Dari KELANTAN: Kisah 1/Februari/Solat Subuh Berjemaah
12:30pm, 2/2/2013, Pasir Puteh, Kelantan.
Deburan ombak jelas kedengaran. Manakan tidak, jarak di antara tempat
menginap dengan bibir pantai begitu hampir. Hanya beberapa meter sahaja.
Kelihatan beberapa buah kereta mewah pelbagai jenama menjalar di
sana-sini. Pun begitu, ruangan parkir masih selesa untuk memutar stereng
kereta ke arah manapun.
Subuh
itu dengan izin Allah, saya berjaya melawan bisikan syaitan. Saya
bingkas bangun; agar tidak kalah.Syaitan mengajak agar bersedap-sedap
menyambung tidur. Malah diajaknya, solat saja di bilik.
Jalan
kampung saya telusuri. Lampu jalan alhamdulillah....semuanya menyala.
Jadi, tidaklah rasa gerun, meredah jalan yang sunyi dan dipagari semak
di kiri dan kanan jalan.
Letaknya masjid tidaklah jauh sangat.
Malah, berhampiran pula dengan jalan besar. Kelihatan, rumah pun banyak,
walaupun jaraknya berjauhan di antara satu dengan yang lain.
Subuh yang gelap itu saya redah; sampai di hujung jalan saya membelok ke kiri dan tidak jauh selepas itu, sampailah ke masjid .
Masjid itu besar. Silingnya juga tinggi. Lampunya pun banyak dan
terang-benderan. Masalahnya jemaah subuh kekal sedikit. Tidak sampai
setengah saf. Begitulah, begitulah, begitulah...
Begitulah
pemerhatian saya. Baik di bandar atau di kampung, begitulah keadaannya.
Solat Subuh sangat tidak popular, walhal sangat besar pahalanya.
Ancaman Rasulullah SAW juga bukan calang-calang kepada mereka yang
meremehkan solat yang menguji iman ini. Melihat situasi ini benar-benar
membuat saya insaf.
Dan saya berazam agar janganlah saya pula menjadi orang yang menyedikitkan lagi jumlah jemaah Subuh yang sudah sedikit itu.
Kerana itu, setiap kali saya berhasil menyempurnakan Solat Subuh di
Masjid atau di surau, saya rasa sangat bersyukur. Kerana hanya sedikit
yang dipilih Allah.
Kalau diperhatikan betul-betul, lazimnya
tidak sampai 1% pun dari masyarat setempat yang solat subuh berjemaah di
masjid atau surau.
Alhamdulillah.
***************
Info: Esok (pagi) saya akan berada di PWTC . Manakala selepas Asar saya
berada di Masjid Negeri Shah Alam. Dan malamnya pula di Hotel De Palma
Shah Alam.Insya-Allah.
Dan sebagaimana yang saudara maklum,
saya suka bertemu bakal pembaca dan pembaca buku di atas. Mohon hubungi
saya untuk mengetahui lokasi semasa.
Insya-Allah kita boleh bertemu, minum-minum dan makan-makan. Saya belanja.
No comments:
Post a Comment