Sunday, 3 February 2013

Kisah 2: Strategi,strategi, strategi...

Dari KELANTAN: Kisah 2/ Februari/Strategi,strategi, strategi...

6:01pm, 2/2/2013, Pasir Puteh, Kelantan.

Hari ini sudah dua kali saya masuk ke CC ( Cyber Cafe ). Kadang-kadang sampai 3 kali pun pernah.

Di rumah pernah dipasang streamyx, pernah juga menggunakan broadband. Pernah juga di hp. Pernah berangan-angan menggunakan ipad.

Alahai...

Natijahnya, memang lebih main dari kerja.

Akhirnya, saya berpada menggunakan cc. Apapun urusan, besar atau kecil. Setakat ini semuanya boleh selesai di cc. Alhamdulillah.

Dengan strategi tidak mempunyai talian internet di rumah, saya dapat mengawal diri. Mengawal diri agar mempunyai waktu membaca al-Quran dan ibadat-ibadat lainnya.

Sudah bertahun-tahun saya tidak mempunyai tv di rumah. Sudah bertahun-tahun juga saya tidak membeli dan membaca akhbar. Sesekali bila singgah di kedai makan ada juga menyelak-nyelak akhbar. Natijahnya, rimas.....

Aduhai....sungguh saya tidak mengatakan ia strategi yang terbagus. Namun sekadar itulah kemampuan saya; dan ia berkesan untuk saya. Pun begitu, saya masih perlu memaksa-maksa diri untuk membaca dengan istiqamah.

Sungguh, bagi calon penulis, membaca itu bukan lagi aktiviti masa lapang, tetapi merupakan satu kerja.

Kerja membaca ternyata sangat berat, kecuali kita benar-benar bertekad mahu berilmu.

Ada orang membaca kerana mahu menulis.

Ada orang membaca kerana perlu membaca.

Pada saya, saya membaca kerana perlu membaca dan perlu menulis.

Apa pun ia, tetap perlukan strategi.

Bolehlah kongsikan strategi saudara pula? Insya-Allah.

***************
Info:
Esok 3/2/2013 - PWTC & Shah Alam
9/2/ - Klang, Selangor
18-22/2 - Bangsar
23/2 - Sungai Petani, Kedah

No comments:

Post a Comment