Dari KUALA LUMPUR: Kisah 26
Ditulis pada: 6:58am, 26/2/2013, Hotel Batu Caves
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang hidup dan kehidupan'
(sambungan dari kisah 25)
"Berapa rakaat solat dhuha ustaz?" tanya saya selamba.
" 8 rakaat"
Saya bertanya lagi, " Berapa rakaat solat tahajud ustaz?"
Beliau senyum...diam sebentar, agak lama... dan kemudian menjawab,
" Mohon maaf, biarlah ia menjadi urusan antara ana dan Allah..."
" Saya faham ustaz, maksud saya tidak lain selain mahu berkongsi kepada
orang ramai. Yakni bagaimana dengan hanya membetulkan ibadat sahaja,
rezeki kita juga turut berubah" saya memujuk.
" Hal inilah yang
membuat ramai orang keliru. Ramai yang menyangka dengan bekerja keras,
rezeki turut bertambha lebat. Malah kerana itu juga mereka bekerja
hingga lewat malam; sehingga lesu....."
" Akhirnya terkulai dan tidak larat untuk membaca al-Quran, berzikir dan ibadat-ibadat lainnya" tambah saya masih lagi memujuk.
**************
Subuh tadi, sebaik keluar dari masjid saya sempat memerhati hidup dan kehidupan di sekeliling.
- Seorang wanita (tidak bertudung) kelihatan sibuk mengeluarkan
barangan jualannya dari kereta. Beberap bekas kueh sudah tersusun di
gerai yang terletak di tepi jalan itu.
- Pekerja-pekerja sebuah
restoran kelihatan mula menyusun kerusi untuk bisnes sesi pagi pula.
Walhal malam tadi setelah lewat malam masih beroperasi. Masya-Allah,
waktu bilakah rehat dan ibadat mereka?
- Kereta di lebuh raya
sudah mula bertali-arus. Berdesup-desup!. Manakala di sebelah petang
nanti pula kereta yang sama merangkak-rangkak meredah kesesakan pulang
petang. Allahuakhbar. Apakah mereka redha dengan rutin begitu...?
Saya melihat hidup dan kehidupan saya sebelum ini pula. Tidak banyak yang berbeza. Sebagaimana sarapan yang kita makan...
Sungguh, rutin begitu bukanlah saya redha, namun terpaksa...
Lalu, saya segera sedar dan mula berfikir...
Apakah saya ada pilihan di dalam hidup dan kehidupan ini?
Nah, ternyata kehidupan saya hari ini merupakan hasil berfikir tadi.
Sungguh, kita semua mampu berfikir dan hidup dalam rutin yang kita
pilih.
Biarpun proses dan perjuangan untuk keluar dari rutin
kehidupan yang tidak kita redhai itu panjang; namun akhirnya kita
menjadi pemenang.
Yakni sesunguhnya, setiap kita mampu untuk mencorak dan membuat pilihan.
Dan ia boleh dimulakan hari ini.
*******************
" Ana solat tahajud 8 rakaat..." sambung ustaz. Kemudian beliau
menjelaskan mengapa memilih untuk melakukan 8 rakaat. Berikut adalah
alasannya. Sekadar yang saya ingat. Insya-Allah.
" 2 rakaat pertama, kerana saya rasa berdosa kepada Allah. Mohon Allah ampunkan semua dosa saya"
" 2 rakaat lagi kerana rasa bersyukur dengan segala apa yang Allah rezekikan kepada saya"
Aduhai...empat rakaat lagi saya terlupa . Insya-Allah akan saya rujuk semula kepada beliau.
Pun begitu, hasil dari perbincangan tersebut, saya mendapat motivasi untuk beramal dan istiqamah dengan amalan berikut:
Solat Dhuha 8 rakaat.
Solat Tahajud 8 rakaat.
Bukan lagi 4 rakaat Dhuha dan 2 rakaat tahajud.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment