Dari KUALA LUMPUR: Kisah 12/ Februari 2013
Ditulis pada 7:22am,13/2/2013, Masjid Ar-Rahimah, Gombak.
Tajuk: 'Cara Memelihara Harta'
Bas Ekspress Mahligai berhenti di tepi lebuhraya DUKE. Di sebelah kiri
kelihatan Masjid Ar-Rahimah. Lampunya sudah terang-benderang. Kereta
pula sudah bersusun di parkir.
Saya melihat jam di hp. 6:20am. Lazimnya bas sampai sebelum jam 6 pagi. Namun jalan malam tadi memang sesak.Tambahan pula jalan pun basah.
Usai berjemaah Subuh, nazir masjid memberikan tazkirah. Biarpun ringkas, ada inti yang menarik di sana.
Kata beliau,
" Kadang-kadang kita nampak ada orang menjual tisu di tengah jalan
raya. Dia ketuk cermin kereta kita. Saya suka dengan usahanya, kerana
dia tidak meminta-minta. Dia sedang bekerja. Dan kerjanya adalah menjual
tisu. Sepatutnya kita raikan."
" Kadang-kadang kita terlupa
bahawa sedekah itu sebenarnya menjadi protection kepada harta kita.
Rumah kita tidak dimasuki pencuri. Anak-anak kita juga tidak berbelanja
dengan boros. Ini semua adalah protection yang boleh kita dapat melalui
amalan sedekah." Kata ustaz.
Semalan, sebelum bertolak, saya
ada membaca sebuah artikel mengupas isu yang sama. Yakni amalan
bersedekah. Ia kisah tentang seorang usahawan jamu.
Dikatakan
pada suatu hari dia bertandang ke rumah seseorang. Tiba-tiba hatinya
diruntun rasa sedih dan sangat terharu dengan kesusahan orang yang
diziarahinya itu.
Di koceknya ada wang RM500 ringgit.Dan wang
itu pun sebenarnya dia pinjam dari seseorang untuk kelangsungan
bisnesnya. Namun dek kerana terlalu ingin membantu orang tersebut, wang
yang dipinjamnya itu disedekahkan pula kepada orang yang diziarahinya.
Apa yang berlaku selepas itu...?
Sebaik dia melangkah keluar rumah, hpnya berdering dan seorang
pelanggan mahu membeli produknya secara tunai. Dan nilainya sebanyak
RM24,000.
Subhanallah. Memang ada kalanya Allah balas
serta-merta begitu. Di dalam buku di atas juga ada kisah seorang pemuda
yang bersedekah RM50 dan dibalas RM10,000 serta-merta. Ia ada dalam bab
24.
Sejak hari tersebut, memberi dan bersedekah sudah menjadi
rutin beliau. Banyak rumah-rumah orang tua dan anak yatim mendapat
manfaat dari bisnesnya yang semakin membesar dan maju.
Orang yang dimaksudkan adalah pengasas JMD (Jamu Mak Dara )
Aduhai, apa yang mahu saya katakan lagi. Sungguh, ia bukan teori. Ia
merupakan fakta yang jelas nyata. Ia adalah janji Allah,, bahawa setiap
kebajikan yang kita buat akan dibalas 10 kali ganda.
Hal ini ada dikupas dalam buku di atas pada muka surat 89. Sesungguhnya 1-1=10
Malah dalam kondisi tertentu 1-1=700
Malah Allah yang Maha Kaya boleh juga gunakan formula ini:
1-1= infiniti...
Subhanallah.
Kotak kayu yang bertulis 'sumbangan untuk kuliah subuh' menghampiri saya.
Nah, hakikatnya ia merupakan peluang untuk menggandakan harta kita.
Agak-agak berapakah yang akan kita masukkan?
Masih RM1?
Oh, ruginya....
****************
Info:
Pagi ini saya berada di kawasan Gombak. Sebagaimana lazimnya, saya suka
mengisi celah-celah aktiviti dengan bersilaturrahim dengan saudara.
Sama ada pembaca atau bakal pembaca buku di atas. Apatah lagi kepada yang mahu menjadi dealer.
Insya-Allah kita boleh bertemu, minum-minum dan makan-makan. Saya belanja.
Mohon hubungi saya di sini: 012-9876 717
No comments:
Post a Comment