahamkan 10 orang.
Beliau merupakan salah seorang penel yang hadir pada 'Seminar Baitul Muslim 2.0 ' anjuran Oneheart Creative Solution'. Saya dikhabarkan seminar itu berlangsung selama dua hari.
Saya bukanlah peserta seminar tersebut, namun direzekikan Allah berada di ruangan itu. Alhamdulillah. Peluang ini saya peroleh, bilamana Master Dealer Kuala Lumpur, menjual buku di atas di sana.
Ibu Wiri dan keluarganya merupakan panel terakhir pada malam itu. Saya berpeluang memasuki ruangan PICC (Putrajaya International Convention Center ) pun sudah agak lewat; yaini selepas Isyak.
Da dek kerana kekangan waktu, beberapa tips yang menarik perhatian saya tidak sempat dikupas. Justeru, ia mengundang minat saya untuk bertanya kepada beliau.
" Assalamualaikum Ibu Wiri yang dirahmati Allah. Saya tertarik dengan 3 fasa pendidikan anak sebagaimana yang dinyatakan tadi. Saya mohon jika ada ruang dan peluang dapatlah dikupas apakah yang dimaksudkan pada masa umur 7 tahun berikutnya. Yang dikatakan kita memperlakukan anak sebagai "tawanan perang"..." tanya saya.
Saya lantas duduk dan bersedia mendengar penjelasan Ibu Wiri dengan penuh minat. Saya teringatkan kepada anak saya, Abu Bakar As-Siddiq yang umurnya kini sudah 3 tahun 1 bulan.
Abu Bakar sudah petah berkata-kata. Sedihnya, Abu Bakar sering ditinggalkan ayahnya berpergian.
"Ayah mahu pergi KL ke?" tanya si anak
" Ayah pergi KL naik bas ke?" sambungnya lagi.
" Ayah pergi KL jual buku ke?" sambung Abu Bakar lagi.
" Tinggal Umi, ayah pergi KL...." ini ayat lazim si anak.
Ibunya pula akan tersenyum dan berkata, " Eh, Abu Bakar pun kena tinggal kan..."
Dialong lucu anak beranak ini, sering saya jadikan peneman rindu di kala berkelana di bumi Allah.
Ibu Wiri menyatakan terdapat 3 fasa pendidikan anak. Saya difahamkan begini:
Fasa pertama kita perlakukan anak bagaikan 'raja'. Iaitu ketika umurnya 1 hari - 7 tahun.
Fasa kedua kita sebagai ibu bapa harus perlakukan anak bagaikan 'tawanan perang' kata beliau. Fasa ini adalah bilamana umur si anak menginjak 7 tahun hingga 14 tahun.
Manakala fasa ketiga, yakni sehingga umur si anak 21 tahun, kita perlakukan mereka sebagai 'teman'.
Kata-kata 'raja', 'tawanan perang' dan 'teman ' inilah yang mengundang minat saya untuk bertanya; kerana ia tidak sempat dikupas.
Lebih menarik lagi bila Ibu Wiri menyatakan bahawa, bagaimana perangai si anak ketika umurnya 1-7 tahun, sebenarnya ia merupakan cermin perangai ibu-bapanya. Aduhai...terus saya teringatkan perangai Si Abu Bakar.
"Si Abu Bakar ini, apabila mahukan sesuatu, mahu semahu-mahunya. Tidak dapat hari ini, esok ditanya lagi...lusa ditanya lagi...sampai hajatnya dipenuhi " begitulah komen si ibu.
Saya selalu tersenyum mendengar dan mengingatkan komentar itu. Kerana sambil berkata, selalunya jelingan si ibu akan terarah kepada saya, ayahnya...
Justeru saya, faham sungguh apa yang dimaksudkan...
Menurut Ibu Wiri, memperlakukan anak bagaikan raja itu bermaksud, memenuhkan jiwanya dengan kasih-sayang. Pada fasa tersebut , umur 1 hari - 7 tahun, merupakan fasa pembentukan karektor si anak.
Pada masa itu, jiwa si anak perlu dikayakan dengan cinta dan kasih sayang; bukan ancaman dan marah-marah...(bersambung )

Thursday, 14 February 2013
Kisah 14 : Buktikan dengan perbuatan
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 14/Februari 2013
Ditulis pada 9:47pm, 14/2/2013, Kg. Padang Balang, Gombak.
Tajukl: 'Buktikan dengan perbuatan'
Jam menunjuk ke angka 5:15 pagi. Subuh di sini, pukul 6:14pagi. Kami merancang solat di Masjid Al-Gufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail; yang asalnya mahu dibuat di Masjid Kota Damansara (Masjid Kuning).
" Kita sama-sama faham hajat kita besar, bagaimana jika kita lakukan ikhtiar rohani bersama-sama?" cadang saya kepada seorang sahabat melalui telefon.
Perbualan ringkas itu akhirnya menjadi satu agenda serius. Ya, kami diizin Allah membaca surah Yasin sebagai strategi ikhtiar rohani . Kami berempat, jadi seorang baca 10 kali.
Usai, tazkirah Subuh, kami berempat memilih satu sudut di masjid itu. Alhamdulillah sekitar dua jam, 40 kali surah Yasin berhasil dikhatamkan.
Ikhtiar begini biasanya saya lakukan bilamana ada hajat besar.
" En Nathan, berapa harga cetak buku ini untuk 100,000 naskah?" tanya saya kepada General Manager, BS Printing.
"Mr. Nathan, pernahkah pernahkah penerbit mencetak 100,000 naskah sekaligus?" tanya saya lagi.
Mr. Nathan menggeleng kepala.
Saya senyum.
Kelihatan Mr.Nathan membuat kira-kira di atas sehelai kertas yang begitu banyak kolumnya. Nampaknya beliau bekerja dengan cukup bersistem. Tidak lama selepas itu, keluarlah harga cetak untuk 100,000 naskah. Harganya memang istimewa.
Pun begitu, saya perlukan beratus ribu ringgit agar impian itu jadi nyata. Kerana pembayarannya adalah dalam bentuk tunai. 50% sebelum dicetak, manakala 50% bakinya perlu dilangsaikan sebelum stok boleh dibawa keluar dari gudang.
Sungguh, ia merupakan impian yang menarik.
Saya membayangkan begini.
Cetakan pertama: 5000 naskah,2012
Cetakan kedua: 5000 naskah,2012
Cetakan ketiga: 5000 naskah,2012
Cetakan keempat:7000 naskah,2012
Cetakan kelima: 5000 naskah, Jan 2013
Cetakan keenam: 10,000 naskah,Feb 2013
Cetakan ketujuh: 20,000 naskah, Mac 2013
Cetakan kelapan: 30,000 naskah,April 2013
Cetakan kesembilan: 40,000 naskah, Mei 2013
Cetakan kesepuluh:50,000 naskah, Jun 2013
Cetakan ke-11 :60,000 naskah, Jul 2013
Cetakan ke-12: 70,000 naskah, Ogo 2013
Cetakan ke-13: 80,000 naskah, Okt 2013
Cetakan ke-14: 90,000 naskah, Nov 2013
Cetakan ke-14: 100,000 naskah, Dis 2013
Alhamdulillah, cetakan ke-6 sudah jadi nyata dengan izin Allah.
Sasaran seterusnya adalah mencapai 100,000 naskah pada ulang tahunnya yang pertama, yakni pada Mei 2013.
Saya tidak tahu sama ada, ia boleh jadi nyata atau tidak. Namun, kesungguhan mahu mencapai impian itu perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Selain ikhtiar jasmani (akal dan tubuh badan); ikhtiar rohani juga perlu segera digerakkan. Dan pada saya inilah yang lebih utama.
Atas sebab itulah, ikhtiar rohani dengan surah Yasin kami mulakan awal-awal lagi. Sungguh, setakat ini hasilnya belum pernah lagi mengecewakan.
Ikhtiar rohani dengan surah Yasin ada dikupas pada bab 31 buku di atas.
Bagaimana dengan saudara?
Jika saudara mempunyai impian yang serupa, yakni impian yang besar, bagaimana jika kita lakukan ikhtiar rohani bersama-sama?
Kita boleh aturkan tempat dan masa yang sesuai.
Untuk maksud itu, saya boleh dihubungi melalui talian di bawah:
012-9876 717

Kisah 13 : Hati seorang Ayah Tiri
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 13/Februari 2013
Ditulis pada 11:33pm, 14/2/2013, CC, Taman Koperasi Polis F2
Tajuk: 'Hati seorang Ayah Tiri'
(Sambungan dari kisah 11)
" Assalamualaikum ustaz, buku tinggal 4. Ustaz di mana? " kedengaran suara Adnan ceria.
Dua hari lepas Adnan diberikan 10 naskah buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' untuk dijual. Pada sebelah malamnya semasa bertemu di tepi stesen minyak Petronas, beliau berkata begini:
" Saya minta maaf ustaz, hasil jualan buku, saya terpaksa guna dulu sebab anak-anak lapar sangat. Saya gunakan RM8 ustaz..."
Aduhai, luluh hati saya mendengar pengakuan itu. Cuma kalaulah Adnan tahu, ada cara yang lebih barakah bila dia sanggup meminta izin terlebih dahulu. Sungguh, ia bukan soal jumlah. Namun, di sinilah kita selalu diuji...Nafsu selalu mahu mendahului akal.
Menggunakan harta orang lain tanpa izin bukanlah sunnah nabi.
Menggunakan harta orang lain dengan izin adalah sunnah nabi. Siapa mengamalkan sunnah nabi, walau sekecil apapun ada kejayaan.
" Sekarang saya berada di Kuala Lumpur. Adnan ikhtiar supaya 10 naskah buku itu habis hari ini. Kemudian telefon saya..." saya mententeramkan hatinya.
Sungguh, saya ada menyimpan rancangan untuk beliau. Malah saya punya azam agar Adnan mampu memiliki sebuah kereta dengan menjual buku di atas.
Sebenarnya menjual buku di atas bukanlah sukar. Tambahan pula dengan adanya testimoni dari beberapa orang yang berpengaruh.
Apatah lagi dengan pengalaman menjual beribu-ribu naskah sebelumnya, memberikan saya satu keyakinan bahawa:
" Menjual itu adalah satu kemahiran. Dan sesiapa sahaja yang mahu boleh memiliki kemahiran itu"
Saya teringatkan satu sms yang saya terima semalam. Beliau seorang wanita, dan berhasrat menjual buku tersebut sebaik selesai membacanya.
Keesokannya beliau datang dan membawa pulang 20 naskah buku.
Menariknya dalam tempoh 24 jam, sms berikut dihantar kepada saya:
"Salam ustaz, sejam yang lepas saya dah jual 5 buku pada orang yang lalu lalang di Mydin Subang. 3 Ex ofismate dan 2 orang asing. Mudahnya dapat rezeki. Alhamdulillah."
Saya mula berimaginasi...
" Adnan akan menjaga gerai buku pertama kami di CIMB Jerteh. Kemudian saya akan melatih beliau agar cekap dalam seni menjual. Dengannya beliau boleh mendapat pendapatan yang cukup untuk menabung. "
" Kemudian, dengan modal hasil dari tabungan tadi, beliau akan memulakan sebuah perniagaan. Setelah perniagaan beliau stabil, beliau akan menulis buku dan mula berkongsi pentas dengan saya untuk menyampaikan mesej buku di atas."
Begitulah...
Segalanya bermula dari impian....
****************
Info:
Pagi ini saya berada di kawasan Gombak. Sebagaimana lazimnya, saya suka mengisi celah-celah aktiviti dengan bersilaturrahim dengan saudara.
Sama ada pembaca atau bakal pembaca buku di atas. Apatah lagi kepada yang mahu menjadi dealer.
Insya-Allah kita boleh bertemu, minum-minum dan makan-makan. Saya belanja.
Mohon hubungi saya di sini: 012-9876 717

Wednesday, 13 February 2013
Kisah 12 : Cara Memelihara Harta
Dari KUALA LUMPUR: Kisah 12/ Februari 2013
Ditulis pada 7:22am,13/2/2013, Masjid Ar-Rahimah, Gombak.
Tajuk: 'Cara Memelihara Harta'
Bas Ekspress Mahligai berhenti di tepi lebuhraya DUKE. Di sebelah kiri kelihatan Masjid Ar-Rahimah. Lampunya sudah terang-benderang. Kereta pula sudah bersusun di parkir.
Saya melihat jam di hp. 6:20am. Lazimnya bas sampai sebelum jam 6 pagi. Namun jalan malam tadi memang sesak.Tambahan pula jalan pun basah.
Usai berjemaah Subuh, nazir masjid memberikan tazkirah. Biarpun ringkas, ada inti yang menarik di sana.
Kata beliau,
" Kadang-kadang kita nampak ada orang menjual tisu di tengah jalan raya. Dia ketuk cermin kereta kita. Saya suka dengan usahanya, kerana dia tidak meminta-minta. Dia sedang bekerja. Dan kerjanya adalah menjual tisu. Sepatutnya kita raikan."
" Kadang-kadang kita terlupa bahawa sedekah itu sebenarnya menjadi protection kepada harta kita. Rumah kita tidak dimasuki pencuri. Anak-anak kita juga tidak berbelanja dengan boros. Ini semua adalah protection yang boleh kita dapat melalui amalan sedekah." Kata ustaz.
Semalan, sebelum bertolak, saya ada membaca sebuah artikel mengupas isu yang sama. Yakni amalan bersedekah. Ia kisah tentang seorang usahawan jamu.
Dikatakan pada suatu hari dia bertandang ke rumah seseorang. Tiba-tiba hatinya diruntun rasa sedih dan sangat terharu dengan kesusahan orang yang diziarahinya itu.
Di koceknya ada wang RM500 ringgit.Dan wang itu pun sebenarnya dia pinjam dari seseorang untuk kelangsungan bisnesnya. Namun dek kerana terlalu ingin membantu orang tersebut, wang yang dipinjamnya itu disedekahkan pula kepada orang yang diziarahinya.
Apa yang berlaku selepas itu...?
Sebaik dia melangkah keluar rumah, hpnya berdering dan seorang pelanggan mahu membeli produknya secara tunai. Dan nilainya sebanyak RM24,000.
Subhanallah. Memang ada kalanya Allah balas serta-merta begitu. Di dalam buku di atas juga ada kisah seorang pemuda yang bersedekah RM50 dan dibalas RM10,000 serta-merta. Ia ada dalam bab 24.
Sejak hari tersebut, memberi dan bersedekah sudah menjadi rutin beliau. Banyak rumah-rumah orang tua dan anak yatim mendapat manfaat dari bisnesnya yang semakin membesar dan maju.
Orang yang dimaksudkan adalah pengasas JMD (Jamu Mak Dara )
Aduhai, apa yang mahu saya katakan lagi. Sungguh, ia bukan teori. Ia merupakan fakta yang jelas nyata. Ia adalah janji Allah,, bahawa setiap kebajikan yang kita buat akan dibalas 10 kali ganda.
Hal ini ada dikupas dalam buku di atas pada muka surat 89. Sesungguhnya 1-1=10
Malah dalam kondisi tertentu 1-1=700
Malah Allah yang Maha Kaya boleh juga gunakan formula ini:
1-1= infiniti...
Subhanallah.
Kotak kayu yang bertulis 'sumbangan untuk kuliah subuh' menghampiri saya.
Nah, hakikatnya ia merupakan peluang untuk menggandakan harta kita.
Agak-agak berapakah yang akan kita masukkan?
Masih RM1?
Oh, ruginya....

Tuesday, 12 February 2013
Kisah 11 : Hati Seorang Ayah tiri
Dari KELANTAN: Kisah 11/Februari 2013
Ditulis pada 7:26am, 12/2/2013, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: ' Hati Seorang Ayah tiri'
Petang semalam saya dan keluarga pergi ke Kuala Krai. Ia lebih kepada ziarah dan silaturrahim. Di samping menghantar stok buku di atas, kami berkenalan dengan dealer baru di sini.
Kak Na seorang ejen takaful. Seorang yang ceria dan bersemangat berbisnes. Petang itu, Kak Na hadir bersama suami dan dua orang anaknya.
Setelah 100 naskah buku saya serahkan, kami minta diri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah solat Magrib dan Isyak di masjid yang berbeza.
Sampai ke rumah, jam menunjuk ke angka 11:11 malam. Pada ketika itulah hp saya bergetar; satu nombor yang tidak dikenali singgah minta perhatian.
"Ustaz, saya isteri kepada Adnan. Bolehkah ustaz tolong saya...?" suara halus seorang wanita menerpa ke telinga.
" Dari mana dapat no tel saya?" tanya saya.
" Dari buku ustaz"
" Dari mana dapat buku saya?"
" Dari suami saya, dia ada buku ustaz, tajuknya 'Mudahnya Menjemput Rezeki' " lancar suaranya.
Setelah beberapa minit bertanya, saya berpaling ke arah isteri yang memang dari awal mendengar perbualan kami.
" Mereka sedang susah. Kita mesti bantu. Mana mungkin mereka mahu naik motor berempat ke Kota Bharu malam-malam begini...hujan pula tu..." saya cuba memancing perhatian isteri pula.
Setelah beberapa minit dan kami mendapat kata sepakat,saya segera mencapai kunci kereta dan bergegas ke pekan Jerteh.
Masya-Allah. Tidak tahan hati saya melihat keluarga ini.
Adnan dan isteri beliau, serta dua orang anaknya, sedang berdiri di tepi dinding stesen minyak Petronas. Motor tua yang sarat dengan beberapa bungkusan di atasnya di parkir berhampiran.
Hujan yang agak reda sebentar tadi kembali lebat.
Tiga hari lepas ada saya bertemu Adnan di masjid Ulul Albab (Masjid Kayu ) bersama dua orang anaknya. Di sanalah kami berkenalan dan faham ujian yang sedang beliau tanggung.
Isterinya mengidap barah usus dan perlu berulang-alik ke hospital Kubang Kerian. Dua orang anak mereka , (tepatnya anak tiri Adnan) bersekolah di Padang Luas.
Dek kerana mengurus isteri dan anak-anaknya, Si Suami terpaksa kehilangan kerja. Begitu juga rumah tempat mereka berteduh.
" Jadi, malam ini tuan sekeluarga mahu tidur di mana..? " tanya saya.
Mereka diam.
Saya faham.
" Mari masuk kereta, kita selesakan dulu masalah malam ini. Kemudian kita bincang."
Keluarga itu dengan izin Allah saya tempatkan di sebuah hotel di Pekan Jerteh... (bersambung )

Monday, 11 February 2013
Kisah 10 : Kalaulah semua customer macam ini
Dari KELANTAN: Kisah 10/ Februari 2013
Ditulis pada :7:57am, Kg. Gaal,Pasir Puteh.
Tajuk: ' Kalaulah semua customer macam ini...'
(sambungan dari kisah 9 ).
Kata beliau, "Ada tuan, ada....rumah itu kosong."
Melalui alamat yang beliau sms kami mula bergerak ke sana.
" Eh, bukankah ini rumah tuan?" tanya saya.
Beliau tersenyum-senyum. Di samping beliau kelihatan anak dan isteri. Mereka seperti baru selesai berkemas. Raut wajah mereka kelihatan begitu. Setidak-tidaknya dalam keadaan tergesa-gesa.
"Betul tuan; dan dalam rumah saya memang ada sebuah bilik kosong...; dan bilik itu pun memang jarang digunakan. Kami sudah kemaskan tadi. Stok buku itu boleh diletakkan di dalam bilik itu tuan." Riak wajah beliau sangat ikhlas dan ia turun ke hati.
Saya perhatikan pula wajah isteri dan anak beliau. Masing-masing tersenyum menyambut kata-kata sang suami.
Subhanallah. Apa lagi yang mahu saya katakan?
"Mr. Ram, pukul berapa boleh sampai ke alamat yang saya sms tadi?" kedengara suara Tuan Wizan memecah keheningan sepi.
" Tuan, Mr. Ram kata dalam 1:30 petang nanti sampai. Sekarang beliau dan pekerjanya sedang isi buku-buku ke dalam van" beritahunya kepada saya pula.
Sekitar jam dua setengah petang, kerja-kerja memunggah buku selesai. Kami dibantu oleh seluruh ahli keluarga Tuan Zamzuri. Kemudian kami singgah di sebuah gerai untuk mengisi perut.
Tuan Wiza hilang dari pandangan. Sebenarnya beliau pergi mencari bank untuk menyelesaikan 50% lagi pembayaran buku itu. Namun, setelah sekian lama menunggu beliau belum muncul.
" Tidak mengapalah En Fathuri, esok pun boleh bayar" kata Mr. Ram
" Betul Mr. Ram. Tetapi kami memang berazam supaya Mr. Ram dapat semua bayaran pada hari ini. Iaitu sebaik stok dihantar. Bukankah saya berjanji begitu...?" sambut saya.
Beliau tersenyum.
"Kalaulah semua customer sepert En. Fathuri...."
"Dalam Islam upah memang perlu dibayar sebelum peluh kering, Mr. Ram.Maksudnya, mesti cepat-cepat dibayar. Itu nabi yang suruh. Jika orang Islam ikut apa yang nabi suruh pasti berjaya." dakwah saya.
" Mr. Ram sudah tahukan saya mahu jual buku ini banyak-banyak. Saya sasarkan 300,000 naskha pada tahun ini. Saya mohon agar Mr. Ram jaga kualiti dan servis. Insya-Allah, kita boleh sama-sama berjaya" sambung saya.
Alpard muncul.
Mr. Ram kami ajak masuk ke dalam.
Alhamdulilah. Harga cetak 10,000 naskah buku sudah kami langsaikan,tunai.
Mr. Ram gembira.
Urusan seterusnya adalah mengatur strategi agar stok tersebut selesai dalam tempoh 14 hari; kerana sasaran cetakan seterusnya (cetakan ke-7 ) adalah sebanyak 23,000 naskah.
Bila ia tercapai, kami boleh mengatakan begini:
Buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah dicetak sebanyak 50,000 naskah dalam tempoh 10 bulan. Insya-Allah.
Buku MMR dilancarkan di PWTC pada 1/5/2013
Buku MMR disasarkan dimiliki oleh sejuta jiwa pada 1/5/2015
****************************** ******************
Info Dealer: Modal menjadi Dealer bermula dari RM45

Nama dealer akan dipaparkan seperti di bawah. Insya-Allah.
Klang: Zamzuri 019-399 6199
Shah Alam: Syed Ikhwan 013-393 6460
Batu Caves: Syuhada 017-8898 053
Taman Koperasi Polis Fasa 1: Fauzan 012-264 9892
Taman Koperasi Polis Fasa 2: Amirol 019-341 8975

******************************

Kisah 9 : Mudahnya Menjemput Bantuan Allah
Dari KELANTAN: Kisah 9 /Februari 2013
Ditulis pada 7:49am, Kg Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk : 'Mudahnya Menjemput Bantuan Allah'
(sambungan dari kisah . Saya mencapai hp dan mendail seseorang yang tinggal di Klang, Selangor.
" Assalamualaikum Tuan Zamzuri yang dirahmati Allah. Tuan apa khabar? Bolehkah ambo bercakap beberapa minit?"
Kedengaran suara ceria menyabut salam itu.
Tuan Zamzuri seorang pegawai bank.Sudah 30 tahun beliau berkhidmat dengan bank Islam. Beliau juga merupakan pembaca buku di atas.
Menariknya kami menjadi cepat mesra. Hal ini berlaku kerana kami kerap bertemu bilamana saya bertandang ke bumi Kuala Lumpur.
" Tuan, bolehkah tuan cadangkan kepada ambo tempat yang sesuai untuk menyimpan 10,000 naskah buku MMR?"
Subhanallah. Sungguh saya tidak sangka dengan jawapan beliau... (bersambung )

Kisah 8 : 10,000 naskah buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Dari KELANTAN: Kisah 8/Februari 2013
Ditulis pada 7:24am, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: '10,000 naskah buku Mudahnya Menjemput Rezeki'
Pada 9/2/2013, pencetak buku di atas menelefon pengurus pemasaran saya.
" Tuan, Mr. Ram tanya ke mana 10,000 naskah buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) mahu dihantar?" tanya beliau.
Sebenarnya beberapa hari sebelumnya, Tuan Wizan sudah saya mohon agar memikirkan hal tersebut.
" Jika ada mana-mana bahagian yang tidak mampu tuan fikirkan, mohon serahkan kepada saya" kata saya bilamana beliau bertanyakan hal tersebut.
Ternyata, setelah tiga hari isu tempat menyimpan stok buku masih belum selesai.
" Saya janji 5 minit lagi akan return call Mr. Ram tuan. Saya masih belum dapat idea mana mahu simpan buku sebanyak itu." sambung beliau.
Saya tersenyum dan dengan perlahan berkata, " Selepas ini kita solat hajat ya tuan. Setiap perkara yang tidak mampu kita selesaikan, terus sahaja submit pada Allah."
Sungguh, bantuan Allah sangat hampir. Ia datang serta-merta. (bersambung )

Thursday, 7 February 2013
Kisah 7 : Semak
Dari KELANTAN: Kisah 7/ Februari 2013
Ditulis pada 12:52pm, 7/2/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh.
'Semak'
Jam sudah menunjuk ke angka 9:00 pagi. Usai bersarapan dengan seorang sabahat, saya bergegas menuju kereta yang diparkir di hadapan sebuah masjid.
Kalau ikutkan hati mahu saja rasanya memecut pulang ke rumah. Setelah ditimbang-timbang, saya keluar semula dari kereta dan menuju ke masjid; mengambil wuduk dan solat dhuha.
" Niat yang baik, jika ditangguh-tangguh pun boleh tidak jadi." Bisik hati.
Sampai di rumah, kelihatan sebuah raga berisi dengan kain-kain yang dikeluarkan dari mesin basuh. Menariknya ia kelihatan seperti sengaja di letakkan di tengah laluan. Sejak subuh tadi saya belum pulang ke rumah. Dari surau Bukit Belah, Kelantan terus ke Masjid Gong Kepas, Terengganu.
Jelas, raga itu sengaja di letakkan di tengah rumah oleh si isteri agar suaminya boleh nampak. Bila sudah nampak faham-faham sahajalah.... Si isteri sudah pun bergegas ke sekolah sejak jam 6:45 pagi lagi.
Raga kain saya bawa ke luar rumah. Sang mentari belum terik namun tiada tanda-tandan hujan akan turun. Lalu saya terus menyidai semua kain ada di dalam raga tersebut.
Rumput di halaman rumah sudah dipotong beberapa hari lepas. Namun belakang rumah.....masya-Allah!. Tambahan pula keronsong ular bersalin kulit kelihatan di atas beranda.
Kata-kata si isteri beberapa hari lepas , singgah di ingatan.
" Abang, kalau abang ke KL sebelum semak di belakang rumah itu abang bersihkan, Ani akan balik kampung. Ani takut mahu tinggal di sini. Tengoklah keronsong kulit ular itu bang..." rayu isteri.
Sungguh, beberapa bulan sebelumnya belakang rumah merupakan kawasan yang paling saya suka untuk bersantai-santai. Naungan pohon getah dan rumput yang menghijau sungguh menyenangkan. Tambahan pula ia tersembunyi dari pandangan orang.
Membaca buku sambil ditemani angin petang sungguh nyaman sekali. Itu dulu, kini....ia menjadi semak yang menakutkan!
Aduhai, teringatlah saya kepada sebuah hadis yang menyatakan bahawa Baginda Nabi, beristigfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari; walhal baginda bebas dari sebarang dosa.
Ya, semak dan dosa. Dosa ibarat semak. Ia perlu dibersihkan setiap hari.
"Sungguh, aku perlu beristigfar setiap hari. Demi kebersihan hati dan diri dari dosa. Insya-Allah." Bisik hati.

Wednesday, 6 February 2013
Kisah 6 : Cyber Cafe
Dari KELANTAN: Kisah 6/Februari 2013
Ditulis pada: 9:pm, 6/2/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh
' Cyber Cafe'
Semalam.
"Abang, sudahlahtu. Semua budak-budak di sini. Abang seorang saja yang pakai kopiah dan berjanggut. Nanti apa pula budak-budak itu kata..." bisik isteri saya , sebaik menguak pintu Cyber Cafe.
Saya turut terperanjat macamana pula tiba-tiba saja si isteri muncul?
" Ani mahu ke pasar malam tadi, tetapi nampak kereta abang di luar sana." Sambung si isteri tanpa dipinta.
Saya sekadar tersenyum dan terus menaip cepat-cepat. Kemudian butang post saya tekan. Selesai.
Saya bingkas bangun mengekori si isteri yang sudah menuju ke luar.
Hari ini.
" Abang, Ani sudah bayar broadband tadi. Kata kerani itu dalam 30 minit boleh connect internet."
Saya tersenyum, bangun dan bersiap mahu ke masjid. Azan Maghrib sudah kedengaran.
Namun kali ini cepat saja pulang ke rumah. Laptop di buka, broadband berfungsi!
www.mudah.my jadi sasaran.
Tidak lama selepas itu,
" Abang, sudah azan Isyak tu. Abang jangan leka pula..." suara isteri mengingatkan.
" Aduh, cantiknya kereta itu. Aduh, cantiknya kereta ini...harganya oh,best,best....." hati berbisik.
"Abang, sudah azan tu!" isteri mengulangi.
Tiba-tiba....
" Solat saja di rumah. Solat dengan isteri pun kira berjemaah juga...." syaitan memujuk.
" Tidak!. Nabi tidak pernah solat berjemaah di rumah!" saya bermonolog. Tetapi mata masih terpaku pada skrin laptop.
" Abang, solat di masjid. Ani mahu 27 pahala!" ulang isteri.
Saya bingkas bangun dan menuju ke masjid.
Ya, kali ini saya masih menang. Namun apakah syaitan akan berputus asa?
Tidak sekali-kali.
"Itu baru ujian internet. Belum TV lagi..." bisik hati.
"Alhamdulillah. Saya memilih untuk tidak memiliki TV di rumah. Sekurang-kurangnya tidak perlu berlawan dengan dua penggoda. TV dan Syaitan."
Penat....

Tuesday, 5 February 2013
Kisah 5 : Sebelum Peluh Kering
Dari KELANTAN: Kisah 5/Februari 2013
Ditulis pada : 2:56pm, 5/2/2013, CC, Pasir Puteh.
'Sebelum Peluh Kering'
" Mr. Ram, bila stok buku itu boleh siap?" saya sengaja bertanya lagi.
Memang sebelumnya, sudah dikhabarkan bahawa stok buku di atas (cetakan ke-6 ) dijangka siap pada 8/2/2013, Hari Jumaat. Namun, memang begitulah strateginya. Ia sekadar motivasi kepada beliau. Yakni agar bersungguh-sungguh mengejar dateline itu.
"Bila pula kami perlu bayar baki 50% itu , Mr. Ram?" saya memancing minatnya.
Sambil ketawa beliau menjawab, " Kalau sudah terima stok, boleh bayarlah encik Fathuri..."
" Memang orang Islam begitu Mr. Ram. Nabi Muhammad kata, upah mesti dibayar sebelum kering peluh" saya selitkan dakwah lagi.
" Cuma ramai orang Islam yang tidak buat begitu. Insya-Allah saya akan bayar sebaik saja menerima stok itu"
" Ok,Ok, terima kasih En. Fathuri, saya sangat suka..." beliau ketawa lagi.
**************
Panggilan-panggilan, sms , email dan mesej di facebook membuktikan ramai yang mahu mendapatkan buku tersebut.
Juga ada yang bertanya, mengapa buku tersebut tidak sampai-sampai walhal sudah lebih dari dua minggu bayaran di buat.
Sungguh saya, tidak mampu untuk menjawab semuanya dalam kadar segera. Dan bukan semua urusan pula diuruskan oleh saya. Contohnya, pembelian secara online diurus oleh ejen.
Itu tidak termasuk lagi yang mahu bertanyakan tentang bagaimana menjadi MD (Master Dealer) mahupun Dealer di daerah masing-masing.
Justeru, agar urusan menjadi segera, saya mohon saudara boleh terus berhubung dengan senarai nama di bawah. Jika masih belum selesai bolehlah berhubung terus dengan saya: 012-9876 717.
Begitu juga tentang urusan mendaftar MD (Master Dealer ) atau DD ( District Dealer). Insya-Allah.
******************
Pembelian di www.jemputrezeki.com : Ustaz Kasyidi : 014- 2901 177
******************
Pembelian 'Mudahnya Menjemput Rezeki' versi audio (dengar buku di kereta atau di cd ) : Fauzan : 012-264 9892
*****************
Senarai MD & DD
MD Kelantan: Ustazah Rohani Abdul Rahman: 012-2621 577
MD Terengganu: Cikgu Hidayah : 019-9665 007
MD Selangor : En. Wizan: 014- 5450 888
MD Sarawak: Cikgu Norhasmala Mashor: 019-8798 183
MD Negeri Sembilan : En. Albakry Mohammad : 013-7733 101
MD Wilayah Persekutuan (KL) : Ustaz Amirol : 019-3418 975
MD Melaka (masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Sabah ( masih kosong) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Johor ( masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Pulau Pinang (masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Kedah (Masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Perak (Masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Perlis (Masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
MD Pahang (Masih kosong ) Dealer diperlukan di setiap daerah.
***************
Info:
MD: Modal RM1K (deposit )* + RM9000** (Stok 1,000 naskah buku )
DD: Modal RM100 (deposit )* + RM1200** (stok 100 naskah buku )
* Deposit akan dipulangkan bila saudara mahu berhenti dari menjadi MD atau DD.
** Jumlah stok yang mahu diambil boleh dirunding.
**************
Mulai cetakan ke-6, buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' tidak diedar melalui kedai buku. Oleh itu, kami memerlukan 100 orang DD bagi setiap negeri.
Strategi ini digunakan untuk menambah kelajuan pengedaran buku agar buku tersebut sampai kepada sejuta jiwa pada 1/5/2013; sebagaimana yang dirancang. Insya-Allah.
Cetakan ke-6 sebanyak 10,000 naskah. Jumlah cetakan keseluruhan 37,000 naskah (dalam tempoh 9 bulan)
Buku di atas dilancarkan di PWTC pada 1/5/2012.
Sasaran kami pada tahun ini, 2013 adalah 300,000 naskah.
Sila berhubung dengan saya untuk mengetahui strategi menjual buku tersebut dalam tempoh kurang dari 5 minit.
Juga strategi menjualnya dengan banyak (berpuluh-puluh naskah ) dalam tempoh 30 minit hingga sejam. Insya-Allah.
Dapatkan maklumat tersebut di sini: 012-9876 717

Monday, 4 February 2013
Kisah 4 : Aduhai Saudaraku Rohingya
Dari KELANTAN: Kisah 4/Februari 2013
Ditulis pada: 2:41pm, 5/2/2013, CC, Pasir Puteh.
' Aduhai Saudaraku Rohingya...'
Hp bergetar. Ada sms masuk.
" Assalamualaikum Tuan Fathuri, anta apa khabar?" suara menyapa di hp.
" Alhamdulillah, tuan di mana?" segera saya menyoal balas.
" Ana dalam perjalanan ke Songkla, Thailand..." jawab beliau.\
Kemudian kami diizin Allah bercakap dalam beberapa minit sebelum diakhiri dengan kata-kata berikut.
" Insya-Allah, ana akan emailkan surat tersebut, dan mohon anta sebar-sebarkan."
Semasa baris ini ditaip, saya terbayang wajah Pak Mus. Sungguh, orangnya sangat tenang dan sejuk mata memandang. Pun begitu, dalam ketenangan itu, beliau sudah melalui beberapa peristiwa yang bukan calang-calang.
Cuma beliau belum direzekikan syahid lagi, walaupun sebutir bom pernah jatuh sangat hampir dengan beliau. Subhanallah.
Beliau merupakan aktivis yang jiwanya sangat rapat dengan warga Palestin dan Rohingya.
Berikut merupakan email yang saya terima. Kepada mereka yang sudah membaca buku di atas, saya percaya ini peluang untuk mencipta ombak rezeki yang sungguh dasyat!.
Maklumlah saudara Rohingya kita itu sangat-sangat terdesak. No tel Pak Mus juga ada disertakan. Justeru, ambillah peluang ini untuk menjadi asbab 'Mudahnya Menjemput Rezeki ' kita. Insya-Allah.
From: mustm99@hotmail.com
Subject: Memohon kerjasama untuk mengumpulkan makanan asas bermula dari 1 Febr Jumaat hingga ke suatu tarikh yang ditentukan kemudiaan.
Date: Wed, 30 Jan 2013 05:58:14 +0000
Solidariti Ngo Asean
Alamat sekretariat: 12-2, Jln Jernai 2, Medan Idaman, 53100 KL.
Tel: 03-40319697
Pengerusi.................(sil a isikan...!)
Per: Memohon kerjasama pengumpulan makanan asas.
Merujuk perkara diatas saya mewakili jaringan ngo Islam Asian ingin merayu kepada semua masjid, surau dan pejabat di seluruh Malaysia untuk bekerjasama bagi menjayakan usaha ini.
Keperluan makanan amat mendesak bagi sdr Rohingya yang sekarang terdampar di Songkla 800 orang dan di Langkawi seramai 400 orang. Krisis kemanusian tercetus sejak tahun lalu di wilayah Arakan telah mengorbankan ribuan orang dan ratusan ribu telah melarikan diri ke beberapa wilayah berhampiran. Sementara menunggu tindakan dari beberapa negara berhampiran seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia, pihak ngo telah mengambil inisiatif bagi menyelamatkan mereka dari kebuluran dan dengan segera memberi bantuan ini.
Pengumpulan makanan asas akan dimulakan pada hari Jumaat 1Febr hingga 2 Febr dan hari ahad makanan akan dihantar ke tempat penampungan di Langkawi dan Songkla. Thailand.
Kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Mustapa Mansor
Kordinator SNA
0143249697 / 0123333825

Pengerusi.................(sil

Kisah 3 : Tanya Allah
Dari KELANTAN: Kisah 3/Februari 2013
Ditulis pada: 11:58am,3/2/2013, CC, Pasir Puteh.
'Tanya Allah'
Mengikut rancangan, pagi ini sepatutnya saya berada di PWTC, Kuala Lumpur. Namun, setengah jam sebelum bertolak malam tadi, saya mengubah rancangan. Alhamdulillah, itupun setelah selesai bertanya kepada Allah (solat istikharah ).
" Maaf encik. Kami tidak boleh tukar tarikh. Jika mahu tukar tarikh perjalanan esok sekalipun, perlu beli tiket baru" tegas suara kerani kaunter.
" Betul encik, semua urusan di Kota Bharu; kami cuma ejen saja" sambung seorang lagi.
"Alahai..., itu semua saya tahu, tidak adakah satu ayat simpati dan bunyi mahu menolong?" bisik saya dalam hati,
"Baiklah. Tolong jualkan tiket ini, saya akan datang semula esok pagi. Insya-Allah" saya segera pendekkan perbualan itu.
Si kerani segera menampal tiket tersebut di cermin.
" Esok encik boleh tanya di sini sama ada tiket ini sudah dijual atau belum"
Saya senyum, mengucapkan terima kasih dan meluru ke kereta. Tidak banyak yang saya harapkan daripada idea menyuruh jual tiket itu. Pun begitu , lebih baik mencuba dari tidak.
Pun begitu, di minda saya sudah bersedia yang RM42 itu, saya kira hangus!
Namun, ia lebih baik dari apa yang akan saya hadapi di KL nanti. Yakni bila terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat yang hati saya berat untuk menghadirinya.
Saya kira, hal-hal begini ramai dari kita yang mengalaminya. Kadang-kadang sampai sakit kerana memikirkan hal-hal seperti di bawah...
Mahu memilih yang mana satu...
Mahu buat atau tidak...
Mahu pergi atau tidak...
Mahu terima atau tolak...
Hari ini atau esok...
Mahu buat yang ini atau yang itu...
Dan senarai ini boleh menjadi sangat panjang.
Sebenarnya, saya kira hal ini tidaklah sukar untuk diputuskan, bila kira yakin tiada siapa yang tahu apakah yang akan berlaku esok hari.
Justeru alangkah baiknya jika ditanyakan terus kepada pemilik hari esok? Yang Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib?
Inilah yang saya maksudkan dengan 'Tanya Allah' Atau bahasa formalnya Solat Istikharah.
" Abang tidak jadi pergi KL?" tanya isteri senyum-senyum.
" Aduhai, nak buat macamana....doa seorang isteri solehah bukankah sangat mustajab...?" jawab saya selamba.
" Sukalah tu..." saya perah lagi 'limau'
Si isteri tidak dapat menahan gelak. Tiba-tiba berderai...
Memang saya melihatnya begitu khusyuk berdoa. Barangkali mohon agar suaminya lewat sedikit berangkat ke KL...

Sunday, 3 February 2013
Kisah 2: Strategi.
Dari KELANTAN: Kisah 2/Februari/Strategi.
6:28pm, 2/2/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Kali ini sudah dua kali saya memasuki CC ( Cyber Cafe). Sebelumnya ada memasang internet di rumah (streamyx & broadband ). Natijahnya lebih main dari bekerja.
Aduhai, akhirnya saya berpada berurusan di CC. Besar atau kecil utusan itu, semuanya di CC. Alhamdulillah.
TV juga begitu. Sudah bertahun saya tidak mempunyai TV di rumah.
Akhbar juga begitu. Sudah bertahun saya tidak membelinya. Membaca sekali-sekala di kedai makan juga sudah rimas...
Radio juga begitu. Lebih selesa, senyap saja bila memandu.
Apa maksudnya ini?
Inilah strategi saya untuk menjaga minda agar sentiasa bebas dan terpalit oleh isu itu dan ini. Saya tidak mengatakannya terbaik.Sekadar inilah yang mampu saya lakukan, dan alhamdulillah ia berkesan untuk saya.
Saya pernah mendengar kata-kata yang begini bunyinya...(lebih kurang )
Membaca pada seorang penulis adalah satu kerja, bukan hobby.
Sungguh, bukan mudah untuk beramal dengan kata-kata tersebut dan saya masih perlu memaksa diri untuk membaca dengan berdisiplin.
Di antara impian saya adalah menkhatamkan Tafsir FiZilalil Quran setiap bulan. Tafsir itu sebanyak 17 jilid.
Mengapa?
Kerana saya mempunyai impian untuk menghasilkan sebuah karya agung (kononnya ) yang berjudul:
Travelog Fizilalilquran.
Yakni sebuah catatan harian. Berkenaan, apa yang saya temui setiap kali menghayati ayat-ayat cinta dari Ilahi; dan bagaimana mengaitkannya dengan kehidupan harian.
Sungguh, mengikut perkiraan saya, ia memerlukan 9 tahun 5 bulan untuk ditulis. Yakni untuk mengembara ' di bawah bayangan al-Quran' (Fizilalilquran ) yang terdiri dari 114 surah.
" Aku bodoh Ya Allah. Aku hanya seorang pembaca tafsir Ya Allah, dan bukan pengarang tafsir.....
" Ya Allah, aku ingin sekali, menghayati makna setiap ayat-ayat-Mu,
" Ya Allah, aku ingin sekali hidup di bawah bayangan al-Quran
" Ya, Allah, izinkan aku mencapai impian itu ya Allah"
" Ya, Allah, izinkan aku berkongsi dengan umat ya Allah"
Amin, amin, amin ya Rabbal 'alamin

Kisah 2: Strategi,strategi, strategi...
Dari KELANTAN: Kisah 2/ Februari/Strategi,strategi, strategi...
6:01pm, 2/2/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Hari ini sudah dua kali saya masuk ke CC ( Cyber Cafe ). Kadang-kadang sampai 3 kali pun pernah.
Di rumah pernah dipasang streamyx, pernah juga menggunakan broadband. Pernah juga di hp. Pernah berangan-angan menggunakan ipad.
Alahai...
Natijahnya, memang lebih main dari kerja.
Akhirnya, saya berpada menggunakan cc. Apapun urusan, besar atau kecil. Setakat ini semuanya boleh selesai di cc. Alhamdulillah.
Dengan strategi tidak mempunyai talian internet di rumah, saya dapat mengawal diri. Mengawal diri agar mempunyai waktu membaca al-Quran dan ibadat-ibadat lainnya.
Sudah bertahun-tahun saya tidak mempunyai tv di rumah. Sudah bertahun-tahun juga saya tidak membeli dan membaca akhbar. Sesekali bila singgah di kedai makan ada juga menyelak-nyelak akhbar. Natijahnya, rimas.....
Aduhai....sungguh saya tidak mengatakan ia strategi yang terbagus. Namun sekadar itulah kemampuan saya; dan ia berkesan untuk saya. Pun begitu, saya masih perlu memaksa-maksa diri untuk membaca dengan istiqamah.
Sungguh, bagi calon penulis, membaca itu bukan lagi aktiviti masa lapang, tetapi merupakan satu kerja.
Kerja membaca ternyata sangat berat, kecuali kita benar-benar bertekad mahu berilmu.
Ada orang membaca kerana mahu menulis.
Ada orang membaca kerana perlu membaca.
Pada saya, saya membaca kerana perlu membaca dan perlu menulis.
Apa pun ia, tetap perlukan strategi.
Bolehlah kongsikan strategi saudara pula? Insya-Allah.
***************
Info:
Esok 3/2/2013 - PWTC & Shah Alam
9/2/ - Klang, Selangor
18-22/2 - Bangsar
23/2 - Sungai Petani, Kedah

Kisah 1 : Solat Subuh Berjemaah
Dari KELANTAN: Kisah 1/Februari/Solat Subuh Berjemaah
12:30pm, 2/2/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Deburan ombak jelas kedengaran. Manakan tidak, jarak di antara tempat menginap dengan bibir pantai begitu hampir. Hanya beberapa meter sahaja.
Kelihatan beberapa buah kereta mewah pelbagai jenama menjalar di sana-sini. Pun begitu, ruangan parkir masih selesa untuk memutar stereng kereta ke arah manapun.
Subuh itu dengan izin Allah, saya berjaya melawan bisikan syaitan. Saya bingkas bangun; agar tidak kalah.Syaitan mengajak agar bersedap-sedap menyambung tidur. Malah diajaknya, solat saja di bilik.
Jalan kampung saya telusuri. Lampu jalan alhamdulillah....semuanya menyala. Jadi, tidaklah rasa gerun, meredah jalan yang sunyi dan dipagari semak di kiri dan kanan jalan.
Letaknya masjid tidaklah jauh sangat. Malah, berhampiran pula dengan jalan besar. Kelihatan, rumah pun banyak, walaupun jaraknya berjauhan di antara satu dengan yang lain.
Subuh yang gelap itu saya redah; sampai di hujung jalan saya membelok ke kiri dan tidak jauh selepas itu, sampailah ke masjid .
Masjid itu besar. Silingnya juga tinggi. Lampunya pun banyak dan terang-benderan. Masalahnya jemaah subuh kekal sedikit. Tidak sampai setengah saf. Begitulah, begitulah, begitulah...
Begitulah pemerhatian saya. Baik di bandar atau di kampung, begitulah keadaannya. Solat Subuh sangat tidak popular, walhal sangat besar pahalanya.
Ancaman Rasulullah SAW juga bukan calang-calang kepada mereka yang meremehkan solat yang menguji iman ini. Melihat situasi ini benar-benar membuat saya insaf.
Dan saya berazam agar janganlah saya pula menjadi orang yang menyedikitkan lagi jumlah jemaah Subuh yang sudah sedikit itu.
Kerana itu, setiap kali saya berhasil menyempurnakan Solat Subuh di Masjid atau di surau, saya rasa sangat bersyukur. Kerana hanya sedikit yang dipilih Allah.
Kalau diperhatikan betul-betul, lazimnya tidak sampai 1% pun dari masyarat setempat yang solat subuh berjemaah di masjid atau surau.
Alhamdulillah.
***************
Info: Esok (pagi) saya akan berada di PWTC . Manakala selepas Asar saya berada di Masjid Negeri Shah Alam. Dan malamnya pula di Hotel De Palma Shah Alam.Insya-Allah.
Dan sebagaimana yang saudara maklum, saya suka bertemu bakal pembaca dan pembaca buku di atas. Mohon hubungi saya untuk mengetahui lokasi semasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)