Dari KEDAH: Kisah 21
Ditulis pada: 8:14am, 24/2/2013, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Mukaddimah'
" Bila kita boleh sarapan ustaz?" tanya En Wizan, sebaik melangkah
masuk ke dalam pejabat bergerak kami, alpard. Ia merupakan 'mobile
office' untuk MMR Sales & Marketing. MMR adalah singkatan Mudahnya
Menjemput Rezeki (MMR).
" Katanya pukul 7 pagi, kita mahu terus ke sana?" soal saya kembali.
Kelihatan beberapa orang sudah mula bersarapan. Wajah-wajah mereka
memang meyakinkan; mereka orang Jepun. Beg-beg yang terkandung di
dalamnya kayu golf kelihatan di sana-sini. Memang restoran ini mengadap
ke padang golf.
Pagi ini saya memilih menu sihat. Iaitu buah dan sayuran . Hijau dan ungu. Air suam adalah mesti.
2 gelas. Selesai...
Hp En. Wizan bergetar.
" Ada orang mahu jadi dealer buku MMR ustaz. Kita perlu hantar 100 naskah pada pagi ini..." katanya.
Kami bergegas ke bilik.
En. Wizan memecah sunyi.
" "Saya mahu solat dhuha, solat hajtr dan baca Yasin dulu ustaz. Saya sudah janji akan hantar pada pukul 9:40 nanti"
Saya tersenyum.
"Begitulah...kita beramal dengan apa yang kita tulis. Insya-Allah
mudahlah kita berkongsi bila ada yang bertanya" bisik saya dalam hati.
En. Wizan membentang sejadah. Saya membuka tafsir Fi Zillalil Quran.
Tidak lama kemudian hp saya pula bergetar.
" Ada tempatah 200 naskah lagi tuan, dan perlu dihantar ke Kelantan pagi ini." Kata saya kepada En.Wizan
Kami tersenyum.
Sungguh, menjemput rezeki itu jauh lebih mudah berbanding mencari rezeki.
Saya segera menelefon En. Zamzuri, pegawai logistik kami di Klang untuk menguruskan hal penghantaran.
En. Wizan meneruskan solatnya. Saya kembali ke laptop dan sambung menulis. Kitab tafsir Fi Zilalil Quran berada di sisi.
Mata saya tertumpu pada helaian kata penghantar dari keluarga Qutb. Ia ditulis oleh adik beliau, Muhammad Qutb:
Kata beliau,
" Ianya bukan tafsir dalam ertikata menghurai pengertian lafaz-lafaz,
walaupun aspek ini tidak ditinggalkan, dan bukan menghuraikan keindahan
dan kemu'jizatan ungkapan-ungkapan di dalam al-Quran al-Karim walaupun
aspek ini juga disebutkan,..."
"....tetapi sejak mula lagi ia menitikberatkan tentang cara keimanan itu tumbuh di dalam jiwa,
"... menerangkan pengaruh keimanan di dalam mewujudkan realiti yang dihayati..."
"...menterjemahkan pengertian-pengertian isi kandungan dalam semua aspeknya dengan wahyu al-Quran ini..."
"... dan seterusnya menjadi realti Islam sebenar yang dikehendaki dan
disukai Allah serta yang ditakdirkan keunggulan di muka bumi ini."
**************
Subhanallah. Sungguh ia nukilan yang tepat dan mengasyikkan. Memang
keluarga Qutb ini sungguh istimewa. Dan kita akan mengetahui apakah yang
istimewa itu.
Semalam saya ditakdirkan Allah bertemu dengan
Cikgu Anuar, yakni Champion Agency Manager peringkat kebangsaan bagi
syarikat MAA Takaful.
Kami sempat berbincang bagaimanakah
sepatutnya modul yang perlu dibina untuk membangunkan modal insan.
Khususnya untuk keperluan agency beliau.
Malam tadi juga saya diizin Allah bertemu dengan seorang lagi terbilang dalam industri takaful. Beliau dari Singapura.
Tuan Hj Zainuden Hashim merupakan
* Manager Of The Year
* Top Unit Of The Year
* Excel Club- Manager Titanium
Saya sempat menghadiahkan buku di atas serta audionya sekali kepada beliau.
Saya berdoa agar masyarakat di Singapura, khususnya para konsultan
insuran mendapat manfaat dari 'pesan-pesan' dari langit ini. Amin.
Masanya akan tiba. Perasaan itu singah dan bertapak di hati....
Ya, masanya akan tiba MMR Training & Consultancy menjadi nyata.
Dan keunikannya adalah sebuah modul yang praktikal dan terbukti berkesan. Yakni sebagaimana generasi pertama menerima al-Quran.
Generasi yang menjadikan al-Quran sebagai tumpuannya. Seterusnya
menyerahkan roh dan jiwanya; akal dan mindanya; fitrah dan hati
nuraninya; oerasaan dan sentimennya; keinginan dan kecenderungannya
adalah al-Quran, al-Quran, al-Quran.....
Dan dengannya membuat akal terpesona.
Manakala perasaannya segar dan peka.
Inilah impian saya....Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment