Saturday 23 February 2013

Kisah 19 : Ekspo Buku Islam di Putra Jaya

Dari KEDAH: Kisah 19
Ditulis pada: 5:46am , Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.

Tajuk: 'Ekspo Buku Islam di Putra Jaya'

Beberapa minggu lepas saya diizin bertemu dengan pengurus dan penganjur ekspo tersebut. Iaitu Tuan Zaini, dari Sinergi Ilmu.

Saya masih ingat lagi sebuah ekspo anjuran beliau di KL Sentral , pada tahun lepas. Sudahlah nama saya tidak tersenarai sebagai penulis yang dijemput; dan beliau pun tidak mengenali saya.

Pun begitu, saya datang jauh dari Kelantan dengan belanja sendiri; dan datang berhari-hari ke ekspo tersebut. Di sana saya membawa 10,000 keping bisnes kad. Setiap hari saya sasarkan mengedar 1,000 keping.

Akhirnya pada suatu hari beliau bertemu saya dan mengucapkan terima kasih.

Mengapa? Kerana buku di atas terjual dengan larisnya. Sudah tentu beliau sangat untung.

Bagaimana dengan saya? Bagaimana dengan belanja berhari-hari tinggal di Kuala Lumpur? Ditambah lagi dengan kos-kos bahan promosi yang tidak sedikit?

Kalau saya memikirkan semua ini, sudah tentu saya tidak sanggup melakukannya.

Pun begitu, saya beramal dengan apa yang saya tulis. Yakni yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah pasti balas setiap kebajikan dan kejahatan yang kita buat. Walau sekecil apa pun ia...

Hasilnya, saya dihujani dengan pelbagai sms, email dan kata-kata penghargaan dan terima kasih dari para pembaca.

Sungguh, ia merupakan rezeki yang sangat saya syukuri. Apatah lagi bila mendapat tahu mereka berubah menjadi lebih baik hasil dari membaca buku itu.

Perubahan itu, menurut mereka melibatkan perubahan kewangan, kesihatan dan rohani. Subhanallah.

Sungguh, saya sangat bersyukur kerana dipilih Allah untuk mendapat rezeki ini.

Saya berdoa agar setiap pembaca buku di atas (dan bakal pembacanya juga ) dimudahkan Allah mencapai hajat . Mendapat bantuan Allah dari setiap rancangan yang mahu dijalankan. Semudah-mudahnya. Sehabis mudah!....Amin

************

Info: Ekspo buku Islam sedang berlangsung di Putra Jaya mulai hari ini. Dan buku di atas boleh didapati di sana. Atau boleh terus berhubung dengan Master Dealer KL ( En Amirol: 019-341 8975 )

Beliau juga boleh saudara hubungi jika saudara berhajat berhajat menjadi dealer di kawasan Kuala Lumpur.Insya-Allah

Jika dalam keadaan tertentu hp beliau tidak dapat dihubungi, bolehlah terus berhubung dengan Pengurus Pemasaran kami, En Wizan: 014-5450 888

No comments:

Post a Comment