Wednesday 27 February 2013

Kisah 27 : Pesan Dari Langit- Tentang rezeki

Dari KUALA LUMPUR: Kisah 27
Ditulis pada: 10:13am, 27/2/2013, Hotel Batu Caves

Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang rezeki'

Saya teringatkan kisah malam tadi. Saya diizin Allah bertemu seorang pemuda yang bertubuh kecil namun berjiwa besar. Nama beliau Hazim. Beliau merupakan salah seorang pembaca buku di atas.

Pun begitu, beliau bukan setakat membaca buku tersebut. Beliau melangkah setingkat lagi dengan berlatih menghayati buku tersebut. Apa yang terzahir?

Beliau diilhamkan Allah untuk mengadakan satu seminar.

Maklumatnya ada di sini:

https://www.facebook.com/pages/Seminar-Mudahnya-Menjemput-Rezeki/346907652087303?notif_t=page_name_change


Tentang seminar itu satu hal. Tentang si Hazim ini pun satu hal lain. Apa tidaknya, beliau merancang seminar itu dalam keadaan tidak bersedia. Yakni dengan serba kekurangan.

Pun begitu, kekurangan dan kelemahan tersebut tidak menghalang beliau bertindak. Beliau benar-benar beramal dengan apa yang beliau baca.

Yakni, betulkan niat. Tambah amal ibadat dan seterusnya....buat sajalah. Insya-Allah akan datanglah bantuan Allah dari segenap penjuru.

Malam tadi, terus saya turunkan ilmu yang baru saya peroleh dari ustaz hebat dari Melaka. Saya katakan kepada Hazim.

" Mulai esok, tuan buat solat Dhuha 8 rakaat dan solat Tahajud 8 rakaat. Lakukan ini dengan istiqamah. Insya-Allah hajat dan rancangan tuan dimudahkan Allah." kata saya.

Justeru, jika saudara mahu membatu saudara Hazim kita menjayakan seminar tersebut, mohon berhubung terus dengan beliau: 013-5025160.

Saudara bantulah mana yang boleh dibantu. Insya-Allah, dengan membantu menyampaikan hajat saudara Hazim kit ini. Allah akan memudahkan pula hajat-hajat kita. Begitulah...

No comments:

Post a Comment